Active Topics

1 Hari 1 Hadis

Pengatahuan Tentang Hadith

Moderator: yatiyusof

Post Reply
User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 60
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by zylajasmine » Sun May 26, 2019 12:31 pm

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Memburu Lailatul Qadar Sepuluh Malam Terakhir Ramadan

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَيَقُولُ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Daripada Aisyah Radliallahu 'anha berkata: Rasulullah SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan dan bersabda: "Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam yang akhir dari Ramadan". (Sahih Bukhari No: 1916) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih.

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW menyuruh beriktikaf pada 10 malam terakhir dari Ramadan untuk memburu lailatul Qadr.

2. Bersungguh beramal pada 10 malam terakhir Ramadan untuk memperoleh lailatul Qadar yang ganjaran amalan pada malam tersebut lebih baik daripada 1000 bulan atau lebih baik daripada 83 tahun 4 bulan.

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (٣)

"Malam kemuliaan (lailatul Qadr) itu lebih baik daripada seribu bulan" (al-Qadr: 3).

3. Sepatutnya kita tidak hanya memilih malam-malam tertentu untuk memburu lailatul Qadar kerana tidak ada satu tarikh yang tepat dan ia dirahsiakan untuk menjadi pendorong kepada kita mencarinya pada sepuluh malam terakhir Ramadan.

4. Bangunkan ahli keluarga kita untuk bersama merebut peluang bertemu lailatul Qadar

5. Perbanyakkan iktikaf, pelihara solat fardhu berjemaah dimasjid, tingkatkan tilawah al-Quran, perbanyakkan doa dan permohonan ampun kepada Allah.

6. Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah menyatakan: Sebahagian ulama mazhab Syafie menakalkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas RA bahawa: “Menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat ‘Isya’ secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah jua. Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan malam itu. Begitu jugalah yang dikatakan oleh Imam asy-Syafie rahimahullah dalam pendapat lamanya: Sesiapa yang mendirikan solat Isya’ dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh kebaikannya.” Lihat Lathaif al-Maarif (hal. 159).

7. Bayangkan seolah-olah inilah Ramadan terakhir kita dan mungkin ini peluang terakhir untuk bertemu Lailatul Qadar

RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah


26hb Mei 2019
21hb Ramadan 1440H
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 60
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by zylajasmine » Tue May 28, 2019 12:28 pm

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Melipat Gandakan Amal Di Sepuluh Akhir Ramadan

قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ

Aisyah Radhiyallahu anha, berkata: “Rasulullah SAW lebih giat (dalam beribadah) pada sepuluh hari terakhir ini yang tidak baginda lakukan pada hari-hari lainnya.” (Sahih Muslim No: 2009) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW mempergiatkan amal ibadah pada 10 terakhir daripada bulan Ramadan melebihi daripada waktu lain.

2. Antara ibadat yang boleh dilakukan pada 10 terakhir Ramadan ialah iktikaf di masjid, perbanyakkan ibadat khusus seperti membaca Al-Quran, sedekah, berzikir solat sunat seperti duha, solat tahajud, solat tasbih dan lain-lain.

a. Dikatakan Saidina Umar sibuk menunaikan solat sepanjang malam hingga fajar.

b. Qatadah pernah mengkhatam seluruh Al-Quran setiap malam pada 10 malam terakhir Ramadan

3. Ada orang yang sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menumpukan ibadat sepanjang 10 hari terkahir Ramadan. Anda bagaimana?

Mari kita lipat gandakan amalan di sepuluh hari terakhir daripada Ramadan ini.

a. Menjaga solat tarawih dan pergi awal kemasjid

Bersungguh untuk berada di saf paling hadapan di masjid dan tidak beredar sehinggalah imam meninggalkan tempatnya.

b. Iktikaf

Usahakan pada sepuluh terakhir bulan Ramadan beriktikaf dimasjid. Ajak ahli keluarga, jiran dan kenalan ke Masjid sekurang-kurangnya bermula waktu maghrib sehingga tamat solat tarawikh.

c. Perbanyakkan doa

"Sesungguhnya doa di waktu sahur adalah anak panah qadar", doa untuk diri dan keluarga, juga untuk kesejahteraan umat Islam di Palestin, Syria, Iraq, Rohinga dan diseluruh dunia. Semoga Allah mengembalikan hak mereka, melegakan musibah mereka

RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah


27hb Mei 2019
22hb Ramadan 1440H
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
feyaa27
Ahli Forum
Leftenan
Leftenan
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 88
Posts: 1027
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:28 am
Mood:
Has thanked: 24 times
Gender:

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by feyaa27 » Wed May 29, 2019 6:37 am

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Perbanyak Doa Keampunan Di Malam Lailatul Qadar

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ قُولِي اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Daripada Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata, “Aku pernah bertanya pada Rasulullah SAW, iaitu jika ada suatu hari yang aku tahu bahawa malam tersebut adalah lailatul qadar, apakah doa yang mesti aku ucapkan?” Jawab Rasululullah SAW: “Berdoalah: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun dan sentiasa memberi pengampunan atas kesalahan hambamu, maafkanlah segala kesalahanku” (Sunan Tirmizi No: 3513) Dar Kutub Ilmiyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadan menuntut kita memperbanyak amal ibadah termasuklah memperbanyakkan doa.

