Active Topics

1 Hari 1 Hadis

Pengatahuan Tentang Hadith

Moderator: yatiyusof

Post Reply
User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 52
Posts: 4196
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 76 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by zylajasmine » Tue Dec 04, 2018 9:41 am

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Halau Syaitan Dirongga Hidung

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال إِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ مَنَامِهِ فَتَوَضَّأَ فَلْيَسْتَنْثِرْ ثَلاَثًا فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَبِيتُ عَلَى خَيْشُومِهِ

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda, “Jika salah seorang di antara kalian bangun dari tidurnya, maka hendaklah berwuduk lalu beristintsar (mengeluarkan air dari hidung) sebanyak tiga kali kerana syaitan bermalam di rongga hidungnya.” (HR. Bukhari No: 3295) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Islam mengajar kita beradab dan berakhlak dalam setiap perkara.

2. Antara adab seorang Muslim selepas bangun daripada tidur adalah mengambl wuduk.

3. Beristintsar (memasukkan air kedalam rongga hidung dan mengeluarkannya) ketika berwuduk adalah sunat dilakukan.

4. Antara hikmah memasukkan air kedalam rongga hidung dan mengeluarkan kembali sebanyak tiga kali bertujuan untuk menghalau syaitan yang menumpang untuk bermalam di lubang hidung.

Pastikan amalan memasukkan dan mengeluarkan air ke dalam rongga hidung kita lakukan sebaik sahaja bangun dari tidur melalui amalan berwuduk.

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah


04hb Disember 2018
26hb Rabiul Awal 1440
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 52
Posts: 4196
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 76 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by zylajasmine » Tue Dec 04, 2018 9:45 am

Assalamualaikum....

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Menyaingi Ganjaran Orang Kaya

Dari Abu Hurairah RA berkata, "Pernah datang sahabat yang miskin kepada Nabi SAW seraya berkata, "Orang-orang kaya, dengan harta benda mereka itu, mereka mendapatkan kedudukan yang tinggi, juga kenikmatan yang abadi. Kerana mereka melaksanakan solat seperti juga kami melaksanakan solat. Mereka puasa sebagaimana kami juga puasa. Namun mereka memiliki kelebihan disebabkan harta mereka, sehingga mereka dapat menunaikan ibadah haji dengan harta tersebut, dapat melaksanakan umrah bahkan dapat berjihad dan bersedekah." Maka Rasulullah SAW pun bersabda: "Mahukah aku sampaikan kepada kalian sesuatu yang apabila kalian ambil (sebagai amal ibadah) kalian akan dapat mengatasi (darjat) orang-orang yang sudah mengalahkan kalian tersebut, dan tidak akan ada yang dapat mengalahkan kalian dengan amal ini sehingga kalian menjadi yang terbaik di antara kalian dan di tengah-tengah mereka kecuali bila ada orang yang mengerjakan seperti yang kalian amalkan ini. Iaitu kalian membaca tasbih (Subhaanallah), membaca tahmid (Alhamdulillah) dan membaca takbir (Allahu Akbar) setiap selesai solat sebanyak tiga puluh tiga kali." (HR Bukhari No: 798) Status: Hadis Sahih
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 52
Posts: 4196
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 76 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by zylajasmine » Tue Dec 11, 2018 3:28 pm

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Muflis Di Akhirat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أتَدْرُونَ مِن الْمُفْلِسُ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ لَا لَهُ دِرْهَمَ وَلَا دِينَارَ وَلَا مَتَاعَ قَالَ الْمُفْلِسُ مِنْ أُمَّتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ يَأْتِي بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ عِرْضَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُقْعَدُ فَيَقْتَصُّ هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Tahukah kalian siapakah yang disebut dengan orang yang muflis?" Para sahabat menjawab; "Orang yang muflis menurut kami wahai Rasulullah, adalah orang yang tidak punya dirham dan dinar serta harta benda." Baginda bersabda: “Seorang muflis daripada kalangan umatku ialah seorang yang datang pada hari Kiamat dengan pahala solat, puasa dan zakat, namun (pada masa yang sama) dia juga membawa dosa mencela orang ini, menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan memukul orang ini (dan seumpamanya), lalu diberikan kepada orang ini sebahagian daripada pahala-pahala kebaikannya dan diberikan kepada orang itu pula sebahagian pahalanya, hinggalah akhirnya habis pahalanya namun belum lagi terbayar dosa-dosa yang tertanggung atasnya, lalu diambil dosa-dosa mereka tadi dan ditompukkan ke atasnya hingga akhirnya dia dihumban ke dalam neraka (kerana banyak dosa)” (HR Ahmad No: 8062) Status: Hasan Sahih

