๏ปฟ๏ปฟ

Active Topics

BOLA BALING

Borak Berkaitan Sukan

Moderators: Paktam, faizridwan

User avatar
Ikasnow
Ahli Forum
Leftenan Muda
Leftenan Muda
Malaysia
Posts in topic: 6
Posts: 918
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:14 am
Mood:
Has thanked: 5 times
Gender:

BOLA BALING

Post by Ikasnow » Sat Feb 02, 2019 3:20 pm

TOPIK INI MENGENAI BOLA BALING ๐Ÿ˜Š
๐Ÿ’šiqa๐Ÿ’š

User avatar
Ikasnow
Ahli Forum
Leftenan Muda
Leftenan Muda
Malaysia
Posts in topic: 6
Posts: 918
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:14 am
Mood:
Has thanked: 5 times
Gender:

Re: BOLA BALING

Post by Ikasnow » Sat Feb 02, 2019 3:23 pm

PENGENALAN
Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan.

GELANGGANG BOLA BALING DAN UKURAN PADANG/GELANGGANG (KAWASAN PERMAINAN)
Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang digunakan boleh merupakan gelanggang berumput di padang terbuka atau gelanggang bersimen atau berparket di dalam dewan yang tertutup. Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur, 40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol. Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan go yang berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol. Garisan balingan percuma adalah putus-putus dan berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang garisan penalti ialah 1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah garisan gol. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol ialah 4 meter. Di dua garisan tepi, terdapat dua garisan pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 meter. Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan ukuran selebar 5 cm.

BOLA
Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah seperti berikut :
1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas) Bola saiz 3. Berat antara 425 g sehingga 475 g. Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm.
2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga 16 tahun) Bola saiz 2. Berat antara 325 g hingga 375 g. Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm
3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12 tahun) Bola saiz 1. Berat antara 290 g hingga 330 g. Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm.

Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan bagi setiap perlawanan. Bola yang digunakan dalam sesuatu perlawanan tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkat antarabangsa, hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.

TIANG GOL
Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri daripada dua batang tiang tegak yang panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter. Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter. Tiang gol diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm. Di bahagian lain tiang gol dan palang ialah 8 cm.

PEMAIN DAN PAKAIAN
Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri daripada baju lengan pendek atau panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna pakaian yang berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan. Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada pemain-pemain adalah tidak dibenarkan. Setiap pasukan Bola Baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu 10 orang pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Pemain-pemain dibenarkan memakai jersi bernombor antara 1 orang hingga 20. No 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk pemain-pemain gelanggang.

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING
1. Berlari
2. Melompat
3. Hantaran bola
4. Menyambut bola
5. Mengelecek bola dengan tangan
6. Mengadang
7. Menjaring
8. Menjaga gol

Di dalam blog ini, saya akan menerangkan hanya 3 sahaja kemahiran asas dalam Bola Baling dan prinsip sains yang berkaitan dengan kemahiran tersebut.
3 kemahiran asas tersebut ialah :
1. Hantaran bola
2. Menangkap bola
3. Menjaring

KEMAHIRAN PERTAMA : HANTARAN BOLA
Dalam permainan Bola Baling terdapat beberapa cara penghantaran bola yang sama dengan cara-cara yang digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola jaring. Jenis hantaran yang biasa digunakan adalah seperti berikut :
a) Hantaran bahu
b) Hantaran lantun
c) Hantaran aras dada
d) Hantaran lompat
e) Hantaran sisi

HANTARAN BAHU
Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh pemain dalam permainan Bola Baling. Biasanya, cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh. Kelebihan cara ini ialah persediaan hantaran ini boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan bersedia, pemain boleh terus mengelecek, menjaring, menukar hala hantaran atau memusingkan badannya.
HANTARAN LANTUN
Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut. Kelemahannya adalah bola itu dapat disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas pantas. Hantaran ini biasanya dilakukan dengan sebelah tangan. HANTARAN ARAS DADA
Berasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan bola keranjang. Sesuai untuk hantaran jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu adalah hasil tolakan dari jari-jari tangan. Tangan hendaklah ikut lajak di akhir tolakan.
HANTARAN LOMPAT
Ini adalah satu lagi gerak keliru yang berasal dari permainan bola keranjang. Biasanya apabila seorang penyerang melompat untuk menjaring tidak berpeluang membuat demikian, ia akan membuat hantaran terus kepada kawannya supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan.
HANTARAN SISI
Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat hantaran jarak dekat dan pantas. Pemain tidak perlu memusingkan badannya untuk menghadap ke arah penerima hantarannya apabila hantaran sisi dilakukan. Hantaran cara ini banyak melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan memang sesuai bagi pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar.