2. Rasulullah SAW menganjurkan kita agar perbanyakkan doa memohon ampun di sepuluh malam terakhir dari Ramadan khususnya apabila menemui lailatul qadar.

3. Kita bertawasul dengan sifat ‘afwu (Maha Pemaaf Allah) dengan memohon agar Allah memaafkan dosa yang kita lakukan.

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun dan sentiasa memberi pengampunan atas kesalahan hambamu, maafkanlah segala kesalahan ku.
💙FN💛

User avatar
feyaa27
Ahli Forum
Leftenan
Leftenan
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 88
Posts: 1027
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:28 am
Mood:
Has thanked: 24 times
Gender:

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by feyaa27 » Wed May 29, 2019 6:39 am

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Melipat Gandakan Amal Di Sepuluh Akhir Ramadan

قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ

Aisyah Radhiyallahu anha, berkata: “Rasulullah SAW lebih giat (dalam beribadah) pada sepuluh hari terakhir ini yang tidak baginda lakukan pada hari-hari lainnya.” (Sahih Muslim No: 2009) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW mempergiatkan amal ibadah pada 10 terakhir daripada bulan Ramadan melebihi daripada waktu lain.

2. Antara ibadat yang boleh dilakukan pada 10 terakhir Ramadan ialah iktikaf di masjid, perbanyakkan ibadat khusus seperti membaca Al-Quran, sedekah, berzikir solat sunat seperti duha, solat tahajud, solat tasbih dan lain-lain.

a. Dikatakan Saidina Umar sibuk menunaikan solat sepanjang malam hingga fajar.

b. Qatadah pernah mengkhatam seluruh Al-Quran setiap malam pada 10 malam terakhir Ramadan

3. Ada orang yang sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menumpukan ibadat sepanjang 10 hari terkahir Ramadan. Anda bagaimana?

Mari kita lipat gandakan amalan di sepuluh hari terakhir daripada Ramadan ini.

a. Menjaga solat tarawih dan pergi awal kemasjid

Bersungguh untuk berada di saf paling hadapan di masjid dan tidak beredar sehinggalah imam meninggalkan tempatnya.

b. Iktikaf

Usahakan pada sepuluh terakhir bulan Ramadan beriktikaf dimasjid. Ajak ahli keluarga, jiran dan kenalan ke Masjid sekurang-kurangnya bermula waktu maghrib sehingga tamat solat tarawikh.

c. Perbanyakkan doa

"Sesungguhnya doa di waktu sahur adalah anak panah qadar", doa untuk diri dan keluarga, juga untuk kesejahteraan umat Islam di Palestin, Syria, Iraq, Rohinga dan diseluruh dunia. Semoga Allah mengembalikan hak mereka, melegakan musibah mereka
💙FN💛

User avatar
feyaa27
Ahli Forum
Leftenan
Leftenan
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 88
Posts: 1027
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:28 am
Mood:
Has thanked: 24 times
Gender:

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by feyaa27 » Wed May 29, 2019 6:40 am

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jangan Terhalang Daripada Kebaikan

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ دَخَلَ رَمَضَانُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ هَذَا الشَّهْرَ قَدْ حَضَرَكُمْ وَفِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَهَا فَقَدْ حُرِمَ الْخَيْرَ كُلَّهُ وَلَا يُحْرَمُ خَيْرَهَا إِلَّا مَحْرُومٌ

Daripada Anas bin Malik RA ia berkata, "Ketika datang bulan ramadan, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya bulan ini telah hadir kepada kalian. Di bulan ini ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barang siapa diharamkan darinya, maka dia telah diharamkan kebaikan semuanya. Dan tidak diharamkan kebaikannya kecuali bagi yang terhalang daripada kebaikan" (Sunan Ibn Majah No: 1644) Maktabah Ilmiyyah Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Terdapat satu malam (lailatul Qadar) yang barang siapa beramal soleh pada malam tersebut, seumpama dia telah melakukan amal soleh melebihi 1000 bulan

2. Barang siapa yang terhalang daripada beribadah pada malam lailatul qadar, sungguh ia telah terhalang daripada kebaikan seluruhnya, dan tidaklah terhalang daripada kebaikan malam itu kecuali orang yang mahrum (terhalang daripada kebaikan).