Pengajaran:

1. Orang yang muflis di akhirat bukan kerana tidak memiliki wang ringgit serta harta semasa di dunia.

2. Orang yang muflis di hari kiamat pada awalnya datang dengan pahala hasil amal ibadat semasa di dunia (pahala solat, puasa, zakat dan amal solleh yang lain) namun pahalanya habis kerana terpaksa membayar hutang pada orang lain.

3. Muflis kerana pahala yang ada terpaksa membuat bayaran hutang dosa yang dilakukan semasa di dunia antaranya dosa mencela, menghina, menuduh, mengumpat dan memfitnah orang lain sama ada melalui lisan mahupun tulisan.

4. Muflis juga disebabkan pahala yang ada terpaksa membayar hutang yang belum dijelaskan semasa didunia seperti mengambil harta orang lain, mencederakan serta menumpahkan darah tanpa hak.

5. Muflis kerana pahala yang ada telah habis, sedangkan hutang dosa dengan orang lain masih ada. Akhirnya terpaksa menanggung dosa orang lain.

Jangan biarkan kita menjadi MUFLIS di akhirat nanti.

#SemarakUkhuwahMemacu mPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah

11hb Disember 2018
03hb Rabiul Akhir 1440
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 52
Posts: 4196
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 76 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by zylajasmine » Tue Dec 11, 2018 4:08 pm

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ucapan Untuk Pengantin

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَفَّأَ الْإِنْسَانَ إِذَا تَزَوَّجَ قَالَ بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ

Dari Abu Hurairah RA bahawa jika Nabi SAW mendoakan orang yang baru menikah baginda membaca: "BARAKALLAHU LAKA WA BARAKA 'ALAIKA WA JAMA'A BAINAKUMA FIL KHAIR (semoga Allah memberi barakah kepadamu dan keberkatan atas pernikahan kamu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan)." (Sunan Tirmizi No: 1011) Status: Hadis Hassan Sahih

Pengajaran:

1. Apabila seseorang mendapat kebaikan, kita digalak mengucapkan tahniah dan mendoakan kebaikan buat mereka.

2. Apabila ada orang yang berkahwin, kita disunahkan memberi ucapan dan mendoakan kepada pasangan pengantin yang kita raikan:

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ

"BARAKALLAHU LAKA WA BARAKA 'ALAIKA WA JAMA'A BAINAKUMA FIL KHAIR

(Semoga Allah memberi barakah kepadamu dan keberkatan atas pernikahan kamu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan).

Bulan Disember ini ramai orang mengadakan majlis walimah. Marilah kita mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin dengan doa penuh keberkatan dan kebaikan ini. Semoga keberkahan juga melimpah pada kita yang mendoakan.

#SemarakUkhuwah mMemacuPerubahan
#Malaysia mMenujuNegaraRahmah


09hb Disember 2018
01hb Rabiul Akhir 1440
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 52
Posts: 4196
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 76 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by zylajasmine » Tue Dec 11, 2018 4:13 pm

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berwuduk Mendapat Pengampunan Dari Dosa

عَنْ حُمْرَانَ ابْنِ أَبَانَ ، أَنَّ عُثْمَانَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ دَعَا بِوُضُوْءٍ ، فَذَكَرَ صِفَةَ وُضُوْءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ثُمَّ قَالَ : مَنْ تَوَضَّأَ مِثْلَ وُضُوْئِيْ هَذَا ، ثُمَّ قَامَ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ لاَ يُحَدِّثُ فِيْهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.