PRINSIP ASAS HANTARAN BOLA
Keberkesanan sesuatu hantaran bola oleh seorang pemain bola dilihat dari sejauh mana hantaran itu memenuhi prinsip-prinsip asas yang berikut:
a) Suai-masa (timing) โ€“ bilakah bola patut dilepaskan?
b) Ketepatan โ€“ adakah bola ditujukan kepada sasarannya?
c) Arah โ€“ ke manakah bola dihantar supaya permainan menjadi positif?
d) Kekuatan โ€“ sekuat manakah boal patut dibaling dalam situasi yang dihadapi oleh pemain supaya sesuai dengan jarak dan kedudukan pemain yang menerima bola?

PRINSIP SAINS DALAM HANTARAN
Dalam kemahiran hantaran, prinsip sains yang berkaitan ialah sistem tuas. Tuas ialah suatu struktur yang teguh yang diengselkan pada satu titik dan daya diaplikasikan kepada kedua-dua titik lain (Hay,1985). Tuas tubuh badan adalah penting untuk menghasilkan pergerakan yang berkesan terutama ketika membuat hantaran di dalam permainan Bola Baling. Kemahiran hantaran bola berkait rapat dengan sistem tuas kelas ketiga. Hal ini disebabkan salah satu fungsi tuas yang berikut:
a) Ia membolehkan rintangan yang lebih besar dari kuasa yang diaplikasikan diatasi.
b) Untuk menambahkan kelajuan sesuatu halangan atau rintangan yang bergerak atau menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan. Konsep โ€“ konsep Penting dalam Sistem Tuas
1. Daya โ€“ usaha di mana otot menghasilkan daya.
2. Beban/rintangan โ€“ sebarang objek yang digerakkan atau anggota-anggota badan itu sendiri.
3. Paksi/fulkrum โ€“ sendi
4. Lengan daya dan lengan beban.
a) Lengan daya (LD) yang lebih panjang membolehkan beban yang lebih diangkat.
b) Lengan beban (LB) yang lebih panjang membolehkan kelajuan yang lebih dihasilkan.

Kesimpulannya, sistem tuas membolehkan pemain membuat hantaran menggunakan daya yang terdapat di lengannya. Apabila bola berada di tapak tangan pemain, lengan menjadi daya kepada bola tersebut untuk bergerak manakala siku sebagai fulkrum atau sendi yang berfungsi untuk menggerakkan bola tersebut. Oleh itu, jika lengan mengenakan daya yang kuat ke atas bola tersebut maka bola itu akan bergerak dalam kelajuan yang tinggi dan menyebabkan hantaran bola itu berlaku dengan cepat.

KEMAHIRAN KEDUA : MENANGKAP BOLA
Prinsip utama dalam menangkap bola ialah mengawal, mematikan kelajuan bola, memegangnya dengan baik dan terus mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua belah tangan yang berkedudukan relaks. Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan dengan paling penting ialah setiap tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran yang dibuat oleh rakan. Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada lontaran atau hantaran yang tepat atau sempurna.
Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi permainan, seorang pemain mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor berikut:
1. Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan penghantarnya.
2. Kedua-dua belah tangan direnggangkan dan dihulurkan ke arah bola.
3. Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membuat tangkapan. Ibu jari berfungsi sebagai penahan bola.
4. Setelah berjaya ditangkap, bola hendaklah dirapatkan ke dada dalam kedudukan yang selamat.
5. Kedudukan sebelah kaki hendaklah ke depan dan harus berjarak seluas bahu dengan kaki belakang.
6. Sepanjang pergerakan untuk menangkap bola, pemain hendaklah berada dalam kedudukan seimbang.
7. Bola yang diterima berada di atas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan jari-jari menunjuk ke atas dengan ibu jari membentuk W di belakang bola. Untuk bola yang berada di bawah pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada jari. Untuk menangkap bola terlalu rendah, satu kaki dikeluarkan ke depan, lalu lutut membengkok dan tangan terbalik. Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran tinggi, hantaran rendah dan hantaran sisi sama ada dalam kedudukan bergerak atau statik.

