Active Topics

Ringkasan Berita

Forum Berkaitan Pendidikan, Matapelajaran Dan sekolah

Moderators: zylajasmine, napisah

Post Reply
User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 63
Posts: 4274
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 77 times
Gender:

PINGAT

Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Wed Nov 21, 2018 2:41 pm

BERITA HARI INI – 21/11/2018 (by: MJI)

1. KUANTAN 20 Nov. - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah khuatir sebarang pembaharuan dan perubahan kepada dasar sosial politik negara yang dilakukan tanpa kajian yang mendalam akan hanya mengundang mudarat yang tiada berkesudahan. Tengku Abdullah menyatakan kebimbangan itu kerana titah baginda, hari ini, terdapat segelintir rakyat yang mahu mengubah landskap sosial politik negara melalui penerimaan dasar kesaksamaan fahaman barat.

2. KUALA LUMPUR 20 Nov. - Polis menembak mati lima penjenayah dalam satu kejadian rompakan di sebuah pasar raya Di Kuchai Lama, di sini petang tadi. Difahamkan kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang melibatkan lima perompak yang merancang untuk menyamun kedai emas. Ketua JSJ Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, empat penjenayah ditembak di tempat kejadian.

3. DUBAI 20 Nov. - Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan akan menyumbang sebanyak AS$500 juta (RM2 bilion) dalam program bantuan makanan untuk Yemen. Program berkenaan diumumkan oleh Ketua Penyelia Pusat Raja Salman untuk Bantuan Kemanusiaan dan Kebajikan, Abdullah Rabeeah. Bantuan terbabit akan membantu lebih 10 juta rakyat Yemen yang sedang berdepan krisis kebuluran.

4. KUALA LUMPUR 20 Nov. - Seorang lelaki yang berkongsi rakaman video mengganggu seorang gadis promoter menjual air minuman beralkohol di bahagian tidak halal di sebuah pasaraya dikecam warganet. Sikap lelaki berkenaan dianggap warganet sebagai kurang ajar dan tidak wajar. Dalam video kurang 45 saat itu gadis berkenaan yang melakukan promosi air minuman beralkohol di bahagian tidak ditanggung halal kelihatan tenang berhadapan dengan provokasi yang dilakukan lelaki tersebut.

5. BALIK PULAU 20 Nov. - Kira-kira 2,700 peserta daripada 56 kontinjen pelbagai jabatan dan agensi mengambil bahagian dalam perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini, hari ini. Peserta berkumpul seawal 7.30 pagi sebelum mula berarak kira-kira pukul 8 pagi dari Maahad Al-Mashoor Al-Islami menuju ke Politeknik Balik Pulau sejauh hampir dua kilometer (km).

6. KUALA LUMPUR 20 Nov. - Filem Polis Evo 2 terbitan Astro Show dan diarahkan oleh Joel Soh dan Andrew Chiew tidak mengandungi sebarang mesej penghinaan kepada Islam, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri. Sebaliknya kata beliau, filem itu lebih mengenengahkan fahaman fanatik sesat yang memberi ancaman kepada negara.

7. PUTRAJAYA 20 Nov.- Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah pemimpin yang tidak amanah dan berintegriti akan mengakibatkan ummah berada dalam keadaan sengsara. Baginda bertitah, kemiskinan ummah akan menjadi lebih buruk apabila pemimpin lebih mengutamakan agenda membina kekayaan material dengan mengambil dan menidakkan hak ummah secara tidak adil.

8. PUTRAJAYA 20 Nov. - Semua murid Tahun 6 boleh mengambil Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) pada 29 November ini bermula pukul 10 pagi di sekolah masing-masing. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2018 melalui mySMS 15888.

9. CHICAGO 20 Nov. - Empat orang terbunuh dalam kejadian berbalas-tembakan antara seorang lelaki dengan pihak polis di hospital Mercy di sini, semalam. Mereka yang terkorban ialah seorang doktor lelaki, seorang wanita dan seorang anggota polis serta suspek terbabit. Doktor berkenaan yang dipercayai dikenali oleh suspek ditembak di luar hospital manakala mangsa lain ditembak secara rambang oleh lelaki tersebut dalam hospital itu.

10. KUALA LUMPUR 19 Nov. - Selepas satu petisyen mendesak peletakkan jawatan P. Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana dilancarkan, satu petisyen digerakkan mahu Waytha Moorthy kekal dalam jawatannya sekarang. Petisyen menerusi tandatangan atas talian Change.Org di bit.ly/2KeCrAa itu digerakkan oleh Maruthai Mani 16 jam lalu dan telah mendapat 6,040 tandatangan sehingga 11.30 pagi tadi.

11. SYDNEY 20 Nov. - Polis hari ini menahan tiga lelaki yang dipercayai sedang bersiap sedia untuk melancarkan serangan besar-besaran terhadap orang awam di Melbourne. Suspek warga tempatan yang masing-masing berusia 30 tahun, 26 tahun dan remaja berusia 21 tahun kini ditahan selepas didakwa cuba membeli senapang separa automatik untuk melancarkan serangan itu.

12. ALOR SETAR 20 Nov. - Umat Islam tanpa mengira pangkat dan darjat diseru supaya berusaha sedaya upaya untuk membina akhlak dan keperibadian tinggi sesuai dengan imej insan yang bergelar muslim. Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah, kebelakangan ini seringkali terlihat perilaku sumbang dan sikap umat yang terlalu jauh dari teladan ditunjukkan Rasulullah.

13. PUTRAJAYA 20 Nov. - Senarai organisasi Pejabat Menteri di JPM, Senator P. Waytha Moorthy yang menerajui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional menjadi tular dalam media sosial berikutan keanggotaannya dikatakan tidak mencerminkan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Rata-rata netizen mempersoalkan mengapa kedudukan di Pejabat Menteri itu bagi jawatan Setiausaha Sulit Kanan, Setiausaha Politik, Pegawai Tugas-Tugas Khas, Setiausaha Akhbar dan Setiausaha Sulit hanya diduduki satu kaum sahaja.

14. SIBU 20 Nov. - Sarawak mampu menjadi pengeksport utama negara dengan kepelbagaian produk dan perkkhidmatan yang dimiliki di sini hari ini. Menurut Pengarah Wilayah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Sarawak, Leany Mokhtar, kemampuan tersebut dapat dilihat daripada keberanian komuniti perniagaan di sini menerokai pasaran luar.

15. SHAH ALAM 20 Nov. – MB Selangor, Amirudin Shari akan mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok berhubung isu papan tanda jalan yang menggunakan tulisan Cina di negeri ini. Amiruddin bagaimanapun enggan mengulas panjang berhubung isu itu dan hanya memaklumkan pertemuannya dengan Sultan Selangor esok untuk urusan pentadbiran kerajaan negeri.

16. LAHAD DATU 20 Nov. - Seekor buaya seberat kira-kira setengah tan ditangkap di pesisir pantai di kawasan Pantai Felda Sahabat 16 di sini, semalam. Dalam tangkapan itu, reptilia berkenaan baru sahaja membaham seekor anjing sebelum ditangkap sepasukan anggota polis bantuan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kira-kira pukul 7 malam.

17. KUALA LUMPUR 20 Nov. - Seramai 249 pelajar tiga sekolah menengah aliran agama yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) bakal menerima sijil tahfiz daripada Kementerian Pendidikan bulan depan. Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa pendidikan Islam, sijil itu akan memberi nilai tambah kepada pelajar di peringkat menengah rendah dan menengah atas untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

18. KUALA LUMPUR 20 Nov. - Dewan Muslimat Pas menyokong titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar setiap papan tanda jalan ditulis dalam bahasa kebangsaan sebagaimana termaktub dalam peruntukan Perlembagaan. Ketuanya, Nuridah Mohd. Salleh berkata, peraturan itu juga dilihat akan membawa kepada semangat dan jati diri perpaduan nasional.

19. TAIPING 20 Nov. - Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa hari ini berkenan berangkat ke sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri yang diadakan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) Taiping dekat Kamunting. Turut berangkat Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah serta diiringi oleh dua anggota Jemaah Pemangku Raja Perak iaitu Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Zahidi Zainuddin dan Orang Kaya Kaya Seri Agar DiRaja, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

20. BALIK PULAU 20 Nov. - Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USM, Prof. Dr. Abdul Rahman Mohamed dipilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul peringkat negeri tahun ini. Abdul Rahman yang juga Pengarah Sains di USM dipilih selepas mengambil kira sumbangannya secara keseluruhan terhadap umah terutama dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

21. KUALA LUMPUR 20 Nov. – MP Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad tidak bersetuju dengan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang tidak membenarkan ahli Parlimen pembangkang untuk menghadiri sebarang program di sekolah tanpa kebenaran. Ahli Parlimen, ADUN dan ahli majlis PBT sering dijemput ke sekolah kerana adalah tempat penting dalam kehidupan sivik.

22. TAMPIN 20 Nov. - Lebih 20 ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tampin dan Pergerakan Wanita UMNO DUN Gemas hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy yang memburuk-burukkan negara dengan ucapan berbaur fitnah. Laporan itu dibuat di Balai Polis Gemas kira-kira pukul 9.35 pagi tadi dan diketuai Ketua Puteri UMNO Bahagian Tampin, Nor Fariza Rahim.

23. KUALA LUMPUR 20 Nov. - Maulidur Rasul tahun ini disambut di seluruh negara dengan pengisian pelbagai program bagi melahirkan kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sambutan diadakan penuh ketakwaan dengan perarakan sambil membaca selawat ke atas Nabi untuk menyemarakkan ingatan terhadap Rasulullah SAW.

24. BALIK PULAU 20 Nov. - Tidak ada sebarang keperluan untuk kerajaan negeri menggubal Perkara 11 (4) yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan tindakan diambil terhadap pihak yang cuba menyebarkan agama lain kepada umat Islam buat masa ini, kata Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd. Rahman.

25. KOTA KINABALU 20 Nov. – YDP Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin mengajak seluruh umat Islam termasuk pemegang tampuk kepimpinan agar mencontohi akhlak mulia Rasulullah S.A.W demi kelangsungan pembangunan diri, keluarga dan negeri Sabah tercinta. Umat Islam amat bertuah kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung dan sejati serta memberi contoh teladan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk tatacara pemerintahan yang begitu bernilai.

26. SARIKEI 20 Nov. - Islam bukanlah satu agama yang menekan orang lain atau memecah belahkan masyarakat, sebaliknya ia adalah agama yang menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan agama. YDP Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud berkata Islam sebagai agama penyatuan sememangnya telah berlaku sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi dan menjadi panduan dalam pentadbiran negara ini khasnya di Sarawak.

27. KUALA LUMPUR 20 Nov. - Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan membuat laporan polis berhubung kenyataan Menteri di JPM, Senator P. Waytha Moorthy yang didakwa mengganggu keharmonian negara. Ketua Pergerakannya, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi berkata, usaha Waytha Moorthy untuk meratifikasi ICERD juga perlu diambil tindakan segera dari kerajaan.

28. KUALA LUMPUR 20 Nov. - Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada UMNO dan Pas akan mengadakan himpunan sebagai tanda protes terhadap skandal 1MDB dan bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak. Persoalan itu dibangkitkan selepas kedua-dua parti itu mengumumkan akan mengadakan himpunan bersama bagi membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD).

29. KUALA LUMPUR 20 Nov. - Keputusan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori terus mendapat tentangan daripada pelbagai pihak terutamanya keluarga mangsa bunuh yang menyifatkannya sebagai tidak adil. Ibu kepada Ng Yuk Tim, gadis berusia 15 tahun yang dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya disumbatkan ke dalam sebuah beg lima tahun lalu, Sim Yee Ling berkata, keluarganya hanya akan lega dan berpuas hati selepas pembunuh anaknya digantung mati.

30. MELAKA 20 Nov. - Satu laporan polis terhadap Menteri di JPM, Senator P. Waytha Moorthy telah dibuat oleh UMNO dan Pas Melaka sebentar tadi ekoran tindakannya memburukkan Malaysia di luar negara serta menghina agama Islam. Laporan dibuat oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad kira-kira pukul 3 petang di Balai Polis Melaka Tengah, Banda Hilir di sini.

31. KUALA LUMPUR 20 Nov. – FAMA meletakkan sasaran sebanyak RM12.7 juta hasil jualan sepanjang 11 hari berlangsungnya Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 bemula Khamis ini. Pengerusi FAMA, Ishak Ismail berkata, sasaran tersebut dijangka dapat diperolehi berbanding RM10.4 juta pada MAHA 2016.

32. KUALA LUMPUR 20 Nov. - Kerajaan PH digesa meneruskan proses pembangunan negara berpandukan acuan asal Perlembagaan Persekutuan demi untuk membentuk Malaysia yang hakiki. Aktivis masyarakat, Datuk Razlan Rafii berkata, kini sudah tiba masanya rakyat menuntut kerajaan segera melaksanakan Perkara 152 yang jelas menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

33. KUALA LUMPUR 20 Nov. - Buah kelapa yang mempunyai pelbagai kegunaan terpilih sebagai 'buah rasmi' sepanjang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 kali ini. Pengerusi FAMA, Ishak Ismail berkata, buah tersebut dipilih kerana ia kini menjadi salah satu daripada komoditi yang disenaraikan sebagai “sumber rezeki baharu” kepada rakyat dan negara ini amnya.

34. SEPANG, 20 Nov - Malaysia memberi sambutan permaidani merah kepada Perdana Menteri Pakistan Imran Khan yang tiba di sini, untuk memulakan lawatan rasmi dua hari ke negara ini. Pesawat khas membawa perdana menteri Pakistan itu dari Karachi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 11.35 malam ini.

35. REMBAU 20 Nov. - Polis telah melancarkan gerakan besar-besaran bagi mengesan seorang lelaki yang melarikan diri daripada tahanan semasa sedang menunggu giliran untuk didakwa di Mahkamah Majistret Rembau di sini semalam. Kejadian berlaku pukul 10.30 pagi ketika Mohammad Azrin Mohd. Danial, 29, dari Felda Bukit Jalor, Air Kuning Selatan di Gemencheh dipanggil sebanyak dua kali oleh jurubahasa mahkamah untuk dituduh di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan juga waran tangkap Seksyen 12(2) akta sama.

36. KUALA LUMPUR 20 Nov. - Sebelum ini. usaha ratifikasi ICERD ditentang Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman jika perkara itu menjejaskan Perlembagaan Persekutuan. Terbaru, Armada Selangor menyatakan pendirian sama dengan menyifatkan tiada keperluan untuk meratifikasi dokumen berkenaan kerana Malaysia sudah memiliki Perlembagaan Persekutuan yang merupakan acuan paling sesuai dan berkesan dalam memupuk perpaduan.

37. REMBAU 20 Nov. - Lapan penghuni sebuah calet yang sedang bercuti di Kampung Orang Asli Pedas di sini nyaris maut apabila penginapan yang didiami mereka dirempuh sebuah lori yang terbabas, petang tadi. Dalam kejadian pukul 3.45 petang itu, tiga penghuni lelaki cedera dan telah dihantar ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan lanjut. Calet yang terletak di kaki bukit itu rosak teruk akibat rempuhan kuat lori tiga tan yang membawa muatan barangan lusuh.

38. BANGKOK 20 Nov. - Seorang pendakwa raya awam dan dua lelaki dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun selepas didapati cuba menyeludup keluar berpuluh tanduk badak sumbu bernilai AS$1.4 juta (RM5.9 juta) melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi tahun lalu. Dua penyeludup itu ditahan bersama-sama pendakwa raya terbabit yang cuba membawa mereka melepasi kawalan keselamatan tanpa dikesan.

39. MUMBAI 20 Nov. - Seramai enam orang terkorban dalam satu letupan di gudang senjata tentera hari ini. Ketika kejadian, kakitangan gudang terbabit dipercayai sedang membuang kerangka peluru anti-pesawat Rusia yang tidak dihasilkan lagi sejak 2014, sebelum sebuah kotak terjatuh serta tiba-tiba meletup. 10 lagi dilaporkan cedera dalam letupan di bandar Pulgaon, negeri Maharashtra.

40. KUALA LANGAT 20 Nov. - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat dan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy mengenai isu masyarakat India di negara ini seperti didakwanya ditindas yang tular dalam media sosial, baru-baru ini.

41. MELAKA, 20 Nov - Sebahagian siling kapur di ruang pameran Planetarium Melaka runtuh dalam kejadian hujan lebat dan ribut di Ayer Keroh di sini hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif Planetarium Melaka Sdn Bhd, Datuk Mohd Ariff Shah Abdullah Sani berkata dalam kejadian kira-kira 1.25 tengah hari itu, pusat pelancongan berasaskan pendidikan itu dibuka kepada orang awam namun tiada pengunjung ketika insiden berlaku.

