Active Topics

Sumber Ilmu

Tazkirah Berkaitan Hadith

Moderator: yatiyusof

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 9
Posts: 4195
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 76 times
Gender:

PINGAT

Sumber Ilmu

Post by zylajasmine » Mon Feb 04, 2019 3:23 pm

Kisah Lelaki Soleh Di Goda Wanita Cantik .

Ada seorang pemuda yang pekerjaannya menjual kain. Setiap hari dia memikul kain-kain dagangannya dan bergerak dari satu rumah ke rumah lain. Kain dagangan pemuda ini dikenali dengan nama “ Faraqna ” oleh penduduk sekitar. Walau pun pekerjaannya sebagai peniaga kecil-kecilan, tetapi pemuda ini sangat tampan dan bertubuh tegap, setiap orang yang melihat pasti akan menyukainya .

Pada suatu hari, saat dia berdagang melalui jalan-jalan besar dan rumah-rumah penduduk sambil berteriak menawarkan dagangannya :
“ faraqna- faraqna ”, tiba-tiba ada seorang wanita yang melihatnya. Si wanita itu memanggil dan dia pun menghampirinya. Dia dipersilakan masuk ke dalam rumah. Di sini si wanita terpesona melihat ketampanannya dan tumbuhlah rasa cinta yang begitu besar dalam hatinya. Lalu si wanita ini berkata :“ Aku memanggil mu tidak untuk membeli dagangan mu, tetapi aku memanggil mu kerana kecintaan ku kepada mu. Dan di rumah ini sekarang sedang kosong ”. Selanjutnya, si wanita ini memujuk dan merayunya agar mahu berbuat sesuatu dengan dirinya .

Pemuda itu menolak dengan baik, bahkan dia mengingatkan si wanita itu kepada Allah swt dan menakut-nakutinya dengan azab yang sangat pedih di sisi Nya. Tetapi sayang sekali, nasihat pemuda itu tidak membuahkan hasil apa-apa, bahkan sebaliknya, si wanita tadi makin menjadi tambah berhasrat. Dan memang biasa, wanita itu sangat suka dengan hal-hal yang dilarang dan haram .

Akhirnya, kerana si pemuda ini tidak mahu melakukan hal yang haram, si wanita itu malah mengunggut, katanya :“ Bila engkau tidak mahu menuruti perintah ku, aku akan berteriak kepada semua orang dan aku akan katakan kepada mereka, bahawa engkau telah masuk ke dalam rumah ku dan ingin meragut kesucian ku. Dan mereka akan mempercayai ku kerana engkau telah berada di dalam rumah ku, dan sama sekali mereka tidak akan mencurigai dan meragui alasan ku ini ”.

Setelah si pemuda itu melihat betapa si wanita itu terlalu memaksanya untuk mengikuti segala keinginannya untuk berbuat dosa, akhirnya dia berkata :“ Baiklah, tapi apakah engkau akan mengizinkan aku untuk ke tandas agar aku boleh membersihkan diri ku dahulu ?” Betapa gembiranya si wanita itu bila mendengar jawapan ini, dia berfikir bahawa keinginannya sebentar lagi akan termakbul. Dengan penuh semangat dia menjawab :“ Bagaimana tidak wahai kekasih dan buah hati ku, ini adalah sebuah cadangan yang bagus ”.

Kemudian masuklah si pemuda itu ke bilik air, sementara tubuhnya gementar kerana takut dirinya terjerumus ke dalam lubang maksiat. Sebab, wanita itu adalah perangkap syaitan dan tidak ada seorang lelaki yang menyendiri bersama seorang wanita kecuali syaitan akan menjadi pihak ketiga .“ Ya Allah ya Tuhan ku, apa yang harus aku perbuat sekarang ini. Berilah aku petunjuk Mu, wahai Zat yang dapat memberi petunjuk bagi orang-orang yang berada dalam kebingungan ”.

Tiba-tiba, timbullah cadangan dalam benaknya .“ Aku tahu benar, bahawa termasuk salah satu kelompok yang akan dinaungi oleh Allah swt dalam naungan Nya pada hari yang tidak ada naungan saat itu kecuali naungan Nya ( Arasy Allah ) adalah seorang lelaki yang di ajak berbuat perbuatan keji oleh wanita yang mempunyai kedudukan tinggi dan wajah yang cantik, kemudian dia berkata : '‘ Aku takut kepada Allah '’.