3. Setiap muslim sangat dianjurkan untuk menghidupkan lailatul qadar dengan penuh iman dan mengharap pahala yang dijanjikan. Sehingga apabila ia ikhlas melaksanakannya, dosa dan kesalahan yang pernah dilakukan pada masa lalu akan diampunkan Allah.

Rebutlah peluang beribadat. Jangan sampai kita tergolong daripada kalangan yang terhalang melakukan amal ibadat khususnya di sepuluh malam akhir Ramadan.

JANGAN biarkan masjid kita lengang dan kosong

JANGAN biarkan kita disibukkan untuk persiapan Hari Raya
💙FN💛

User avatar
feyaa27
Ahli Forum
Leftenan
Leftenan
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 88
Posts: 1027
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:28 am
Mood:
Has thanked: 24 times
Gender:

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by feyaa27 » Wed Jun 12, 2019 11:31 pm

Satu hari satu ayat Al-Quran

أَلَمْ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ كُفُّوٓا۟ أَيْدِيَكُمْ وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ ٱلْقِتَالُ إِذَا فَرِيقٌ مِّنْهُمْ يَخْشَوْنَ ٱلنَّاسَ كَخَشْيَةِ ٱللَّهِ أَوْ أَشَدَّ خَشْيَةً ۚ وَقَالُوا۟ رَبَّنَا لِمَ كَتَبْتَ عَلَيْنَا ٱلْقِتَالَ لَوْلَآ أَخَّرْتَنَآ إِلَىٰٓ أَجَلٍ قَرِيبٍ ۗ قُلْ مَتَٰعُ ٱلدُّنْيَا قَلِيلٌ وَٱلْءَاخِرَةُ خَيْرٌ لِّمَنِ ٱتَّقَىٰ وَلَا تُظْلَمُونَ فَتِيلًا

An-Nisaa (4:77)

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat". (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun".

Ayat ini menceritakan tentang kaum muslimin ketika di Mekah sebelum berhijrah yang begitu menginginkan peperangan dengan kaum musyrikin.

Ini disebabkan semangat mereka yang amat membara dan mudah sekiranya disuruh berperang.

Walau bagaimanapun mereka hanya disuruh untuk membantu orang-orang fakir, memaafkan dan membiarkan kaum musyrikin.

Perkara sebaliknya berlaku apabila mereka berada di Madinah. Pada ketika ini perintah jihad dikeluarkan namun mereka terkejut dan amat takut.

Mereka memohon kepada Allah agar ditunda kewajiban jihad ini dengan alasan akan berlaku banyak pertumpahan darah, banyak anak jadi yatim dan isteri-isteri menjadi janda.

Ini memberi pengajaran kepada kita agar jangan terlalu leka dengan kehidupan dunia hingga takut untuk keluar berjihad menegakkan Islam.
💙FN💛

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 58
Posts: 4022
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by Nursahirah74 » Wed Jun 12, 2019 11:48 pm

yeah btu tu zmn skrang bnyak teknologi yg mngkhyal kan masyarakat zaman skrang
❤️ara 🐼

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 58
Posts: 4022
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by Nursahirah74 » Sat Jun 15, 2019 12:13 pm

feyaa27 wrote:
Wed May 29, 2019 6:40 am
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jangan Terhalang Daripada Kebaikan

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ دَخَلَ رَمَضَانُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ هَذَا الشَّهْرَ قَدْ حَضَرَكُمْ وَفِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَهَا فَقَدْ حُرِمَ الْخَيْرَ كُلَّهُ وَلَا يُحْرَمُ خَيْرَهَا إِلَّا مَحْرُومٌ

Daripada Anas bin Malik RA ia berkata, "Ketika datang bulan ramadan, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya bulan ini telah hadir kepada kalian. Di bulan ini ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barang siapa diharamkan darinya, maka dia telah diharamkan kebaikan semuanya. Dan tidak diharamkan kebaikannya kecuali bagi yang terhalang daripada kebaikan" (Sunan Ibn Majah No: 1644) Maktabah Ilmiyyah Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Terdapat satu malam (lailatul Qadar) yang barang siapa beramal soleh pada malam tersebut, seumpama dia telah melakukan amal soleh melebihi 1000 bulan

2. Barang siapa yang terhalang daripada beribadah pada malam lailatul qadar, sungguh ia telah terhalang daripada kebaikan seluruhnya, dan tidaklah terhalang daripada kebaikan malam itu kecuali orang yang mahrum (terhalang daripada kebaikan).

3. Setiap muslim sangat dianjurkan untuk menghidupkan lailatul qadar dengan penuh iman dan mengharap pahala yang dijanjikan. Sehingga apabila ia ikhlas melaksanakannya, dosa dan kesalahan yang pernah dilakukan pada masa lalu akan diampunkan Allah.