42. BANGKOK, 20 Nov - Sangkaan seorang lelaki berusia 60 tahun yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia kerana disyaki terlibat dengan kes penipuan urus niaga hartanah bahawa dia dapat meloloskan diri sekiranya melarikan diri ke Thailand, ternyata meleset. Setelah lebih setahun menjadi buruan, lelaki itu akhirnya diberkas polis Thailand di Phuket pada 25 Okt lepas, atas permintaan polis Malaysia.

43. LABUAN, 20 Nov - Tiga parti komponen Pakatan Harapan (PH) Labuan sedia menerima lebih 300 bekas anggota MIC Labuan yang pembubarannya diumumkan pada Ahad. Pengerusi PH Labuan yang baru dilantik, Simsudin Sidek berkata bekas anggota MIC terbabit boleh menyertai sama ada Parti Amanah Negara (Amanah), PKR atau DAP.

44. KLUANG, 20 Nov - Polis menumpaskan satu kumpulan memecah kenderaan dan mencuri barangan di dalamnya, sekali gus menyelesaikan tujuh kes sejak Oktober lalu di daerah ini selepas menangkap empat anggota geng itu di sini semalam. KPD Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata kesemua suspek berusia 18 hingga 30-an termasuk seorang perempuan ditahan dalam dua operasi berasingan, masing-masing pada 4.50 petang dan 8.10 malam.

45. MELAKA, 20 Nov - Jumlah mangsa banjir di Melaka terus menurun kepada 775 orang daripada 169 keluarga setakat 5 petang ini, berbanding 987 mangsa melibatkan 274 keluarga pada tengah hari tadi. Pengarah APM Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata sebuah pusat pemindahan di Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Jelatang di daerah Alor Gajah, ditutup pada 4.10 petang, manakala tujuh lagi pusat berkenaan masih beroperasi.

46. BALING, 20 Nov - Kerja pembalakan di Hutan Simpan Gunung Inas dekat sini hanya diluluskan untuk projek ladang hutan bagi penanaman semula pokok balak dan bukannya untuk penanaman pokok durian jenis 'Musang King'. Exco negeri, Ooi Tze Min berkata ini kerana pihaknya mendapati kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) untuk penanaman semula pokok balak sahaja kepada syarikat konsesi pembalakan terlibat.

47. MERSING, 20 Nov - Beberapa kawasan di negeri ini dikenal pasti berisiko dilanda banjir pada penghujung tahun ini. Kawasan itu termasuk beberapa penempatan Felda dan kawasan pedalaman di Batu Pahat, Tangkak, Kota Tinggi dan Mersing. Justeru, Pengarah JBPM Johor, Datuk Yahya Madis berkata kesemua 29 balai bomba di seluruh negeri ini diarahkan untuk bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

48. ASAJAYA, 20 Nov - Acara tradisi masyarakat setempat seperti 'tukar palak kuih', berselawat, berzikir serta cukur jambul memeriahkan sambutan Maulidur Rasul di Kampung Sebandi Ulu di sini hari ini. Program bermula seawal 8 pagi melibatkan masyarakat kampung yang berselawat, berzikir dan menikmati jamuan makan tengah hari di Masjid Bumiputera Kampung Sebandi Ulu yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Kuching itu.

49. BANGKOK, 20 Nov - Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang tiba di sini hari ini, untuk lawatan rasmi pertamanya ke Thailand, berkata kedua-dua negara mahu melakukan usaha terbaik dalam mencari jalan penyelesaian terhadap konflik di selatan Thai. Isu mengenai konflik selatan negara jiran itu adalah antara topik akan dibincangkan dalam pertemuannya dengan TPM dan Menteri Pertahanan Thailand Jen Prawit Wongsuwon, esok.

50. BUKIT MERTAJAM, 20 Nov - Seorang remaja berusia 16 tahun antara lima lelaki dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah yang diberkas polis dalam serbuan di sebuah pondok dalam kebun getah di Kampung Bukit Teh, Machang Bubok di sini pada Ahad. Kelima-lima suspek yang berusia 16 hingga 55 tahun terbabit didapati sedang leka menghisap dan membungkus semula dadah untuk dijual kepada penagih di kawasan sekitar.

51. PUTRAJAYA, 20 Nov - Satu garis panduan perlu diwujudkan bagi membezakan antara penganut Syiah dan mereka yang mempromosikan fahaman itu, kata Menteri di JPM Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Beliau berkata walaupun ajaran Syiah difatwakan sebagai haram, tetapi garis panduan itu perlu bagi membezakan hukuman atau tindakan terhadap mereka yang hanya menganut dan mereka yang menganut serta mempromosikan ajaran itu kepada orang lain.

52. SHAH ALAM, 20 Nov - Kerja-kerja menurunkan papan tanda yang mempunyai tulisan bahasa Cina di sini sedang dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka selesai dalam masa terdekat, demikian menurut MBSA. Dalam satu kenyataan di sini, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA Shahrin Ahmad berkata tindakan segera telah diambil oleh pihaknya dengan menurunkan papan tanda berkenaan pada hari ini.

53. BALIK PULAU, 20 Nov – J/kuasa Khas Siasatan bagi kejadian tanah runtuh di tapak projek Lebuhraya Berkembar di Jalan Bukit Kukus di sini akan memanggil beberapa lagi individu untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan, kata Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakidyuddin Abdul Rahman. Setakat ini beberapa pihak telah dipanggil antaranya daripada Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar serta gabungan kumpulan masyarakat sivil Penang Forum.

54. PUTRAJAYA, 20 Nov - Semua pihak perlu akur dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya semua papan tanda jalan di Shah Alam yang mempunyai tulisan bahasa Cina ditanggalkan dan digantikan dengan papan tanda menggunakan hanya bahasa Melayu, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad. Mengulas arahan baginda itu, Khalid yang juga MP Shah Alam berkata keputusan berkaitan papan tanda berkenaan adalah di bawah bidang kuasa negeri.

55. KUCHING, 20 Nov - Seorang lelaki warga Indonesia maut setelah motosikal yang ditunggangnya terbabas lalu masuk ke dalam parit di Jalan Demak Laut dalam satu kemalangan pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata mangsa maut di tempat kejadian akibat tertusuk besi di kepala sebelum dihempap motosikal yang ditunggangnya.

56. SIBU, 20 Nov - Selepas mengharungi tempoh sukar sejak beberapa tahun lalu, Lembaga Pelabuhan Rajang (RPA) mencatatkan pertambahan perolehan keseluruhan didorong oleh peningkatan pengendalian kargo dan kontena pada tahun ini. Pengurus Besar RPA, Helen Lim Hui Shyan berkata, jumlah perolehan merekodkan peningkatan sebanyak 20 peratus berikutan pengendalian kargo dan kontena yang masing-masing mencatat kenaikan sebanyak 15 peratus dan 20 peratus.

57. PUTRAJAYA, 20 Nov - Datuk Nik Jaafar Nik Ismail, yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M, mahu terus mencurahkan ilmu kepada masyarakat dalam bidang berkaitan al-Quran. Beliau yang merupakan Presiden Qari dan Qariah Kelantan, Hakim Tilawah al-Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa sejak 1993 serta Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra berkata anugerah itu merupakan pengiktirafan terhadap jasa dan pandangannya dalam bidang agama serta bacaan al-Quran.

58. KOTA BHARU, 20 Nov - Jabatan Kesihatan Kelantan mengakui tahap kebersihan kawasan tadahan air bukit di tiga buah kampung dekat Pulai Chondong, Machang tidak terjamin disebabkan wujud penanaman pokok getah di situ. Pengarahnya, Dr Zaini Hussin berkata, meskipun dipasang penapis air di situ ianya tidak akan menyelesaikan masalah pencemaran air disebabkan aktiviti pertanian.

59. PARIT BUNTAR, 20 Nov - Kerajaan negeri memberi jaminan untuk meneruskan pemberian bantuan susbsidi baja dan racun kepada petani yang layak di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrustruktur, Pertanian dan Perladangan Perak Abdul Yuhus Jamhari berkata kerajaan sedang melaksanakan pemutihan bagi memastikan bantuan itu disalurkan kepada petani yang layak menerimanya.

60. KUALA LUMPUR 20 Nov. - Anggota polis yang cedera di bahagian lutut akibat terkena tembakan dalam kejadian samun di sebuah pasar raya di Kuchai Lama di sini petang tadi berada dalam keadaan stabil. Ketua JSJ Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, anggota berpangkat Korporal berusia 37 tahun dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Selangor itu menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini.

BERITA SUKAN:

1. KOTA BHARU 20 Nov. - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) secara rasmi melantik Yusri Che Lah sebagai Ketua Jurulatih The Red Warriors bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan. Presidennya Bibi Ramjani Ilias Khan berkata keputusan tersebut diambil selepas mengadakan perbincangan dengan jurulatih kelahiran Perlis itu pada 12 Nov lepas.

2. KUALA LUMPUR 20 Nov. - Skuad Vietnam menerima durian runtuh berjumlah 1.1 bilion dong (RM198,142) sumbangan daripada pelbagai organisasi susulan menumbangkan Malaysia 2-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan A Piala AFF, Jumaat lalu. Selepas menang ke atas Malaysia, Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF), membuat keputusan untuk memberikan bonus bernilai 600 juta dong (RM108,078) kepada pasukan kebangsaan atas usaha mereka dalam saingan Piala AFF.

3. MILAN 20 Nov. - Pertahanan Italy, Leonardo Bonucci tidak kisah jika dirinya diejek ketika beraksi bersama kelabnya iaitu Juventus namun bukan sewaktu menyarung jersi skuad kebangsaan Itali. Bonucci meninggalkan AC Milan selepas setahun beraksi sebelum kembali ke pangkuan Juve pada Ogos lalu diejek oleh segelintir penyokong Itali ketika dia kembali beraksi di venue keramat Milan, Stadium San Siro bersama Azurri menentang Portugal dalam perlawanan Liga Negara-Negara Eropah yang berkesudahan seri tanpa jaringan, Sabtu lalu.

4. Gelsenkirchen, JERMAN 20 Nov. - Virgil van Dijk muncul wira Belanda apabila jaringan penyamaannya pada minit terakhir permainan berjaya memastikan tiket ke separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah menjadi milik Oranje setelah mengikat Jerman 2-2.

5. BERLIN 20 Nov - Perolehan tahunan Bayern Munich bagi musim 2017-18 mencecah 657.4 juta euro (RM3.14 bilion), peningkatan hampir tiga peratus berbanding edisi sebelum ini tetapi keuntungan bersih menurun, umum juara Jerman itu, hari ini. Bayern menjulang gelaran keenam berturut-turut Bundesliga musim lalu tetapi gagal di pentas Eropah selepas tersingkir pada separuh akhir Liga Juara-Juara, kekalahan kedua kepada penyandang juara, Real Madrid.

6. LONDON 20 Nov -: Keputusan Neymar meninggalkan Barcelona adalah ‘dosa besar’, kata legenda Belanda, Clarence Seedorf sambil menegaskan bintang Brazil itu perlu kembali ke Nou Camp atau menyertai Real Madrid. Neymar yang dianggap salah seorang pemain terbaik dunia bertindak meninggalkan kelab gergasi La Liga itu pada musim panas 2017 untuk menyertai juara Perancis, Paris Saint-Germain dengan perjanjian bertaraf mega AS$254 juta (RM1.63 bilion).

7. SYDNEY 20 Nov - Australia mengucapkan salam perpisahan kepada penyerang Tim Cahill dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas Lubnan pada aksi persahabatan terakhir di laman sendiri sebelum memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Piala Asia di Emiriah Arab Bersatu awal tahun depan.

8. SEPANG 20 Nov - Jurulatih remaja kebangsaan, Amelia Alicia Anscelly percaya Pearly Tan-Toh Ee Wei mampu menjadi beregu wanita nombor satu negara pada masa depan. Amelia yang membimbing beregu wanita sejak awal tahun ini, meluahkan keyakinan itu susulan kejayaan pasangan itu mara ke final Kejohanan Remaja Dunia di Markham, Kanada.

9. PARIS 20 Nov - Kapten Piala Davis Perancis, Lucas Pouille mengakui dia mempertikaikan keputusan penganjur memilih untuk melangsungkan perlawanan akhir tenis berpasukan itu di atas gelanggang tanah liat. Perancis yang mahu mengekalkan kejuaraan akan turun berdepan Croatia pada penghujung minggu ini di gelanggang tanah liat di Stade Pierre Mauroy, Lille di mana mereka memenangi perlawanan akhir tahun lalu menentang Belgium.

10. KUALA LUMPUR 20 Nov -: Pemain skuasy lelaki dan wanita negara mengalami nasib berbeza pada aksi pembukaan Terbuka Hong Kong yang menawarkan hadiah kemenangan AS$164,500 (RM689,000) hari ini. Dua pemain lelaki negara Nafiizwan Adnan dan Ng Eain Yow mara ke pusingan kedua selepas menewaskan lawan masing-masing.
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 63
Posts: 4274
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 77 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Thu Nov 22, 2018 11:15 am

BERITA HARI INI – 19/11/2018 (by: MJI)

1. PAPUA NEW GUINEA 18 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pelaksanaan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) akan melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan perkara ini hampir mustahil untuk dilakukan. Perdana Menteri menegaskan, majoriti dua pertiga ahli Parlimen diperlukan untuk melaksanakan perkara itu.

2. KUALA LUMPUR 18 Nov. – Pergerakan Pemuda UMNO mendesak agar Menteri di JPM, Senator P. Waytha Moorthy meletakkan jawatan ekoran tular dalam media sosial ketika ini video lamanya sebagai pemimpin Hindraf yang memburuk-burukkan negara termasuk kononnya Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik.

3. KUALA LUMPUR 18 Nov. - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik disifatkan sebagai mahu mendidik anak-anak berbohong apabila bersungguh-sungguh melakukan tuduhan liar tanpa menyiasat terlebih dahulu. Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan PH sudah enam bulan mentadbir negara, tetapi mereka berterusan mempersalahkan beliau dan kerajaan BN.

4. KOTA BHARU 18 Nov. - Malaysia kekal menjadi destinasi pilihan nombor satu rakyat Jepun selama 12 tahun berturut-turut sejak 2006 sebagai tempat untuk didiami bagi jangka masa panjang. Konsul Jeneral Jepun di Pulau Pinang, Shinichiro Kanoya berkata, sehingga kini terdapat 24,000 rakyat Jepun yang tinggal di negara ini sama ada untuk bekerja mahupun menjadikannya sebagai ‘rumah kedua’.

5. SHAH ALAM 18 Nov. - Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berharap partinya di bawah kepimpinan Presiden baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa membuat sebarang keputusan penting secara kolektif melibatkan kesemua pemimpin utama. Beliau berkata, komitmen itu akan memastikan setiap pemimpin PKR bercakap dengan nada yang sama dalam apa jua isu.

6. PUTRAJAYA 18 Nov.- Subsidi berjumlah RM5 juta diperuntukkan kerajaan kepada syarikat perkhidmatan bas, Nadi Putra pada setiap tahun agar tambang bas di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan kekal pada harga 50 sen. Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, peruntukan sama juga disalurkan pada tahun depan kerana kerajaan tidak mahu tambang dinaikkan dan sekali gus ingin menggalakkan para penduduk menggunakan bas sebagai pengangkutan utama untuk ke tempat kerja atau destinasi lain.

7. KUALA LUMPUR 18 Nov. - Sebanyak empat mat rempit termasuk dua pelajar sekolah ditahan ketika sedang asyik beraksi dalam perlumbaan haram di sekitar ibu negara malam tadi. Kesemua mereka berusia 16 sehingga 19 tahun itu ditahan dalam Operasi Lumba Haram (Op Lumba Haram) yang bermula 12.30 tengah malam sehingga 3 pagi ini di beberapa lokasi berasingan di sekitar Kuala Lumpur.

8. KUALA LUMPUR 18 Nov. - Sebuah lori tangki membawa muatan minyak petrol dan diesel terbabas lalu terbalik di Kilometer 410.2 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara di sini pagi tadi. Dalam kejadian pukul 6.50 pagi itu, pemandu kenderaan berat terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. Kemalangan berlaku semasa pemandu berkenaan dalam perjalanan dari arah Putrajaya ke Perak.

9. KUANTAN 18 Nov. - Usaha Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) bagi membela kebajikan warga asing di negara ini mendapat sambutan menggalakkan apabila kira-kira 12,000 peserta telah menyertai Program Kebajikan dan Khidmat Imigran Peka. Presidennya, Datuk Paduka Zuhairi Ab. Kadir berkata, Peka bagaimanapun tidak meletakkan sasaran berapa ramai warga asing akan menyertai program kebajikan berkenaan.