Dari Humran bin Aban, bahawasanya Uthman RA meminta air untuk berwuduk, lalu dia menyebutkan sifat wuduk Nabi SAW kemudian baginda berkata: Barangsiapa yang berwuduk seperti wudukku ini, kemudian ia mendirikan solat dua rakaat dengan tidak berkata-kata yang keji pada diriya maka (wuduk dan solatnya) maka diampunkan baginya segala dosa-dosa yang telah berlalu”. HR Bukhari 11/213. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Elokkan wuduk dengan sempurna.

2. Mereka yang memperelokkan wuduk dan diikuti dengan solat sunat dua rakaat akan diampunkan dosa yang lalu.

Moga kita berpeluang berwuduk dengan sempurna dan melakukan solat (sunat wuduk) selepas itu.

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah


08hb Disember 2018
30hb Rabiul Awal 1440
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 44
Posts: 3827
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 19 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by Nursahirah74 » Tue Dec 11, 2018 4:26 pm

zylajasmine wrote:
Tue Dec 11, 2018 4:13 pm
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berwuduk Mendapat Pengampunan Dari Dosa

عَنْ حُمْرَانَ ابْنِ أَبَانَ ، أَنَّ عُثْمَانَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ دَعَا بِوُضُوْءٍ ، فَذَكَرَ صِفَةَ وُضُوْءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ثُمَّ قَالَ : مَنْ تَوَضَّأَ مِثْلَ وُضُوْئِيْ هَذَا ، ثُمَّ قَامَ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ لاَ يُحَدِّثُ فِيْهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.

Dari Humran bin Aban, bahawasanya Uthman RA meminta air untuk berwuduk, lalu dia menyebutkan sifat wuduk Nabi SAW kemudian baginda berkata: Barangsiapa yang berwuduk seperti wudukku ini, kemudian ia mendirikan solat dua rakaat dengan tidak berkata-kata yang keji pada diriya maka (wuduk dan solatnya) maka diampunkan baginya segala dosa-dosa yang telah berlalu”. HR Bukhari 11/213. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Elokkan wuduk dengan sempurna.

2. Mereka yang memperelokkan wuduk dan diikuti dengan solat sunat dua rakaat akan diampunkan dosa yang lalu.

Moga kita berpeluang berwuduk dengan sempurna dan melakukan solat (sunat wuduk) selepas itu.

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah


08hb Disember 2018
30hb Rabiul Awal 1440
Betul tu saya pon ada baca mengenai wuduk mengampunkan dosa
❤️ara 🐼

Matasepet
Ahli Forum
Mejor
Mejor
Negeri Selangor, Malaysia
Posts in topic: 4
Posts: 1601
Joined: Thu Nov 22, 2018 11:25 am
Mood:
Has thanked: 7 times
Gender:

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by Matasepet » Wed Dec 12, 2018 1:48 pm

Hadis empat puluh adalah koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in. Terdapat sebanyak empat puluh dua buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam. Pentingnya karya Imam Nawawi ini sehingga Ibnu Hajar mengarang sebuah kitab bernama Fathul Mubin Li-Syarhil Arba'in yang mengupas dan mebincangkan hadis-hadis himpunan Imam Nawawi.

Hadis Pertama

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Hadis Kedua

Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :
Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.
EVOS(Zxuan) 8-) :ugeek:

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 52
Posts: 4196
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 76 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by zylajasmine » Wed Dec 12, 2018 3:15 pm

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sentiasa Berwuduk

أَبُو أَسَدِ بْنُ عَمْرٍو قَالَ سَأَلْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ عَنْ الْوُضُوءِ فَقَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ لِكُلِّ صَلَاةٍ وَكُنَّا نُصَلِّي الصَّلَوَاتِ بِوُضُوءٍ وَاحِدٍ

Abu Asad bin Amru dia berkata; Saya pernah bertanya kepada Anas bin Malik tentang cara berwuduk. Maka dia menjawab; Nabi SAW biasa berwuduk untuk setiap kali akan mengerjakan solat. Dan kami pun pernah mengerjakan beberapa solat dengan sekali wuduk. (HR Abu Daud No: 146) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Muslim yang baik akhlaknya akan sentiasa berwuduk.