Dan aku yakin bahawa orang yang meninggalkan sesuatu kerana takut kepada Nya, pasti akan mendapat ganti yang lebih baik dan seringkali satu keinginan syahwat itu akan melahirkan penyesalan seumur hidup. Apa yang akan aku dapatkan dari perbuatan maksiat ini selain Allah swt akan mengangkat cahaya dan nikmatnya iman dari hati ku .

Tidak… tidak … Aku tidak akan mengerjakan perbuatan yang haram. Tetapi, apa yang harus aku kerjakan. Apakah aku harus melemparkan diri dari jendela ini? Tidak boleh, jendela itu tertutup rapat dan susah untuk dibuka. Kalau begitu, aku akan melumur tubuh ku dengan kotoran-kotoran najis ku, dengan harapan, bila nanti dia melihat ku dalam keadaan begini, dia akan jijik dan akan membiarkan ku pergi ”.

Ternyata memang benar, cadangan yang terakhir ini yang dia jalankan. Dia mulai melumurkan tubuhnya dengan kotoran-kotoran yang ada di situ. Memang menjijikkan. Setelah itu dia menangis dan berkata :“ Ya Rabbi, wahai Tuhan ku, perasaan takut ku kepada Mu itulah yang mendorong ku untuk melakukan hal ini. Oleh kerana itu, kurniakan untuk ku kebaikan sebagai gantinya ”.

Kemudian dia keluar dari bilik mandi, tatkala melihatnya dalam keadaan demikian, si wanita itu berteriak :“ Keluar kau, hai orang gila !” Dia pun cepat-cepat keluar dengan perasaan takut diketahui penduduk sekitar, jika mereka tahu, pasti akan macam-macam cerita tentang dirinya. Dia mengambil barang-barang dagangannya kemudian terus berlalu pergi, sementara orang-orang yang di jalan tertawa melihatnya. Akhirnya dia tiba di rumahnya, di situ dia menarik nafas lega. Lalu menanggal kan pakaiannya, dan mandi sepuasnya untuk membersihkan tubuhnya dengan sebersih-bersihnya .

Kemudian apa yang terjadi? Adakah Allah swt akan membiarkan hamba dan wali Nya begitu saja? Tentunya Tidak. Ternyata, ketika dia keluar dari bilik mandi, Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan untuknya sebuah kurniaan yang besar, yang tetap melekat di tubuhnya sampai dia meninggal dunia, bahkan sampai setelah dia meninggal. Allah swt telah memberikan untuknya aroma yang harum semerbak yang tercium dari tubuhnya. Semua orang dapat mencium aroma tersebut dari jarak beberapa meter .

Sampai akhirnya dia mendapat julukan ,“ al-miski ” ( yang harum seperti kasturi ).

SubahanAllah, memang benar, Allah swt telah memberikan untuknya sebagai ganti dari bau kotoran yang dapat hilang dalam sekejap dengan aroma wangian yang dapat tercium sepanjang masa. Ketika pemuda ini meninggal dan dikuburkan, mereka menulis di atas kuburannya ,“ Ini kuburan Al-Misky ,” dan banyak orang yang menziarahinya .

Yang Baik Jadikan Tauladan
Yang Buruk Jadikan Sempadan
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 9
Posts: 4195
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 76 times
Gender:

PINGAT

Re: Sumber Ilmu

Post by zylajasmine » Mon Feb 04, 2019 3:24 pm

Saudaraku,
Jangan biarkan hari KEMATIANMU...
menjadi HARI PERTAMA MU untuk kau mengetahui apa sebenarnya makna KEHIDUPANMU...

Semua manusia Pasti MATI..
Tapi Tak Semua manusia itu Benar-Benar HIDUP...

Mulakanlah hari kita dengan menunaikan SEMBAHYANG.. kerana satu hari nanti..
hidup kita pasti akan berakhir juga dengan DISEMBAHYANGKAN..

Mulakanlah hari kita dengan mengingati MATI.. kerana Ingat MATI itulah yang akan menghidupkan HATI..

Hidup ini HARUS...
Mati itu WAJIB...
maka apabila bertemu HARUS dan WAJIB yang mana satu perlu kita dahulukan?

