Active Topics

KOLEKSI HADIS

Tazkirah Berkaitan Hadith

Moderator: yatiyusof

Post Reply
User avatar
yatiyusof
Senior Moderator
Senior Moderator
Lans Koperal
Lans Koperal
Malaysia
Posts in topic: 1
Posts: 73
Joined: Thu Nov 22, 2018 11:04 pm
Mood:
Has thanked: 4 times
Been thanked: 5 times
Gender:

PINGAT

KOLEKSI HADIS

Post by yatiyusof » Thu Dec 27, 2018 11:56 pm

Doa Agar Ditetapkan Hati Dalam Iman dan Ketaatan

Daripada 'Abdullah bin 'Amru bin Al 'Ash RA, beliau berkata; Rasulullah SAW berdoa:

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

“Ya Allah, Zat yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu!” (Hadith riwayat Muslim, No: 2654, at-Tirmizi, No: 3522, Ibn Majah, No: 199, Ahmad, No: 6281, 16972)

Dalam riwayat at-Tirmizi: Adalah Rasulullah SAW dalam kebanyakan doa baginda adalah;

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

“Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”

Dalam riwayat Ibn Majah pula: Dan Rasulullah SAW berdoa:

يَا مُثَبِّتَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِينِكَ

"Wahai Zat yang meneguhkan hati, teguhkanlah hati kami di atas agama-Mu."


Pengajaran Hadith :

Sesungguhnya al-qalb (hati) itu berasal daripada perkataan ‘taqallub’ yang bermaksud kerap bertukar (berbolak balik). Hati diumpamakan seperti bulu di atas pokok yang berubah-ubah ketika ditiup angin. Ia juga berbolak balik diumpamakan lebih cepat daripada air yang mendidih dalam periuk.

Begitulah fitrah hati yang cepat berubah dan bertukar antara baik dan jahat, antara kebaikan dan kejahatan. Maka berhati-hatilah dalam menjaga apa yg ada dalam hati agar tetap berada atas kebaikan. Sesungguhnya penglihatan, pendengaran, persekitaran, pergaulan dan apa yang dimakan atau diminum serta dibaca oleh seseorang mampu menyebabkan hati itu berubah-ubah dengan izin Allah SWT. Namun, Allah SWT jua yang memberikan ilham dan ikhtiar kepada hamba-Nya untuk memilih jalan bahagia ataupun sengsara. Seseorang Muslim dituntut agar memohon hidayah kepada Allah SWT sekurang-kurang sebanyak 17 kali sehari (dalam solat).

Rasulullah SAW sendiri sentiasa memohon kepada Allah SWT agar diteguhkan hati dalam melaksanakan ketaatan dan beragama kerana hidayah itu adalah milik Allah SWT. Jika Allah SWT berkehendak (untuk menjadikan hati seseorang sesat) maka ia akan disesatkan-Nya dan jika Dia berkehendak (menetapkan iman seseorang) maka akan diteguhkan di atas petunjuk-Nya. Justeru, berdoalah agar Allah SWT meneguhkan hati dan tidak memalingkannya daripada rahmat dan hidayah-Nya.

User avatar
Paktam
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 181
Posts: 3593
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:21 am
Has thanked: 16 times
Been thanked: 9 times
Gender:

PINGAT

Re: KOLEKSI HADIS

Post by Paktam » Fri Dec 28, 2018 12:00 am

(b) Imej satelit GUA HIRA

Di situ beliau saw beribadat beberapa malam, tidak pulang ke rumah isterinya. Untuk itu beliau saw membawa perbekalan secukupnya. Setelah perbekalan itu habis, beliau kembali kepada Khadijah (Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw yang pertama), untuk mengambil perbekalan secukupnya. Kemudian beliau kembali ke Gua Hira, hingga suatu ketika datang kepadanya Al Haq (kebenaran atau wahyu), iaitu sewaktu beliau saw berada di Gua Hira itu.

