Active Topics

Sijil Halal

Artikal Dan Perbincangan Tentang Barangan, Makanan Atau Pekerjaan Halal

Moderator: yatiyusof

Post Reply
User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Leftenan Kolonal
Leftenan Kolonal
Malaysia
Posts in topic: 3
Posts: 2453
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 48 times
Gender:

PINGAT

Sijil Halal

Post by zylajasmine » Mon Nov 26, 2018 11:56 am

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pensijilan Halal Malaysia Bil. 4 2018

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Majlis Halal Malaysia dan Bahagian Pengurusan Pensijilan Halal telah melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pensijilan Halal Malaysia Bil. 4/2018 pada 21 hingga 23 November 2018 bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam Selangor.

Mesyuarat yang telah berlangsung sempena dengan Persidangan Panel Pengesahan Halal Malaysia 2018 yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Majlis Halal Malaysia, JAKIM.

Mesyuarat turut dihadiri oleh YBrs. Ustaz Bukhari Md Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Pensijilan Halal JAKIM, pegawai-pegawai kanan JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Antara fungsi utama Jawatankuasa ini ialah mempertimbang dan memperakukan inisiatif-inisiatif solusi bagi menyelesaikan isu-isu teknikal berkaitan Pensijilan Halal Malaysia di peringkat persekutuan dan negeri-negeri.

Selain itu, jawatankuasa ini juga berperanan menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan Pensijilan Halal Malaysia di peringkat persekutuan dan negeri-negeri. Beberapa pembentangan berkaitan pensijilan halal telah dibuat semasa mesyuarat tersebut.

Pada hari kedua, ahli-ahli mesyuarat turut berpeluang membuat lawatan industri ke kilang Nestle Manufacturing (M) Sdn Bhd Shah Alam bagi mengeratkan lagi hubungan antara pihak industri dan jabatan agama.

http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
www.halal.gov.my
www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia
#HalalConnectingTheWorld
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

Faizrosdi03
Ahli Forum
Leftenan
Leftenan
Indonesia
Posts in topic: 3
Posts: 1289
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:45 am
Has thanked: 6 times
Been thanked: 13 times
Gender:

Re: Sijil Halal

Post by Faizrosdi03 » Tue Nov 27, 2018 12:34 pm

Kak kenapa fishball dapat halal jakim sedang kan dalam al quran diharamkan makan darah kalau kak nk tahu cara
produk fishball nk tahan lama diorang gunakan platlet dalam sel darah haiwan yng telah dicampur :|

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Kolonal
Kolonal
Malaysia
Posts in topic: 1
Posts: 2505
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 15 times
Gender:

PINGAT

Re: Sijil Halal

Post by Nursahirah74 » Tue Nov 27, 2018 2:11 pm

Faizrosdi03 wrote:
Tue Nov 27, 2018 12:34 pm
Kak kenapa fishball dapat halal jakim sedang kan dalam al quran diharamkan makan darah kalau kak nk tahu cara
produk fishball nk tahan lama diorang gunakan platlet dalam sel darah haiwan yng telah dicampur :|

Haah saya pon ada baca kat google tentang fishball halal
💕 Ara 💕

Faizrosdi03
Ahli Forum
Leftenan
Leftenan
Indonesia
Posts in topic: 3
Posts: 1289
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:45 am
Has thanked: 6 times
Been thanked: 13 times
Gender:

Re: Sijil Halal

Post by Faizrosdi03 » Tue Nov 27, 2018 4:09 pm

Sama la pelik orng malaysia islam asal tanda halal jakim terus je nk beli tapi x tahu pembuatan macam mana :)

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Leftenan Kolonal
Leftenan Kolonal
Malaysia
Posts in topic: 3
Posts: 2453
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 48 times
Gender:

PINGAT

Re: Sijil Halal

Post by zylajasmine » Thu Dec 27, 2018 5:13 pm

Kunjungan Hormat Syarikat Yeo's ke Bahagian Pengurusan Pensijilan Halal, JAKIM

Putrajaya, 03 Disember 2018 – Bahagian Pengurusan Pensijilan Halal, JAKIM telah menerima kunjungan hormat dari Syarikat Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad atau lebih dikenali sebagai Yeo's sekitar jam 5.00 petang ini bertempat di Bilik Mesyuarat 2, Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya.

