Active Topics

Keluarga Bahagia

Tazkirah Umum Dalam Hal Ehwal Hukum Hakam Islam

Moderator: yatiyusof

Post Reply
User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 70
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Keluarga Bahagia

Post by zylajasmine » Thu Feb 28, 2019 8:18 pm

Image
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 70
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Keluarga Bahagia

Post by zylajasmine » Fri Mar 01, 2019 10:22 am

PETUNJUK JODOH DARI ALLAH

-Sifat yang sama (An-Nuur: 26)
-Merasa Tenteram (Ar-Ruum: 21)
-Diterima Keluarga (Asy-syuara:11)
-Memahami kita (Al Furqan : 74)

Semoga bermanfaat 💕
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 70
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Keluarga Bahagia

Post by zylajasmine » Thu Apr 11, 2019 6:09 pm

*📌 PEMIMPIN AHLI SYURGA DARI KAUM WANITA*


📜Diriwayatkan Dari 'Imran bin Husain ﺭَﺿِﻲَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻨْﻪُ

Aku memiliki kedudukan khusus terhadap Rasulallah ﷺ

Suatu hari Rasul ﷺ berkata padaku
"Wahai Imran, engkau memiliki kedudukan khusus buatku, maukah engkau kuajak berkunjung ke rumah putriku Fatimah"

Aku menjawab
"Demi kemuliaan Ayah dan Ibuku tentu saja mau dan senang"

Maka aku diajak mengunjungi rumah Putrinya Fatimah ﺭَﺿِﻲَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻨْﻬَﺎ

Sesampai di depan pintu rumah Fatimah ﺭَﺿِﻲَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻨْﻬَﺎ, Rasulullah ﷺ menyampaikan salam dan meminta izin masuk

Ketika diketahui Beliau Rasulullah ﷺ bersama dengan sahabatnya
(Imran bin Husain ﺭَﺿِﻲَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻨْﻪُ ) yang bukan Muhrimnya maka Fatimah ﺭَﺿِﻲَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻨْﻬَﺎ menyatakan :

"Maafkan aku wahai Ayahanda Rosulullah tidak bisa menerima tamu orang luar karena
saat ini aku tidak memakai penutup badan (pakaian) yang lengkap hingga tidak sempurna
menutup aurat di sebabkan (tidak memiliki lagi) kain/baju lain"

Mengetahui itu Rasulullah ﷺ melepas selendang/surbannya lalu menyerahkan pada
putrinya tersebut sambil mengajarkan cara memakai hingga bisa menutup seluruh
tubuh Fatimah ﺭَﺿِﻲَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻨْﻬَﺎ dengan cukup sempurna

Barulah pintu rumah dibuka dan masuklah Rosulullah ﷺ dengan sahabatnya tersebut

Setelah menyampaikan salam dan di jawab maka Rasul ﷺ bertanya
"Bagaimana kabarmu hari ini wahai putriku"

Di jawab Fatimah ﺭَﺿِﻲَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻨْﻬَﺎ :
"Karena engkau sebagai Rasul maka aku tidak boleh menyembunyikan/berbohong
apapun padaMu. Putrimu hari ini sedang kelaparan tidak makan apapun karena tidak ada makanan yang bisa dimakan"

Menangislah Rasulullah ﷺ mendengar itu

Lalu beliau Rasul ﷺ berkata
"Jangan engkau bersedih/kecil hati wahai putriku, ketahuilah Ayahmu ini sudah tiga hari tidak makan apapun. Padahal ayahmu ini jauh lebih mulia dari Engkau. Andaikan mau meminta pasti Allah ﷻ akan memberi kecukupan buat aku, tapi ayahmu lebih memilih akherat dibading dunia"

Lebih lanjut Beliau ﷺ bersabda :
"Kabar gembira buat engkau wahai putriku kelak Engkau akan menjadi pimpinan ahli Syurga dari kaum Wanita"

Fatimah ﺭَﺿِﻲَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻨْﻬَﺎ bertanya bagaimana dengan para wanita utama seperti :
Sayyidah Khadijah ﺭَﺿِﻲَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻨْﻬَﺎ
Mariyam binti Imran ﺭَﺿِﻲَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻨْﻬَﺎ
Asiah ﺭَﺿِﻲَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻨْﻬَﺎ wanita Fir'aun

Dijawab Rasul ﷺ
"Mereka adalah pimpinan Ahli syurga di Zamannya sedangkan engkau pimpinan (teladan) wanita dunia & akhirat."