Malaikat datang kepadanya, lalu katanya, “Bacalah!” Jawab Nabi saw, “Aku tidak pandai membaca.” Kata Nabi saw selanjutnya menceritakan, “Aku ditarik dan dipeluknya sehingga aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruh pula membaca. “Bacalah!” katanya. Jawabku, “Aku tidak pandai membaca.” ........ (dan seterusnya)

Aku ditarik dan dipeluknya untuk ketiga kalinya, kemudian dilepaskannya seraya berkata :

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ

“Bacalah dengan nama tuhanmu yang menjadikan

خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ

Yang menjadikan manusia dari segumpal darah

اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ

Bacalah! Demi Tuhanmu Yang Maha Mulia“

(Al-'Alaq : 1-3)


Setelah itu Nabi saw pulang ke rumah Khadijah binti Khuwailid, lalu berkata, “Selimuti aku! Selimuti aku!” Lantas oleh Khadijah hingga hilang rasa takutnya. Kata Nabi saw kepada Khadijah (setelah diceritakan semua kejadian yang baru dialaminya itu), “Sesungguhnya aku cemas atas diriku (akan binasa).”

Kata Khadijah, “Jangan takut! Demi Allah! Tuhan sekali-kali tidak akan membinasakan anda (Nabi saw). Anda selalu menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang yang sengsara, mengusahakan (mengadakan) barang yang belum ada, memuliakan tetamu, menolong orang yang kesusahan kerana menegakkan kebenaran.”

Setelah itu Khadijah pergi bersama Nabi saw menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, iaitu anak pakcik Khadijah yang memeluk agama nasrani (kristian) pada masa jahiliyyah itu. Dia pandai menulis buku dalam bahasa Ibrani (Hebrew / Bahasa Yahudi). Maka disalinnya kitab Injil dari bahasa Ibrani seberapa dikehendaki Allah dapat disalinnya (tidak pasti berapa banyak yang telah disalinnya. Usianya telah lanjut dan matanya telah buta.

Kata Khadijah kepada Waraqah, “Hai anak pakcikku! Dengarkanlah khabar dari anak saudara anda (Nabi Muhammad saw) ini.” Kata Waraqah kepada Nabi saw, “Wahai anak saudaraku! Apakah yang telah terjadi atas diri anda?” Lalu Rasulullah saw menceritakan kepadanya semua peristiwa yang telah dialamiya.

Berkata Waraqah, “Inilah Namus (Malaikat) yang pernah diutus Allah kepada Nabi Musa. Wahai, semoga saya masih hidup ketika itu, iaitu ketika anda diusir oleh kaum anda.” Maka bertanya Rasulullah saw, “Apakah mereka akan mengusirku?” Jawab Waraqah, “Ya, betul! Belum pernah seorang jua pun yang diberi wahyu seperti anda, yang tidak dimusuhi orang.Apabila saya masih mendapati hari itu, niscaya saya akan menolong anda sekuat-kuatnya.”

Tidak berapa lama kemudian, Waraqah meninggal dunia dan wahyu pun terputus untuk sementara waktu.

Kata Ibnu Syihab, Abu Salamah bin Abdurrahman mngkhabarkan kepadanya bahawa Jabir bin Abdullah Al-Anshari menceritakan tentang terputusnya wahyu, katanya Rasulullah saw berkata dalam hadisnya : “Pada suatu waktu, ketika aku sedang berjalan-jalan, tiba-tiba kedengaran olehku suatu suara dari langit. 

Maka kuangkat pandanganku ke arah datangnya suara itu. Kelihatan olehku malaikat yang pernah datang kepadaku di Gua Hira dahulu. Dia duduk di kerusi antara langit dan bumi. Aku terperanjat kerananya dan terus pulang. Aku berkata kepada Khadijah, selimuti aku!” Lalu Allah SWT menurunkan ayat :

يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ

“Wahai orang yang berselimut!

قُمْ فَأَنذِرْ

Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia)

وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ

Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!

