Active Topics

Satu Hari Satu Ayat

Pengahatuan Tentang Al Quran

Moderator: yatiyusof

Post Reply
User avatar
Ikasnow
Ahli Forum
Staf Sarjan
Staf Sarjan
Malaysia
Posts in topic: 9
Posts: 558
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:14 am
Mood:
Has thanked: 4 times
Gender:

Re: Satu Hari Satu Ayat

Post by Ikasnow » Sun Dec 30, 2018 12:20 pm

Surah Al-Hajj, Verse 44:
وَأَصْحَابُ مَدْيَنَ وَكُذِّبَ مُوسَىٰ فَأَمْلَيْتُ لِلْكَافِرِينَ ثُمَّ أَخَذْتُهُمْ فَكَيْفَ كَانَ نَكِيرِ

Dan juga penduduk Madyan; dan Nabi Musa juga telah didustakan; maka Aku memberi tempoh kepada orang-orang kafir itu, kemudian Aku menimpakan mereka dengan azab seksa. Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.
💚iqa💚

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Leftenan Kolonal
Leftenan Kolonal
Malaysia
Posts in topic: 48
Posts: 2447
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 48 times
Gender:

PINGAT

Re: Satu Hari Satu Ayat

Post by zylajasmine » Tue Jan 01, 2019 4:00 pm

Assalamualaikum

Satu hari satu ayat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ  

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ وَأَحْصُوا الْعِدَّةَ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ ۖ لَا تُخْرِجُوهُنَّ مِنْ بُيُوتِهِنَّ وَلَا يَخْرُجْنَ إِلَّا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ ۚ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ ۚ لَا تَدْرِي لَعَلَّ اللَّهَ يُحْدِثُ بَعْدَ ذَٰلِكَ أَمْرًا  ﴿١﴾؅

1. Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).

(65:1) Al Talaq (cerai/talaq) : 1
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Leftenan Kolonal
Leftenan Kolonal
Malaysia
Posts in topic: 48
Posts: 2447
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 48 times
Gender:

PINGAT

Re: Satu Hari Satu Ayat

Post by zylajasmine » Wed Jan 02, 2019 1:10 pm

Assalamualaikum

Satu hari satu ayat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ ۖ نُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ  ﴿٨﴾؅

8. Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

(66:8) At Tahrim (Mengharamkan) : 8
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Leftenan Kolonal
Leftenan Kolonal
Malaysia
Posts in topic: 48
Posts: 2447
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 48 times
Gender:

PINGAT

Re: Satu Hari Satu Ayat

Post by zylajasmine » Sun Jan 06, 2019 6:20 pm

Assalamualaikum

Satu hari satu ayat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ  ﴿١٢﴾؅

12. Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

(67:12) Al Mulk (Kerajaan) : 12
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Leftenan Kolonal
Leftenan Kolonal
Malaysia
Posts in topic: 48
Posts: 2447
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 48 times
Gender:

PINGAT

Re: Satu Hari Satu Ayat

Post by zylajasmine » Mon Jan 07, 2019 8:04 am

Assalamualaikum

Satu hari satu ayat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

وَأَنَّ الْمَسَاجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدْعُوا مَعَ اللَّهِ أَحَدًا  ﴿١٨﴾؅
18. "Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.

(72:18) Al Jin (jin) : 18
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
feyaa27
Ahli Forum
Sarjan
Sarjan
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 4
Posts: 399
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:28 am
Mood:
Has thanked: 11 times
Gender:

Re: Satu Hari Satu Ayat

Post by feyaa27 » Mon Jan 07, 2019 11:46 pm

Satu hari satu ayat

وَيَزِيدُ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ٱهْتَدَوْا۟ هُدًى ۗ وَٱلْبَٰقِيَٰتُ ٱلصَّٰلِحَٰتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ مَّرَدًّا

Maryam (19:76)

Dan Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk; dan amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya itu, lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya.

Allah SWT akan menambahkan lagi petunjukNya bagi mereka yang menerima hidayah.

