Tips Menghafal Al-Quran

Ayat-Ayat Hafazan

Moderator: yatiyusof

User avatar
yatiyusof
Senior Moderator
Senior Moderator
Ahli Baru
Ahli Baru
Malaysia
Posts in topic: 1
Posts: 18
Joined: Thu Nov 22, 2018 11:04 pm
Mood:
Has thanked: 4 times
Been thanked: 1 time
Gender:

Tips Menghafal Al-Quran

Post by yatiyusof » Tue Nov 27, 2018 11:41 pm

1. BETULKAN NIAT
Ini adalah poin yang paling penting yang perlu dititik beratkan, lakukannya ikhlas kerana Allah, mengharapkan rahmat-Nya, keredhaan-Nya & untuk memperoleh syurga. Bukan sebab kawan, keluarga atau untuk menumenunjuk-nunjuk. Semoga Allah tetapkan hati kita untuk melakukannya semata-mata kerana Allah.

2. MULAKAN SEKARANG!
Jangan tangguh-tangguh. Kalau niat sudah ada, itu sudah bagus. Jangan ingat kalau bertangguh, ia jadi lebih baik.Usah berikan alasan tidak cukup masa. Cari masa untuk diri sendiri dan dalam menghafal Al-Quran. Saya kenal beberapa orang, yang mempunyai niat, tetapi tidak mempunyai motivasi.
Pada saya, untuk mencari motivasi, fikirkan tentang betapa besar faedah yang kita akan dapat. Percayalah, anda akan dapat banyak sangat kebaikan. Pahala juga dikira hanya dengan membaca satu huruf. Juga ada banyak kisah yang menarik dalam Al-Quran yang akan anda temui.
Cuba baca Al-Quran selepas solat. Insya Allah, anda akan dapat momentum dari situ.

3. GUNAKAN MUSHAF YANG SAMA.
Sebabnya ialah, apabila anda menggunakan mushaf yang sama, mata anda telah terbiasa dengan cara penulisan, warna dan hiasan dalamnya. Ini membuatkan minda anda terbiasa dengannya Insya Allah.

4. SELALU DENGAR BACAAN AL-QURAN
Perkara ini mungkin susah, tetapi Allah boleh mempermudahkannya untuk anda: tinggalkan lagu-lagu anda, muzik pop dan rock. Dua benda yang bertentangan tidak dapat wujud dalam masa yang sama. Tetapi, sudah tentu terdapat beberapa pendapat mengenai hal ini. Adakah anda lebih suka mendengar muzik dari mendengar ayat al-Quran yang dikatakan menenangkan hati seseorang?

5. MASA YANG TERBAIK
Untuk menghafal al-Quran adalah selepas subuh atau fajar, iaitu ketika minda masih segar. Ketenangan fajar akan memasuki minda anda. Selain itu, waktu selepas solat adalah masa yang sesuai untuk menghafal selain dari waktu antara Maghrib dan Isya’.

6. JAGA PANDANGAN MATA.
Jaga pandangan mata dari memandang atau melihat aurat berlainan jantina,Telinga anda dari mendengar gossip. Mulut anda dari berkata belakang, mengumpat dan dari semua perbuatan yang dilarang.

**Aku mengadu kepada Wakii’ (Imam Syafi’ie) mengenai ingatanku yang lemah,
Dia menasihatku untuk meninggalkan dosa,
Dan dia memberitahuku bahawa ilmu adalah cahaya,
Dan cahaya Allah tidak akan sampai pada pendosa.**
-puisi Imam Syafi'ie

7. TASMIK
Carilah seorang kawan, ahli keluarga atau guru untuk tasmik anda. Dia mestilah seorang yang tahu membaca Al-Quran dengan betul, jadi apabila berlaku kesalahan kecil, dia dapat membetulkannya.

8. DOA MOHON PERTOLONGAN ALLAH SWT.
Jangan memandang rendah kuasa doa. Ketahuilah bahawa tiada yang lebih disukai Allah lebih dari hambanya berdoa kepada-Nya.” (Tirmidhi)

Berdoalah kepada Allah agar memudahkan minda dan hati anda untuk menghafal dan tidak melupakan hafalan tersebut. Mohon padaNya agar dikuatkan ingatan dan mohonlah agar Allah singkirkan sifat malas dalam diri.

sumber : facebook Fadhil Azman

Paktam
Sarjan
Sarjan
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 1
Posts: 326
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:21 am
Has thanked: 5 times
Gender:

Re: Tips Menghafal Al-Quran

Post by Paktam » Thu Dec 06, 2018 3:18 pm

yatiyusof wrote:
Tue Nov 27, 2018 11:41 pm

Alhamdulillah..dpt ilmu jgk
:D aliff ikhmal :geek:

SyedReza89
Koperal
Koperal
Malaysia
Posts in topic: 11
Posts: 185
Joined: Wed Nov 28, 2018 11:03 am
Mood:
Has thanked: 1 time
Gender:

Re: Tips Menghafal Al-Quran

Post by SyedReza89 » Thu Dec 06, 2018 5:42 pm

MERANCANGLAH
Secara asasnya, saya menghafal lebih kurang 4-6 halaman setiap hari. Untuk menghafal satu halaman, saya mengambil masa lebih kurang 30 min, bergantung pada tahap kesukaran halaman tersebut. Ada halaman yang mengambil masa 20 min untuk dihafal.