Hidup ini JANJI..
Mati itu PASTI...
kerana janji Allah tiap-tiap jiwa itu pasti merasakan MATI.

Saudaraku.. sedarlah,
TUA belum tentu tiba..
tapi mati itu PASTI tiba....

Dua Perkara yang akan TIBA dalam hidup manusia, iaitu HIDAYAH dan AJAL.
Jika yang tiba cuma HIDAYAHNYA, maka istiqomahlah. Kerana jika sudah tiba kedua-duanya, maka beruntunglah kita.
Namun jika belum tiba kedua-duanya, maka berhati-hatilah. Kerana jika yang tiba cuma AJALNYA, maka rugilah kita.

Jangan menunggu HIDAYAH..
Tapi carilah HIDAYAH..
kerana yang ditunggu itu adalah AJAL.

Takut-takut..
Bukan HIDAYAH yang akan datang terlebih dahulu.. tetapi AJAL yang terlebih dahulu.
Maka jemputlah ia (HIDAYAH) sebelum AJAL yang mendahuluinya.

KEMATIAN adalah gelas, semua kita akan meneguknya. KUBUR adalah pintu, semua kita akan memasukinya. TAUBAT adalah kunci, semua kita sudah memilikinya, tetapi tidak semua kita mampu untuk membuka pintunya.”

Membuang-buang waktu lebih buruk daripada kematian. Kerana KEMATIAN memisahkan kamu dari dunia, sedangkan membuang-buang waktu memisahkan kamu dari ALLAH.”
(Ibnu Qayyim)

Sedarlah saudaraku...
sebenarnya HIDUP ini berlangsung..
hanyalah untuk mencorak KEMATIAN kita.

Wallahua'lam
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 9
Posts: 4195
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 76 times
Gender:

PINGAT

Re: Sumber Ilmu

Post by zylajasmine » Mon Feb 04, 2019 3:25 pm

Keluarlah Dari Penjara Dunia .

Firman Allah swt , " Sesiapa yang bertaqwah kepada Allah swt akan dijadikan jalan keluar baginya, dan diberikannya rezeki dari jalan yang tiada terduga oleh Nya ".
( Ath-Thalaq : 2 )

Telah dikatakan dunia adalah penjara bagi orang mukmin. Selagi menjadi mukmin selagi itulah dunia adalah penjara bagi mereka. Kunci pembuka pintu penjara dunia adalah taqwah. Dengan taqwahlah akan terlepas dari penjara itu dan dilapang luaskan dari kesempitannya. Tertetas sudah telur keujudannya memisahkan dari kelompong kulitnya, lalu mengutip bijian hikmat dipeluk oleh sayap pendekatan, dirangkul dengan sekerasnya untuk menjadi tuan punya hidangan dan asahan yang terbentang .

Kenapa memperbodohkan diri sedang engkau mempunyai cahaya berkilauan tapi tiada pernah menetap, ada benda tawaran tetapi begitu dia datang dia terus pergi. Engkau perlu binasa seribu kali, dan mati pun seribu kali, kemudian akhirnya kau harus menetap sebagaimana tetapnya kedatangan siang dan malam, yang selalu berterusan tidak pernah berubah, bercita-cita dan memberi jalan kepada bayangan mu yang telah menjadi pemasak bagi tujuh lapisan bumi .

Jangan banyak bicara, engkau baru digigit pepijat sudah hiruk pikuk satu dunia. Baru kurang sesuap makanan sudah berasa dunia bagai nak kiamat. Tinggalkan segala ehwal yang merasuk diri. Engkau berumahtangga dengan hati supaya engkau mendapat generasi yang bakal menduduki tangga rahsia mu. Engkau mundar mandir ke timur dan ke barat melalui udara, darat dan laut. Sebenarnya engkau sedang tidur .

Nabi saw telah bersabda ,
" manusia semuanya tidur, bila mereka mati barulah mereka sedar ".

Alangkah malu dan buruknya kelakuan seseorang yang baru sedar sesudah mati !
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 9
Posts: 4195
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 76 times
Gender:

PINGAT

Re: Sumber Ilmu

Post by zylajasmine » Mon Feb 04, 2019 3:25 pm

Kisah wali Allah yang dilindungi awan.

Pernah dikisahkan tentang seorang wali yang mendapat karomah (kurniaan dari Tuhan) yang luar biasa. Setiap kali dia keluar berjalan di bawah matahari, akan ada awan yang melindunginya.