2. Biasakanlah berwuduk untuk memudahkan urusan menunaikan solat apabila masuk waktu.

3. Boleh memperbaharui wuduk untuk setiap kali solat.

4. Boleh juga melaksanakan beberapa solat dengan satu kali wuduk.

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah


12hb Disember 2018
04hb Rabiul Akhir 1440
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

Matasepet
Ahli Forum
Mejor
Mejor
Negeri Selangor, Malaysia
Posts in topic: 4
Posts: 1601
Joined: Thu Nov 22, 2018 11:25 am
Mood:
Has thanked: 7 times
Gender:

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by Matasepet » Wed Dec 12, 2018 3:26 pm

Hadis 40 Imam Nawawi - Hadis 27 - Hati Tenang dan Gelisah





Hadis 27

Daripada Nawas bin Sim’an radhiallahuanhu, dari Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda : “Kebaikan adalah akhlak yang baik, sedangkan dosa adalah segala hal yang megusik jiwamu dan engkau tidak suka jika orang lain melihatnya “

(Riwayat Ahmad 4/228, al-Bukhari dalam al-Adab no.295 dan Muslim no. 2553)

Dan daripada Wabishah bin Ma’bad radhiallahuanhu dia berkata : Saya mendatangi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam, lalu baginda bersabda : Apakah engkau datang untuk bertanyakan tentang kebaikan ?, Saya menjwab : Benar!. Baginda bersabda : Mintalah fatwa kepada kamu sendiri. Kebaikan adalah apa-apa yang mententeramkan jiwa dan hati, sedangkan dosa adalah apa-apa yang mengusik jiwa dan meragukan hati, meskipun orang-orang memberi fatwa yang membenarkanmu.

(Riwayat Ahmad no. 18006 dan al-Darimi (2/249).
EVOS(Zxuan) 8-) :ugeek:

User avatar
nananazeri
Ahli Forum
Kapten
Kapten
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 34
Posts: 1590
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:33 am
Mood:
Has thanked: 6 times
Been thanked: 6 times
Gender:

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by nananazeri » Wed Dec 12, 2018 3:47 pm

Daripada Abdullah (Abdullah bin Mas'ud) RA daripada Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya kebenaran akan membawa kepada kebaikan yang akan menuju ke syurga. Sesungguhnya jika seseorang itu sentiasa berlaku benar sehingga dia akan dikenali sebagai orang yang benar. Sesungguhnya kedustaan itu akan mendorong kepada kejahatan yang akan menuju ke neraka. Sesungguhnya jika seseorang yang selalu berdusta sehingga dia akan dicatat di sisi Allah SWT sebagai seorang pendusta.” (Hadith riwayat al-Bukhari, No: 6094, Muslim, No: 2607, Abu Dawud, No: 4989, al-Tirmizi, No: 1971, Ibn Majah, No: 46, Ahmad, No: 3456, al-Darimi, No: 2757)

Matan Hadith:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يَكُونَ صِدِّيقًا وَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا

]التخريج : صحيح البخاري , كتاب الأدب , باب قول الله تعالى: يا أيها الذين آمنوا اتقوا الله وكونوا مع الصادقين, وما ينهى عن الكذب , حديث رقم 6094 , عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه[


Pengajaran Hadith :
Islam adalah agama yang menuntut kepada setiap Muslim supaya sentiasa berlaku benar dan menjauhi kedustaan dalam setiap perkara mahupun perkataan, perbuatan serta pekerjaan.
Seseorang Muslim yang sentiasa melakukan kebenaran, maka kebaikannya akan bertambah dan dosanya akan dihapuskan, manakala dia akan lebih dekat kepada syurga. Sebaliknya bagi seseorang yang sentiasa berdusta, perbuatan tersebut akan mendorongnya kepada kejahatan malah dosanya semakin bertambah hari demi hari dan menjadi penyebab dia dimasukkan ke neraka.
Setiap Muslim hendaklah sentiasa memelihara setiap tutur kata lisannya. Ucapkanlah hanya perkataan yang benar dan boleh mendatangkan kebaikan kerana ia akan menarik rahmat dan keampunan Allah SWT serta akan menyebabkan dirinya dikenali sebagai seorang yang benar. Ingatlah bahawa seseorang yang benar, sama sekali tidak pernah berdusta. Hindari berdusta kerana ia akan menghapuskan kebenaran.
Nn🙈💜

Post Reply

Return to “Hadith”