Active Topics

1 Hari 1 Hadis

Pengatahuan Tentang Hadith

Moderator: yatiyusof

Post Reply
User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 54
Posts: 3984
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by Nursahirah74 » Thu Jun 27, 2019 5:40 pm

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa, Sedekah dan Qiamullail

عَنْ مُعَاذٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَأُنَبِّئُكَ بِأَبْوَابٍ مِنْ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَقِيَامُ الْعَبْدِ مِنْ اللَّيْلِ

Daripada Muaz bin Jabal RA bahawa Nabi SAW bersabda; "Aku akan memberitahu kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu; puasa adalah perisai, sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api, dan seorang hamba bangun di malam hari. (Musnad Ahmad No: 21628). Dar Ihya Turath Arabiy. Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1. Ibadat puasa menjadi benteng atau perisai daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah

2. Puasa adalah perisai yang akan melindungi daripada kehancuran jiwa, kerosakan perjalanan hidup, melindungi diri daripada terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memiliki sifat sabar

3. Puasa juga menjadi perisai memberikan keteguhan hati dalam bertakwa kepada Allah.

4. Puasa adalah perisai seseorang dari api neraka. Sabda Rasulullah SAW:

إِنَّمَا الصِّيَامُ جُنَّةٌ يَسْتَجِنُّ بِهَا الْعَبْدُ مِنَ النَّارِ

Puasa adalah perisai yang dapat melindungi seorang hamba dari siksa neraka” (H.R. Ahmad No: 3868 dalam sahih al-Jami’).

5. Sedekah antara amalan yang boleh menjadi penghapus dosa

اِتَّقُوا النَّارَوَلَوبِشِقِّ تَمْرَةٍ

Hindarilah neraka meskipun dengan sebelah biji korma. (Sahih Bukhari No: 5677) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

6. Menghidupkan malam dengan Qiamullail merupakan antara amal kebaikan orang Mukmin untuk membina kekuatan rohani.

Ambillah kesempatan Ramadan untuk membina perisai diri, menghapuskan dosa dan menguatkan rohani.
❤️ara 🐼

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 56
Posts: 4380
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by zylajasmine » Fri Jul 19, 2019 9:51 am

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Penyakit Mengangkat Darjat dan Menghapus Dosa

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ شَوْكَةٍ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً أَوْ حَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً

Daripada 'Aisyah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada satupun musibah (cubaan) yang menimpa seorang muslim berupa duri atau yang semisalnya, melainkan dengannya Allah akan mengangkat darjatnya atau menghapus kesalahannya." (Sahih Muslim No: 4665) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Islam mengajar umatnya bersabar diatas setiap ujian yang dilaluinya.

2. Allah mendatangkan ujian kepada seseorang dalam pelbagai bentuk antaranya kesakitan, untuk mengangkat darjat atau kedudukan seseorang di sisi Allah

3. Allah mendatangkan musibah atau ujian dalam bentuk kesakitan juga bertujuan untuk menghapuskan dosa seseorang.

Orang yang ditimpa musibah seperti penyakit atau kesakitan, akan digugurkan segala dosanya dan ditinggikan darajat. Moga kita bersabar dengan setiap ujian musibah mahupun penyakit

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah

19hb Julai 2019
16hb Zulkaedah 1440H
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 54
Posts: 3984
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by Nursahirah74 » Thu Aug 15, 2019 11:15 am

Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالی meletakkan kekuatan orang beriman di dalam hatinya, bukan pada anggota tubuhnya.

Tidakkah anda memperhatikan orang tua yang sudah lemah tubuhnya tapi masih mampu berpuasa di siang yang sangat panas dan bangun di malam hari untuk melakukan solat malam?

Padahal banyak orang-orang yang masih muda lagi kuat fizikalnya tidak sanggup untuk melaksanakannya.