Ini supaya dia tidak rasa panas terik matahari. Pada suatu hari, dia keluar berjalan dan terserempak dengan seorang lelaki fasiq.

Lelaki fasiq ini memang rajin membuat maksiat dan ramai kenal perangai lelaki ini.

Ketika wali itu bersemuka dengan si fasiq itu. Dalam benak hati wali itu berkata, "Dia ini ahli Neraka. Tak layak untuk dia bersemuka dengan aku. Malas nak tengok muka dia."
-
Pada masa yang sama, dalam benak hati si fasiq itu pula berkata, "Betapa hinanya diri aku di hadapan si wali Allah ini. Ahli Syurga. Aku rasa tak layak untuk bersemuka dengan dia." Pada saat itu, awan yang berada di atas kepala si wali itu lalu berpindah ke atas kepala si fasiq itu.

Apa pengajaran kisah ini? Tawadhu & jangan rasa diri itu hebat.

Allah akan angkat darjat mereka yang tawadhu dan hinakan mereka yang sombong.

Jika kamu berada di landasan yang benar. Sudah berniqab atau berhijab labuh. Jaga-jaga jangan terasa angkuh atau mulia ketika kamu bersemuka dengan mereka yang terdedah pakaian nya.

Sekali pun kamu lihat dia adalah pelaku dosa dan kesilapan. Jangan kamu lupa tentang aib dan kesalahan yang kamu buat. Jadi mengapa kamu nak rasa hebat dan sombong.

Siapakah kita untuk menjamin bahawa kita benar benar sudah dapat redhaNya?

Kita belum tentu yang amal ibadah ini pasti mendapat redhaNya. "...Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.” (QS. An Najm: 32)
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 9
Posts: 4195
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 76 times
Gender:

PINGAT

Re: Sumber Ilmu

Post by zylajasmine » Mon Feb 04, 2019 3:25 pm

Pada zaman Rabiatul Adawiyah ada seorang lelaki datang meminangnya.
"Sudikah engkau menerima pinanganku? Engkau seorang cantik, alimah, warak dan solehah."

Kata Rabiatul Adawiyah
"Carilah yang lain, aku tidak seperti yang engkau katakan tadi. Aku mempunyai seorang adik yang perawan, lebih cantik, alim, warak dan solehah daripadaku."

Setelah itu lelaki tadi bertanya
"Dimanakah dia?"

Lalu Rabiatul Adawiyah berkata
"Engkau lelaki pendusta, keluar dari sini. Baru tadi engkau mengungkap kata cinta padaku, apabila disebut selain daripadaku malah engkau berpaling. Adakah ini cinta kamu padaku?"

Beginilah cinta kepada ALLAH bagi kebanyakkan kita. Di dalam setiap solat mengatakan 'Aku menghadapkan wajahku kepada khaliq pencipta langit dan bumi' tetapi di dalam solat itu juga hati kita berpaling dari ALLAH. Kita tak kusyuk dan memikir selain daripada ALLAH.

Keimanan perlu disertakan dengan cinta. Iman itu percaya. Kepercayaan itu berasal dari akal yang dapat faham akan tetapi tanpa cinta, kepercayaan/iman itu tidak sempurna.
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 9
Posts: 4195
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 76 times
Gender:

PINGAT

Re: Sumber Ilmu

Post by zylajasmine » Mon Feb 04, 2019 3:26 pm

SIAPAKAH KITA DIHANYUTAN SUNGAI USIA,

Dalam perjalanan mengumpul waktu,
Dialur hayat terus menerus mengalir hanyut,
Yg tidak akan bisa mudik terulang apa yg dilewati hari semalam,
Sangat Beruntunglah bagi siapa saja yang mengambil pelajaran dari tiap kejadian
Dilaluan,
pangajaran menjadi matang dalam pengisian iman,

Meskipun dimana kita berada,
Pengalaman semalam jangan dibiar berlalu sia²,
Tanpa mengambil sedikitpun untuk menambah juadah usia,
Untuk perbandingkan antara sukatan agama dan dunia,

