Active Topics

Berita AgamaKu

Berita-Berita Terkini Tentang agama Islam Atau Umat Islam

Moderator: yatiyusof

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 10
Posts: 4380
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita AgamaKu

Post by zylajasmine » Sun Dec 16, 2018 5:20 pm

[Dua Individu Memeluk Islam Di Mega Street Dakwah 2018]
.
Alhamdulilah selesai Mega Street Dakwah 2018. Beratus sukarelawan dari Johor, Melaka, N9, KL, Selangor, Perak, Penang, Perlis, Terengganu, Kelantan, Pahang & Sabah terlibat serentak.
.
Alhamdulilah dua insan memeluk Islam semasa Mega Street Dakwah KL. Ini adalah kali ke-5 kami di Multiracial Reverted Muslims - MRM menganjurkan Mega Street Dakwah.
.
Namun sudah tentu ada pihak yang kurang faham atau mungkin sengaja buat tak faham yang mempersoalkan program dakwah serta kenapa kami menggunakan nama Jesus dan bukannya Nabi Isa. Boleh rujuk video ini untuk mereka yang benar-benar nak faham >>>>>>>> https://youtu.be/zkSQy5Tr9bk
.
Kepada semua sukarelawan seluruh negara, jangan biarkan beberapa individu merampas kejayaan anda berdakwah hari ini & dengan usaha anda semua hari ini, Alhamdulilah Allah kurniakan hidayah kepada dua insan untuk kembali kepada agama Islam. Allahuakbar..
.
Teruskan berdakwah sahabat semua... Semua kritikan dan cabaran ini adalah biasa dan sepatutnya menjadikan kita lebih kuat dalam berdakwah. Andai kita berhenti, maka syaitan akan bergembira tetapi kita teruskan, InshaAllah keredhaan Allah yang kita cari.
.
#islam #muslim #firdauswong #chinesemuslim #multiracialrevertedmuslims #muslimslovejesus #cinamuslim #streetdawahmalaysia #megastreetdakwah #megastreetdakwah2018
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 10
Posts: 4380
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita AgamaKu

Post by zylajasmine » Sun Dec 30, 2018 2:48 pm

Image
TURKINESIA.NET – DIYARBAKIR. Surutnya permukaan air di Bendungan Tigris di Diyarbakır tenggara Turki telah menyingkap keberadaan sebuah desa dan sebuah makam kuno yang diyakini milik Nabi Ilyasa’.

Salah satu lubang bendungan Tigris (Dicle di Turki), yang dibangun di distrik Eil untuk mengendalikan ketinggian air, pecah Kamis lalu (13/12) karena hujan lebat.

Permukaan air menurun sekitar 10 meter (32 kaki) dan mengungkapkan sisa-sisa lingkungan Çakırören, termasuk makam Elisa (Ilyasa) – salah satu dari 25 nabi yang disebutkan dalam Al-Quran.

Makam itu dipindahkan ke Bukit Ziyaret di Diyarbakar dan situs aslinya terendam air.

Sisa-sisa rumah, masjid, seminari, dan kuburan juga ditemukan.

Mantan penduduk di lingkungan tersebut melihat rumah-rumah tua mereka dan mengunjungi kuburan kerabat mereka.

Abdurrahman Kılıç, 53 tahun, mengatakan kepada Anadolu Agency ketika dia masih kecil, mereka harus pindah ke pusat kota setelah ketinggian air bendungan meningkat.

Kilic menyatakan bahwa ada 78 rumah di desa itu, semua penghuni adalah saudara.

“Pada waktu itu, kami mencari nafkah dari kebun sayur dan buah di tepi Sungai Tigris,” kata Kılıç.

Dia menambahkan bahwa desa itu tetap terendam selama 20 tahun dan ketinggian air telah turun serendah ini untuk pertama kalinya.

“Bukan hanya saya, tetapi seluruh keluargaku datang untuk melihat rumah-rumah,” katanya.

“Kami sangat senang ketika melihat desa kami. Seluruh desa belum muncul; seandainya airnya surut enam meter lagi kamu akan dapat melihat semuanya.”

Mehmet Inci, 36, mengatakan bahwa makam Elisa ada di desa sebelum dipindahkan ke tempat lain di Diyarbakir pada 1995.

Inci juga mengundang orang untuk mengunjungi daerah itu untuk melihat struktur bersejarah.

Lubang palka yang rusak diganti dengan yang baru pada hari Selasa, mengurangi risiko banjir bagi penduduk lokal yang tinggal di permukiman dekat Sungai Tigris. Bendungan yang selesai pada tahun 1997 menyediakan air bagi hampir 930.000 penduduk Diyarbakir, kota terbesar di Turki tenggara.