10. BANGKOK 18 Nov. - Sebanyak 43 motosikal berkuasa tinggi merupakan antara lebih 100 buah motosikal yang disita polis Thailand dalam satu operasi lumba haram bersepadu yang diadakan di bandar raya ini, semalam. Dalam operasi melibatkan satu pasukan gabungan daripada beberapa unit Polis Metropolitan Divisyen 4 itu, polis menahan sebanyak 134 orang pelumba dan menyita sebanyak 123 motosikal.

11. SEREMBAN 18 Nov. - Seorang pekerja lelaki kedai serbaneka 24 jam di Jalan Templer di sini cedera akibat ditetak dengan parang dalam kejadian samun kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, pekerja tersebut ditetak oleh seorang daripada dua lelaki bersenjatakan parang panjang yang meluru masuk dan menyamun premis berkenaan.

12. PULAU PINANG 18 Nov. - DAP menganggap Gerakan kini bukan lagi ancaman kepada mereka setelah parti itu kalah teruk buat kali ketiga dalam PRU-14 pada 9 Mei lalu. Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow berkata, walaupun Gerakan cuba membuat beberapa perubahan termasuk mengumumkan keluar daripada BN, namun perkara itu dijangka tidak memberi ancaman kepada pentadbiran kerajaan negeri dalam masa terdekat.

13. CYBERJAYA 18 Nov.- Malaysia merupakan negara ke-26 memiliki kadar kelajuan jalur lebar terpantas di dunia apabila menaiki 10 anak tangga pada bulan lalu berdasarkan kaji selidik dikeluarkan The Speedtest Global Index (SGI). Pengerusi SKMM, Al-Ishsal Ishak berkata, purata kelajuan jalur lebar negara kini berada pada tahap 61.97 megabit sesaat (Mbps) sekali gus menunjukkan rakyat menikmati kadar internet yang lebih signifikan.

14. TEMERLOH 18 Nov. - Parti Amanah Negara (Amanah) kekal dengan pendirian bahawa tiada keperluan untuk meratifikasikan ICERD di negara ini. Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Husam Musa berkata, bagaimanapun kerajaan perlu terus mendokong keadilan terhadap semua kaum di negara ini dari segenap aspek termasuk pendidikan.

15. KUALA LUMPUR 18 Nov. - Kepemimpinan tertinggi PH akan memutuskan calon dan parti mana akan bertanding pada PRK DUN Rantau. Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, PH akan membuat keputusan muktamad itu selepas pengumuman oleh SPR berhubung status PRK tersebut.

16. KUALA LUMPUR 18 Nov. - Naib Presiden MIC, Datuk Sivarraajh Chandran meminta Menteri Pengangkutan, Anthony Loke tidak mencari publisiti murahan berikutan dakwaan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S. A. Vigneswaran melanggar peraturan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

17. TEMERLOH 18 Nov. - Akhbar Utusan Malaysia yang merupakan satu institusi orang Melayu dan bumiputera di negara ini perlu diselamatkan serta tidak boleh dipinggirkan. Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Husam Musa berkata, sehubungan itu beliau bersedia bersama-sama berdialog bagi mencari jalan untuk menyelamatkan akhbar berkenaan.

18. SHAH ALAM 18 Nov. - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seolah-olah cuba memperlihatkan sisi baharu beliau yang memiliki pengaruhnya tersendiri dalam PKR apabila tampil 'membalas' teguran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atasnya sebelum ini. Mohamed Azmin berkata, beliau diberikan bayangan bahawa sudah memperolehi kemenangan untuk jawatan Timbalan Presiden tetapi tidak berani untuk mengumumkan perkara tersebut biarpun di Twitter kerana bimbang akan dimarahi.

19. GUA MUSANG 18 Nov. - Seramai 275 peserta RPS Kuala Betis, di sini hari ini mengadakan demonstrasi aman menuntut supaya ladang sawit seluas 781.84 hektar rancangan tersebut diserahkan kepada mereka untuk diusahakan sendiri. Sebahagian besar mereka yang merupakan peserta Orang Asli bertindak membuat tuntutan itu kerana kegagalan Jakoa dan Risda Plantation Sdn. Bhd. membayar tunggakan dividen hasil ladang itu sejak empat bulan lalu.

20. KAPIT 18 Nov. - Seorang suri rumah menjadi mangsa terbaharu penipuan parcel dengan kerugian RM5,000 di sini kelmarin. Menurut Ketua JSJK negeri, Supt. Mustafa Kamal Gani Abdullah, mangsa tersebut hanya menyedari ditipu setelah bayaran terakhir sebanyak RM2,500 dibuat di Bank Rakyat Kapit.

21. ANKARA 18 Nov. - Pembunuh wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi mungkin telah mengambil ‘menyembunyikan’ tubuh badannya ke dalam bagasi, menurut Menteri Pertahanan Turki, Hulusi Akar dipetik CNN Turk, hari ini. Khashoggi, penduduk tetap AS dan kolumnis Washington Post, terbunuh di konsulat Saudi di Istanbul pada 2 Oktober, mencetuskan kemarahan seluruh dunia terhadap kerajaan dan penguasa de facto, Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

22. KUALA LUMPUR 18 Nov. - KPWKM sedang berusaha mempertingkatkan bilangan Taska berdaftar dengan memberi diskaun utiliti kepada taska yang berdaftar. Tanpa memberikan butiran, Timbalan Menterinya Hannah Yeoh berkata, kini hanya terdapat 10 peratus sahaja taska yang berdaftar di bawah kementerian manakala 90 peratus lagi taska tidak berdaftar.

23. SHAH ALAM 18 Nov - Kerajaan akan membentangkan kertas putih pengurusan Felda yang 'curang' dan tidak bertanggungjawab, Disember ini, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Mohamed Azmin berkata, kertas itu dibentangkan berikutan kecelaruan pengurusan dan hutang yang melampaui batas iaitu melebihi RM8 bilion.

24. BACHOK 18 Nov. - Kerajaan PH digesa menyatakan pendirian terhadap kedudukan sebenar bahasa Melayu sebagai simbol berdaulat yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Sasterawan Negara, Datuk Dr. Anwar Ridhwan berkata, kerajaan terdahulu mahupun yang berkuasa sekarang tidak pernah memberi isyarat jelas dan tegas terhadap kedudukan serta masa depan bahasa Melayu dalam pelbagai aspek kehidupan di negara ini.

25. PULAU PINANG 18 Nov. – S/U Agung DAP, Lim Guan Eng mengambil pendekatan mengunci mulut daripada memberi ulasan tentang kontroversi membabitkan ratifikasi ICERD. MP Bagan itu berkata, soalan berkenaan sepatutnya dijawab oleh Menteri, P. Waytha Moorthy kerana beliau yang ‘membangkitkan’ isu itu.

26. KUALA LUMPUR 18 Nov. - Pengasas PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya secara rasmi menjadi Presiden PKR, setelah 20 tahun membentuk parti tersebut. Beliau menang tanpa dicabar dalam Pemilihan PKR untuk penggal 2018-2021, yang berlangsung selama dua bulan sejak September lalu. Beliau akan bergandingan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang diumumkan sebagai Timbalan Presiden PKR, selepas menang dalam pemilihan parti menewaskan Rafizi Ramli.

27. SEREMBAN 18 Nov. - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menafikan mencari publisiti murahan dengan mendedahkan insiden YDP Dewan Negara, Tan Sri S. A. Vigneswaran telah melanggar peraturan keselamatan di KLIA pada 14 November lalu. Beliau tidak memerlukan publisiti seperti itu memandangkan setiap hari dia bercakap dalam sidang akhbar memberitahu pelbagai program yang dilaksanakan di peringkat kementeriannya.

28. PORT MORESBY, Papua New Guinea, 18 Nov. - Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Majlis Presiden PH akan menentukan calon pakatan itu bagi PRK DUN Rantau di Negeri Sembilan. Isu parti mana yang akan meletakkan calon tidak perlu wujud kerana yang penting adalah calon itu nanti akan mewakili gabungan empat parti komponen PH.

29. SEREMBAN 18 Nov. - Kerajaan belum membuat sebarang keputusan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sehingga kini cadangan itu belum sampai ke Kabinet untuk dibincangkan.

30. SEREMBAN 18 Nov. - Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung isu YDP Dewan Negara, Tan Sri S. A Vigneswaran yang didakwa melanggar peraturan keselamatan di KLIA pada 14 Nov lalu. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh pihak pengurusan lapangan terbang malam tadi dan pihaknya akan menunggu laporan lengkap siasatan berkenaan.

31. PENGKALAN HULU 18 Nov. - Kemeriahan Pesta Tasek Takong di sini yang sedang berlangsung terganggu apabila program itu terpaksa dihentikan ekoran terdapat laporan seorang peserta acara menangkap itik dikhuatiri lemas. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Hulu, Syahirul Anwar Abdul Azam berkata, operasi dijalankan setelah pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 11.33 pagi.

32. PULAU PINANG 18 Nov. - Bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak boleh kembali menjawat jawatan berkenaan sekiranya PH hilang kuasa pada peringkat Pusat meskipun menang kerusi DUN di negeri ini. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ini kerana pindaan RUU Perlembagaan Negeri (Pindaan) 2018 yang diluluskan pada sidang DUN pada minggu lalu juga ‘terpakai’ kepada mereka yang pernah menjawat jawatan berkenaan selama dua penggal sebelum ini.

33. SHAH ALAM 18 Nov. - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengambil alih jawatan Presiden PKR secara sah hari ini menegaskan yang beliau akan memimpin parti itu secara tegas. Anwar yang mengasaskan PKR 20 tahun lalu berkata, beliau tidak mahu mempedulikan jika ada ahli atau pemimpin tidak senang dengan ketegasan tersebut kerana disiplin parti perlu ditegakkan.

34. ALOR SETAR 18 Nov. - Menteri di JPM, Senator P. Waytha Moorthy didakwa melakukan pembohongan apabila menggambarkan Malaysia melakukan pelanggaran hak asasi manusia yang melampau dalam temu bual di luar negara yang menjadi tular di media sosial, baru-baru ini. Justeru tegas Aktivis Semboyan 1Malaysia, Yusuf Azmi, kerajaan wajib menilai sama ada pemimpin Hindraf itu benar-benar layak untuk terus menjawat jawatan itu sebagai menteri yang menjaga perpaduan.

35. ALOR SETAR 18 Nov. - Dalam apa keadaan sekali pun, kerajaan negeri tetap bertegas bahawa penyebaran risalah Bible oleh segelintir individu tidak bertanggungjawab kepada umat Islam baru-baru ini merupakan satu kesalahan. Begitu pun menurut Exco negeri, Datuk Dr. Ismail Salleh, pihaknya masih menanti laporan daripada pihak berkuasa bagi menentukan tindakan lanjut yang perlu diambil terhadap pelakunya.

36. KANGAR 18 Nov. - Pihak berkuasa didedak menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap Menteri di JPM, Senator P. Waytha Moorthy kerana didakwa telah melakukan pembohongan besar di luar negara untuk memburuk-burukkan kerajaan Malaysia, kata Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

37. JOHOR BAHRU 18 Nov. - Jabatan Matereologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan berlaku tsunami di kawasan Pengerang pada pagi ini seperti yang tular dalam media sosial. Sebaliknya kata Pengarah MetMalaysia Johor, Amirzudi Hashim, apa yang berlaku sebenarnya adalah fenomena garis badai sekali gus berharap penduduk Pengerang tidak panik.

38. BACHOK 18 Nov. - Isu ratifikasi ICERD di negara ini tidak akan timbul jika semua pihak khususnya pemimpin kerajaan mendukung Perlembagaan Persekutuan. Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (Peradaban), Datuk A. Aziz Deraman berkata, semua pimpinan politik perlu diberi kefahaman mengenai apa makna kontrak sosial dan falsafah dalam Perlembagaan Persekutuan.

39. KOTA MARUDU 18 Nov. - Kerajaan negeri komited untuk mengkaji semula isu pengambilan tanah adat oleh agensi tertentu daripada penduduk setempat di negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, langkah itu bagi melihat kaedah penyelesaian terbaik tentang permasalahan tersebut selain berusaha untuk mengembalikan semula tanah berkenaan kepada pemilik asal.

40. KOTA KINABALU 18 Nov. - Polis menahan enam lelaki kerana disyaki menyamun seorang anggota polis di hadapan Hong Leong Bank, Jalan Gaya di sini, hari ini. Dalam tangkapan yang dilakukan secara berasingan itu, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 37 tahun itu diberkas antara pukul 7.30 pagi hingga 2 petang tadi.

41. PASIR PUTEH 18 Nov. - Bekalan ikan sepanjang tempoh empat bulan musim tengkujuh dan laut bergelora tahun ini adalah mencukupi bagi menampung keperluan pengguna. Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata, sehingga kini kegiatan menangkap ikan masih beroperasi dalam kalangan bot laut dalam walaupun musim tengkujuh sudah bermula.

42. JOHOR BAHRU 18 Nov. - Polis menemui cebisan rangka manusia dipercayai milik seorang lelaki tempatan yang dibunuh pada Julai lalu di sebuah kebun sawit di Tangkak kelmarin. Cebisan rangka berkenaan ditemukan bersama-sama pakaian kira-kira pukul 10 pagi dalam keadaan berselerak.

43. YANGON 18 Nov. - Polis Myanmar telah melepaskan tembakan dan mencederakan empat penduduk Rohingya selepas menahan dua lelaki yang dituduh menyeludup keluar orang daripada sebuah kem sementara di barat negara Rakhine. Sebanyak 20 polis memasuki kem Ah Nauk Ye, kira-kira 15 kilometer di timur ibu negeri Sittwe menahan dua lelaki yang dituduh memiliki bot yang digunakan dalam usaha menyeludup 106 Rohingya dari negara itu pada Jumaat lalu.

44. KUALA TERENGGANU 18 Nov. – Walaupun tidak terikat dengan janji sasaran masa, kerajaan Pas menjangkakan ia dapat menunaikan kesemua 20 kandungan manifesto parti dalam PRU-14 bagi negeri ini menjelang 2020. Exco negeri , Tengku Hassan Tengku Omar mengesahkan, sejak Pas mengambil alih pemerintahan, hanya empat telah dilaksanakan setakat ini.

45. KUANTAN 18 Nov. - Rondaan secara berkala akan dilakukan sepanjang musim tengkujuh yang dijangka pertengahan bulan ini hingga awal Januari depan bagi mengenal pasti lokasi yang terjejas banjir. Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, rondaan itu dilakukan oleh LLM dan pengendali LPT1, Anih Berhad di lokasi yang sering kali berlakunya banjir pada setiap tahun.

46. KUALA TERENGGANU 18 Nov. - Terengganu bakal memperkenalkan standard tersendiri dari segi kualiti dan ketulenan madu kelulut apabila memperuntukkan RM420,000 bagi membangunkan Makmal Kualiti Madu (MKM) pertama di pantai timur. Makmal yang berpusat di UMT di sini, dijangka beroperasi pada awal tahun depan, dengan kewujudannya dilihat mampu menyelesaikan isu lambakan madu lebah kelulut tidak asli di pasaran.

47. TEMERLOH 18 Nov. - Seorang penganjur pertandingan memancing kerugian lebih RM50,000 selepas disamun ketika meninjau lokasi pertandingan itu di Tasik Bandar Temerloh di sini semalam. Mangsa, Rosli Basri mendakwa, kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu berlaku ketika dia dalam perjalanan ke keretanya selepas meninjau persediaan pertandingan berkenaan.

48. PULAU PINANG 18 Nov. - Pemimpin DAP Melayu negeri ini, Zairil Khir Johari menerima kejutan apabila tewas dalam jawatankuasa kerja sempena pemilihan parti peringkat negeri di sini hari ini. Zairil yang juga Exco negeri itu menerima 328 undi dan kurang lapan undi sekali gus gagal menempatkan diri dalam 15 kelompok teratas yang bertanding.

49. SEREMBAN 18 Nov. - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban hari ini menyokong desakan Ketua Permuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki supaya Senator P. Waytha Moorthy melepaskan jawatan sebagai menteri Kabinet. Ia susulan penularan video beliau memburuk-burukkan negara dengan menyebarkan kenyataan palsu berunsur fitnah di luar negara ketika memimpin pertubuhan HINDRAF tidak lama dulu.

50. SHAH ALAM 18 Nov. - Sebanyak 1,886 buah buku pelbagai genre berjaya diagihkan secara percuma kepada pengunjung Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Perdana dekat sini sempena penganjuran Hari Perpustakaan selama dua hari yang berakhir hari ini.