Apa yg paling dikhawatir terhadap manusia,
Roda masa menggilis keimanan,
keyakinan hanya tinggal
bertukar sebuah kenangan,
Yg tidak bisa berbekas dalam perbuatan,
Hanyut tenggelam bersama arus hayat tanpa makna,
Cuma bisa berbangga setakat berjaya didunia,

banyak orang baik tapi tidak berakal,
ada orang yang berakal tapi tidak beriman,
Banyak orang yg tahu agama tapi sering bercanggahan,
ada yg bertaraf ulama tapi diam dengan kemungkaran disekelilingan,

Ada orang berlidah fasih tapi berhati lalai,
ada yg khusyuk namun tidak mahu bercampur orang ramai,
Membiarkan pembelok agama menyebar fahaman,
Bila kalangan agamawan kedepan dia mengkeritik dibelakang,

ada ahli ibadah tapi mewarisi kesombongan,
ada yg ahli maksiat rendah hati bagaikan kesufian,
ada yg digelar penda'i mengeritik kalangan pejuang,
Tapi maksiat sekelilingan seolah terpejam tak kelihatan,

ada yg banyak tertawa hingga hatinya berkarat, kita
dan ada yg banyak menangis tetapi berkeadaan kufur nikmat,
Ada yg menipu tapi dipandang hormat,
ada yg hidup mulia akhlak tapi ditentang orang banyak,

ada yg murah dengan senyuman tapi hatinya penuh inkar,
dan ada yg berhati tulus tapi mempamir wajah yg kelat,
ada yg berlisan bijak tapi tidak meberi tauladan pada yg jahat,
Dan ada didepan anggotkan kepala tapi dibelakang suka mengumpat,

dan ada kalangan yg inkar tampil berbangga² dengan.dosanya,
ada yg punya ilmu tapi tak berani untuk berkata apa²,
Ada yg beribadat tapi bercerita tentang keikhlasannya,
ada juga yg menunjuk² tentang kezuhudan sebagai hamba,

ada yg faham tentang islam tapi tidak mengamalkannya,
ada yg pintar tapi untuk memutar belit dengan tipuan kata²,

ada yg mencabar orang lain untuk menyebar kata² mutiaranya,
kononnya untuk mendapat pahala kesyurga,

ada yg jahil tapi susah ditunjuki dan tidak tahu diri,
ada yang beragama tapi tidak berakhlak untuk perbaiki diri,
dan ada yang berakhlak tapi tidak mengikut syariat Ilahi,
Ada yg menutupi aurat tapi masih menayang bentuk diri,

Lalu diantara semua itu dimanakah diri kita berada?"
Siapakah kita kini yg sedang dihanyut oleh arus sungai usia,
yg kini semakin hampir kemuara pintu pusara,
siapakah kita sebenar dihadapan Allah yg maha perkasa?
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 9
Posts: 4195
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 76 times
Gender:

PINGAT

Re: Sumber Ilmu

Post by zylajasmine » Mon Feb 04, 2019 3:30 pm

NIAT
.
Mulakan hari antum dengan niat sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.. Niat kerana ALLAH.

Diakhir zaman ini ramai memandang ianya hanyalah perkara ringan..
Hanyalah lintasan pada hati yang tidak membawa apa-apa pengertian..
Namun, diakhirat nanti ianya membawa kepada seribu satu penyesalan..
.
Membayangkan diri bekerja berbulan bulan rupanya tiada ganjaran atau gaji..
Menunjukkan betapa pentingnya akan ilmu niat..
Begitulah kerugiaannya tanpa NIAT dihati..
Agar kita sentiasa beringat dan selamat di dunia dan akhirat...
.
Jazakumullah
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 9
Posts: 4195
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 76 times
Gender:

PINGAT

Re: Sumber Ilmu

Post by zylajasmine » Mon Feb 04, 2019 3:36 pm

Kita Ibarat Pinggan... Untuk Renungan Bersama

Andaikan tiga orang yang berlainan meminjam sejbiji pinggan daripada kita...

Selang beberapa hari, peminjam pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Kita pun terus menyimpannya di dalam rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Peminjam kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor, tidak dicuci.. Pinggan tersebut terpaksa kita basuh sehingga bersih sebelum menyimpannya..

Peminjam ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain membuangnya ke dalam tong sampah..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah yang tidak bernilai lagi..