Nabi Elisa diakui sebagai manusia suci oleh orang Yahudi, Kristen, dan Muslim. Namanya disebutkan dalam Taurat, Alkitab dan Al-Quran.
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 10
Posts: 4380
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita AgamaKu

Post by zylajasmine » Tue Mar 19, 2019 8:56 am

*Penting Untuk Pelajari Dan Fahami Sifat 20*

*Oleh*: Ustaz Muhadir Haji Joll
*Tarikh*: 19 October 2017
*Rujukan*: Berita Harian Online

KUALA LUMPUR: Kefahaman umat Islam terhadap ilmu akidah penting sebagai benteng yang mengelak mereka daripada terdedah dengan aliran pemikiran baharu yang menyesatkan.

Pendakwah bebas, Ustaz Muhadir Haji Joll berkata, kehadiran pelbagai aliran pemikiran baharu bersifat songsang seperti tidak mempercayai adanya tuhan, meragui kewujudan Allah SWT dan rasul dibimbangi akan meracuni masyarakat Islam.

Katanya, masyarakat perlu belajar ilmu akidah yang bukan sahaja untuk difahami tetapi diamalkan mengikut kaedah jumhur ulama bagi mengenal Allah SWT melalui ilmu sifat 20 yang dibahaskan ulama secara terperinci.

"Jika kita salah memahami, takut akidah kita terpesong maka amalan yang dilaksanakan akan ditolak oleh Allah SWT. Oleh itu, untuk mengenal Allah SWT antara caranya ialah mengembalikan pengajaran sifat 20," katanya pada Seminar Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah: Perbahasan Kepada 9 Persoalan Akidah di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini.

Beliau berkata, ada yang menolak ilmu sifat 20 yang diperkenalkan oleh ulama tersohor Syeikh Abu al-Hasan al-Asy'ari sejak kurun keempat sedangkan ia sudah lama diaplikasikan dalam pengajaran akidah dan diterima dalam kalangan jumhur ulama yang mengarang dan membahaskannya.

Ia juga adalah kaedah ulama membantu masyarakat Islam mengenal Allah SWT seperti mana ilmu akidah yang ada di dalam al-Quran dan hadis. Penjelasan lanjut oleh ulama bertujuan mengelakkan salah faham yang menyimpang daripada landasan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Muhadir memberi contoh menyamakan Allah SWT dengan ciri makhluk termasuk mengatakan Allah SWT berada di atas arasy, sedang bersemayam dan terdiri daripada roh kerana sifat berkenaan hanya untuk makhluk seperti manusia.

Beliau berkata, pihak yang mengatakan demikian sebenarnya sudah terpesong dan tindakan itu mengundang dosa yang mewajibkan mereka bertaubat segera.

https://www.google.com/amp/s/www.bharia ... fat-20/amp
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 10
Posts: 4380
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita AgamaKu

Post by zylajasmine » Fri Jul 19, 2019 9:52 am

KELAS TRIAL MENGAJI AL-QURAN/IQRA ONLINE PERCUMA !! !!
JANGAN LEPASKAN PELUANG !! !!
:
:
- Pernahkah anda menghadapi masalah ketika membaca Al-Quran , anda kerap terkeliru dengan sebutan huruf yg bunyinya hampir sama , kerap tertukar di antara bacaan yg panjang dan pendek ?
:
:
- Anda mempunyai kekangan masa utk hadir ke kelas ngaji ?
- Tempat pengajian jauh dari umah anda ?
- Ingin belajar secara santai dan gembira mengikut waktu yg anda tetapkn sendiri ?
- Masa tidak mengizinkan,kerja di pejabat tidak pernah habis, balik rumah pulak tanggungjawab masih perlu diteruskan, nak urus umah, nak urus anak2, hmm?
:
:
Jika anda di antara mereka yg mengalami situasi sprti di atas, jom sertai kami di tajwid_Online..FREE LEARNING utk percubaan yg pertama selama 30 minit..
:
:
Jangan risau ,semua Ustaz & Ustazah yg mengajar merupakan tenaga pengajar yang berdedikasi , bertauliah serta mempunyai kemahiran dalam bidang ini..TUNGGU APA LAGI..TERUS PM NO DI BAWAH ..AtAU ANDA BOLEH TINGGALKAN NO WSSP DI BAWAH...
:
https://www.wasap.my/+601158710709tajwid_online
ig :- tajwid_online
fb :- Tajwid_online
:
:
Boleh tolong share kan Post ini , semoga kita semua mendapat kebaikan dan manfaat, apabila mengajak lebih ramai sahabat2 yg lain utk sama2 mengaji Al-Quran .
#tajwid_online
#tiadaalasantudakmengaji
#viralkanutkkebaikanbersama
#ustazfarisramlee
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 10
Posts: 4380
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita AgamaKu