CARA MENANGKAP BOLA
1. Dengan kedua-dua belah tangan โ€“ bola aras muka Apabila hendak menangkap bola setinggi aras muka, pemain seboleh-bolehnya hendaklah berada di belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus ke hadapan untuk menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap bola hendaklah dibawa dekat badan untuk kawalan yang lebih baik.
2. Dengan kedua-dua belah tangan โ€“ bola rendah Untuk menangkap bola rendah pemain perlu merendahkan badannya dan kedua-dua belah tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari menghala ke bawah semasa menangkap bola.
3. Menangkap bola dengan sebelah tangan Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila penerima bola tidak menghadapi tekanan atau gangguan daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat. Penerima hendaklah memerhatikan bola sehingga dapat ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang kemas, keseluruhan tapak tangan yang menangkap bola hendaklah berada di belakang bola.
4. Menangkap bola tinggi Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola hantaran tinggi. Faktor yang sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa yang tepat. Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas untuk menangkap bola. Sebaik sahaja mendarat, bola hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya dengan lebih kemas.

KESALAHAN-KESALAHAN MENANGKAP BOLA
1. Memegang bola menggunakan jari dan tidak menggunakan tapak tangan.
2. Tangan yang dihulurkan ke depan berada terlalu rendah dan tidak pula berada terlalu jauh di belakang.
3. Tidak menggunakan pergelangan tangan.
4. Genggaman yang tidak kemas.
5. Tangkapan yang salah dan tidak mengikut situasi permainan.

MEMEGANG BOLA
Selepas menangkap bola, pemain dibenarkan memegangnya tidak lebih daripada 3 saat sebelum menghantarnya kepada rakan atau terus membuat jaringan gol. Dalam masa yang singkat ini, pemain menguasai bola sepenuhnya. Pemain perlu memegang bola dengan kedua-dua belah tangannya kerana jika sebelah tangan digunakan, kemungkinan bola terlepas daripada pegangannya. Apabila bola dirapatkan ke dada, ia dipegang erat oleh jari-jari yang dibuka dan mengarah ke depan. Pegangan yang kukuh ini adalah penting bagi membolehkan pemain melakukan gerakan yang seterusnya.
Umumnya, memegang bola hendaklah menggunakan kedua-dua belah tangan dan berkedudukan pada aras dada. Pegangan ini hendaklah sekejap mungkin agar tidak mengganggu pergerakan bola serta memberikan masa dan kesempatan kepada pemain pertahanan pasukan lawan mengatur pertahanannya atau mematah serangan.

SAINS DALAM MENANGKAP BOLA
Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang berkaitan ialah Hukum pertama Newton iaitu Hukum Inersia. Inersia ialah suatu objek yang tidak bergerak akan berada di dalam keadaan itu kecuali diganggu oleh daya luar. Jika bergerak, ia akan bergerak terus dalam arah yang sama dan dalam garisan lurus melainkan jika diganggu oleh daya luar.
Konsep โ€“ konsep Penting dalam Inersia
1. Otot โ€“ otot besar menghasilkan daya lebih berbanding dengan otot โ€“ otot kecil.
2. Sedikit daya diperlukan untuk mengekalkan kelajuan dan arah (momentum) objek yang sedang bergerak. 3. Daya yang lebih perlu untuk menghentikan objek yang berat dan bergerak cepat (menyerap momentum)

Dalam kemahiran menangkap bola, tangan dihulur keluar ketika menangkap bola dan tangan ditarik ke dada bagi menyerap inersia yang terdapat pada bola tersebut. Perkara ini dilakukan supaya tangkapan bola itu menjadi kemas dan bola tidak mudah terlepas apabila bola berada di tangan pemain. Hal in juga dapat mengelakkan berlakunya kecederaan terhadap pemain ketika bola ditangkap.