Semoga bermanfaat...
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 2
Posts: 3824
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 19 times
Gender:

PINGAT

Re: Sumber Ilmu

Post by Nursahirah74 » Mon Feb 04, 2019 4:37 pm

zylajasmine wrote:
Mon Feb 04, 2019 3:23 pm
Kisah Lelaki Soleh Di Goda Wanita Cantik .

Ada seorang pemuda yang pekerjaannya menjual kain. Setiap hari dia memikul kain-kain dagangannya dan bergerak dari satu rumah ke rumah lain. Kain dagangan pemuda ini dikenali dengan nama “ Faraqna ” oleh penduduk sekitar. Walau pun pekerjaannya sebagai peniaga kecil-kecilan, tetapi pemuda ini sangat tampan dan bertubuh tegap, setiap orang yang melihat pasti akan menyukainya .

Pada suatu hari, saat dia berdagang melalui jalan-jalan besar dan rumah-rumah penduduk sambil berteriak menawarkan dagangannya :
“ faraqna- faraqna ”, tiba-tiba ada seorang wanita yang melihatnya. Si wanita itu memanggil dan dia pun menghampirinya. Dia dipersilakan masuk ke dalam rumah. Di sini si wanita terpesona melihat ketampanannya dan tumbuhlah rasa cinta yang begitu besar dalam hatinya. Lalu si wanita ini berkata :“ Aku memanggil mu tidak untuk membeli dagangan mu, tetapi aku memanggil mu kerana kecintaan ku kepada mu. Dan di rumah ini sekarang sedang kosong ”. Selanjutnya, si wanita ini memujuk dan merayunya agar mahu berbuat sesuatu dengan dirinya .

Pemuda itu menolak dengan baik, bahkan dia mengingatkan si wanita itu kepada Allah swt dan menakut-nakutinya dengan azab yang sangat pedih di sisi Nya. Tetapi sayang sekali, nasihat pemuda itu tidak membuahkan hasil apa-apa, bahkan sebaliknya, si wanita tadi makin menjadi tambah berhasrat. Dan memang biasa, wanita itu sangat suka dengan hal-hal yang dilarang dan haram .

Akhirnya, kerana si pemuda ini tidak mahu melakukan hal yang haram, si wanita itu malah mengunggut, katanya :“ Bila engkau tidak mahu menuruti perintah ku, aku akan berteriak kepada semua orang dan aku akan katakan kepada mereka, bahawa engkau telah masuk ke dalam rumah ku dan ingin meragut kesucian ku. Dan mereka akan mempercayai ku kerana engkau telah berada di dalam rumah ku, dan sama sekali mereka tidak akan mencurigai dan meragui alasan ku ini ”.

Setelah si pemuda itu melihat betapa si wanita itu terlalu memaksanya untuk mengikuti segala keinginannya untuk berbuat dosa, akhirnya dia berkata :“ Baiklah, tapi apakah engkau akan mengizinkan aku untuk ke tandas agar aku boleh membersihkan diri ku dahulu ?” Betapa gembiranya si wanita itu bila mendengar jawapan ini, dia berfikir bahawa keinginannya sebentar lagi akan termakbul. Dengan penuh semangat dia menjawab :“ Bagaimana tidak wahai kekasih dan buah hati ku, ini adalah sebuah cadangan yang bagus ”.

Kemudian masuklah si pemuda itu ke bilik air, sementara tubuhnya gementar kerana takut dirinya terjerumus ke dalam lubang maksiat. Sebab, wanita itu adalah perangkap syaitan dan tidak ada seorang lelaki yang menyendiri bersama seorang wanita kecuali syaitan akan menjadi pihak ketiga .“ Ya Allah ya Tuhan ku, apa yang harus aku perbuat sekarang ini. Berilah aku petunjuk Mu, wahai Zat yang dapat memberi petunjuk bagi orang-orang yang berada dalam kebingungan ”.

Tiba-tiba, timbullah cadangan dalam benaknya .“ Aku tahu benar, bahawa termasuk salah satu kelompok yang akan dinaungi oleh Allah swt dalam naungan Nya pada hari yang tidak ada naungan saat itu kecuali naungan Nya ( Arasy Allah ) adalah seorang lelaki yang di ajak berbuat perbuatan keji oleh wanita yang mempunyai kedudukan tinggi dan wajah yang cantik, kemudian dia berkata : '‘ Aku takut kepada Allah '’.