Rebutlah peluang beribadat. Jangan sampai kita tergolong daripada kalangan yang terhalang melakukan amal ibadat khususnya di sepuluh malam akhir Ramadan.

JANGAN biarkan masjid kita lengang dan kosong

JANGAN biarkan kita disibukkan untuk persiapan Hari Raya

Hmm.. hope kita dpt jumpa lgi bulan ramadhan 😕😕
❤️ara 🐼

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 58
Posts: 4022
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by Nursahirah74 » Sat Jun 22, 2019 3:13 pm

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ar-Rayyan Pintu Khas Syurga Untuk Orang Berpuasa

عَنْ سَهْلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ

Dari Sahl RA, Nabi SAW telah bersabda: "Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu yang disebut dengan Ar-Rayyan, yang pada hari Kiamat tidak akan ada orang yang masuk ke syurga melewati pintu itu kecuali orang-orang yang berpuasa. Tidak akan ada seorangpun yang masuk melewati pintu tersebut selain mereka. Lalu dikatakan kepada mereka; Mana orang yang berpuasa?, maka orang yang berpuasa berdiri menghadap. Tidak akan ada seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut selain mereka. Apabila mereka telah masuk semuanya, maka pintu itu ditutup dan tidak akan ada lagi seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut". (HR Bukhari No: 1763) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Orang yang berpuasa Ramadan, pada hari kiamat akan memasukki syurga melalui pintu Ar-Rayyan (pintu yang dikhaskan kepada orang yang berpuasa).

2. Tidak akan ada orang lain yang memasukki syurga melalui pintu Ar-Rayyan kecuali orang yang berpuasa.

3. Apabila semua orang yang berpuasa telah memasukki syurga melalui pintu ini, pintu tersebut akan ditutup. Itulah keistimewaan orang yang berpuasa Ramadan.

Ayuh kita laksanakan ibadah puasa dengah sungguh-sungguh, semoga kita menjadi salah seorang yang akan memasuki syurga melalui pintu ar-Rayyan.

RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH
❤️ara 🐼

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 58
Posts: 4022
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by Nursahirah74 » Thu Jun 27, 2019 5:37 pm

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Memasuki Syurga Menerusi Pintu Ibadat

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَنْفَقَ زَوْجَيْنِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ نُودِيَ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا خَيْرٌ فَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّلَاةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّلَاةِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجِهَادِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الْجِهَادِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصِّيَامِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الرَّيَّانِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّدَقَةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّدَقَةِ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا عَلَى مَنْ دُعِيَ مِنْ تِلْكَ الْأَبْوَابِ مِنْ ضَرُورَةٍ فَهَلْ يُدْعَى أَحَدٌ مِنْ تِلْكَ الْأَبْوَابِ كُلِّهَا قَالَ نَعَمْ وَأَرْجُو أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ

Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang menginfaqkan dua jenis (berpasangan) dari hartanya di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga; (lalu dikatakan kepadanya): "Wahai Abdullah, inilah kebaikan (dari apa yang kamu amalkan). Maka barang siapa dari kalangan ahli solat dia akan dipanggil dari pintu solat dan barang siapa dari kalangan ahli jihad dia akan dipanggil dari pintu jihad dan barang siapa dari kalangan ahli puasa dia akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan dan barang siapa dari kalangan ahli sedekah dia akan dipanggil dari pintu sedekah". Lantas Abu Bakar Ash-Shidiq radliallahu 'anhu bertanya: "Demi bapa dan ibuku, jika seseorang dipanggil diantara pintu-pintu yang ada, itu sebuah kepastian, namun apakah mungkin seseorang akan dipanggil dari semua pintu?". Rasulullah menjawab: "Benar, dan aku berharap kamu termasuk diantara mereka".(HR Bukhari No: 1764) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Orang yang bersedekah dua jenis barang yang sama dijalan Allah (Ibnu Hajar menyatakan menginfaq dua barang dari harta apapun yang berasal dari jenis yang sama) akan dipanggil masuk syurga dari pintu infaq.

2. Amalan fardu yang disempurnakan (seperti solat, puasa, zakat, haji) semasa di dunia akan menjadi penyebab tersedianya pintu ke syurga.

3. Mereka yang ahli Solat, ahli Jihad, ahli Sedekah, masing-masing akan dipanggil menerusi pintu-pintu di syurga antaranya pintu solat, jihad dan sedekah untuk masuk ke syurga.

4. Ahli puasa akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan

5. Orang yang melaksanakan semua ibadat, semua pintu ibadat di syurga akan memanggil untuk masuk ke syurga melalui pintu masing-masing.

Sempurnakanlah ibadat SOLAT, JIHAD, SEDEKAH dan PUASA. Semoga ia menjadi antara pintu-pintu Syurga buat kita.
❤️ara 🐼

Post Reply

Return to “Hadith”