KEMAHIRAN KETIGA : MENJARING BOLA
Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu pemain dan penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya dihasilkan, terutamanya jika hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata jumlah gol yang mampu dijaringkan dalam sesuatu permainan bola baling ialah 40 gol. Maka, bola baling merupakan permainan yang banyak menghasilkan gol. Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh semua pemain kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada pada pemain barisan belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol. Manakala pemain-pemain lain lebih bertanggungjawab dalam mengatur dan melaksanakan taktik dan strategi permainan agar bola dapat disampaikan kepada barisan belakang yang akan menjaringkan bola.
Kekuatan, kelajuan ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama yang perlu ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan mendapatkan gol. Pemain-pemain juga diharapkan mempunyai ketangkasan pemikiran dan tindakan, bijak merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak dan tidak mudah berputus asa.
๐Ÿ’šiqa๐Ÿ’š

User avatar
nananazeri
Ahli Forum
Mejor
Mejor
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 6
Posts: 1606
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:33 am
Mood:
Has thanked: 6 times
Been thanked: 6 times
Gender:

Re: BOLA BALING

Post by nananazeri » Sat Feb 02, 2019 6:11 pm

Spe minat main bola Baling komen sikit
Nn๐Ÿ™ˆ๐Ÿ’œ

User avatar
Paktam
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 7
Posts: 3542
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:21 am
Has thanked: 15 times
Been thanked: 9 times
Gender:

PINGAT

Re: BOLA BALING

Post by Paktam » Sat Feb 02, 2019 6:12 pm

nananazeri wrote: โ†‘
Sat Feb 02, 2019 6:11 pm
Spe minat main bola Baling komen sikit
Saya suka akan bola baling aku tk suka
๐Ÿ™ˆ NI Mโ‚ฌยฅยฅ NI ๐Ÿ™ˆ

User avatar
nananazeri
Ahli Forum
Mejor
Mejor
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 6
Posts: 1606
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:33 am
Mood:
Has thanked: 6 times
Been thanked: 6 times
Gender:

Re: BOLA BALING

Post by nananazeri » Sat Feb 02, 2019 6:13 pm

Paktam wrote: โ†‘
Sat Feb 02, 2019 6:12 pm
nananazeri wrote: โ†‘
Sat Feb 02, 2019 6:11 pm
Spe minat main bola Baling komen sikit
Saya suka akan bola baling aku tk suka
Ap yg hg ckp ni aku tak faham la
Nn๐Ÿ™ˆ๐Ÿ’œ

User avatar
Ikasnow
Ahli Forum
Leftenan Muda
Leftenan Muda
Malaysia
Posts in topic: 6
Posts: 918
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:14 am
Mood:
Has thanked: 5 times
Gender:

Re: BOLA BALING

Post by Ikasnow » Sat Feb 02, 2019 6:27 pm

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN DALAM PERMAINAN BOLA BALING
1)Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 7 orang pemain akan bermain, sementara baki 5 orang lagi akan menjadi pemain simpanan.Penggantian pemain boleh dilakukan bila-bila masa ketika dalam permainan.2)Permainan diadili oleh dua orang pengadil.3)Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih untuk membuat permulaan atau memulakan perla๎€€anan. !alingan dibuat di garisan tengah.")Seseorang pemain dibenarkan #$a)menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola dengan apa %ara pun sama ada dengan tangan, lengan, kepala, paha atau lututnya$b)memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat balingan atau hantaran$%) melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke satu tempat lain dalam ka๎€€asan permainan yang ditetapkan.5)Pemain-pemain tidak dibenarkan masuk ke dalam ka๎€€asan gol ke%uali penjaga gol.&)'pabila penjaga gol keluar daripada ka๎€€asan golnya, dia akan dianggapsebagai seorang pemain padang.7)(ika bola keluar daripada garisan tepi, permainan disambung semula dengan satu balingan ke dalam oleh pasukan yang tidak menyebabkan bola itu keluar.๎€)Semasa balingan per%uma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan, pihak la๎€€an hendaklah berada pada jarak sekurang-kurangnya 3 meter daripada pembaling.
๐Ÿ’šiqa๐Ÿ’š

User avatar
feyaa27
Ahli Forum
Leftenan
Leftenan
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 11
Posts: 1026
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:28 am
Mood:
Has thanked: 24 times
Gender:

Re: BOLA BALING

Post by feyaa27 » Sat Feb 02, 2019 6:32 pm

nananazeri wrote: โ†‘
Sat Feb 02, 2019 6:11 pm
Spe minat main bola Baling komen sikit