51. KOTA BHARU 18 Nov - Pengeluar produk kesihatan tempatan, Jamu Nenek Sdn. Bhd. (Jamu Nenek) menyasarkan untuk menjual sebanyak 100,000 produk keluarannya, kapsul Set Zuriat Adam dan Hawa sepanjang tahun depan. Set Zuriat Adam dan Hawa merupakan produk terbaharu keluaran syarikat itu yang dirumus khas bagi menambah kesuburan lelaki dan wanita sekali gus membantu pasangan suami isteri mendapatkan zuriat.

52. KOTA BHARU 18 Nov. - Presiden Persekutuan Muaythai Malaysia (MFMP), Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani dilantik menjadi Ahli Panel Penasihat Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) negeri, berkuat kuasa hari ini. Mohd. Fared merupakan ahli jemaah penasihat yang ketiga BBSM negeri selepas Datuk Wan Ali Wan Ahmad dan Datuk Seri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad.

53. AMRISTAR 18 Nov. - Letupan pada majlis keagamaan di negeri Punjab menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang dan cedera 10. Menurut laporan media, dua orang lelaki bersenjata yang menaiki sebuah motosikal masuk ke sebuah bangunan di mana kumpulan keagamaan, Nirankari bertemu.

54. KUALA LUMPUR 18 Nov. – Bekas Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusup, 64, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini akibat penyakit Guillain Barre Syndrome atau GBS. Penyakit tersebut merupakan gangguan iaitu sistem kekebalan tubuh menyerang saraf.

55. KUALA SELANGOR 18 Nov. - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan keyakinan BN dan UMNO akan mempertahankan kerusi DUN Rantau. Ahmad Zahid berkata, BN dan UMNO tidak gentar untuk bertanding di Rantau dan akan membuktikan bahawa parti keramat Melayu itu masih menjadi pilihan rakyat.

56. SEREMBAN 18 Nov. - Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan di Jalan LBJ - Nilai dekat sini kira-kira pukul 5.50 petang tadi. Mangsa, M. Siva Vikcneesh, 20, maut di tempat kejadian selepas motosikal jenis Yamaha LC135 ditunggangnya dirempuh sebuah van jenis Mitsubishi dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun.

57. KUALA LUMPUR 18 Nov. - Selepas dikecam pelbagai pihak kerana didakwa melakukan pembohongan besar di luar negara untuk memburukkan kerajaan Malaysia, Menteri di JPM, Senator P. Waytha Moorthy menyalahkan kerajaan BN yang diketuai UMNO kerana dasar-dasar yang dibuat menghalang kaum India untuk berada dalam arus perdana pembangunan negara.

58. KUALA LUMPUR 18 Nov. – Seorang wanita maut manakala empat lagi cedera berikutan sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar orang awam yang menjamu selera di tapak parkir kereta di sebuah restoran Taman Equine di Seri Kembangan dekat sini malam tadi. Pihak bomba menerima panggilan pukul 8.16 malam bersama satu jentera melibatkan lapan anggota termasuk pegawai dan tiba di lokasi kejadian pukul 8.32 malam.

59. PARIS 18 Nov. - Sebanyak 409 cedera manakala 14 cedera parah dalam himpunan ‘yellow vest’ yang membantah kenaikan harga minyak di seluruh Perancis. Jumlah yang cedera meningkat lebih daripada dua kali ganda, yang digambarkan Castaner ‘sangat membimbangkan’ di 87 lokasi di seluruh negara apabila penunjuk perasaan telah menyekat jalan bagi menyatakan kemarahan terhadap kenaikan cukai minyak.

60. SHAH ALAM 18 Nov. - Selepas lapan minggu berentap akhirnya penyanyi Noryn Aziz diangkat menjadi juara untuk program realiti Gegar Vaganza (GV) musim kelima. Melalui kemenangan itu Noryn atau nama sebenarnya Norazmahwati Abdul Aziz, turut layak membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM 100,000.

BERITA SUKAN:

1. LONDON 18 Nov - Bekas penyerang Manchester United, Louis Saha percaya Jose Mourinho melakukan kesilapan ketika mengendalikan kelab berkenaan tetapi percaya pengurus itu mampu mengubahnya. Pengendali berusia 55 tahun itu mengharungi permulaan yang perit musim ini dengan Red Devils ketinggalan 12 mata daripada pendahulu untuk menghuni tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris.

2. KUALA LUMPUR 18 Nov - Pengurusan MIFA dalam proses perbincangan mengenai cadangan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menaikkan pasukan itu ke Liga Super bagi saingan musim depan. Setiausaha Agung MIFA, K Anpananthan menjelaskan perbincangan itu termasuk dalam menyediakan dokumen berkaitan lapan kriteria yang perlu dipenuhi kelab untuk ke Liga Super, seperti yang diminta MFL.

3. KUALA LUMPUR 18 Nov - Ibarat pisang goreng panas! Itu gambaran sambutan penyokong terhadap aksi Piala AFF antara Malaysia dan Myanmar selepas mereka mula berebut bagi mendapatkan tiket perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini. Sambutan menggalakkan itu terbukti selepas kuota 12,000 tiket yang dijual secara online dan di cawangan terpilih Al-Ikhsan Sports kini sudah habis dijual.

4. LONDON 18 Nov - Roger Federer berharap emosi pengutip bola yang terlepas bola ketika saingan kemuncak separuh akhir tenis ATP Final tidak terganggu - menyaksikan dia tewas kepada Alexander Zverev, awal pagi tadi. Pemain dari Jerman, Zverev menang dengan keputusan 7-5, 7-6 (7/5), namun saingan di 02 Arena itu dibayangi dengan insiden yang luar biasa.

5. KUALA LUMPUR 18 Nov - Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei membuktikan dia berada pada kelas tersendiri berbanding rakan seusianya dari negara lain. Jin Wei, 18, mempamerkan prestasi luar biasa ketika menyingkirkan pilihan utama dari China, Wang Zhiyi 21-9, 21-13 dalam aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Markham, Kanada, awal pagi tadi.

6. MACAU 18 Nov - Pelumba Formula 3 Jerman, Sophia Floersch mengalami kecederaan retak tulang belakang selepas terbabit kemalangan ngeri di Grand Prix Macau, kata pasukannya, hari ini. Pelumba pasukan Van Amersfoort Racing berusia 17 tahun itu pada awalnya dilaporkan melanggar belakang jentera Jehan Daruvala di laluan lurus mengakibatkan jenteranya hilang kawalan dalam kelajuan yang tinggi.

7. KUALA LUMPUR 18 Nov - Ahmad Afif Amran menepati ramalan apabila muncul juara keseluruhan kategori CP150 selepas menduduki tempat kedua pada perlumbaan pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jempol, Negeri Sembilan hari ini.

8. VALENCIA 18 Nov - Juara dunia, Marc Marquez mengenepikan kecederaan untuk muncul pelumba kelima terpantas pada perlumbaan terakhir di MotoGP Valencia, di belakang Maverick Vinales yang meraih petak utama. Manakala Dani Perdosa yang bakal bersara berada pada kedudukan kesembilan dalam aksi kelayakan, awal pagi tadi.

9. CYBERJAYA 18 Nov - Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) akan mewajibkan semua pemain lelaki dan wanita memakai pakaian menutup aurat ketika beraksi dalam semua kejohanan mulai April depan. Presidennya, Datuk Seri Ahmad Ismail berkata, pihaknya sentiasa menggalakkan semua pemain mengenakan pakaian menutup aurat seperti memakai 'tight' (lelaki) dan tudung (wanita) ketika menyertai mana-mana kejohanan sebelum ini.

10. SHANGHAI 18 Nov - Peter Sagan menewaskan juara bertahan Tour de France, Geraint Thomas dalam saingan tiga pelumba menuju garisan penamat, untuk menjuarai Jelajah Kriterium Shanghai. Juara dunia tiga kali dari Slovakia itu muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat mengatasi Thomas dari Wales, pada kedudukan kedua, manakala Matteo Trentin dari Itali akur pada kedudukan ketiga.
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 63
Posts: 4274
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 77 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Thu Nov 22, 2018 3:24 pm

BERITA HARI INI – 22/11/2018 (by: MJI)

1. KOTA BHARU 21 Nov. - Pas akan tetap meneruskan perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Kuala Lumpur pada 8 Disember ini walaupun kerajaan menunjukkan tanda-tanda untuk tidak meratifikasikan konvensyen tersebut, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

2. PUTRAJAYA 21 Nov. - Malaysia dan Pakistan akan mengadakan perundingan dua hala yang pertama di Islamabad tahun depan ketika kedua-dua negara berusaha untuk meningkatkan keterlibatan ke arah usaha itu. PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan PM Pakistan, Imran Khan yang sedang dalam lawatan ke negara ini mengalu-alukan usaha mengadakan perundingan dua hala antara pegawai kanan kementerian masing-masing sebagai mekanisme untuk meningkatkan keterlibatan antara kedua-dua pihak.

3. SHAH ALAM 21 Nov. - Pemasangan papan tanda jalan dengan tulisan Cina di beberapa kawasan di negeri ini tidak pernah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). MB, Amirudin Shari berkata, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor pada 2017 tanpa dibawa ke MMKN.

4. LANGKAWI 21 Nov. - Empat individu warganegara Finland ditahan polis petang semalam disyaki menyebarkan risalah Bible kepada umat Islam di sekitar pulau peranginan ini. KPD, Supt. Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia antara 27 hingga 60 tahun ditahan di sebuah resort di sini kira-kira pukul 5.30 petang.

5. MELAKA 21 Nov. - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di dua daerah di Melaka berkurangan kepada 525 mangsa daripada 121 keluarga pagi ini berbanding 643 mangsa daripada 126 keluarga malam tadi. Pengarah APM Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata sebuah pusat pemindahan di Balai Raya Kg. Panchor, Alor Gajah yang menempatkan 102 mangsa termasuk 94 pelajar Sekolah Tahfiz Panchor dalam proses penutupan dan dijangka selesai sebelum petang ini.

6. SEREMBAN 21 Nov. - Seorang pemandu treler maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 254.6 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat sini pagi tadi. Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.46 pagi. Lelaki yang maut merupakan pemandu treler tanpa muatan yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki air dan treler membawa kayu.

7. KANGAR 21 Nov. - Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin bersyukur dengan peranan yang dimainkan Ahli Parlimen UMNO dan Pas dalam menyuarakan bantahan mereka di Parlimen kepada P. Waytha Moorthy yang disifatkan sebagai pengkhianat negara. Katanya, Menteri di JPM itu bernasib baik kerana tidak dikenakan sebarang tindakan meskipun telah memburukkan negara.

8. KUALA LUMPUR 21 Nov.- Datuk kepada pelakon dan pengacara popular, Neelofa , Noor Mohamed, 83, menghembuskan nafas terakhirnya kita-kira pukul 11.20 malam tadi di sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan. Allahyarham yang mesra disapa dengan panggilan ‘abah’ akan dibawa pulang ke kampung halaman di Pasir Mas, Kelantan dan dijangka dikebumikan pada pagi ini.

9. KUALA LUMPUR 21 Nov.- KR1M yang diperkenalkan pada tahun 2011 gagal dalam matlamatnya untuk menawarkan barangan pada harga murah dan berkualiti kepada pengguna. Timbalan Menteri KPDNHEP, Chong Chieng Jen berkata, mengikut penelitian kementerian dan maklum balas daripada orang ramai, barangan dan produk yang dijual di KR1M sebelum ini tidak murah seperti diharapkan walaupun menggunakan jenama sendiri KR1M.

10. JOHOR BAHRU 21 Nov. - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penyerahan Sijil Tawaran Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) kepada penerima yang terpilih. Baginda berangkat menyempurnakan majlis tersebut di tapak projek Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ), Bandar Dato’ Onn di sini sebentar tadi.

11. GUA MUSANG 21 Nov. - Selepas enam bulan bertarung nyawa, seorang pelajar berusia 13 tahun yang menderita penyakit injap jantung berlubang akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan ibunya, di kediamannya di Taman Agropolitan Rantau Manis, di sini semalam. Muhamad Azrul Shazwan Mat Safie atau panggilan mesranya Ayong yang juga pelajar SMK Sungai Asap, di sini menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 4.30 petang.

12. KUALA LUMPUR 21 Nov. - Kepemimpinan tertinggi PKR tidak menyedari berlakunya cubaan pemimpin UMNO dan Pas untuk menarik ahli-ahli Parlimen Melayu-Islam daripada PH bagi membentuk kerajaan. Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perbincangan yang dilakukan di Hotel Sheraton, di sini pada malam 9 Mei lalu bagi mencapai keputusan secara konsensus daripada semua pemimpin dan ahli PH untuk menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai PM.

13. CYBERJAYA 21 Nov. – Angkasamenandatangani Mou bersama LHDN bagi meningkatkan kesedaran mengenai percukaian dalam kalangan koperasi. Presiden Angkasa ,Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, menerusi kerjasama tersebut pihaknya akan bekerjasama dengan LHDN untuk mendaftar koperasi yang masih belum berbuat demikian supaya mereka dapat menguruskan cukai koperasi dengan lebih cekap.

14. KUALA LUMPUR 21 Nov. – Dakwaan UKM menghalang program kuliah aktivis sosial, Hishamuddin Rais mendapat pembelaan daripada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik. Maszlee dalam reaksinya berhubung perkara tersebut berharap kepemimpinan universiti memudahkan hasrat pelajar untuk melaksanakan sebarang bentuk program berbentuk perbincangan dan dialog.

15. ISKANDAR PUTERI 21 Nov. - Lebih 500 balai polis di seluruh negara didapati mengalami kekurangan anggota selain menghadapi masalah penjawatan bagi jawatan ketua polis balai (OCS). Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Asri Yusoff berkata, berdasarkan kepolisan moden, setiap balai polis seharusnya mempunyai minimum 35 anggota dengan OCS sekurang-kurangnya berpangkat Deputi Superintenden.

16. IPOH 21 Nov. - Seorang pegawai imigresen didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan bernilai RM3,000 bagi menutup kes tangkapan dua pekerja Indonesia, dua tahun lalu. Tertuduh, Megat Khairul Anuar Sulaiman, 32, yang tidak diwakili peguam, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

17. KUALA LUMPUR 21 Nov. - Lim Kit Siang telah memfailkan saman fitnah terhadap bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar atas dakwaan pemimpin veteran DAP itu mencadangkan pembahagian Semenanjung Malaysia mengikut garis kaum. Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 16 Oktober lalu.

18. SEPANG 21 Nov. - AirAsia Berhad (AirAsia) akan menawarkan penerbangan lewat malam sempena musim perayaan Tahun Baru Cina bermula 30 Januari sehingga 12 Februari 2019. Penerbangan lewat malam itu adalah untuk laluan Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Kuala Lumpur ke Miri, Sibu dan Kuching, Sarawak dan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah.

19. PULAU PINANG 21 Nov. - Polis telah menyiapkan kertas siasatan berkaitan tragedi Bukit Kukus dan akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya Pulau Pinang hari ini. Ketua Polis negeri, Datuk Seri A. Thaiveegan berkata, pihaknya akan menunggu arahan lanjut berkaitan perkara itu bagi mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab.

20. KOTA KINABALU 21 Nov. - Enam lelaki termasuk seorang pemegang Kad Pendaftaran Orang Asing Khas (IMM13) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana didakwa melakukan penyeludupan 21 migran Filipina sejak awal tahun lalu. Tertuduh terdiri daripada Muksin Munib, 60, Anuar Madjiril Hadji, 34, Amin Ali, 28, Omar Sapari, 53, Jasni OT Ali @ Mohd. Ali, 53, dan Badru Jalal, 62, masing-masing merupakan rakyat tempatan.

21. KUANTAN, 21 Nov - Kawasan sekitar bangunan Wisma Sri Pahang dikategorikan sebagai kawasan larangan merokok dan mereka yang didapati berbuat demikian boleh dikenakan tindakan tegas oleh penguat kuasa tanpa kira jawatan atau pangkat. Pengerusi J/kuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan negeri Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kawasan bangunan kerajaan dikategorikan antara 23 kawasan larangan merokok di negeri ini.

22. KUALA LUMPUR, 21 Nov - Kerajaan bercadang untuk mewujudkan dasar berhubung larangan diskriminasi bagi penghidap HIV/AIDS agar golongan itu tidak tertindas dalam sektor pekerjaan. Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata setakat ini Malaysia tidak mempunyai undang-undang berkaitan perkara itu.

23. KUALA LUMPUR, 21 Nov - Jumlah pekerja dalam kalangan OKU yang diambil bekerja dalam sektor awam masih terlalu rendah iaitu hanya 0.29 peratus daripada keseluruhan kira-kira 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara. Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata jumlah itu kurang daripada peratusan ditetapkan iaitu sebanyak satu peratus pekerja OKU dalam sektor awam.