Kunjungan yang diketuai oleh En. Ooi Peng Hock selaku Naib Presiden Kanan Yeo's Malaysia & Indonesia serta Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan Halal syarikat tersebut bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sedia ada antara pihak industri dan JAKIM serta mengetahui maklumat-maklumat terkini berkaitan pengurusan Pensijilan Halal Malaysia.

Turut bersama menyantuni kunjungan kali ini ialah YBrs. Ustaz Bukhari Md Akhir selaku Pengarah, Bahagian Pengurusan Pensijilan Halal, JAKIM. Semoga dengan kunjungan seumpama ini akan mengerat dan meningkatkan lagi hubungan antara agensi agama dan industri dalam memantapkan imej Pensijilan Halal Malaysia.

http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
www.halal.gov.my
www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Leftenan Kolonal
Leftenan Kolonal
Malaysia
Posts in topic: 3
Posts: 2453
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 48 times
Gender:

PINGAT

Re: Sijil Halal

Post by zylajasmine » Sun Jan 06, 2019 6:19 pm

*Restoran halal sedia menu berasas daging babi*

*SEORANG wanita dipercayai pegawai penguatkuasa menanggalkan sijil halal restoran di sebuah hotel di Taiping yang menyediakan menu berasaskan daging babi.*

MEDIA SOSIAL
KHAIRUL ABIDIN NUAR
Januari 2019

IPOH. - *Sijil pengesahan halal restoran di tingkat bawah sebuah hotel di Taiping ditarik balik untuk tindakan lanjut selepas didapati menyediakan menu berasaskan daging babi.*

Perkara itu dikesan dalam Operasi bersepadu Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Taiping, semalam.

Hasil pemeriksaan mendapati hotel berkenaan telah melanggar syarat-syarat pensijilan halal di bawah Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Semakan Ketiga) 2014 menerusi perkara 4.8 (XV) iaitu permohonan yang tidak layak memohon ialah hotel yang mempunyai dapur menyediakan menu berasaskan babi.

*Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohd. Yusop Husin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan menasihatkan setiap pemegang sijil halal mematuhi peraturan yang ditetapkan.* - UTUSAN ONLINE
🌈NEWS&INFO 🌠
🆘ı|ı🔥GAK
SANTAI ANAK UTARA 🦅🦜🦚🌈
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

Faizrosdi03
Ahli Forum
Leftenan
Leftenan
Indonesia
Posts in topic: 3
Posts: 1289
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:45 am
Has thanked: 6 times
Been thanked: 13 times
Gender:

Re: Sijil Halal

Post by Faizrosdi03 » Sat Jan 12, 2019 10:30 pm

zylajasmine wrote:
Sun Jan 06, 2019 6:19 pm
*Restoran halal sedia menu berasas daging babi*

*SEORANG wanita dipercayai pegawai penguatkuasa menanggalkan sijil halal restoran di sebuah hotel di Taiping yang menyediakan menu berasaskan daging babi.*

MEDIA SOSIAL
KHAIRUL ABIDIN NUAR
Januari 2019

IPOH. - *Sijil pengesahan halal restoran di tingkat bawah sebuah hotel di Taiping ditarik balik untuk tindakan lanjut selepas didapati menyediakan menu berasaskan daging babi.*

Perkara itu dikesan dalam Operasi bersepadu Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Taiping, semalam.

Hasil pemeriksaan mendapati hotel berkenaan telah melanggar syarat-syarat pensijilan halal di bawah Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Semakan Ketiga) 2014 menerusi perkara 4.8 (XV) iaitu permohonan yang tidak layak memohon ialah hotel yang mempunyai dapur menyediakan menu berasaskan babi.

*Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohd. Yusop Husin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan menasihatkan setiap pemegang sijil halal mematuhi peraturan yang ditetapkan.* - UTUSAN ONLINE
🌈NEWS&INFO 🌠
🆘ı|ı🔥GAK
SANTAI ANAK UTARA 🦅🦜🦚🌈
Macam2 yg belaku sekarang ini

Post Reply

Return to “Hub Halal”