Active Topics

Tiada kompromi larangan merokok

Artikel-Artikel Berkaitan Kesihatan

Moderator: faziaspec

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 1
Posts: 4106
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 76 times
Gender:

PINGAT

Tiada kompromi larangan merokok

Post by zylajasmine » Sun Dec 02, 2018 7:53 pm

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tegas menguatkuasakan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini bermula Januari depan, demi kepentingan awam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata ketetapan itu adalah susulan bantahan pengusaha restoran dan kedai makan di seluruh negara yang tidak berpuas hati dengan peraturan larangan merokok sepenuhnya.

“Saya faham apa yang mereka nyatakan, tetapi kita mendahulukan kepentingan awam dan tidak bersedia untuk berkompromi dalam hal ini.

“Ini adalah kepentingan yang kita perjuangkan dan perokok perlu mencari tempat lain untuk merokok.

“Tempat makan awam adalah lokasi orang ramai ingin menikmati makanan tanpa dicemari asap rokok,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.

Dr Dzulkefly berkata, pihaknya turut bersedia mempertimbangkan penggunaan daun ketum sebagai alternatif merawat ketagihan dadah menggantikan Methadone.

“Perkara itu memerlukan penelitian dan tidak boleh diputuskan dengan terburu-buru kerana perlu melalui proses penyelidikan saintifik dan berdasarkan bukti kukuh.

“Dari sudut penemuan dan inovasi, KKM yang memajukan penemuan penawar bagi rawatan terbaik akan menimbangkan perkara ini (penggunaan ketum),” katanya.

Semalam, bekas Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Datuk Zahidi Zainul Abidin, menggesa kerajaan mempertimbangkan penggunaan daun ketum sebagai alternatif merawat ketagihan dadah.

-BeritaHarian
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
faziaspec
Forum Moderator
Forum Moderator
Lans Koperal
Lans Koperal
Malaysia
Posts in topic: 7
Posts: 130
Joined: Mon Dec 17, 2018 12:10 pm
Mood:
Has thanked: 1 time
Been thanked: 3 times
Gender:

Re: Tiada kompromi larangan merokok

Post by faziaspec » Tue Dec 18, 2018 12:29 am

ye betul, risiko bahaya untuk orang sekeliling yang bukan perokok lebih tinggi daripada orang yang merokok. saya pernah hampir sesak nafas bila hidu asap rokok tebal di kedai makan. Makin tak selera nak makan hehe

User avatar
Ikasnow
Ahli Forum
Leftenan Muda
Leftenan Muda
Malaysia
Posts in topic: 3
Posts: 894
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:14 am
Mood:
Has thanked: 4 times
Gender:

Re: Tiada kompromi larangan merokok

Post by Ikasnow » Tue Dec 18, 2018 8:44 pm

faziaspec wrote:
Tue Dec 18, 2018 12:29 am
ye betul, risiko bahaya untuk orang sekeliling yang bukan perokok lebih tinggi daripada orang yang merokok. saya pernah hampir sesak nafas bila hidu asap rokok tebal di kedai makan. Makin tak selera nak makan hehe
ohh bahaya en kalau kita terbau rokok tu terlampau boleh merosakkan peparu ke akk ?
💚iqa💚

User avatar
faziaspec
Forum Moderator
Forum Moderator
Lans Koperal
Lans Koperal
Malaysia
Posts in topic: 7
Posts: 130
Joined: Mon Dec 17, 2018 12:10 pm
Mood:
Has thanked: 1 time
Been thanked: 3 times
Gender:

Re: Tiada kompromi larangan merokok

Post by faziaspec » Fri Dec 21, 2018 10:11 pm

Ikasnow wrote:
Tue Dec 18, 2018 8:44 pm
faziaspec wrote:
Tue Dec 18, 2018 12:29 am
ye betul, risiko bahaya untuk orang sekeliling yang bukan perokok lebih tinggi daripada orang yang merokok. saya pernah hampir sesak nafas bila hidu asap rokok tebal di kedai makan. Makin tak selera nak makan hehe
ohh bahaya en kalau kita terbau rokok tu terlampau boleh merosakkan peparu ke akk ?
ye betul ika, asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang didalam tubuh badan.