24. KOTA BHARU, 21 Nov - Polis Kelantan percaya penggunaan daun ketum sebagai alternatif kepada dadah oleh penagih di negeri ini semakin meningkat tahun ini berbanding tahun lalu berdasarkan jumlah rampasan. Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, rampasan daun ketum sepanjang tahun ini sahaja sudah melebihi 14,000kg berbanding hanya 8,000kg pada 2017.

25. PUTRAJAYA, 21 Nov - Pakistan berminat untuk belajar pengalaman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam transformasi ekonomi dan pembangunan Malaysia. Perdana Menteri Imran Khan berkata, satu daripada sebab utama beliau datang dan membawa delegasinya ke Malaysia adalah kerana kekagumannya terhadap Dr Mahathir.

26. PUTRAJAYA, 21 Nov - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meraikan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan yang sedang dalam lawatan rasmi ke negara ini pada jamuan tengah hari di Seri Perdana di sini. Imran Khan, yang tiba semalam, disambut oleh Dr Mahathir setibanya di kediaman rasmi Perdana Menteri itu.

27. PELABUHAN KLANG, 21 Nov - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyediakan 50,000 kit makanan untuk diagihkan kepada mangsa bencana khususnya banjir di seluruh negara sepanjang musim tengkujuh ini. Jumlah kit makanan yang disediakan dengan kerjasama FAMA itu adalah sebagai permulaan dan ia akan ditambah jika keperluannya meningkat dari semasa ke semasa.

28. PUTRAJAYA, 21 Nov - Para pemimpin Malaysia dan Pakistan hari ini mengadakan berbincangan mengenai isu-isu bersama termasuk pelaburan langsung asing (FDI), kerjasama pertahanan, pemulihan syarikat-syarikat, penswastaan dan pelancongan pada mesyuarat mereka di sini. PM Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pejumpaannya dengan PM Pakistan, Imran Khan, pemimpin pertama yang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia sejak beliau menerajui semula kerajaan, berkata mereka telah berbincang mengenai "banyak isu bersama".

29. KUALA TERENGGANU, 21 Nov – JKDM Terengganu menahan dua lelaki tempatan bersama 1.5 juta batang rokok jenama LEAGUE yang diseludup dari negara jiran pada 18 Nov lepas. Pengarah Kastam Terengganu Datuk Radzi Muhammad berkata nilai keseluruhan rokok dianggarkan RM120,000 yang melibatkan cukai berjumlah anggaran RM1.086 juta.

30. MELAKA, 21 Nov - Bangunan baharu Planetarium Melaka berkonsepkan 'Galaxy World Melaka' akan dibina dengan kos RM200 juta kerana bangunan sedia ada didapati tidak selamat untuk beroperasi, kata Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

31. BANGKOK, 21 Nov - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, yang dalam lawatan pengenalan selama dua hari ke Thailand mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha di pejabatnya di Rumah Kerajaan hari ini. Kedua-dua pemimpin itu meluangkan masa kira-kira 45 minit berbincang pelbagai isu kepentingan bersama semasa perjumpaan itu.

32. KUALA LUMPUR, 21 Nov - Duta Jepun ke Malaysia Dr Makio Miyagawa dilantik sebagai Ahli Lembaga Gabenor (BOG) UIAM berkuatkuasa 1 Nov untuk tempoh dua tahun sehingga 31 Okt 2020. UIAM dalam satu kenyataan hari ini berkata Rektornya Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak telah menyampaikan surat pelantikan kepada Miyagawa, 53, di Kedutaan Jepun di sini pada 19 Nov lalu.

33. KUALA LUMPUR, 21 Nov - JPN merekodkan 57,191 pemaustatin tetap telah dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia sejak 2008 hingga 30 Sept lepas. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini berkata pertimbangan setiap permohonan turut mengambil kira aspek kemanusiaan serta diperincikan daripada peruntukan Perlembagaan Persekutuan termasuk memenuhi tempoh mastautin pemegang kad MyPR.

34. KUANTAN, 21 Nov - Kerajaan negeri Pahang tidak berhasrat menyediakan kemudahan tandas khas bagi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negeri ini. Pengerusi J/kuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata kerajaan negeri berpendapat tidak ada keperluan berbuat demikian di negeri ini.

35. KUALA LUMPUR, 21 Nov - SPR sedang bekerjasama dengan Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) bagi menambah baik sistem pilihan raya negara, Dewan Rakyat diberitahu, hari ini. Timbalan Menteri di JPM Mohamed Hanipa Maidin berkata SPR juga sedang mendapatkan pandangan pelbagai pihak seperti masyarakat sivil, badan bukan kerajaan, parti politik dan ahli-ahli akademik.

36. KUALA LUMPUR, 21 Nov - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 27 Feb tahun depan untuk pendengaran saman pemula yang dikemukakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencabar pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (Akta MKN 2016).

37. KUALA LUMPUR, 21 Nov - Hampir 46 peratus daripada pengguna Malaysia berasa tidak selamat mengenai langkah keselamatan berhubung aplikasi pembayaran dan e-dompet, menurut Kajian Pengguna Perbankan VMware 2020. Jumlah lebih tinggi bagi peranti yang mempunyai sambungan, dengan 53 peratus meragui keselamatan peranti pintar dengan keupayaan pembayaran.

38. KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar akan memfailkan tuntutan balas terhadap saman fitnah dikemukakan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang terhadapnya atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ketika berucap di sebuah konvensyen pada September lepas.

39. KUALA LUMPUR, 21 Nov - Tempoh 50 tahun perjanjian konsesi Lebuh Raya Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Banting ke Taiping adalah munasabah meskipun tempoh perjanjian itu agak panjang. Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir berkata ini kerana rundingan perjanjian itu telah mengambil kira pelbagai faktor termasuk soal kadar tol yang munasabah serta pulangan modal kepada pihak pelabur.

40. KUALA LUMPUR, 21 Nov - Seorang bayi perempuan berusia 31 hari, hari ini diterbangkan dari Kuala Terengganu ke Pangkalan Udara Subang TUDM melalui penerbangan ihsan bagi mendapatkan ventilator serta rujukan pakar di Institut Jantung Negara (IJN) di sini. Bayi kepada Zulaiha Mohd Ghani itu telah diterbangkan dengan pesawat CN 235 daripada Detasmen No 1 Skuadron yang beroperasi di pangkalan berkenaan.

41. KUALA LUMPUR, 21 Nov - Kerajaan akan menambah lebih banyak penglibatan rakan strategik dalam inisiatif baharu program Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bagi membekalkan barangan pada harga berpatutan menggunakan jenama barangan itu sendiri. Langkah itu yang juga bertujuan mengelak monopoli pihak tertentu, kata Timbalan Menteri KPDNHEP, Chong Chieng Jen.

42. KUALA LUMPUR, 21 Nov - Kerajaan PH komited untuk memastikan agenda Bumiputera agar terus kekal sebagai agenda nasional. Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata perkara tersebut telah dinyatakan dalam tonggak dua dokumen Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK-11 yang memberi penekanan khusus untuk memperkukuhkan Komuniti Ekonomi Bumiputera.

43. KOTA KINABALU, 21 Nov - Seramai 51 pegawai Kadet Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) UMS ditauliahkan pangkat Leftanan Muda pada satu majlis di sini, malam tadi. Pentauliahan itu disempurnakan Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab. Tahun ini adalah tahun kelima UMS melaksanakan majlis pentauliahan berkenaan.

44. KUALA LUMPUR, 21 Nov - Timbalan YDP Agong Sultan Nazrin Shah berkenan menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Pakistan Imran Khan di Istana Negara di sini, hari ini. Imran Khan tiba di istana itu kira-kira 4.30 petang. Terdahulu, beliau menandatangani buku pelawat istana sebelum dibawa masuk ke dewan menghadap iaitu Dewan Sri Maharaja untuk pertemuan khas yang berlangsung selama 30 minit.

45. KUALA LUMPUR, 21 Nov - Pejabat DBKL Cawangan Segambut yang sebelum ini beroperasi di Jalan Wan Kadir 1, Taman Tun Dr Ismail telah berpindah ke bangunan baharu di Jalan Changkat Abang Haji Openg, Bukit Kiara bermula hari ini. Mulai hari ini juga, penduduk Segambut boleh berurusan bagi pembayaran bil dan urusan lain DBKL di pejabat baharu itu.

46. MELAKA, 21 Nov - Kerajaan Negeri Melaka hari ini meluluskan peruntukan berjumlah RM151,000 untuk 302 keluarga yang terjejas akibat banjir di daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah. Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata daripada jumlah itu, RM500 diperuntukkan untuk satu keluarga dan bantuan sekali beri itu dijangka diagihkan JKM bermula esok.

47. KUALA LUMPUR 21 Nov. - Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah hari ini memfailkan saman terhadap pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan dua yang lain atas dakwaan memfitnahnya. Saman tersebut berhubung petikan dalam buku The Sarawak Report: The Inside Story of The 1MDB Expose yang mengaitkannya dengan skandal 1MDB dan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low.

48. REMBAU 21 Nov. - Seorang suspek kes dadah yang melarikan diri dari lokap tahanan di Mahkamah Majistret di sini, Isnin lalu telah ditangkap semula di Tampin semalam. KPD Rembau, DSP Anuar Bakri Abdul Salam berkata, Mohamad Azrin Mohd. Danial, 29, ditahan pada pukul 9.15 malam ketika menyerahkan diri di Balai Polis Tampin.

49. PUTRAJAYA 21 Nov. - Perincian lanjut mengenai mekanisme pelaksanaan subsidi petrol sedang dilakukan kerajaan bagi memastikan mereka yang benar-benar layak menikmati kemudahan tersebut. Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Jamil Salleh berkata, mekanisme itu yang melibatkan golongan is rumah berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) bakal dilaksanakan pada suku kedua 2019.

50. SHAH ALAM 21 Nov. - Pertukaran lagu pada saat-saat akhir menjadi punca pergaduhan antara Izzue Islam dan tiga lagi anggota kumpulan Forteen iaitu Ariz, One dan Ameer.
Menurut Ariz Lufias, 29, pada mulanya Forteen sudah memilih sebuah lagu untuk dipersembahan pada sebuah majlis khas Gegar Vaganza musim kelima yang berlangsung pada Khamis lalu.

51. SEREMBAN 21 Nov. - Seramai 2,712 graduan akan menerima ijazah dan diploma masing-masing dalam Majlis Konvokesyen Ke-16 USIM, Nilai di sini selama tiga hari mulai 27 November ini. Majlis di Dewan Tuanku Canselor itu melibatkan seramai 113 penerima Doktor Falsafah, Sarjana (119 orang), Diploma (101 orang) dan 2,379 penerima Ijazah Sarjana Muda.

52. JOHOR BAHRU 21 Nov. - Kerajaan negeri diminta memberi tumpuan khusus terhadap dua perkara utama, iaitu usaha memperkasakan ekonomi dan rekayasa sosial berlandasan instrumen ekonomi Islam, khususnya wakaf dan isu air dalam Belanjawan Negeri 2019 yang dijadualkan dibentangkan oleh MB, Datuk Osman Sapian pada 29 November ini, kata bekas MB, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

53. KUALA LUMPUR 21 Nov. - Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan bercadang untuk melonggarkan syarat kemasukan ke Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sebagai satu platform penggiat-penggiat seni terpinggir mendapatkan pendidikan tinggi secara formal. Menterinya, Mohammadin Ketapi berkata, beliau kini dalam peringkat perbincangan dengan pegawai-pegawai Aswara berhubung perkara itu.

54. IPOH 21 Nov. - Seorang lelaki berusia 68 tahun ditemukan mati berdekatan ladang kelapa sawit di Kg. Jaya Setia, Sungai Siput hari ini setelah menangkap ayam hutan bersama dua rakannya pagi semalam. Mayat lelaki tersebut ditemukan pada pukul 1 petang. Mangsa bersama dua rakannya keluar menangkap ayam hutan di kawasan hutan berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan pada pukul 9 pagi semalam dan sepatutnya keluar pada pukul 1 petang semalam.

55. PULAU PINANG 21 Nov. - Jambatan Pulau Pinang akan ditutup sementara Ahad ini bermula pukul 12:01 tengah malam sehingga jam 10:00 pagi keesokan harinya bagi memberi laluan kepada penganjuran acara Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang 2018. Jambatan Pulau Pinang akan beroperasi seperti biasa bermula jam berikutnya pada hari sama selepas tamat acara larian tersebut.

56. KUALA LUMPUR 21 Nov. – KPN, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menasihatkan semua pihak supaya menggunakan saluran yang betul dalam menyuarakan pendapat serta mematuhi segala peruntukan undang-undang, termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012 sekiranya ingin mengadakan himpunan bantahan ICERD.

57. KUALA LUMPUR 21 Nov. - UMNO Bahagian Rembau berterima kasih kepada Pas kerana tidak meletakkan calon dalam PRK DUN Rantau yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu dapat membantu supaya tidak berlaku perpecahan undi ekoran pertembungan tiga parti besar.

58. KUANTAN 21 Nov. - Persidangan DUN Pahang hari ini meluluskan usul menolak ratifikasi ICERD. Usul tergempar tersebut dibentangkan oleh Pengerusi J/kuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

59. KUALA LUMPUR 21 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengetahui mengenai sebarang usaha daripada mana-mana pihak dalam BN atau UMNO bagi menubuhkan kerajaan Melayu-Islam pada 9 Mei lalu. Bekas PM berkata, beliau juga tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk melakukan kerjasama tersebut dengan ahli-ahli Parlimen Pas.

60. KUALA LUMPUR 21 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu menjelaskan secara terperinci mengenai pendedahannya semalam berhubung cubaan pemimpin UMNO dan Pas untuk menarik ahli-ahli Parlimen Melayu-Islam daripada PH bagi membentuk kerajaan. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang enggan mengulas mengenai pendedahan tersebut berkata, pihak media perlu bertanya lanjut mengenai isu tersebut kepada PM.

BERITA SUKAN:

1. AUSTRALIA 21 Nov. - Jurulatih Korea Selatan, Paulo Bento percaya pasukannya berada di landasan tepat dalam persiapan mereka menghadapi Piala Asia 2019 selepas melebarkan rekod tanpa kalah apabila membelasah Uzbekistan 4-0 pada aksi persahabatan di Brisbane, semalam.

2. GENK, Belgium 21 Nov. - Pemain gantian, Matteo Politano yang dimasukkan pada penghujung permainan muncul wira Itali apabila meledak gol tunggal perlawanan menewaskan Amerika Syarikat (AS) 1-0 dalam aksi persahabatan di sini, semalam. Skuad kendalian Roberto Mancini hampir menamatkan perlawanan dengan keputusan seri tanpa jaringan selepas mereka tersingkir daripada Liga Negara-Negara Eropah apabila seri 0-0 menentang Portugal di Milan pada Sabtu lalu.

3. KUALA LUMPUR 21 Nov. - Bahang aksi terakhir Kumpulan A Piala AFF di antara Malaysia menentang Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini semakin dirasai apabila setakat ini sebanyak 30,600 tiket sudah dijual. Penyokong Harimau Malaya yang masih belum membeli tiket masih boleh berbuat demikian dengan mendapatkannya di Wisma FAM dan Stadium Nasional Bukit Jalil.

4. MILTON KEYNES, England 21 Nov. - Paris Saint Germain (PSG) bakal kehilangan khidmat Neymar bagi menghadapi Liverpool dalam aksi Liga Juara-Juara selepas penyerang Brazil itu mengalami kecederaan ketika mewakili skuad kebangsaannya menewaskan Cameroon 1-0 pada perlawanan persahabatan.

5. KUALA TERENGGANU 21 Nov. - Terengganu yakin sekurang-kurangnya dapat mengekalkan pencapaian lalu dalam Para Sukma ke- 19 yang bermula hari ini sehingga 28 November di Perak. Melalui 78 atletnya, pasukan negeri sekali lagi mensasarkan kutipan 28 pingat emas bagi mengulangi pencapaian di Sarawak dua tahun lalu yang meletakkannya di tangga ketiga namun tidak menolak kemungkinan mampu membawa kejutan.

6. PARIS 21 Nov - Portugal menamatkan kempen peringkat kumpulan Liga Negara-Negara Eropah dengan seri 1-1 menentang Poland di Guimaraes, awal pagi tadi. Keputusan itu menyaksikan mereka menamatkan saingan dengan kelebihan tiga mata mengatasi Itali dalam Kumpulan A3 selepas mengekalkan rekod tanpa kalah meskipun tanpa kelibat bintang sensasi mereka, Cristiano Ronaldo.

7. KUALA LUMPUR 21 Nov – FAM mengharapkan kemelut membabitkan KLFA dapat diselesaikan secara dalaman tanpa perlu membabitkan ‘orang luar'. S/U Agungnya, Stuart Ramalingam berkata tidak ada keperluan buat persatuan itu untuk memanjangkan masalah terbabit kepada SPRM ketika ia boleh diselesaikan dengan cara yang lebih berhemah.