Post by zylajasmine » Fri Jul 19, 2019 9:52 am

🅱ı|ı🔥GAK☆🔥ı|ı ﷽
*Biadab sungguh...*

Muhamaad Razis Ismail
*REMAJA terbabit memijak kitab dipercayai al-Quran untuk bersumpah, sebelum mengalihkannya apabila ada kereta melalui kawasan kejadian.*

*BIADAB. Demikian perbuatan seorang remaja perempuan berusia belasan tahun yang sanggup memijak sebuah kitab menyerupai al-Quran dalam kejadian dipercayai berlaku di Kelantan.*

*Perbuatan remaja perempuan itu dirakam dengan menggunakan telefon bimbit sebelum tular di Facebook (FB) hari ini.*

Video berdurasi tiga minit dan 13 saat itu menunjukkan remaja perempuan itu berbuat demikian sambil seperti mengangkat sumpah di depan seorang lagi rakan perempuannya.

Remaja perempuan itu kemudian mengangkat kitab berwarna hijau itu apabila melihat kereta Perodua Kancil melalui kawasan terbabit sebelum meletakkannya di dalam raga motosikal.

*Malah, remaja terbabit dipaksa minum air penawar kononnya untuk menyokong sumpah yang dilakukan.*

Terdapat dua lagi remaja perempuan di lokasi kejadian termasuk individu yang merakam kejadian berkenaan.

*Semua remaja itu menggunakan dialek Kelantan ketika berbual sesama sendiri.*

Berdasarkan perbualan terbabit, ia dipercayai berkaitan sama ada remaja terbabit melakukan hubungan seks atau sebaliknya.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum dipastikan lokasi sebenar kejadian dan identiti remaja terbabit.

*Video itu mula tular di Facebook petang ini mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan warga net yang menyelar tindakan remaja terbabit.*

*Sementara itu, sumber yang dihubungi memaklumkan polis belum menerima laporan berhubung kejadian.*

Julai 2019
2019 © Harian Metro.
New Straits Times Press (M) Bhd.
🌈 *NEWS & INFO*🌠
https://www.google.com.my/amp/s/www.hme ... 476900/amp
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 3
Posts: 3984
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita AgamaKu

Post by Nursahirah74 » Wed Aug 14, 2019 6:12 pm

zylajasmine wrote:
Fri Jul 19, 2019 9:52 am
🅱ı|ı🔥GAK☆🔥ı|ı ﷽
*Biadab sungguh...*

Muhamaad Razis Ismail
*REMAJA terbabit memijak kitab dipercayai al-Quran untuk bersumpah, sebelum mengalihkannya apabila ada kereta melalui kawasan kejadian.*

*BIADAB. Demikian perbuatan seorang remaja perempuan berusia belasan tahun yang sanggup memijak sebuah kitab menyerupai al-Quran dalam kejadian dipercayai berlaku di Kelantan.*

*Perbuatan remaja perempuan itu dirakam dengan menggunakan telefon bimbit sebelum tular di Facebook (FB) hari ini.*

Video berdurasi tiga minit dan 13 saat itu menunjukkan remaja perempuan itu berbuat demikian sambil seperti mengangkat sumpah di depan seorang lagi rakan perempuannya.

Remaja perempuan itu kemudian mengangkat kitab berwarna hijau itu apabila melihat kereta Perodua Kancil melalui kawasan terbabit sebelum meletakkannya di dalam raga motosikal.

*Malah, remaja terbabit dipaksa minum air penawar kononnya untuk menyokong sumpah yang dilakukan.*

Terdapat dua lagi remaja perempuan di lokasi kejadian termasuk individu yang merakam kejadian berkenaan.

*Semua remaja itu menggunakan dialek Kelantan ketika berbual sesama sendiri.*

Berdasarkan perbualan terbabit, ia dipercayai berkaitan sama ada remaja terbabit melakukan hubungan seks atau sebaliknya.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum dipastikan lokasi sebenar kejadian dan identiti remaja terbabit.

*Video itu mula tular di Facebook petang ini mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan warga net yang menyelar tindakan remaja terbabit.*

*Sementara itu, sumber yang dihubungi memaklumkan polis belum menerima laporan berhubung kejadian.*

Julai 2019
2019 © Harian Metro.
New Straits Times Press (M) Bhd.
🌈 *NEWS & INFO*🌠
https://www.google.com.my/amp/s/www.hme ... 476900/amp

Ya Allah .. tak snggup nak melihat 😣 perbuatan mcm ni
❤️ara 🐼

Post Reply

Return to “Berita Tentang Islam”