User avatar
Ikasnow
Ahli Forum
Leftenan Muda
Leftenan Muda
Malaysia
Posts in topic: 3
Posts: 894
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:14 am
Mood:
Has thanked: 4 times
Gender:

Re: Tiada kompromi larangan merokok

Post by Ikasnow » Mon Dec 24, 2018 11:53 pm

faziaspec wrote:
Fri Dec 21, 2018 10:11 pm

ohh bahaya laa asap rokok ni . sya kena la hati hati dengan asap rokok spya tidak ada kerosakan tisu en haha . sy akan jaga kesihatan 😊
💚iqa💚

Matasepet
Ahli Forum
Kapten
Kapten
Negeri Selangor, Malaysia
Posts in topic: 2
Posts: 1530
Joined: Thu Nov 22, 2018 11:25 am
Mood:
Has thanked: 7 times
Gender:

Re: Tiada kompromi larangan merokok

Post by Matasepet » Tue Dec 25, 2018 12:00 am

KUALA TERENGGANU 16 Mei - Jabatan Kesihatan mengesan seramai 1,276 pelajar peringkat menengah dan rendah di negeri ini terjebak dengan gejala merokok.

Penemuan itu diperoleh hasil saringan dalam Program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (Kotak) yang dirintis Jabatan Kesihatan Negeri di sekolah rendah dan menengah di Terengganu tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohammad Omar memberitahu, daripada jumlah itu, seramai 150 orang merupakan murid sekolah rendah termasuk tiga daripadanya adalah murid tahun satu dan dua.

"Pihak jabatan melakukan saringan meliputi 106,162 murid sekolah rendah dan pelajar menengah. Sejumlah 1,276 dikenal pasti sebagai perokok.

"Bagaimanapun, seramai 274 daripada mereka telah menghentikan tabiat buruk itu selepas diberi intervensi melalui kaunseling,"ujarnya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Pergigian Sedunia peringkat negeri di pasar raya besar Giant Gong Badak di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian), Dr. Dayang Meriam Abang Abdul Rahman.

Menurut beliau, tabiat merokok turut menyumbang kepada masalah pergigian kerana mereka berisiko mendapat penyakit gusi, kanser mulut dan lidah di samping paru-paru, serangan jantung dan angin ahmar.

"Oleh itu, saya mengajak semua pihak agar bersama-sama menasihati serta menunjukkan contoh yang baik keoada generasi muda ini agar tabiat merokok dapat dibendung dari peringkat awal usia,"ujarnya.
EVOS(Zxuan) 8-) :ugeek:

User avatar
faziaspec
Forum Moderator
Forum Moderator
Lans Koperal
Lans Koperal
Malaysia
Posts in topic: 7
Posts: 130
Joined: Mon Dec 17, 2018 12:10 pm
Mood:
Has thanked: 1 time
Been thanked: 3 times
Gender:

Re: Tiada kompromi larangan merokok

Post by faziaspec » Tue Dec 25, 2018 9:53 pm

Ikasnow wrote:
Mon Dec 24, 2018 11:53 pm
faziaspec wrote:
Fri Dec 21, 2018 10:11 pm
Ikasnow wrote:
Tue Dec 18, 2018 8:44 pm

ohh bahaya en kalau kita terbau rokok tu terlampau boleh merosakkan peparu ke akk ?
ye betul ika, asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang didalam tubuh badan.

ohh bahaya laa asap rokok ni . sya kena la hati hati dengan asap rokok spya tidak ada kerosakan tisu en haha . sy akan jaga kesihatan 😊

bagus ika . ko boleh la bagitau kawan2 ko hati2 dengan asap rokok. Kalau boleh suruh diorang elak diri daripada orang yg sedang merokok.