Rasulullah ﷺ bersabda

ﺃَﻓْﻀَﻞُ ﻧِﺴَﺎﺀِ ﺃَﻫْﻞِ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔِ :
ﺧَﺪِﻳﺠَﺔُ ﺑِﻨْﺖُ ﺧُﻮَﻳْﻠِﺪٍ
ﻭَﻓَﺎﻃِﻤَﺔُ ﺑِﻨْﺖُ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ،
ﻭَﺁﺳِﻴَﺔُ ﺑِﻨْﺖُ ﻣُﺰَﺍﺣِﻢٍ ﺍﻣْﺮَﺃَﺓُ ﻓِﺮْﻋَﻮْﻥَ،
ﻭَﻣَﺮْﻳَﻢُ ﺍﺑْﻨَﺔُ ﻋِﻤْﺮَﺍﻥَ

“Sebaik-baik wanita penghuni Surga adalah
Khadijah bintu Khuwailid, Fathimah bintu Muhammad, Asiya bintu Muzahim istri Fir’aun, dan Maryam bintu‘Imran.”
(HR. Ahmad, no. 2668).

*اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 70
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Keluarga Bahagia

Post by zylajasmine » Thu Apr 11, 2019 6:09 pm

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم..🌸
الْحَمْدُ لِلّه..🌸

*🔴HUKUM WANITA HAID BACA QURAN🔴*
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰

*🔴: Bolehkah wanita dalam haid membaca al-Quran?*

🔵: Memang tidak dinafikan isu ini mempunyai pelbagai pandangan dalam kalangan ulama fikah. Disebabkan kita di Malaysia mengamalkan mazhab Syafie dalam penentuan sesuatu hukum, menjadi satu keperluan kembali kepada mazhab itu supaya tidak berlaku kekeliruan dan pertelingkahan.

🔵Ulama dalam mazhab Syafie telah bersepakat bahawa wanita yang sedang haid tidak dibenarkan membaca al-Quran kerana mereka ketika itu dalam keadaan hadas besar yang wajib menghindari semua perkara berkaitan ibadah khusus seperti solat, puasa dan membaca al-Quran.

🔵Pendapat itu turut disokong oleh ulama mazhab Hanafi, Maliki dan sebahagian pendapat dalam mazhab Hambali.

🔵Hujah mereka ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah membaca sesuatu pun daripada al-Quran semasa haid dan berjunub." (Riwayat al-Tirmidhi)

🔵Berasaskan hadis Nabi SAW itu, diingatkan kepada wanita yang dalam haid supaya tidak membaca dan memegang al-Quran tanpa sebarang keperluan. Ini bertujuan untuk memelihara kesucian ayat al-Quran secara umum dan mushaf secara khususnya.
Walaupun begitu, ulama tidak melarang wanita dalam haid membaca zikir sama ada yang dipetik daripada sebahagian kecil ayat al-Quran atau hadis Nabi SAW.
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
*🔴: Saya menghafaz 30 juzuk al-Quran dan pada masa sama, saya juga guru di sekolah tahfiz. Kebiasaannya, saya akan mengulang sebanyak enam juzuk satu hari. Apabila uzur (haid), adakah saya dilarang membaca dan mengulang hafalan al-Quran. Boleh perincikan hukum wanita yang hafaz al-Quran mengulang hafalan ketika haid?*

🔵: Berhubung permasalahan ini, ulama terbahagi kepada dua pandangan kerana ada pertembungan antara nas dan etika penghafal al-Quran.

🔵Jumhur fuqaha berpendapat, wanita yang dalam keadaan haid atau nifas diharamkan membaca al-Quran secara mutlak dalam semua keadaan. Perkara ini berdasarkan hadis Ibn Umar, "Tidak dibolehkan wanita dalam haid dan yang berjunub membaca walau sedikit daripada al-Quran." (Riwayat al-Tirmizi - hadis ini hadis daif)

🔵Ibn Abbas, Imam al-Nawawi, Ibn Jarir al-Tabari, al-Syaukani, Abu Thaur, Imam al-Syafie dalam qaul qadimnya dan Syeikh al-Azhar Ali Tantawi berpendapat, wanita yang hafaz al-Quran dibenarkan untuk mengulangi hafalan mereka ketika haid.

