ο»Ώο»Ώ

Active Topics

Tak Semua Kod E ada Sumber KHINZIR

Artikal Dan Perbincangan Tentang Barangan, Makanan Atau Pekerjaan Halal

Moderator: yatiyusof

Post Reply
User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 2
Posts: 4106
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 76 times
Gender:

PINGAT

Tak Semua Kod E ada Sumber KHINZIR

Post by zylajasmine » Thu Nov 29, 2018 5:02 pm

🌳FAQ HALAL🌳

SALAH FAHAM TERHADAP KOD E
Untuk makluman, KOD E ialah kod untuk bahan tambah (aditif) dan ianya selalu digunakan pada label makanan di negara Kesatuan Eropah.

Bahan aditif ialah bahan yang selamat dimakan dan ditambah secara sengaja ke dalam makanan dalam kuantiti yang sedikit bagi mempengaruhi kualiti penyimpanan, pemprosesan, penyediaan dan pembungkusan makanan.

Skim penomboran ini mengikut Sistem penomboran Antarabangsa (International Numbering System @ INS) yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Codex Alimentarius.

Ia adalah koleksi pelbagai standard, kod praktis, panduan antarabangsa yang diiktiraf berkaitan dengan makanan, pemprosesan makanan dan keselamatan makanan bertujuan untuk menjaga kesihatan manusia dan memastikan kod perdagangan yang beretika dijalankan.

Bagi Kesatuan Eropah, Kod E ini adalah merujuk kepada aditif yang boleh dimakan kerana hanya sebahagian daripada bahan aditif yang dibenar untuk digunakan. Nombor E juga digunakan pada label pemakanan di Australia, New Zealand, Amerika Utara, dan Kanada.

PENGKELASAN NOMBOR E MENGIKUT JENIS BAHAN ADITIF:-

πŸ€E100 - E199:

- Warna

πŸ€E200 - E299:

- Pengawet

πŸ€E300 - E399:

- Oksidan

- Fosfat

- Antioksida

- Pengawal Asid

πŸ€E400 - E499:

- Pemekat

- Pelembap

- Penstabil

- Emulsifier

πŸ€E500 - E599:

- Garam

- Regulator Asid

- Agen Penghalang Kerak

πŸ€E600 - E699:

- Penambah Perisa

πŸ€E900 - E999:

- Pemanis

- Bahan-bahan lain

πŸ€E1000- E1999:

- Bahan Kimia Tambahan

Tidak semua nombor E yang digunakan untuk membuat sesuatu produk makanan berasaskan dari sumber yang HARAM.

Bahan-bahan aditif ini boleh bersumberkan tumbuhan, sintetik, mikrob, semulajadi, kimia dan haiwan.

Contoh Nombor E yang paling kerap ditanya oleh orang ramai adalah E471. Ia adalah sejenis pengemulsi iaitu mono dan digliserida.

Sumbernya adalah dari lemak sintetik yang terhasil dari gliserol dan asid lemak semulajadi terutamanya dalam tumbuhan (contohnya minyak kelapa sawit) atau lemak haiwan.

Ramuan ini secara umumnya ialah sebatian pelbagai bahan dengan kandungannya hampir sama dengan lemak semulajadi yang boleh dihadam.

Dalam memastikan sumber yang di makan adalah terjamin,masyarakat harus peka mengenai jenis aditif makanan dan tahap kandungan yang dibenarkan untuk digunakan dalam sesuatu produk makanan.

Pihak industri makanan dan barang gunaan pula bertanggungjawab untuk mengenal pasti status sumber aditif makanan yang digunakan supaya tidak akan menimbulkan keraguan kepada para pengguna Islam.

Manakala Bahagian Hab Halal, Jakim/Main/Jain akan memastikan syarikat yang memohon sijil halal wajib mengisytihar kesemua ramuan termasuk aditif makanan yang digunakan beserta dokumen yang kukuh (seperti sijil halal yang diiktiraf dan analisis makmal).

Sehubungan itu, sekiranya produk tersebut merupakan produk tempatan atau luar negara dan mendapat sijil Pengesahan Halal Malaysia atau Sijil Pengesahan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM, maka ia boleh digunakan tanpa was-was sekalipun mempunyai Kod E.
Namun, sekiranya produk tersebut tidak mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau Sijil Pengesahan Halal Luar Negara yang Diiktiraf oleh JAKIM, walaupun menggunakan Kod E yang sama, pengguna dinasihatkan agar berhati-hati dalam memilih produk tersebut.
Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Luar Negara yang Diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih,selamat dan mengikut standard, garis panduan halal serta perundangan berkaitan yang telah ditetapkan.
*❀﷽❀*
πŸ’–πŸŒΉZylaJasmineπŸŒΉπŸ’–

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 2
Posts: 3730
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 19 times
Gender:

PINGAT

Re: Tak Semua Kod E ada Sumber KHINZIR

Post by Nursahirah74 » Fri Nov 30, 2018 12:22 pm

zylajasmine wrote: ↑
Thu Nov 29, 2018 5:02 pm

Jadi apollo selamat dimakan 😊
Ok, jadi tak semua kod E ada khinzir kan
πŸ’• Ara πŸ’•

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 2
Posts: 4106
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 76 times
Gender:

PINGAT

Re: Tak Semua Kod E ada Sumber KHINZIR

Post by zylajasmine » Mon Dec 03, 2018 10:22 pm

Ye betul. . Semua boleh makan tanpa ragu2 dah.
*❀﷽❀*
πŸ’–πŸŒΉZylaJasmineπŸŒΉπŸ’–

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 2
Posts: 3730
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 19 times
Gender:

PINGAT

Re: Tak Semua Kod E ada Sumber KHINZIR

Post by Nursahirah74 » Tue Dec 04, 2018 2:23 pm

zylajasmine wrote: ↑
Mon Dec 03, 2018 10:22 pm
Ye betul. . Semua boleh makan tanpa ragu2 dah.
Ok ,saya dengar dalam cadbury dairy milk pon ada khinzir
Betul ke ?
πŸ’• Ara πŸ’•

Post Reply

Return to β€œHub Halal”