Dan aku yakin bahawa orang yang meninggalkan sesuatu kerana takut kepada Nya, pasti akan mendapat ganti yang lebih baik dan seringkali satu keinginan syahwat itu akan melahirkan penyesalan seumur hidup. Apa yang akan aku dapatkan dari perbuatan maksiat ini selain Allah swt akan mengangkat cahaya dan nikmatnya iman dari hati ku .

Tidak… tidak … Aku tidak akan mengerjakan perbuatan yang haram. Tetapi, apa yang harus aku kerjakan. Apakah aku harus melemparkan diri dari jendela ini? Tidak boleh, jendela itu tertutup rapat dan susah untuk dibuka. Kalau begitu, aku akan melumur tubuh ku dengan kotoran-kotoran najis ku, dengan harapan, bila nanti dia melihat ku dalam keadaan begini, dia akan jijik dan akan membiarkan ku pergi ”.

Ternyata memang benar, cadangan yang terakhir ini yang dia jalankan. Dia mulai melumurkan tubuhnya dengan kotoran-kotoran yang ada di situ. Memang menjijikkan. Setelah itu dia menangis dan berkata :“ Ya Rabbi, wahai Tuhan ku, perasaan takut ku kepada Mu itulah yang mendorong ku untuk melakukan hal ini. Oleh kerana itu, kurniakan untuk ku kebaikan sebagai gantinya ”.

Kemudian dia keluar dari bilik mandi, tatkala melihatnya dalam keadaan demikian, si wanita itu berteriak :“ Keluar kau, hai orang gila !” Dia pun cepat-cepat keluar dengan perasaan takut diketahui penduduk sekitar, jika mereka tahu, pasti akan macam-macam cerita tentang dirinya. Dia mengambil barang-barang dagangannya kemudian terus berlalu pergi, sementara orang-orang yang di jalan tertawa melihatnya. Akhirnya dia tiba di rumahnya, di situ dia menarik nafas lega. Lalu menanggal kan pakaiannya, dan mandi sepuasnya untuk membersihkan tubuhnya dengan sebersih-bersihnya .

Kemudian apa yang terjadi? Adakah Allah swt akan membiarkan hamba dan wali Nya begitu saja? Tentunya Tidak. Ternyata, ketika dia keluar dari bilik mandi, Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan untuknya sebuah kurniaan yang besar, yang tetap melekat di tubuhnya sampai dia meninggal dunia, bahkan sampai setelah dia meninggal. Allah swt telah memberikan untuknya aroma yang harum semerbak yang tercium dari tubuhnya. Semua orang dapat mencium aroma tersebut dari jarak beberapa meter .

Sampai akhirnya dia mendapat julukan ,“ al-miski ” ( yang harum seperti kasturi ).

SubahanAllah, memang benar, Allah swt telah memberikan untuknya sebagai ganti dari bau kotoran yang dapat hilang dalam sekejap dengan aroma wangian yang dapat tercium sepanjang masa. Ketika pemuda ini meninggal dan dikuburkan, mereka menulis di atas kuburannya ,“ Ini kuburan Al-Misky ,” dan banyak orang yang menziarahinya .

Yang Baik Jadikan Tauladan
Yang Buruk Jadikan Sempadan


Betapa kuatnya iman dia 😭😭
❤️ara 🐼

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 9
Posts: 4195
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 76 times
Gender:

PINGAT

Re: Sumber Ilmu

Post by zylajasmine » Sat Feb 23, 2019 4:05 am

Keadaan di Mahsyar

Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda:
"Dikumpulkanlah sekalian manusia di padang mahsyar pada hari kiamat dengan
telanjang kaki, telanjang tubuh dan tidak berkhitan kemaluannya." Saya bertanya: "Ya
Rasulullah, kalau begitu kaum wanita dan kaum lelaki semuanya dapat melihat antara yang
sebagian dengan sebagian yang lainnya." Beliau s.a.w. menjawab: "Hai Aisyah, peristiwa
pada hari itu lebih sangat untuk menjadi perhatian mereka daripada memperhatikan orang
lain."
Dalam riwayat lain disebutkan:
"Peristiwa pada hari itu lebih penting untuk diperhatikan oleh setiap orang - daripada
yang sebagian melihat kepada sebagian yang lain."
(Muttafaq 'alaih)

@kisahsejarahislam
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

Post Reply

Return to “Tazkirah”