🔵Bukan sekadar itu, guru dan ustazah yang haid juga boleh mengajar al-Quran seperti biasa bagi tujuan memenuhi keperluan mendidik ummah yang lebih besar maslahatnya. Jika mereka diharamkan berbuat demikian, maka akan banyak keburukan seperti hilangnya hafalan.

🔵Lebih membimbangkan, sistem pendidikan al-Quran juga akan tergendala akibat cuti panjang yang diambil oleh guru yang datang haid.

🔵Sebagai menghormati golongan yang menghafal al-Quran, maka pandangan yang terpilih daripada dua pandangan itu adalah pandangan kedua. Pandangan itu hanya membenarkan guru dan penghafal al-Quran membaca, mengulang kaji serta mengajar al-Quran ketika haid.

🔵Namun, perlu diingatkan, hukum harus itu hanya dikhususkan untuk mereka yang menghafal al-Quran dan guru yang mengajar subjek al-Quran, manakala yang tidak termasuk dalam golongan itu adalah diharamkan.
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
*🔴: Apakah hukum wanita sedang haid menziarahi kubur?*

🔵: Menurut ulama aliran mazhab Hanafi, ziarah kubur adalah disunatkan kepada lelaki dan wanita. Rasulullah SAW telah menziarahi perkuburan Baqi' dan mengucapkan salam kepada orang yang telah mati dengan doa baginda: "Selamat sejahtera wahai penghuni rumah orang yang beriman, dan kami kelak Insya-Allah akan menyusuli kamu."

🔵Nabi SAW juga bersabda: "Dahulu saya pernah melarang kamu menziarahi kubur tetapi sekarang kamu boleh menziarahinya kerana menziarahi kubur itu mengingatkan kamu kepada kematian." (Riwayat Imam Muslim)

🔵Jumhur fuqaha menyatakan, ziarah kubur adalah sunat bagi lelaki, manakala makruh bagi wanita. Ini kerana jiwa wanita yang lembut akan menyebabkan emosi mereka mudah tersentuh, seterusnya membawa kepada ratapan dan tangisan.
Menurut ulama aliran mazhab Maliki, larangan (makruh) itu hanyalah kepada wanita muda, tetapi bagi wanita tua yang sudah tiada 'keinginan', hukumnya sama seperti lelaki.

🔵Ringkasnya, ziarah kubur adalah sunat bagi wanita jika dapat memastikan tidak melakukan perkara dilarang seperti meratap dan meraung.

🔵 Selain itu mereka hendaklah menutup aurat dan tidak bercampur bebas dengan lelaki yang bukan mahram.
Tidak pula disyaratkan supaya bersuci daripada hadas kecil atau besar bagi mereka yang menziarahi tanah perkuburan. Justeru, diharuskan wanita haid menziarahi kubur.
......
Penulis adalah pensyarah Fiqh Kepenggunaan Semasa Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malayia
(Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim)

وَاللَّهُ أَعلَم...🌸🌸
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 70
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Keluarga Bahagia

Post by zylajasmine » Sun Apr 14, 2019 1:06 pm

Jangan pilih wanita untuk dijadikan sebagai isteri anda,
tetapi pilihlah wanita yang akan mendidik anak anak anda dengan didikan Islam, al-Quran dan sunnah.

Jika dia taat kepada Allah, maka dia akan menghormatimu sebagai suami.

- 👳🏻‍♂️
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
nananazeri
Ahli Forum
Mejor
Mejor
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 1
Posts: 1606
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:33 am
Mood:
Has thanked: 6 times
Been thanked: 6 times
Gender:

Re: Keluarga Bahagia

Post by nananazeri » Sun Apr 14, 2019 1:23 pm

Kunci rumah tangga bahagia yang pertama adalah tidak cuba tukar sikap pasangan anda. Inilah masalah perkahwinan yang sering membelenggu apabila anda cuba tentukan apa yang boleh dan tak boleh dilakukan pasangan.


Sebaiknya, sebagai suami isteri, anda perlu saling menerima antara satu sama lain dan sedia terima kelemahan dan kelebihan pasangan itu.

Fahamilah bahawa, perkahwinan ini sepatutnya membesar bersama-sama dan mencoretkan ikatan kasih sayang antara satu sama lain.
Nn🙈💜

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 3
Posts: 4022
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: Keluarga Bahagia

Post by Nursahirah74 » Sun Aug 18, 2019 5:36 pm

nananazeri wrote:
Sun Apr 14, 2019 1:23 pm
Kunci rumah tangga bahagia yang pertama adalah tidak cuba tukar sikap pasangan anda. Inilah masalah perkahwinan yang sering membelenggu apabila anda cuba tentukan apa yang boleh dan tak boleh dilakukan pasangan.