8. LONDON 21 Nov - Fernando Alonso kini bersedia membuat penampilan terakhirnya dalam aksi Formula Satu apabila beraksi di Grand Prix Abu Dhabi, Ahad ini. Alonso bakal meninggalkan sukan itu selepas 17 musim yang penuh suka duka bermula 2001 selepas meninggalkan saingan perlumbaan IndyCar di Amerika Syarikat.

9. KUALA LUMPUR 21 Nov - Selepas menamatkan pengajian dengan menggenggam segulung ijazah, gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi kini mahu memberi tumpuan dalam persiapan menghadapi kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020. Menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial (Pengajian Antarabangsa) dari Universiti Monash pada Isnin lalu, Farah berkata dia berhasrat untuk melayakkan diri ke Olimpik buat kali pertama selepas terlepas peluang pada temasya lalu di Rio 2016.

10. MELBOURNE 21 Nov - Matt Kuchar berharap akan menamatkan kempen musim ini dengan gelaran kedua Piala Dunia Golf di Melbourne Ahad ini ketika dia mengetuai pasukan sederhana Amerika Syarikat pada kejohanan bernilai $7 juta (RM21 juta) itu.
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 63
Posts: 4274
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 77 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Sat Nov 24, 2018 4:06 pm

BERITA HARI INI – 24/11/2018 (by: MJI)

1. SEREMBAN 23 Nov. - Keputusan kerajaan PH membatalkan ratifikasi ICERD adalah susulan bantahan kuat orang Melayu. Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir berkata, kerajaan menyedari bahawa orang Melayu dan Bumiputera secara keseluruhan membantah ICERD yang akan mengancam hak mereka.

2. KUALA LUMPUR 23 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa telah mengarahkan agar laporan asal 1MDB yang disediakan oleh Ketua Audit Negara semasa itu, Tan Sri Ambrin Buang dipinda. Pindaan itu difahamkan dibuat bagi mengeluarkan maklumat pembabitan bekas Perdana Menteri itu dan ahli perniagaan, Jho Taek Low (Jho Low) dalam aktiviti 1MDB.

3. KUALA LUMPUR 23 Nov. - Tekanan tanpa henti bakal dihadapi oleh Presiden baharu PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjadi rujukan penting kesemua pihak termasuk pemberita mengenai apa-apa isu membabitkan ahli-ahli partinya. Keterbukaan yang diamalkan oleh PKR sepanjang ketiadaan Anwar sejak 20 tahun lalu telah menanamkan keberanian ahli-ahli parti untuk membuat sebarang kenyataan yang mungkin dilihat memenuhi prinsip demokrasi, namun bakal memberi tekanan kepada Presiden baharu itu.

4. KUALA LUMPUR 23 Nov. - Aktivis sosial, Hishamuddin Rais mengelar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy sebagai menteri 'perpecahan'. Ini kerana apa yang beliau lakukan sejak memegang portfolio tersebut tidak membawa kepada pengukuhan perpaduan negara.

5. KUALA LUMPUR 23 Nov. - Keputusan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang penuh kontroversi tidak perlu dijalankan secara tergesa-gesa. Sebaliknya, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon berharap kerajaan dapat melakukan perbincangan dengan segenap masyarakat terlebih dahulu.

6. KOTA BHARU 23 Nov. - Pertubuhan Tabung Kebajikan Jaringan Keluarga Kelantan (Petunjuk) menyasarkan pembentukan 1,000 tabung keluarga untuk membantu golongan miskin di negeri ini pada tahun hadapan. Pengerusi Petunjuk, Dr Mohamad Hamzah berkata, pihaknya mahu menggalakkan institusi keluarga turun padang meninjau keperluan masyarakat setempat termasuklah waris sendiri yang memerlukan bantuan.

7. KUALA LUMPUR 23 Nov. - Laporan polis terhadap Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy terus dibuat pelbagai pihak di seluruh negara. Kali ini, giliran Pergerakan Wanita UMNO apabila seramai 191 Ketua Wanita UMNO Bahagian membuat laporan polis di seluruh negara terhadap menteri yang bertanggungjawab atas hal ehwal perpaduan dan kesejahteraan sosial itu kerana didakwa memburukkan imej Malaysia dan membuat kenyataan yang berniat jahat.

8. KUALA LUMPUR 23 Nov. – Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes liwat seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Sea Park, Petaling Jaya dekat sini, hari ini. Suspek yang berusia 36 tahun ditahan selepas bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Sea Park pada pukul 2.20 pagi tadi.

9. KUALA LUMPUR 23 Nov. - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan setiap rakyat negara ini wajib mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Negeri. Tunku Ismail berkata, liberalisasi sepatutnya diletakkan di tempat yang betul bersesuaian dengan adat, tradisi, budaya dan sejarah negara.

10. KUALA LUMPUR 23 Nov. - Sebuah kenyataan akhbar yang diedarkan penganjur sebuah pameran permotoran antarabangsa menjadi tular di media sosial selepas didakwa menggunakan perisian terjemahan, 'Google Translate' bagi menyediakan siaran tersebut. Siaran media yang dikeluarkan bertarikh 22 November itu didapati jelas dilakukan oleh bukan dalam kalangan profesional sama ada daripada pihak komunikasi korporat atau pengamal media sendiri.

11. KUALA LUMPUR 23 Nov. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga bulan serta denda RM1,800 terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, lima tahun lalu. Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali memutuskan untuk melepas dan membebaskan bekas Ahli Parlimen Batu itu selepas membenarkan rayuannya.

12. PEKAN 23 Nov. - Semakin banyak gesaan yang menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Menteri di JPM, Senator P. Waytha Moorthy susulan rakaman video kenyataan pemimpin berkenaan yang disifatkan keterlaluan dan mengundang perpecahan kaum di negara ini. Terbaharu, laporan polis dibuat oleh Wanita UMNO Bahagian Pekan di IPD Pekan di sini hari ini.

13. ALOR SETAR 22 Nov. - Mereka yang memiliki saman tertunggak berpeluang menyelesaikannya pada kadar diskaun 50 peratus sempena Program Polis dan Masyarakat di Tesco Mergong dekat sini pada 26 hingga 28 November depan. Kaunter sama turut dibuka di Cawangan Trafik IPD Kuala Muda untuk tempoh tiga hari tersebut bagi memberi kemudahan kepada mereka yang berada di selatan negeri ini.

14. KUALA LUMPUR 23 Nov. - Suami kepada seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang dekat sini hari ini atas tuduhan membunuh bayi berusia 11 bulan, Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal atau Zara, dua minggu lalu. Hazmi Majid, 36, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah.

15. KUALA LUMPUR 23 Nov. - Majlis Keselamatan Aktiviti Air Negara (MKAA) menyokong usaha Kementerian Pendidikan memperkenalkan pelajaran renang kepada murid dan pelajar sekolah dalam usaha meningkatkan kesedaran berhubung bahaya aktiviti air, kata Ahli MKAA, Tan Sri Lee Lam Thye.

16. ALOR SETAR 23 Nov. - Seorang bayi perempuan sempurna fizikalnya dipercayai baru dilahirkan ditemukan di tepi jalan di Taman Seri Ampang dekat sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, seorang remaja menemukan seorang bayi dalam keadaan masih bertali pusat dan dibaluti kain batik sebelum membawa bayi berkenaan pulang ke rumah.

17. SEPANG 23 Nov.- Isteri kepada bekas Penasihat Pertahanan Kedutaan Turki di Malaysia didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 18 peluru hidup di KLIA pada September lalu. Fatma Nilufer Senyuva, 62, dijatuhkan hukuman itu setelah menukar pengakuan kepada bersalah di hadapan Majistret Yusna Khadijah Md. Yusop.

18. KUALA LUMPUR 23 Nov. - Dua bayi lelaki berusia lima dan tujuh bulan mengalami muntah selain kesan lebam di badan disyaki akibat didera oleh seorang pengasuh wanita di sebuah Taska di Desa Saujana Kajang, dekat sini petang semalam. Ketua JSJ Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, ibu bapa kedua-dua bayi itu kemudian telah meminta untuk memeriksa kamera litar tertutup di taska tersebut.

19. KUALA LUMPUR 23 Nov.- PDRM akan memanggil sembilan individu termasuk Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi dan Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy berhubung kenyataan yang menyentuh sentimen perkauman dan sentiviti keagamaan. Timbalan KPN, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, turut dipanggil adalah Presiden JMM, Datuk Azwanddin Hamzah; Pengerusi Gabungan 3, Ravinder Singh; Timbalan Pengerusi Gabungan 3, Amran Ahmad; ADUN Tanah Rata, Chiong Yoke Kong; Adun Tras, Chow Yu Hui, Lau Shan Thean dan Edi Rejang.

20. KUALA LUMPUR 23 Nov. - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah kenderaan lain di Kilometer 34.9 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Shah Alam (Kesas) dari Subang Jaya menghala ke Shah Alam, dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa berusia 19 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

21. KUALA LUMPUR 23 Nov. - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan PKR Cabang Rembau, Negeri Sembilan supaya mengikut saluran yang telah ditetapkan oleh parti apabila mahu mengemukakan calon lain selain Dr. S. Streram untuk bertanding dalam PRK DUN Rantau, jika diadakan.

22. KUALA LUMPUR 23 Nov. - Sekurang-kurangnya 50 usahawan Agrotruck disasarkan FAMA sehingga hujung tahun hadapan. Pengerusinya, Ishak Ismail berkata, setakat ini hanya lima buah kenderaan agrotruck dijadikan perintis kepada progam itu dan jumlah berkenaan dijangka meningkat pada beberapa tahun akan datang.

23. PETALING JAYA 23 Nov. - Seorang penganggur yang dipercayai terbabit dengan kejadian langgar lari di Taman Equine, Seri Kembangan ahad lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita. Tiada pengakuan direkodkan daripada Wilsonrensa Dudom, 22, memandangkan kes tersebut bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

24. TELUK INTAN 23 Nov. - Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki yang juga rakan mereka di sebuah ladang kelapa sawit, Jalan Kampung Banjar di sini minggu lalu. Tertuduh, Wong Mun Fai dan Tan Chun How, masing-masing berusia 27 tahun serta Ng Yoke Soon, 44, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Syahdatul Kamilah Zakaria.

25. IPOH 23 Nov. - Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama Sidang DUN Ke-14 akan diadakan selama enam hari bermula 27 November hingga 5 Disember ini di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini. Speaker DUN, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, persidangan kali ini akan memberi tumpuan kepada pembentangan Belanjawan 2019 bagi negeri Perak.

26. NEW YORK 23 Nov. - Bekas CEO, Goldman Sachs Group Inc, Lloyd Blankfein pernah mengadakan pertemuan dengan pembiaya kewangan, Low Taek Jho atau Jho Low pada tahun 2012 yang dikaitkan dengan skandal penipuan dan rasuah di Malaysia. Pertemuan di antara Blankfein dan Jho Low itu dimaklumkan oleh Goldman Sachs Group Inc selepas New York Times melaporkan, barisan pendakwa raya sedang meneliti pertemuan itu sebagai sebahagian daripada siasatan jenayah ke atas pihak bank berkenaan dengan memetik individu yang dirasakan biasa dan tahu tentang kewangan.

27. KUALA LUMPUR 23 Nov. - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang mengkaji untuk menambah jumlah Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) di seluruh negara bagi membolehkan ia dimanfaatkan sebagai tempat pembelajaran digital pelajar sekolah. Timbalan Menterinya, Eddin Syazlee Shith berkata, pada masa ini terdapat lebih 800 PJK di seluruh negara.

28. PADANG BESAR 23 Nov. - Pergerakan Wanita UMNO negeri mengingatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya mendengar suara rakyat yang mahu PM itu mengambil tindakan terhadap P. Waytha Moorthy. Naib Ketua Wanita UMNO negeri, Asmaiza Ahmad berkata, Dr. Mahathir perlu mengambil kira kehendak kebanyakan rakyat yang mahu jawatan Waytha Moorthy sebagai Menteri di JPM segera dilucutkan.

29. BATU PAHAT 23 Nov. - Mayat seorang lelaki ditemukan terapung oleh seorang penternak lembu di Sungai Bindu, Jalan Tongkang Pechah, dekat sini kira-kira pukul 7 petang semalam. KPD, ACP Azhan Abdul Halim berkata, selepas menerima maklumat tersebut, polis bersama-sama anggota bomba kemudiannya melancarkan operasi mencari di sepanjang sungai tersebut.

30. KOTA KINABALU 23 Nov. - Kira-kira 1,000 orang terdiri daripada 16 NGO dan parti politik membantah usaha meratifikasi ICERD di negara ini. Ketua Pemuda UMNO Sabah, Ir. Abdul Aziz Julkarnain berkata, bantahan itu dilakukan dengan melihat kepada beberapa isu termasuk menggugatkan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

31. PUTRAJAYA 23 Nov. - Kerajaan hari ini menegaskan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me¬ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Menurut kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebaliknya akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

32. IPOH 23 Nov. – MP Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham memberitahu, jumlah keseluruhan aset yang dimiliki bersama isteri dan anaknya bernilai RM82 juta dan bukannya RM75.8 juta seperti yang tersiar dalam portal Pengisytiharan Harta oleh SPRM. Jumlah aset itu mungkin meningkat kerana terdapat aset lain yang belum dinilaikan termasuk firma guaman yang diserahkan kepada rakan kongsi dan insurans.

33. KULAI 23 Nov. - Empat laporan polis dibuat bagi mengecam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berhubung satu kenyataan dibuatnya dalam satu temu bual di luar negara yang tular dalam media sosial baru-baru ini. Laporan tersebut dibuat Dewan Pemuda Pas negeri, Pemuda UMNO Bahagian Kulai dan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

34. SEREMBAN 23 Nov. - Seramai 72 peserta Rancangan Tanah Pinggir Felcra Berhad (Felcra) Kampung Esok dekat Jelebu tidak berpuas hati dengan tindakan tawaran Felcra Berhad membeli kayu getah yang diusahakan mereka dengan harga rendah. Harga RM5,000 sehektar dianggap amat murah berbanding RM12,000 sehektar yang dinikmati oleh rakan pengusaha tanah rancangan kerajaan lain di negeri ini.

35. PULAU PINANG 23 Nov. - Lebih 50 mahasiswa termasuk kumpulan jemaah masjid berhimpun secara aman di pekarangan Masjid Al-Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini bagi membantah cadangan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Me¬ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

36. NIBONG TEBAL 23 Nov. - Seorang lelaki terbunuh manakala ibu mertuanya kritikal selepas rumah mereka di Taman Cegar dekat Simpang Ampat di sini terbakar petang tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, mangsa A. David Saminathan, 52, ditemukan terbaring di depan pintu bersebelahan tangga di tingkat atas rumah itu. KPD Seberang Perai Selatan Supt. Shafee Abdul Samad berkata, berdasarkan maklumat daripada anak perempuan mangsa kebakaran itu dipercayai berpunca dari ruang tamu.

37. KUALA LUMPUR 23 Nov. - Sebanyak 1,000 helai jaket keselamatan diedarkan kepada penunggang dan pembonceng motosikal secara percuma di Plaza Tol Bukit Jelutong, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) baru-baru ini. Prolintas dalam satu kenyataan memaklumkan, program tanggungjawab sosial korporat itu dianjurkan syarikat Velesco Energy dengan kerjasama Lebuhraya GCE.

38. KUALA TERENGGANU 23 Nov. - Kerajaan negeri menyasarkan nilai jualan sehingga RM165,000 di Pavilion Terengganu sepanjang 11 hari Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 yang sedang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

39. PULAU PINANG 23 Nov. - Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng susulan kes saman fitnah yang dikemukakan terhadap syarikat penerbitan itu dan Pengarangnya, Zulkifli Jalil. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rosilah Yop turut mengarahkan UMMB membayar RM20,000 lagi sebagai kos selepas Zulkifli yang juga Pengarang Rencana dan Analisis dan UMMB memohon maaf kepada Guan Eng berhubung penerbitan satu artikel pada tahun 2015.

40. KUALA LUMPUR 23 Nov. - Frasa 'untuk tujuan tidak bermoral' dalam Enakmen Jenayah Syariah Undang-undang yang melarang kaum lelaki memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan perlu dipinda supaya tindakan lebih mudah diambil terhadap mana-mana lelaki yang didakwa melakukan kesalahan tersebut, kata Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), Fuziah Salleh.

41. KUALA LUMPUR 23 Nov. - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas tiga pertuduhan telah merogol rakannya yang merupakan pelajar tingkatan 3, awal bulan ini. Noureddine Mohd. Razgali, 23, mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di sebuah hotel di Taman Muda Ampang pada pukul 3 pagi dan di sebuah bilik di rumah tertuduh, Taman Impian Ehsan, Seri Kembangan dekat sini antara pukul 7.05 petang dan 7.40 malam, 5 November lalu.