User avatar
Ikasnow
Ahli Forum
Leftenan Muda
Leftenan Muda
Malaysia
Posts in topic: 3
Posts: 894
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:14 am
Mood:
Has thanked: 4 times
Gender:

Re: Tiada kompromi larangan merokok

Post by Ikasnow » Tue Dec 25, 2018 10:00 pm

faziaspec wrote:
Tue Dec 25, 2018 9:53 pm
Ikasnow wrote:
Mon Dec 24, 2018 11:53 pm
faziaspec wrote:
Fri Dec 21, 2018 10:11 pm

ye betul ika, asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang didalam tubuh badan.

ohh bahaya laa asap rokok ni . sya kena la hati hati dengan asap rokok spya tidak ada kerosakan tisu en haha . sy akan jaga kesihatan 😊

bagus ika . ko boleh la bagitau kawan2 ko hati2 dengan asap rokok. Kalau boleh suruh diorang elak diri daripada orang yg sedang merokok.
hahaha oke nnti saya akan cuba nasihat kawan kawan sya supya elak dri asap rokok ni
💚iqa💚

User avatar
faziaspec
Forum Moderator
Forum Moderator
Lans Koperal
Lans Koperal
Malaysia
Posts in topic: 7
Posts: 130
Joined: Mon Dec 17, 2018 12:10 pm
Mood:
Has thanked: 1 time
Been thanked: 3 times
Gender:

Re: Tiada kompromi larangan merokok

Post by faziaspec » Wed Dec 26, 2018 10:12 am

PUNCA-PUNCA REMAJA MEROKOK !!

Faktor sosial
Merokok adalah tabiat yang dipelajari. Ia dianggap sebagai simbol bagi kematangan, kehebatan dan daya tarik kepada golongan berlainan jantina. Kebanyakan remaja mula merokok pada usia lebih muda iaitu ada yang seawal 10 tahun.
Rakan sebaya menjadi tempat untuk interaksi sosial dan mengatasi ketakutan, masalah dan kekeliruan. Rakan sebaya juga menjadi tempat mencuba sesuatu benda baru dan di luar daripada batas peraturan.
Mengimitasi atau meniru tabiat orang dewasa dan rakan sebaya supaya diterima oleh “geng” dan rakan sebaya. Takut diejek atau diperlekeh oleh kawan-kawan menyebabkan remaja mengambil risiko mencuba. Bermula sebagai perokok sosial akhirnya menjadi perokok tegar akibat ketagihan nikotin. Dengan turut sama merokok, remaja memperoleh pengesahan sosial dan interaksi sesama rakan sekumpulan.

Pengaruh media massa dan idola
Usia remaja merupakan tempoh individu mencari identiti diri. Pengaruh media massa yang menyiarkan iklan dan cerita yang mengambarkan hero seorang perokok yang hebat memberi gambaran salah kepada remaja bahawa tabiat merokok itu ‘cool’ dan bergaya serta lambang kehebatan.
Remaja biasanya akan menjadikan selebriti atau artis sama ada penyanyi, pelakon mahupun pengacara sebagai idola. Mereka ingin menjadi seperti idola dengan meniru apa yang digayakan atau apa yang dilakukan oleh idola mereka.

Persekitaran
Merokok telah menjadi sebahagian daripada budaya yang diterima oleh masyarakat Malaysia. Ini menjadikan merokok tidak disifatkan sebagai suatu perbuatan yang salah bagi masyarakat. Ini memberi tanggapan kepada remaja bahawa tabiat merokok adalah sesuatu yang baik dan menjadikan naluri ingin mencuba semakin tinggi dalam diri mereka.
Rokok mudah dibeli dan dibawa sertaboleh didapati di mana-mana kedai atau kios tanpa mengira tempat.

User avatar
faziaspec
Forum Moderator
Forum Moderator
Lans Koperal
Lans Koperal
Malaysia
Posts in topic: 7
Posts: 130
Joined: Mon Dec 17, 2018 12:10 pm
Mood:
Has thanked: 1 time
Been thanked: 3 times
Gender:

Re: Tiada kompromi larangan merokok

Post by faziaspec » Wed Dec 26, 2018 10:16 am

Kesan buruk akibat asap rokok

Merokok menyebabkan banyak kesan buruk kepada kesihatan dan kualiti hidup seseorang.

Di antaranya :

1) Risiko 30% lebih tinggi mendapat kanser paru-paru
2) 25% lebih tinggi mendapat penyakit jantung
3) Kurang kesuburan
4) Mudah mendapat asma
5) Lebih terdedah kepada kanser

Post Reply

Return to “Artikel Kesihatan”