وَثِيَابَكَ فَطَهِّر

Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan

وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ

Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi”

(Al-Muddaththir : 1-5)


Maka semenjak itu, wahyu selalu turun berturut-turut. (Hadis 0003)
🙈 NI M€¥¥ NI 🙈

User avatar
Paktam
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 181
Posts: 3593
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:21 am
Has thanked: 16 times
Been thanked: 9 times
Gender:

PINGAT

Re: KOLEKSI HADIS

Post by Paktam » Fri Dec 28, 2018 12:01 am

Pengajaran Hadis:
(a). Menyerahkan sesuatu urusan atau pekerjaan kepada orang bukan ahlinya bermaksud menyerahkan sesuatu urusan atau pekerjaan kepada orang yang tidak mengerti, tidak cekap, tidak jujur lalu akibatnya adalah kehancuran atau kebinasaan.
🙈 NI M€¥¥ NI 🙈

User avatar
Paktam
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 181
Posts: 3593
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:21 am
Has thanked: 16 times
Been thanked: 9 times
Gender:

PINGAT

Re: KOLEKSI HADIS

Post by Paktam » Fri Dec 28, 2018 12:01 am

Mengajarkan kita tatatertib bertanya dalam majlis, iaitu jika bertanya janganlah memotong pembicaraan orang yang sedang berbicara, kerana ia dapat mengganggu pembicara dan pendengar. Tunggulah saat yang bersesuaian untuk bertanya.
🙈 NI M€¥¥ NI 🙈

User avatar
Paktam
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 181
Posts: 3593
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:21 am
Has thanked: 16 times
Been thanked: 9 times
Gender:

PINGAT

Re: KOLEKSI HADIS

Post by Paktam » Fri Dec 28, 2018 12:01 am

Dari Humaid bin Abdurrahman r.a : Beliau mendengar Muawiyah berkhutbah, katanya Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa dikehendaki Allah akan beroleh kebaikan, diberi-Nya pengertian dalam hal agama. Saya (Nabi saw) hanya membagi-bagikan, sedang yang memberi ialah Allah(1).
🙈 NI M€¥¥ NI 🙈

User avatar
Paktam
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 181
Posts: 3593
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:21 am
Has thanked: 16 times
Been thanked: 9 times
Gender:

PINGAT

Re: KOLEKSI HADIS

Post by Paktam » Fri Dec 28, 2018 12:02 am

9. Dari Abdullah bin Mas’ud r.a : Rasulullah saw bersabda, “Jangan merasa iri hati, kecuali kepada dua orang:

(a). Orang yang diberi Allah harta, kemudian dipergunakannya untuk yang hak, dan

(b). Orang yang diberi oleh Allah hikmah (ilmu yang hak), kemudian dipergunakannya (untuk yang hak) serta diajarkannya.” [Hadis 0059]

10. Dari Ibnu Abbas r.a : Rasulullah saw merangkul saya (Ibnu Abbas) dan mendoakan, “Ya Allah, ajarkanlah kepadanya al-kitab (kitab Al-Quran).” [Hadis 0061]

12. Dari Abu Hurairah r.a : Ada orang bertanya kepada Nabi saw, ‘Siapakah orang yang paling berbahagia dengan syafaat (pertolongan) Anda (Nabi saw) di hari kiamat?’

Jawab Nabi saw, “Saya kira, hai Abu Hurairah, belum ada orang bertanya perkara ini kepadaku sebelum ini. Mungkin barangkali kerana saya lihat engkau sangat rakus (ingin mendapat sesuatu dengan banyak) mendapatkan hadis.

Orang yang paling beruntung mendapat pertolonganku hari kiamat, ialah orang yang mengucapkan ‘Laa ilaaha illallaah’, benar-benar ikhlas dari hati sanubari dan seluruh jiwanya.” [Hadis 0075]
🙈 NI M€¥¥ NI 🙈

User avatar
Paktam
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 181
Posts: 3593
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:21 am
Has thanked: 16 times
Been thanked: 9 times
Gender:

PINGAT

Re: KOLEKSI HADIS

Post by Paktam » Fri Dec 28, 2018 12:03 am

Dari Ummu ‘Athiyah r.ha : Kami diperintahkan pergi solat ‘Id (solat Hari raya) bahkan anak-anak gadis keluar dari pingitannya (dalam jagaan). 