42. SHAH ALAM 23 Nov. - Kerajaan Negeri Selangor mulai 2019 hanya akan memberikan air percuma kepada golongan berpendapatan rendah (B40) sahaja dan bukan lagi seperti sekarang yang dinikmati semua lapisan masyarakat. MB, Amirudin Shari berkata, penjajaran semula tersebut adalah bagi memenuhi matlamat asal program air percuma iaitu untuk membantu mengurangkan beban rakyat yang berpendapatan rendah.

43. PULAU PINANG 23 Nov. - Seorang lelaki ditembak mati ketika cuba menyerang seorang anggota polis dengan sebilah pisau pemotong buah sepanjang kira-kira 18 sentimeter (cm). KPD Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3.10 petang tadi di Jalan Ria berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.

44. KUALA LUMPUR 23 Nov. - Bekas PM, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mengaku tidak bersalah atas 25 pertuduhan membabitkan salah guna kedudukan bagi mendapatkan suapan dan pengubahan wang haram. Pengakuan tersebut direkodkan semula pada sebutan kali pertama kes tersebut di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah selepas dipindahkan dari Mahkamah Sesyen di sini.

45. KUALA LUMPUR 23 Nov. - Kes saman fitnah pelakon dan pengacara, Neelofa terhadap portal Oh My Media selesai secara baik selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini merekodkan perintah penghakiman persetujuan. Peguam Amira Farhana Mohd. Yasin yang mewakili Neelofa memberitahu pemberita, perintah penghakiman persetujuan itu direkodkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Daryl Goon Siew Chye di kamar hakim tanpa sebarang perintah mengenai kos.

46. KUALA LUMPUR 23 Nov. – MP Rembau, Khairy Jamaluddin menggesa Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah meletakkan jawatan serta bertanggungjawab terhadap isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, apa yang dilakukan Saifuddin bukan satu kesalahan kecil sebaliknya meninggalkan kesan yang amat besar untuk negara.

47. KOTA BHARU 23 Nov. - Sasterawan Kelantan, Norhisham Mustafa yang sebelum ini dilaporkan kritikal, disahkan meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang dan paru-paru berair di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini petang ini. Adiknya, Mukhtar Mustafa memberitahu, Allahyarham Norhisham, 68, meninggal dunia di sisi isteri iaitu Pauziah Mah Mad Zain, 62, tiga anak mereka serta ahli keluarga terdekat pada pukul 2.14 petang.

48. KUANTAN 23 Nov. - Keputusan kerajaan Pusat tidak meratifikasi ICERD adalah satu tindakan yang tepat pada masanya. MB, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pengumuman itu sudah pasti disambut baik oleh kerajaan negeri dan berharap isu berkenaan tidak lagi ditimbulkan pada masa akan datang.

49. KUALA LUMPUR 23 Nov. - Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) mensasarkan untuk mengeksport sekurang-kurangnya 100 tan nanas jenis Josapine ke Dubai dalam enam bulan pertama tahun hadapan. Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd. Anim Hosnan berkata, jumlah itu mampu dicapai menerusi maklumat positif yang diterima daripada kerajaan di Asia Barat itu.

50. KUALA LUMPUR 23 Nov. - UMNO akan berbincang dengan jawatankuasa dan sekretariat himpunan bantahan ICERD sama ada akan meneruskan atau tidak himpunan yang dijadualkan pada 8 Disember ini. Ini berikutan pengumuman kerajaan hari ini berkenaan jaminan untuk tidak meratifikasi konvensyen tersebut.

51. SINGAPURA 23 Nov. - Parti pemerintah Singapura menamakan Menteri Kewangan, Heng Swee Keat untuk memegang jawatan kepimpinan tertinggi, sekali gus berkemungkinan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perdana Menteri, Lee Hsien Loong meletakkan jawatannya. Swee Keat dilantik sebagai naib setiausaha agung pertama Parti Tindakan Rakyat.

52. MELAKA 23 Nov. - Kerajaan negeri berpendapat iklan jawatan kosong di Hospital Pakar Putra di sini yang mengutamakan pemohon berkemahiran Bahasa Mandarin bagi jawatan jururawat terlatih tidak sepatutnya dijadikan isu oleh semua pihak. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kerajaan negeri PH menegaskan bahawa penguasaan Bahasa Melayu tetap menjadi syarat utama kepada mana-mana calon untuk diterima sebagai kakitangan kerajaan negeri dan GLC di negeri ini.

53. KUALA LUMPUR 23 Nov. - Empat daripada lima suspek yang ditembak mati dalam kejadian samun kedai barangan kemas di sebuah pasar raya di Jalan Kuchai Lama pada 20 November lalu mempunyai rekod lampau. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kesemua mereka berusia 20 hingga 37 tahun itu dikatakan mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah samun, dadah dan cubaan membunuh.

54. KOTA MARUDU 23 Nov. - Lima maut apabila bas yang membawa kakitangan Politeknik Sandakan serta ahli keluarga mereka terbabas dan terbalik di kawasan Kampung Surun-Surun Jalan Marak Parak, di sini hari ini. KPD Kota Marudu, Supt. Mohd. Izaan Abdullah berkata, kejadian berlaku ketika bas persiaran berkenaan dalam perjalanan dari Sandakan menuju ke Kudat.

55. REMBAU 23 Nov. - PKR Cabang Rembau tidak menyokong cadangan meletakkan Dr. S. Streram sebagai calon parti itu sekiranya berlaku PRK bagi kerusi DUN Rantau. Ketua cabang berkenaan, R. Tanggam berkata, walaupun Streram adalah timbalannya, namun beliau bukan anak tempatan dan merupakan calon 'payung terjun'.

56. SEREMBAN 23 Nov. - Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan tidak terlibat dalam penganjuran program Perpaduan Dalam Kepelbagaian yang diadakan, di sini malam ini. Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, jadual program itu yang ditularkan dalam media sosial tidak mendapat kebenaran oleh beliau.

57. SHAH ALAM 23 Nov.- Kerajaan Selangor menetapkan bahawa tiada lagi pembayaran bonus secara langsung akan diberikan kepada penjawat awam bermula tahun hadapan. Sebaliknya, Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, penjawat awam yang layak hanya menerima pembayaran bonus mengikut sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) mereka.

58. KUALA TERENGGANU 23 Nov. - Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (Alumni GPMS) Kebangsaan menyifatkan pendirian rasmi kerajaan untuk tidak meratifikasikan Kovensyen Antarbangsa mengenai Penghapusan Segala bentuk Duiskriminasi Kaum (ICERD) sebagai sesuatu perkembangan yang melegakan rakyat, kata Presidennya, Syed Anuar Syed Mohamad.

59. KUALA LUMPUR 23 Nov. - Keputusan Kabinet kerajaan PH yang tidak akan meratifikasi ICERD mesti diperkukuhkan dengan membuat pendirian rasmi dalam Sidang Dewan Rakyat. Ini penting supaya usaha meratifikasikan ICERD tidak diteruskan pada masa akan datang kerana rakyat bimbang keputusan Kabinet PH ini hanya bersifat sementara, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

60. SHAH ALAM 23 Nov. – UiTM Kampus Puncak Perdana dekat sini menganjurkan sambutan Hari AIDS Sedunia bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat pelbagai peringkat mengenai keperluan memainkan peranan sebagai pemimpin di peringkat masing-masing bagi menangani pandemik penyakit itu.

BERITA SUKAN:

1. SHAH ALAM 23 Nov. - Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) akan distrukturkan semula dalam masa terdekat bagi mengembalikan kegemilangan pasukan 'The Red Giant' di arena bola sepak tanah air dan dipersada Asia. MB Selangor, Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri yakin usaha tersebut akan dapat dicapai di bawah pentadbiran Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin selaku Presiden FAS.

2. KUALA LUMPUR 23 Nov. - Jurulatih Selangor, B. Sathianathan berhasrat membawa masuk empat atau lima muka baharu bagi memantapkan lagi skuad Red Giants untuk mengharungi kempen Liga Malaysia musim depan. Jelas jurulatih baharu Selangor itu, pemburuannya adalah terarah kepada pemain berkualiti di samping berpengalaman bagi membantu pemain muda Red Giants yang dilihat berpotensi besar untuk lebih menyerlah.

3. ROM 23 Nov. - Pemain Roma, Gervinho menyifatkan bintang Liverpool, Mohamed Salah disifatkan sebagai ‘orang gila’ semasa sesi latihan. Musim lalu, Salah meletakkan dirinya sebagai antara pemain terbaik dunia selepas berjaya menjaringkan 32 gol dalam 36 aksi Liga Perdana Inggeris selepas menyertai Liverpool daripada Roma.

4. SANDAKAN 23 Nov. - Tinggal satu perlawanan lagi bagi Sabah Eagles untuk menjuarai Kejohanan Ragbi Piala Agong berprestij yang kali terakhir dimenangi pada 2015, tetapi tiada yang berubah dalam pendekatan mereka dalam perlawanan akhir bertemu Kelantan, Ahad ini di Stadium Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

5. KUALA LUMPUR 23 Nov - Dendam Kejohanan Piala AFF dua tahun lalu harus dilunaskan Harimau Malaya ke atas Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok. Jika pada edisi 2016 menyaksikan Myanmar menunjukkan Malaysia jalan keluar hasil kemenangan tipis 1-0, kali ini menjadi peluang terbaik buat anak buah Tan Cheng Hoe mengubah sejarah pahit itu.

6. ROME 23 Nov - Cristiano Ronaldo akan kembali beraksi buat juara Itali, Juventus menentang SPAL, awal pagi Ahad selepas terlepas aksi kelayakan Liga Negara-Negara Eropah bersama Portugal ketika laporan menyatakan dia diketepikan daripada senarai tiga calon akhir anugerah Ballon d’Or.

7. LONDON 23 Nov - Jurgen Klopp yakin bahawa Liverpool kini lebih mantap berbanding setahun lalu, namun teori itu hanya akan benar-benar diuji minggu depan. Skuad kendalian Klopp yang menduduki tangga kedua Liga Inggeris akan berkunjung ke pasukan tangga ketujuh Watford esok, diikuti pertembungan Liga Juara-Juara berdepan Paris Saint-Germain (PSG) dan aksi tetangga menentang Everton.

8. MANCHESTER 23 Nov - Marcus Rashford sudah membuktikan dengan England betapa dia mempunyai semua kualiti untuk menjadi peledak berbisa, namun tugasnya kini adalah untuk membawa prestasi sama ke Manchester United. Rashford cemerlang ketika England menjinakkan Croatia 2-1 Ahad lalu untuk mengesahkan tiket ke pentas final Liga Negara-Negara Eropah tetapi tidak ada jaminan untuk dia diturunkan apabila United menerima kunjungan Crystal Palace, esok.

9. KOTA BHARU 23 Nov - Juara bertahan Pulau Pinang mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang aksi peringkat kumpulan untuk mengesahkan tiket ke suku akhir dalam kategori berpasukan lelaki bawah 16 (B-16) tahun Kejohanan Badminton Berpasukan Antara Negeri B-16 dan B-12 100PLUS. Pulau Pinang mara selaku juara Kumpulan B dan mengiringi mereka suku akhir adalah Sabah yang muncul naib juara kumpulan.

10. ABU DHABI 23 Nov - Lewis Hamilton akan memakai helmet istimewa berwarna emas untuk perlumbaan terakhir Formula 1 di Abu Dhabi yang menyaksikan dia ditabalkan sebagai juara. Hamilton akan menjulang trofi itu buat kali kelima pada petang Ahad ini dan dia mahu melakukannya dengan penuh bergaya. Fesyen menjadi antara perkara yang digilakan jaguh Britain itu apabila di luar trek dan dia akan membawa minat berkenaan ke Litar Yas Marina.
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 63
Posts: 4274
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 77 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Sun Nov 25, 2018 1:04 pm

BERITA HARI INI – 25/11/2018 (by: MJI)

1. ARAU 24 Nov. - Pas tidak menolak kemungkinan menjalinkan kerjasama politik atau membentuk gabungan dengan UMNO bagi menghadapi Pakatan Harapan dalam PRU-15. Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, kerjasama tersebut sememangnya menjadi keperluan bagi menentang Pakatan Harapan yang dilihat sudah melampaui batas.

2. IPOH 24 Nov. – Lebih 1,000 individu mendaftar menerusi laman web Cinta Sakinah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sejak portal carian jodoh itu dilancarkan hujung bulan lalu. Pengarah JAIPk, Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, portal yang dibangunkan JAIPk dengan kerjasama K-Perak Implementation And Coordination Corporation (K-Perak) itu juga merekodkan 200 pendaftaran hanya pada hari pertama pelancarannya.

3. LONDON 24 Nov. - Seorang pramugara warga Malaysia dikenakan hukuman penjara 12 bulan kerana cuba menyeludup wang tunai berjumlah 150,000 pound (RM807,300) dari Britain ke Kuala Lumpur baru-baru ini. Agensi Jenayah Kebangsaan Britain (NCA) melaporkan, Muhamad Aziz, 37, dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah dalam perbicaraan di Mahkamah Isleworth Crown, kelmarin.

4. NEW DELHI 24 Nov. - Sekurang-kurangnya 28 orang dengan kebanyakkannya kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki terjunam ke dalam terusan di daerah Mandya di negeri selatan Karnataka. Pihak polis berkata, mereka telah menemukan kesemua mayat dalam sebuah bas persendirian selepas terbabas dan terjunam dalam nahas itu.

5. KUALA LUMPUR 24 Nov. - Kira-kira 60 orang daripada empat buah kampung di Beranang, Selangor terjejas ekoran banjir kilat akibat hujan lebat sejak pukul 3 pagi semalam. Setiausaha Gagasan Prihatin Semenyih (GPS), Hamdan Abu berkata, kampung tersebut ialah Kg. Jalan Besar Beranang, Kg. Sungai Jai, Kg. Sesapan Batu Rembau dan Kg. Sesapan Minangkabau.

6. KUALA LUMPUR 24 Nov. - Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) meminta kerajaan PH tidak lagi membawa sebarang agenda yang boleh menimbulkan kebimbangan, kerisauan dan ancaman kepada rakyat dan negara. Amir Isma, Abdullah Zaik Abd. Rahman berkata, langkah kerajaan menolak untuk meratifikasikan ICERD dilihat sebagai bijak.

7. KUALA LUMPUR 24 Nov. - Seorang wanita yang diburu bagi membantu siasatan kes dera dua bayi lelaki di sebuah taska di Desa Saujana Kajang, dekat sini semalam telah ditahan di Kapar, Klang hari ini. Ketua JSJ Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, wanita berusia 31 tahun yang bekerja sebagai pengasuh taska ditahan pada pukul 5.45 petang tadi.

8. KUCHING 24 Nov. - UMNO didakwa menjadi punca suasana 'panas' sesetengah rakyat dalam isu ratifikasi ICERD hari ini. Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Abdul Khalid Samad berkata, isu tersebut sudah diperhangatkan hingga tahap mengugut dan mahu pertempuran serta pertumpahan darah.

9. KUALA LUMPUR 24 Nov. - Beberapa negara Islam lain yang turut meratifikasi ICERD tidak harus dijadikan alasan bahawa Malaysia perlu meniru langkah sama. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ini kerana sejarah, adat dan budaya kebiasaan antara Malaysia berbanding negara-negara Islam yang meratifikasi konvensyen itu adalah berbeza.

10. PULAU PINANG 24 Okt. - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau mempunyai hubungan akrab dengan Presiden Turki, Reccip Tayyib Erdogan. Bagaimanapun, bakal Perdana Menteri Kelapan itu menegaskan, beliau bersikap profesional dan tidak boleh bersetuju dengan semua polisi pentadbiran yang diamalkan Erdogan.

11. JELI 24 Nov. - Pelaksanaan Projek Naik Taraf Jalan Kg. Berdang ke Kg. Sungai Rual Melayu serta Kg. Sungai Rual, di sini benar-benar memberi manfaat kepada lebih 3,000 penduduk di kawasan sekitar yang sebelum ini berdepan pelbagai masalah untuk ke bandar. Seorang penduduk Kg. Sungai Rual, Said Busu, 55, berkata, sebelum projek tersebut siap tahun lalu, jalan sedia ada tidak dapat dilalui kenderaan menyebabkan ada dalam kalangan masyarakat Orang Asli terpaksa menempuh perjalanan hingga dua jam untuk ke bandar Jeli.

12. SEREMBAN 24 Nov. - Tindakan nekad seorang pekerja penyelenggaraan elektrik cuba memadamkan kebakaran mengundang padah apabila dia parah disambar api dalam kejadian di tingkat dua Wisma Punca Emas di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, mangsa berusia lingkungan 60-an disambar api selepas berlaku letupan apabila dia membuka pintu bilik salur elektrik itu.