Perkara ini sepertimana firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 124-125:

Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): "Siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?" Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya). Adapun orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hati mereka maka surah Al-Quran itu menambahkan kekotoran (kufur) kepada kekotoran (kufur) yang ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir.

Amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya memberi beberapa tafsiran;

1. Solat lima waktu.
2. Kalimat Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illallah dan Allahu Akbar.
3. Seluruh amal kebajikan.

Segala amalan ini memberi pahala dan memberi akibat serta kesudahan yang baik bagi mereka yang mengerjakannya.

Bersama kita berusaha mendapatkan hidayah Allah SWT. Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa peroleh petunjukNya.
💜❤FN💜

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Leftenan Kolonal
Leftenan Kolonal
Malaysia
Posts in topic: 48
Posts: 2447
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 48 times
Gender:

PINGAT

Re: Satu Hari Satu Ayat

Post by zylajasmine » Tue Jan 08, 2019 10:45 am

Assalamualaikum

Satu hari satu ayat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا  ﴿٦﴾؅

6. `Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

(72:6) Al Jin (jin) : 6
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
feyaa27
Ahli Forum
Sarjan
Sarjan
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 4
Posts: 399
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:28 am
Mood:
Has thanked: 11 times
Gender:

Re: Satu Hari Satu Ayat

Post by feyaa27 » Thu Jan 10, 2019 7:11 pm

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Cara Membalas Kebaikan Orang Lain

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- مَنْ أُعْطِىَ عَطَاءً فَوَجَدَ فَلْيَجْزِ بِهِ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ فَلْيُثْنِ بِهِ فَمَنْ أَثْنَى بِهِ فَقَدْ شَكَرَهُ وَمَنْ كَتَمَهُ فَقَدْ كَفَرَهُ.

Jabir bin Abdullah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang diberikan sebuah hadiah, lalu ia mendapati kecukupan maka hendaknya ia membalasnya, jika ia tidak mendapati maka pujilah ia, barangsiapa yang memujinya, maka sesungguhnya ia telah bersyukur kepadanya, barangsiapa menyembunyikannya sesungguhnya ia telah kufur (tidak mengenang budi).” (HR. Abu Daud No: 4179) Status: Hadis Hasan.

Pengajaran:

1. Islam mengajar umatnya membalas kebaikan yang diberikan oleh orang lain.

2. Cara membalas kebaikan dan pemberian orang lain:

a. Membalas pemberian tersebut dengan sebaiknya

b. Memuji kebaikan atau pemberian orang tersebut

c. Mengucapkan Jazakallah khairan kepada orang tersebut

d. Mendoakan orang tersebut

Balaslah kebaikan serta pemberian orang lain dengan sebaiknya.
💜❤FN💜

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Leftenan Kolonal
Leftenan Kolonal
Malaysia
Posts in topic: 48
Posts: 2447
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 48 times
Gender:

PINGAT

Re: Satu Hari Satu Ayat

Post by zylajasmine » Sat Jan 12, 2019 12:56 pm

Assalamualaikum

Satu hari satu ayat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ  

وَأَنَّا لَمَسْنَا السَّمَاءَ فَوَجَدْنَاهَا مُلِئَتْ حَرَسًا شَدِيدًا وَشُهُبًا  ﴿٨﴾؅

8. `Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.

(72:8) Al Jin (jin) : 8
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Leftenan Kolonal
Leftenan Kolonal
Malaysia
Posts in topic: 48
Posts: 2447
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 48 times
Gender:

PINGAT

Re: Satu Hari Satu Ayat

Post by zylajasmine » Sat Jan 12, 2019 12:56 pm

Assalamualaikum

Satu hari satu ayat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

وَأَمَّا الْقَاسِطُونَ فَكَانُوا لِجَهَنَّمَ حَطَبًا  ﴿١٥﴾؅

15. ` Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam. '

(72:15) Al Jin (jin) : 15
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

Post Reply

Return to “Al Quran”