Saya minat main bola baling .
๐Ÿ’™FN๐Ÿ’›

User avatar
feyaa27
Ahli Forum
Leftenan
Leftenan
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 11
Posts: 1026
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:28 am
Mood:
Has thanked: 24 times
Gender:

Re: BOLA BALING

Post by feyaa27 » Sat Feb 02, 2019 6:33 pm

Paktam wrote: โ†‘
Sat Feb 02, 2019 6:12 pm
nananazeri wrote: โ†‘
Sat Feb 02, 2019 6:11 pm
Spe minat main bola Baling komen sikit
Saya suka akan bola baling aku tk suka


Apa yang @Paktam cakap saya tak faham la
๐Ÿ’™FN๐Ÿ’›

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 11
Posts: 3884
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: BOLA BALING

Post by Nursahirah74 » Sat Feb 02, 2019 6:41 pm

Ikasnow wrote: โ†‘
Sat Feb 02, 2019 6:27 pm
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN DALAM PERMAINAN BOLA BALING
1)Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 7 orang pemain akan bermain, sementara baki 5 orang lagi akan menjadi pemain simpanan.Penggantian pemain boleh dilakukan bila-bila masa ketika dalam permainan.2)Permainan diadili oleh dua orang pengadil.3)Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih untuk membuat permulaan atau memulakan perla๎€€anan. !alingan dibuat di garisan tengah.")Seseorang pemain dibenarkan #$a)menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola dengan apa %ara pun sama ada dengan tangan, lengan, kepala, paha atau lututnya$b)memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat balingan atau hantaran$%) melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke satu tempat lain dalam ka๎€€asan permainan yang ditetapkan.5)Pemain-pemain tidak dibenarkan masuk ke dalam ka๎€€asan gol ke%uali penjaga gol.&)'pabila penjaga gol keluar daripada ka๎€€asan golnya, dia akan dianggapsebagai seorang pemain padang.7)(ika bola keluar daripada garisan tepi, permainan disambung semula dengan satu balingan ke dalam oleh pasukan yang tidak menyebabkan bola itu keluar.๎€)Semasa balingan per%uma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan, pihak la๎€€an hendaklah berada pada jarak sekurang-kurangnya 3 meter daripada pembaling.

Huyooo susah jugak bola baling daripada bola jaring hahah๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… maklum la jarang join
โค๏ธara ๐Ÿผ

User avatar
feyaa27
Ahli Forum
Leftenan
Leftenan
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 11
Posts: 1026
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:28 am
Mood:
Has thanked: 24 times
Gender:

Re: BOLA BALING

Post by feyaa27 » Sat Feb 02, 2019 6:53 pm

Nursahirah74 wrote: โ†‘
Sat Feb 02, 2019 6:41 pm
Ikasnow wrote: โ†‘
Sat Feb 02, 2019 6:27 pm
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN DALAM PERMAINAN BOLA BALING
1)Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 7 orang pemain akan bermain, sementara baki 5 orang lagi akan menjadi pemain simpanan.Penggantian pemain boleh dilakukan bila-bila masa ketika dalam permainan.2)Permainan diadili oleh dua orang pengadil.3)Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih untuk membuat permulaan atau memulakan perla๎€€anan. !alingan dibuat di garisan tengah.")Seseorang pemain dibenarkan #$a)menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola dengan apa %ara pun sama ada dengan tangan, lengan, kepala, paha atau lututnya$b)memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat balingan atau hantaran$%) melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke satu tempat lain dalam ka๎€€asan permainan yang ditetapkan.5)Pemain-pemain tidak dibenarkan masuk ke dalam ka๎€€asan gol ke%uali penjaga gol.&)'pabila penjaga gol keluar daripada ka๎€€asan golnya, dia akan dianggapsebagai seorang pemain padang.7)(ika bola keluar daripada garisan tepi, permainan disambung semula dengan satu balingan ke dalam oleh pasukan yang tidak menyebabkan bola itu keluar.๎€)Semasa balingan per%uma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan, pihak la๎€€an hendaklah berada pada jarak sekurang-kurangnya 3 meter daripada pembaling.

Huyooo susah jugak bola baling daripada bola jaring hahah๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… maklum la jarang join





Haah betul tu bola baling lagi susah dari bola jaring
๐Ÿ’™FN๐Ÿ’›

Post Reply

Return to โ€œSukanโ€