[Syumaith رحمة الله تعالى]
❤️ara 🐼

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 54
Posts: 3984
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by Nursahirah74 » Thu Aug 15, 2019 11:18 am

. Image
❤️ara 🐼

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 54
Posts: 3984
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by Nursahirah74 » Thu Aug 15, 2019 11:22 am

ZIKIR DAN DOA YANG AFDHAL

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ كَثِيرٍ الأَنْصَارِيُّ قَالَ: سَمِعْتُ طَلْحَةَ بْنَ خِرَاشٍ قَالَ: سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَفْضَلُ الدُّعَاءِ الحَمْدُ لِلَّهِ

Telah menceritakan kepada kami Musa bin Ibrahim bin Katsir al-Ansari berkata, aku mendengar Talhah bin Hirasyh berkata:

Aku mendengar Jabir bin Abdullah berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Zikir yang paling afdhal (utama) ialah, “Tidak ada Tuhan selain Allah,” dan doa yang paling afdhal ialah, “Segala puji bagi Allah.”

(HR Tirmizi No: 3383)
Status: Hadis Hasan

PENGAJARAN

1. Berzikir dan berdoa adalah suatu tuntutan dan keperluan kepada setiap Muslim

2. Zikir yang utama adalah kalimah:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

3. Doa yang paling utama adalah kalimah:

الحَمْدُ لِلَّهِ

Segala pujian hanyalah untuk Allah

Kalimah Alhamdulillah adalah lafaz lisan yang diucapkan sebagai pujian dan bersyukur seseorang di atas segala nikmat yang Allah SWT berikan kepadanya.

4. Kalimah Alhamdulillah lebih baik dari harta yang dimiliki oleh seseorang walaupun harta itu sepenuh langit dan bumi.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لَوْ أَنَّ الدُّنْيَا كُلَّهَا بِحَذَافِيرِهَا بِيَدِ رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي " ثُمَّ قَالَ : " الْحَمْدُ لِلَّهِ لَكَانَتِ الْحَمْدُ لِلَّهِ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ كُلِّهِ

Anas RA juga meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda:

Seandainya dunia dan semua isinya berada ditangan seseorang dari ummatku kemudian ia mengucapkan Alhamdulillah, nescaya kalimat (Alhamdulillah) yang ucapkan itu lebih baik dari dunia dan isinya (Dailami 3/359 No: 5083)

Marilah kita memperbanyakkan lafaz zikir dan doa terafdhal ini.
❤️ara 🐼

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 56
Posts: 4380
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by zylajasmine » Thu Aug 15, 2019 2:23 pm

Nursahirah74 wrote:
Thu Aug 15, 2019 11:22 am
ZIKIR DAN DOA YANG AFDHAL

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ كَثِيرٍ الأَنْصَارِيُّ قَالَ: سَمِعْتُ طَلْحَةَ بْنَ خِرَاشٍ قَالَ: سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَفْضَلُ الدُّعَاءِ الحَمْدُ لِلَّهِ

Telah menceritakan kepada kami Musa bin Ibrahim bin Katsir al-Ansari berkata, aku mendengar Talhah bin Hirasyh berkata:

Aku mendengar Jabir bin Abdullah berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Zikir yang paling afdhal (utama) ialah, “Tidak ada Tuhan selain Allah,” dan doa yang paling afdhal ialah, “Segala puji bagi Allah.”

(HR Tirmizi No: 3383)
Status: Hadis Hasan

PENGAJARAN

1. Berzikir dan berdoa adalah suatu tuntutan dan keperluan kepada setiap Muslim

2. Zikir yang utama adalah kalimah:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

3. Doa yang paling utama adalah kalimah:

الحَمْدُ لِلَّهِ

Segala pujian hanyalah untuk Allah

Kalimah Alhamdulillah adalah lafaz lisan yang diucapkan sebagai pujian dan bersyukur seseorang di atas segala nikmat yang Allah SWT berikan kepadanya.