Begitu juga wanita-wanita yang sedang haid, tetapi mereka ini hanya berdiri saja di belakang orang ramai, turut bertakbir dan berdoa bersama-sama. Mereka mengharapkan beroleh berkat dan kesucian pada hari itu. [Hadis 0520
🙈 NI M€¥¥ NI 🙈

User avatar
Paktam
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 181
Posts: 3593
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:21 am
Has thanked: 16 times
Been thanked: 9 times
Gender:

PINGAT

Re: KOLEKSI HADIS

Post by Paktam » Fri Dec 28, 2018 12:03 am

9. Dari Jundab r.a : Nabi saw mula-mula melakukan solat (bersolat terlebih dahulu) ‘Idul Adha, kemudian beliau berkhutbah dan sesudah itu beliau menyembelih korban.

Nabi saw bersabda, “Siapa yang menyembelih korban sebelum solat, hendaklah menyembelih lagi yang lain (sesudah solat) sebagai gantinya. Siapa yang belum menyembelih, hendaklah menyembelih dengan nama Allah.” [0524]
🙈 NI M€¥¥ NI 🙈

User avatar
Paktam
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 181
Posts: 3593
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:21 am
Has thanked: 16 times
Been thanked: 9 times
Gender:

PINGAT

Re: KOLEKSI HADIS

Post by Paktam » Fri Dec 28, 2018 12:06 am

Solat Tahajjud
21. Dari Ibnu Abbas r.a : Apabila Rasulullah saw bangun tengah malam hendak solat tahajjud, Nabi saw membaca :

(Wahai Allah.. Untuk-Mulah segala puji. Engkau penanggung langit dan bumi beserta isinya. Untuk-Mulah segala puji. Penguasa langit dan bumi dan segala isinya. Untuk-Mulah segala puji ; Cahaya langit dan bumi.

Untuk-Mulah segala puji. Engkau Maha Benar, janji-Mu Maha Benar, menemui Engkau (di akhirat) Maha Benar, syurga Maha Benar, neraka Maha Benar, para Nabi Maha Benar dan Muhammad sollallaahu ‘alaihi wassalam Maha Benar dan hari kiamat Maha Benar.

Wahai Allah.. Saya pasrah kepada-Mu dan dengan Engkau aku beriman, kepada Engkau aku menyerah dan kepada Engkau aku kembali; dan kerana (mempertahankan agama) Engkau aku bermusuhan dan kepada Engkau aku meminta hukum.

Kerana itu ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terakhir, ampunilah apa yang ku rahsiakan mahupun yang ku nyatakan. Engkaulah yang mendahulukan dan yang mengemudiankan, tidak ada tuhan melainkan hanya Engkau dan tidak ada daya dan kekuatan melainkan di tangan Engkau ). [0581]
🙈 NI M€¥¥ NI 🙈

User avatar
Paktam
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 181
Posts: 3593
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:21 am
Has thanked: 16 times
Been thanked: 9 times
Gender:

PINGAT

Re: KOLEKSI HADIS

Post by Paktam » Fri Dec 28, 2018 12:07 am

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Waktu seseorang sedang tidur, syaitan membuat tiga buah simpul di kepalanya. Untuk setiap simpul ia (syaitan) mengatakan, ‘Tidurlah engkau sepanjang malam’.

Ketika terbangun, lalu dia (orang yang tidur) menyebut nama Allah, maka lepaslah satu simpul. Jika berwudhu’, lepas pulalah satu simpul. Dan jika dia solat terbukalah seluruh simpul.

Maka waktu bangun pagi ia akan merasa penuh semangat dengan badan yang segar bugar. Jika tidak, dia akan bangun pagi dengan perasaan serba tak enak dan malas.” [0599]
🙈 NI M€¥¥ NI 🙈

Post Reply

Return to “Tazkirah”