Active Topics

Ikhlas

Tazkirah Umum Dalam Hal Ehwal Hukum Hakam Islam

Moderator: yatiyusof

Post Reply
User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 3
Posts: 4396
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Ikhlas

Post by zylajasmine » Sun Feb 10, 2019 12:11 pm

APA ITU IKHLAS??
@Petuadankesihatan


🕸 Ikhlas itu ketika menyembunyikan amal soleh, sebagaimana menutup rapat keburukan..

🕸Ikhlas itu ketika meniatkan seluruh ibadah hanya untuk ALLAH, sehingga tidak bangga akan pujian dan tidak peduli pada kecaman..

🕸Ikhlas itu ketika dapat menolong sesama, namun tidak mengharap balasan..

🕸Ikhlas itu ketika mampu berbagi rezeki, meskipun dalam keadaan terhimpit..

🕸Ikhlas itu ketika rela mengalah dan merendahkan ego peribadi, agar tidak terjadi pertelingkahan..

🕸Ikhlas itu ketika tersenyum melihat orang lain bahagia, walaupun kita sedang berduka..

🕸Ikhlas itu ketika harus melepaskan sesuatu demi kebaikkan bersama, sekalipun kita yang terluka..

🕸Ikhlas itu ketika dihujani kata kata yang menyakitkan, tapi malah membanjirinya dengan doa kebaikan..

🕸Ikhlas itu ketika mampu memaafkan, tanpa perlu mengingatnya lagi dengan kebencian..

🕸Ikhlas itu ketika membalas setitis kejahatan melalui selautan kebajikan..

🕸Ikhlas itu ketika menerima kenyataan bahawa takdir adalah kehendak ALLAH, walau terkadang (di awal) tidak seperti yang diinginkan..

🌹🌹Ye... Ikhlas memang seperti surah Al-Ikhlas.. Tidak ada kata 'ikhlas' pada ayatnya, tidak terlihat, tidak tergambarkan, tidak terdengar, tidak terdefinisi, kerana ikhlas hanya akan terasa di lubuk hati seseorang yang berjaya memahaminya..

Semoga ALLAH memberi kita banyak kemudahan untuk menguasai salah satu ilmu tersulit dalam kehidupan, iaitu keikhlasan...

🌹🕸🌹🕸🌹🕸🌹🕸
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 3
Posts: 4396
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Ikhlas

Post by zylajasmine » Sat Feb 16, 2019 8:11 pm

Nak pesan lagi,

Pengampunan Allah itu maha dahsyat!

Kita buat dosa macamana pun, kalau kita IKHLAS minta Ampun, Allah pasti ampunkan!

Bukan takat ampunkan, Allah akan lupakan segala dosa kita seolah-olah kita tak pernah buat dosa.

Betapa agungnya pengampunan Allah!


#TheWritersOfficial
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 3
Posts: 4396
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Ikhlas

Post by zylajasmine » Sat Feb 16, 2019 8:11 pm

Saya tahu ramai sangat nak berubah tapi tak mampu betul tak?

Kalau tak mampu, usahalah yang terbaik untuk berubah.

Kalau dah berusaha tapi tetap tak mampu nak tinggalkan maksiat, jangan lupa untuk terus bertaubat. Hadirkan rasa menyesal dalam diri.

Lepas tu usaha untuk jaga solat, benarkan kekuasaan Allah dan Rasulullah itu pesuruh Allah.

Percayalah, lambat laun, solat tu sendiri yang akan mencegah dari melakukan kemungkaran.

Macam mana struggle pun kau nak berubah, Allah tahu keinginan dalam dasar hati kau nak kembali taat pada Allah!


#TheWritersOfficial
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

Post Reply

Return to “Tazkirah Umum”