4. Kalimah Alhamdulillah lebih baik dari harta yang dimiliki oleh seseorang walaupun harta itu sepenuh langit dan bumi.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لَوْ أَنَّ الدُّنْيَا كُلَّهَا بِحَذَافِيرِهَا بِيَدِ رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي " ثُمَّ قَالَ : " الْحَمْدُ لِلَّهِ لَكَانَتِ الْحَمْدُ لِلَّهِ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ كُلِّهِ

Anas RA juga meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda:

Seandainya dunia dan semua isinya berada ditangan seseorang dari ummatku kemudian ia mengucapkan Alhamdulillah, nescaya kalimat (Alhamdulillah) yang ucapkan itu lebih baik dari dunia dan isinya (Dailami 3/359 No: 5083)

Marilah kita memperbanyakkan lafaz zikir dan doa terafdhal ini.

Kenalah selalu ucap lailahaillallah dan alhamdulillah.
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 54
Posts: 3984
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by Nursahirah74 » Fri Aug 16, 2019 11:38 am

Dosa Yang Dipercepatkan Balasan

عَنْ أَبِي بَكْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ ذَنْبٍ أَجْدَرُ أَنْ يُعَجِّلَ اللَّهُ لِصَاحِبِهِ الْعُقُوبَةَ فِي الدُّنْيَا مَعَ مَا يَدَّخِرُ لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ الْبَغْيِ وَقَطِيعَةِ الرَّحِمِ

Daripada Abi Bakrah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada suatu dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya didunia oleh Allah kepada pelakunya di samping (azab) yang disimpan baginya di akhirat daripada berlaku zalim (atau keluar daripada pemerintahan Islam atau sombong/angkuh) dan memutuskan silaturahim. (Sunan Tirmizi No: 2511) Dar Kutub Ilmiyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Perbuatan zalim dan memutuskan silaturahim adalah antara dosa yang perlu dijauhi

2. Pelaku zalim dan orang yang memutuskan silaturahim akan menerima azab di dunia dan di akhirat jika tidak bersegera memohon ampun daripada Allah.

3. Antara perbuatan dosa yang layak mendapat hukuman yang segera di dunia ialah pelaku zalim dan orang yang memutuskan silaturahim.

4. Hadis ini meletakkan perbuatan zalim dan memutuskan silaturahim sebagai kesalahan yang sama berat.

Marilah kita berusaha menjauhi perbuatan zalim dan sentiasa menghubungkan silaturahim.
❤️ara 🐼

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 54
Posts: 3984
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by Nursahirah74 » Fri Aug 16, 2019 3:53 pm

Amalan Yang Memasukkan Kita Ke syurga

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَأَنْبِئْنِي بِعَمَلٍ إِنْ عَمِلْتُ بِهِ دَخَلْتُ الْجَنَّةَ قَالَ أَفْشِ السَّلَامَ وَأَطِبْ الْكَلَامَ وَصِلْ الْأَرْحَامَ وَقُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلْ الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya ia mendatangi Nabi SAW seraya berkata; Ya Rasulullah, Beritakanlah kepadaku tentang amalan yang jika aku kerjakan maka aku akan masuk syurga?" maka baginda bersabda: "Sebarkanlah salam, ucapkanlah perkataan yang baik, sambunglah hubungan silaturahim dan solatlah di waktu malam ketika manusia sedang nyenyak tidur, maka engkau akan masuk syurga dengan selamat." (Musnad Ahmad No: 10027) Dar Ihya Turath Arabiy. Status: Isnad Tsiqah

Pengajaran:

1. Satu daripada kaedah mempelajari Islam ialah bertanya kepada mereka yang arif dan mahir seperti mana sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW.

2. Antara amalan yang jika di kerjakan boleh menjadi asbab seseorang masuk syurga ialah menyebarkan ucapan salam kepada orang Islam yang kita kenal mahupun yang tidak dikenali.

3. Menuturkan sesuatu perkataan yang baik merupakan amalan yang dijanjikan syurga.

4. Memelihara hubungan silaturahim juga adalah amalan yang wajib kepada orang mukmin dan menjadi antara prasyarat jaminan syurga.

5. Solat sunat di waktu malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur adalah antara amalan yang akan memasukkan seorang Muslim ke syurga dengan selamat.
❤️ara 🐼

Post Reply

Return to “Hadith”