zylajasmine wrote: ↑Wed Jan 23, 2019 7:13 pmMENCUCI CERMIN
@Petuadankesihatan
Caranya :
1. Dengan menggunakan vakum atau kain bersih yang lembap, keluarkan kekotoran seperti habuk, daun, sampah atau sarang labah-labah, di bahagian tingkap. Bancuhan air dengan pencuci pakaian mampu menyingkirkan kotoran degil. Elakkan membersihkan tingkap atau pintu kaca di bawah pancaran terus matahari. Kepanasan matahari mengeringkan tingkap dengan pantas dan akan meningggalkan kesan goresan yang tidak elok pada permukaannya. Bancuhkan satu cawan cuka dengan air berukuran suku baldi. Tuangkan bancuhan ke dalam botol penyembur. Kemudian semur pada permukaan kaca dan lap bersih.
2. Cara kedua adalah bancuhkan setengah cawan tepung jagung dan dua cawan air. Kemudian lapkan bancuhan ini ke atas permukaan panel tingkap kaca dengan menggunakan span.
3. Cara ketiga adalah dengan menggunakan cecair pencuci komersial khas untuk kaca. Semburkan pada permukaan kaca, kemudian lap bersih dengan kertas tuala atau kertas surat khabar yang digumpal untuk mendapatkan efek sinar yang berkesan.
﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏
Oh macam tu cara cuci cermin