Sebaiknya, sebagai suami isteri, anda perlu saling menerima antara satu sama lain dan sedia terima kelemahan dan kelebihan pasangan itu.

Fahamilah bahawa, perkahwinan ini sepatutnya membesar bersama-sama dan mencoretkan ikatan kasih sayang antara satu sama lain.


ouh.. cepatnyee nak bahagia @nananazeri
❤️ara 🐼

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 70
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Keluarga Bahagia

Post by zylajasmine » Tue Aug 27, 2019 11:12 am

*KISAH AYAH DAN ANAK YANG SOLEH DALAM BERAMAL DENGAN ZIKIR RASULsULLAH ﷺ.*

'Abdur Rahman bin Abu Bakrah Radhiayallahu 'Anhuma berkata kepada ayahnya :

"Wahai ayahku yang dikasihi, pada setiap waktu pagi, aku mendengarmu berdoa:

اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَدَنِي،
اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي،
اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَصَرِي،
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ.

(Ya Allah, kurniakanlah keafiatan kepada tubuhku, kurniakanlah keafiatan
kepada pendengaranku dan kurniakanlah keafiatan kepada penglihatanku.

Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau).

Aku dapati ayah mengulang-ulangnya sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan pada waktu petang."

Ayahnya menjawab :

"Ya. Aku pernah mendengar Rasulullah ﷺ berdoa dengannya, maka aku suka untuk mengikuti sunnah Baginda ﷺ."

'Abbas Radhiyallahu 'Anhu berkata (dengan riwayatnya) di dalam hadith tersebut :

"Dan ayah juga mengucapkan :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ،
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ،
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ.

(Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada kekufuran dan kefakiran.

Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada siksa kubur.

Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau).

Ayah ulang-ulanginya dan berdoa dengannya sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan pada waktu petang.

Ayahnya menjawab :

"Aku pernah mendengar Rasulullah ﷺ berdoa dengannya, maka aku suka untuk mengikuti sunnah Baginda ﷺ."

Hadith Hasan riwayat al-Imam Abu Daud rahimahullah.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

1) Anak-anak sentiasa memerhatikan kita. Jika elok amalan kita, anak-anak kita akan mencontohinya. Jika sebaliknya, mudah-mudahan Allah jauhkan pandangan mata mereka daripada melihatnya.

2) Berusahalah bersungguh-sungguh untuk belajar amalan-amalan yang ditinggalkan oleh Rasulullah ﷺ kepada kita.

3) Istiqamahlah dengan amalan tersebut serta sebarkanlah kepada isteri, anak-anak, adik beradik dan sahabat-sahabat yang lain.

Semoga tersebar Sunnah Rasulullah ﷺ.

"Ya Allah, taufiqkanlah kami dan zuriat kami untuk sentiasa menyukai dan mengikuti bersungguh-sungguh amalan yang ditinggalkan oleh Rasulullah ﷺ kepada kami."

الفقير إلى الله،
أبو عمار مدني،
غفر الله له ولوالديه ولجميع المسلمين.

Puncak Alam, Kuala Selangor.
Ahad, 23 Zulhijjah 1440H - 25 Ogos 2019.

Salehuddin bin Abu Samah,
https://www.facebook.com/salehuddin.binabusamah
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 70
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Keluarga Bahagia

Post by zylajasmine » Tue Aug 27, 2019 11:13 am

Nursahirah74 wrote:
Sun Aug 18, 2019 5:36 pm
nananazeri wrote:
Sun Apr 14, 2019 1:23 pm
Kunci rumah tangga bahagia yang pertama adalah tidak cuba tukar sikap pasangan anda. Inilah masalah perkahwinan yang sering membelenggu apabila anda cuba tentukan apa yang boleh dan tak boleh dilakukan pasangan.


Sebaiknya, sebagai suami isteri, anda perlu saling menerima antara satu sama lain dan sedia terima kelemahan dan kelebihan pasangan itu.

Fahamilah bahawa, perkahwinan ini sepatutnya membesar bersama-sama dan mencoretkan ikatan kasih sayang antara satu sama lain.


ouh.. cepatnyee nak bahagia @nananazeri
Eceh. Hahaha
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

Post Reply

Return to “Tazkirah Umum”