Tiada kompromi larangan merokok

Artikel-Artikel Berkaitan Kesihatan

Moderators: zylajasmine, NurAtikah

Post Reply
User avatar
zylajasmine
Forum Moderator
Staf Sarjan
Staf Sarjan
Malaysia
Posts in topic: 1
Posts: 541
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 6 times
Been thanked: 13 times
Gender:

Tiada kompromi larangan merokok

Post by zylajasmine » Sun Dec 02, 2018 7:53 pm

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tegas menguatkuasakan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini bermula Januari depan, demi kepentingan awam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata ketetapan itu adalah susulan bantahan pengusaha restoran dan kedai makan di seluruh negara yang tidak berpuas hati dengan peraturan larangan merokok sepenuhnya.

“Saya faham apa yang mereka nyatakan, tetapi kita mendahulukan kepentingan awam dan tidak bersedia untuk berkompromi dalam hal ini.

“Ini adalah kepentingan yang kita perjuangkan dan perokok perlu mencari tempat lain untuk merokok.

“Tempat makan awam adalah lokasi orang ramai ingin menikmati makanan tanpa dicemari asap rokok,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.

Dr Dzulkefly berkata, pihaknya turut bersedia mempertimbangkan penggunaan daun ketum sebagai alternatif merawat ketagihan dadah menggantikan Methadone.

“Perkara itu memerlukan penelitian dan tidak boleh diputuskan dengan terburu-buru kerana perlu melalui proses penyelidikan saintifik dan berdasarkan bukti kukuh.

“Dari sudut penemuan dan inovasi, KKM yang memajukan penemuan penawar bagi rawatan terbaik akan menimbangkan perkara ini (penggunaan ketum),” katanya.

Semalam, bekas Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Datuk Zahidi Zainul Abidin, menggesa kerajaan mempertimbangkan penggunaan daun ketum sebagai alternatif merawat ketagihan dadah.

-BeritaHarian
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

Post Reply

Return to “Artikel Kesihatan”