Alhamdulillah, Allah permudahkan bagi saya. Manakala bagi halaman yang lebih susah, saya mengambil masa 45 minit.
:lol: Syed :lol:

SyedReza89
Koperal
Koperal
Malaysia
Posts in topic: 11
Posts: 185
Joined: Wed Nov 28, 2018 11:03 am
Mood:
Has thanked: 1 time
Gender:

Re: Tips Menghafal Al-Quran

Post by SyedReza89 » Thu Dec 06, 2018 5:43 pm

MASA YANG TERBAIK
Untuk menghafal al-Quran adalah selepas subuh atau fajar, iaitu ketika minda masih segar. Ketenangan fajar akan memasuki minda anda. Ustaz saya selalu menasihatkan kami untuk lebih produktif pada waktu pagi.

Selain itu, waktu selepas solat adalah masa yang sesuai untuk menghafal selain dari waktu antara Maghrib dan Isya’.
:lol: Syed :lol:

SyedReza89
Koperal
Koperal
Malaysia
Posts in topic: 11
Posts: 185
Joined: Wed Nov 28, 2018 11:03 am
Mood:
Has thanked: 1 time
Gender:

Re: Tips Menghafal Al-Quran

Post by SyedReza89 » Thu Dec 06, 2018 5:44 pm

JADILAH PRODUKTIF
Bacalah al-Quran dalam perjalanan ke sekolah atau tempat kerja. Secara peribadi, saya lebih suka menaiki kereta api berbanding memandu kerana masa perjalanan tersebut saya boleh isi dengan menghafal atau mengulang.
:lol: Syed :lol:

SyedReza89
Koperal
Koperal
Malaysia
Posts in topic: 11
Posts: 185
Joined: Wed Nov 28, 2018 11:03 am
Mood:
Has thanked: 1 time
Gender:

Re: Tips Menghafal Al-Quran

Post by SyedReza89 » Thu Dec 06, 2018 5:47 pm

BERTAUBATLAH
Bertaubatlah selalu, kadang kalau kita melakukan dosa tanpa menyedarinya. Apabila seseorang membuat dosa, dia perlulah segera bertaubat kepada Allah. Allah menerima taubat orang yang ikhlas, Insya Allah.
:lol: Syed :lol:

SyedReza89
Koperal
Koperal
Malaysia
Posts in topic: 11
Posts: 185
Joined: Wed Nov 28, 2018 11:03 am
Mood:
Has thanked: 1 time
Gender:

Re: Tips Menghafal Al-Quran

Post by SyedReza89 » Thu Dec 06, 2018 5:48 pm

MINTA SESEORANG MENDENGAR BACAAN ANDA ; TASMII’.
Carilah seorang kawan, ahli keluarga atau guru untuk tasmii’ anda. Dia mestilah seorang yang tahu membaca al-Quran dengan betul, jadi apabila berlaku kesalahan kecil, dia dapat membetulkannya.
:lol: Syed :lol:

SyedReza89
Koperal
Koperal
Malaysia
Posts in topic: 11
Posts: 185
Joined: Wed Nov 28, 2018 11:03 am
Mood:
Has thanked: 1 time
Gender:

Re: Tips Menghafal Al-Quran

Post by SyedReza89 » Thu Dec 06, 2018 5:49 pm

MURAJA’AH (ULANG) APA YANG ANDA TELAH HAFAL.
Carilah seseorang untuk mendengar anda mengulang bacaan. Seseorang itu perlulah memperkukuhkan hafalannya dengan selalu mengulang.
:lol: Syed :lol:

SyedReza89
Koperal
Koperal
Malaysia
Posts in topic: 11
Posts: 185
Joined: Wed Nov 28, 2018 11:03 am
Mood:
Has thanked: 1 time
Gender:

Re: Tips Menghafal Al-Quran

Post by SyedReza89 » Thu Dec 06, 2018 5:49 pm

MAKAN KISMIS & MADU
Saya tidak pasti dengan mendalam mengenai hal ini, tetapi saya diajar bahawa memakan kismis & madu dapat mengukuhkan ingatan Insya Allah.
:lol: Syed :lol:

SyedReza89
Koperal
Koperal
Malaysia
Posts in topic: 11
Posts: 185
Joined: Wed Nov 28, 2018 11:03 am
Mood:
Has thanked: 1 time
Gender:

Re: Tips Menghafal Al-Quran

Post by SyedReza89 » Thu Dec 06, 2018 5:50 pm

TUNAIKANLAH SOLAT MALAM
Buatlah sekurang-kuranya dua rakaat, kemudian berdoalah. Ia amat membantu Insya Allah.

“Doa semasa tahajjud diibaratkan seperti busar panah yang tidak pernah tersasar dari sasarannya” – Imam Syafi’ie
:lol: Syed :lol:

Post Reply

Return to “Hafaz”