13. KUALA LUMPUR 24 Nov. – Perkasa menggesa kerajaan segera mengemukakan usul supaya ICERD ditolak secara rasmi dan direkod dalam hansard rasmi Parlimen. Presidennya, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, rakyat tidak yakin terhadap janji kerajaan untuk tidak meratifikasi ICERD selagi tidak dibuat mengikut peraturan undang-undang yang sepatutnya.

14. SEPANG 24 Nov.- Enam pelajar MCKK telah mengharumkan nama Malaysia kerana berjaya memperoleh 14 pingat emas dan 30 perak dalam pertandingan World Scholars Cup (WSC) Tournament of Champions di Universiti Yale, Amerika Syarikat (AS). Malah bukan setakat itu sahaja, mereka berada di tangga ke-57 sekali gus meletakkan MCKK di dalam kalangan 100 sekolah terbaik yang mengambil bahagian.

15. MARANG 24 Nov. - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM800,000 bagi menjayakan Walimatulurus Perdana 2018 melibatkan 190 pasangan muda yang berlangsung serentak di seluruh kawasan Parlimen di negeri ini hari ini. Majlis yang antara lain bertujuan untuk membantu memudahkan proses perkahwinan serta membantu meringankan bebanan ahli keluarga yang tidak berkempuan.

16. BEIJING 24 Nov. - Pihak berkuasa di wilayah autonomi Xinjiang didakwa menjatuhi hukuman mati terhadap seorang ahli perniagaan etnik Uighur yang beragama Islam kerana menunaikan ibadah haji di Mekah. Portal berita Radio Free Asia melaporkan, Abdughapar Abdurusul yang juga seorang pakar falsafah dari daerah Bakyol di Xinjiang ditahan pada Ogos lalu, menurut adiknya, Abdusattar Abdurusul.

17. KUALA LUMPUR 24 Nov. - Lebih 350 mahasiswa dari seluruh negara berhimpun bagi menuntut janji PTPTN seperti dalam menifesto Pakatan Harapan (PH) di ibu negara di sini hari ini. Perhimpunan anjuran Gamis itu bermula kira-kira pukul 2 petang. Peserta perhimpunan yang berkumpul di Masjid Jamek kemudian berarak melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan Ismail menuju ke pejabat PTPTN di Jalan Yap Kwan Seng.

18. JELI 24 Nov. - Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad melahirkan perasaan syukur dan gembira dengan penegasan kerajaan tidak akan meratifikasi ICERD di negara ini. Mohamad Shukri berkata, beliau berharap semua pihak terutama golongan yang bersikap ‘pelampau’ juga akan menerima keputusan kerajaan itu dengan terbuka.

19. KUALA LUMPUR 24 Nov.- Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat (PPK) memeterai MoU bersama enam pemasar tempatan bagi pemasaran produk sayuran dan buahan segar tempatan keluaran ahli peladang. Enam pemasar tempatan adalah Tesco Malaysia Berhad; Techno Fresh Sdn. Bhd., TF Value Mart, CH Leong Global, Leong Hock Seng dan Agro Processor Sdn. Bhd.

20. PULAU PINANG 24 Nov. - Pengguna lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) di wilayah utara berpeluang mendapatkan tag RFID secara percuma dengan mendaftar di www.plusmiles.com.my/rfid. Pemberian tag RFID secara percuma itu akan diberikan kepada 10,000 pengguna bagi kemudahan transaksi di tiga tol kendalian pihaknya iaitu di Jambatan Pulau Pinang; Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan Jitra, Kedah.

21. KUCHING 24 Nov. - Tiada isu sebenarnya dalam soal Pengerusi PKR Sarawak yang timbul setelah penyandangnya iaitu Menteri Kerja Raya, Baru Bian dikatakan tidak akan dilantik semula. Menurut Ketua Cabang PKR Petra Jaya, Baharuddin Datuk Mokhsen, soal tersebut timbul berkemungkinan terdapat pihak tertentu sama ada musuh luar ataupun sebaliknya ‘spin’ dengan kemasukan Ketua Cabang PKR Julau, Larry Sng.

22. ARAU 24 Nov. - Ratusan ribu penyokong Pas akan tetap mengegarkan perhimpunan membantah ICERD di Kuala Lumpur pada 8 Disember ini. Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, parti itu masih tidak yakin dengan keputusan kerajaan yang difahamkan hanya menanguhkan pengiktirafan konvensyen tersebut, bukan mengambil pendirian membatalkannya.

23. MARAN 24 Nov. - Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa ditipu oleh ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang terlibat dalam urusan perniagaan 1MDB. Kata beliau, jawapannya dalam satu temuramah berkenaan baru-baru ini telah disalah tafsir oleh sebuah portal berita.

24. KUANTAN 24 Nov. - Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menganggap desakan MP Rembau, Khairy Jamaluddin supaya beliau meletak jawatan dan bertanggungjawab terhadap isu ratifikasi ICERD sebagai perkara biasa. Saifuddin berkata, Khairy dilihat menjalankan tugasnya sebagai pembangkang dengan baik kerana berkaitan ICERD adalah keputusan Kabinet.

25. CYBERJAYA 24 Nov.- Sebanyak lapan pasangan disatukan dalam Program Perkahwinan Perdana anjuran JAIS di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah di sini hari ini. Program bermula dengan semua pasangan dinikahkan juru nikah masing-masing sebelum diraikan dalam majlis persandingan yang juga diadakan di Dewan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah.

26. PUTRAJAYA 24 Nov.- Kementerian Pendidikan melahirkan rasa sedih dan dukacita dengan kemalangan yang meragut lima nyawa ahli keluarga dan kakitangan Politeknik Sandakan di Kota Marudu, Sabah semalam. Kemalangan berkenaan mengorbankan tiga Pensyarah Politeknik Sandakan iaitu, Annie Gideon, Suzanie Stephen Galaut dan Esther Michelle Anak Gunben.

27. SEREMBAN 24 Nov. - PKR Cabang Rembau tidak boleh menganggap Dr. S. Streram sebagai calon luar bagi kerusi DUN Rantau kerana beliau telah dipilih sebagai Timbalan Ketua cabang itu dalam Pemilihan PKR baru-baru ini. Pengerusi PKR negeri, Aminuddin Harun berkata, sekiranya Streram tidak mendapat sokongan ahli cabang itu sepatutnya beliau telah ditolak semasa pemilihan berkenaan.

28. IPOH 24 Nov. - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang dipanggil Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) berhubung isu membabitkan Perbadanan Menteri Besar (MB Inc.) pada Isnin ini sedia untuk hadir namun bukan untuk sesi pendengaran awam, kata Ketua Pembangkang DUN Perak, Datuk Saarani Mohamad.

29. ALOR SETAR 24 Nov. - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan menyempurnakan pemasyhuran Jerai Geopark sebagai Geopark Kebangsaan di kaki Gunung Jerai, dekat sini hari ini. Pemasyhuran tersebut dibuat bersempena pertabalan baginda sebagai Sultan Kedah ke-29 baru-baru ini.

30. SEREMBAN 24 Nov. – MB, Aminuddin Harun berjanji situasi beliau dan beberapa exco kerajaan negeri duduk dalam keadaan berhimpit-himpit semasa sidang akhbar tidak akan berulang lagi. Jelasnya, beliau tidak menyedari perkara itu sehinggalah dimaklumkan oleh beberapa pihak dan ia menjadi perhatian dalam laman sosial baru-baru ini.

31. SEPANG 24 Nov. - Kolej Profesional dan Pengurusan KLIA menerima perakuan Standard Malaysia (MS) ISO 9001:2015 kerana berjaya memenuhi standard SIRIM. Perakuan itu diumumkan dalam Majlis Konvokesyen Kolej Profesional dan Pengurusan KLIA Kali Keenam yang berlangsung di sini hari ini.

32. TAIPING 24 Nov. - Timbalan YDP Agong, Sultan Nazrin Shah bertitah membina sebuah ‘Negara Bangsa’ merupakan satu proses yang kompleks, rumit dan berterusan. Beginda bertitah pelbagai istilah penyatuan telah diperkenalkan dengan pelbagai slogan direka cipta, logo dilakar, lirik dikumandangkan, namun ia masih tidak memperlihatkan impak keberkesanannya.

33. JOHOR BAHRU 24 Nov. - Kenyataan MB, Datuk Osman Sapian tentang prestasi GLC negeri mengecewakan tidak berasas dan sengaja dibuat bagi mengelirukan masyarakat. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dakwaan itu tidak dibuat dalam konteks sebenar berserta maklumat lengkap.

34. KUALA LUMPUR 24 Nov. - Siapa sangka kunjungannya ke MAHA 2018 membawa tuah kepada pasangan suami isteri Zolkapli Mohd Darus dan Zainah Mat Nor apabila terpilih sebagai pengunjung ke 500,000 hari ini. Mereka berdua yang menetap di Sungai Gadut, Negeri Sembilan berjaya membawa pulang penapis air jenama Cuckoo berharga RM4,000 sumbangan Lembaga Pertubuhan Peladang.

35. ISKANDAR PUTERI 24 Nov. - Seramai 105 individu ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah dalam Op Khas Bersepadu Wilayah Iskandar Puteri yang dijalankan bermula pukul 6 petang semalam di sekitar Iskandar Puteri, di sini. KPD Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata, operasi bersepadu itu dilakukan ke atas beberapa premis, antaranya restoran 24 jam, premis hiburan dan rumah kongsi.

36. NIBONG TEBAL 24 Nov. - Lelaki yang rentung dalam kebakaran rumahnya semalam dipercayai bertindak menyimpah petrol dan membakar ibu mertuanya sebelum kediamannya di Taman Cegar, Simpang Ampat di sini turut musnah dalam kebakaran. Berdasarkan siasatan yang dijalankan mendapati lelaki berusia 52 tahun itu bertindak sedemikian ketika dalam keadaan marah dan mabuk pada pukul 6.19 petang semalam.

37. LUMUT 24 Nov. - Kerajaan akan menyelesaikan masalah berkaitan prasarana dan fasiliti yang kurang memuaskan di Pangkalan TLDM di sini. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, kerajaan menerima aduan daripada anggota TLDM agar membaiki beberapa kemudahan di dalam pangkalan berkenaan seperti kuarters kediaman, gelanggang futsal dan lain-lain lagi.

38. SHAH ALAM 24 Nov. – BN Shah Alam membuat laporan polis berhubung kenyataan Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy mengenai isu masyarakat India di negara ini yang didakwanya didiskriminasi seperti tular dalam media sosial, baru-baru ini. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Dendera Billah Zamzuri berkata, pihaknya berbuat demikian berikutan kenyataan Waytha Moorthy itu jelas menafikan realiti yang berlaku di negara ini sejak mencapai kemerdekaan, 61 tahun lalu.

39. BALING 24 Nov. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, penyatuan rakyat menjadi punca mengapa kerajaan akur untuk tidak meratifikasi ICERD seperti diumumkan baru-baru ini. Tegasnya, kesatuan itu ditunjukkan menerusi komitmen dan sokongan padu rakyat yang mahu menyertai himpunan membantah ICERD pada 8 Disember depan.

40. KUALA LUMPUR 24 Nov. - Drama selama dua jam seorang lelaki yang cuba membunuh diri selepas kecewa ditinggalkan kekasih berakhir apabila berjaya diselamatkan pasukan bomba dalam kejadian di pusat beli-belah Suria KLCC, di sini sebentar tadi. Menurut sumber, lelaki berusia 49 tahun tersebut mengalami tekanan perasaan selepas mengalami masalah kewangan, selain ditinggalkan isteri, serta kekasihnya.

41. SHAH ALAM, 24 Nov - Polis Selangor hari ini mendedahkan golongan pelajar universiti adalah antara paling ramai menjadi alat sindiket penipuan komersil di negeri itu apabila membenarkan nama mereka digunakan untuk membuka akaun bank bagi tujuan penipuan seperti ‘Macau Scam’. Ketua JSJK Selangor ACP Harjinder Kaur Gurdial Singh berkata golongan terbabit mudah menjadi mangsa kerana ada antara mereka yang memerlukan wang segera.

42. KENINGAU, 24 Nov - Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna Perodua Alza di Jalan Sook-Tulid berhampiran Kg. Nandagan, dekat sini pagi tadi. Pemangku KPD Keningau ASP Lee Nyuk Kim berkata remaja yang dipercayai warga Filipina berusia 16 tahun tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

43. SRI AMAN, 24 Nov - Menteri Kerja Raya Baru Bian mahu kontraktor yang terlibat dalam pembinaan hospital baharu Sri Aman memastikan projek itu disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan pada Ogos tahun depan. Beliau berkata projek bernilai RM176 juta yang kini hanya 44 peratus siap berbanding 60 peratus yang dijadualkan, dikategorikan sebagai 'projek sakit'.

44. JERTEH, 24 Nov - Masjid Lapan Kubah di Kampung Lapan Kotak, Jerteh mendapat jolokan sebagai Masjid Russia. Masjid yang dibina dengan senibina seakan-akan St Basil Cathedral di Moscow, Russia menarik perhatian orang ramai. Kombinasi warna kubah yang dicat berwana warni menambah keunikan dan kecantikan masjid ini.

45. KUALA LUMPUR, 24 Nov - PM Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN ke-25 yang akan berlangsung pada 28 Nov ini di sini. Bertemakan ‘Promoting Green Jobs for Equity and Inclusive Growth of ASEAN Community’, mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran dan disertai Menteri-Menteri Buruh dari semua negara ASEAN.

46. SERDANG, 24 Nov - Jika 15 tahun lalu beliau hanya peniaga burger kecil-kecilan di tepi jalan di Jitra, Kedah, kini beliau berazam untuk mempunyai sebuah perniagaan francais besar seperti McDonald’s. Bagi Yusof Ishak, 45, Pengasas Bersama francais Oblong Burger, beliau yakin hasratnya itu mampu dicapai dalam tempoh 15 tahun lagi.

47. KUALA LUMPUR, 24 Nov – KKM telah mengarahkan satu syarikat yang dikesan membekal dan menjual produk mengandungi bahan aktif losartan menghentikan pembekalan dan penjualan produk tersebut di negara ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata arahan itu adalah sehingga syarikat dapat mengesahkan produk yang digunakan dalam rawatan tekanan darah tinggi tersebut tidak mengandungi impurity N-nitrosodiethylamine (NDEA).

48. BATU PAHAT, 24 Nov - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda di Dataran Penggaram, di sini, hari ini. Keberangkatan tiba baginda dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah kira-kira pukul 3.00 petang disambut kira-kira 10,000 rakyat Johor yang membanjiri dataran berkenaan.

49. KUALA LUMPUR, 24 Nov - Malaysia bakal mempunyai universiti wakaf pertama di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), kata Timbalan Menteri di JPM (Agama) Fuziah Salleh. Bagi merealisasikan hasrat itu, dua kolej universiti di bawah MAIWP iaitu Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS) dan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) akan digabungkan menjadi universiti wakaf.

50. IPOH, 24 Nov - Penduduk dan pengunjung di bandar raya ini bakal berpeluang menikmati keindahan Ipoh tanpa perlu risau tentang pengangkutan apabila perkhidmatan bas ‘Hop-On Hop-Off’ beroperasi bulan depan. Exco negeri, Tan Kar King berkata untuk permulaan, perkhidmatan itu akan mengambil penumpang di lapan perhentian antaranya Stesen Keretapi Tanah Melayu Ipoh, SMK St. Michael, bangunan The Octagon, Little India serta Masjid Datuk Panglima Kinta.

51. LANGKAWI 24 Nov. – PM Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan keyakinan bahawa ‘pembersihan’ dalam jentera pentadbiran Kerajaan Persekutuan akan berjaya dilakukan sepenuhnya sekali gus dapat menggembalikan status negara sebagai Harimau Asia. Pembersihan jentera kerajaan daripada amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan itu perlu juga segera dilakukan demi memulihkan keyakinan rakyat kepada penjawat awam.

52. BACHOK 24 Nov. - Seorang warga emas ditemukan maut dalam keadaan terbaring bersama motosikalnya di dalam parit tidak jauh dari simpang masuk ke Wat Siam Pathumviharn, Kg. Balai, di sini hari ini. Mayat Abdul Aziz Jusoh, 63, dari Kampung Wakaf Pohon Tanjong, Perupok ditemukan orang awam bersama motosikal jenis Honda C70 kira-kira pukul 12.45 tengah hari ini.

53. SEREMBAN 24 Nov. - Pro-Canselor USIM, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz berkenan merasmikan Pesta Konvokesyen USIM 2018 (CFEST 2018) di sini malam tadi. Program tahunan yang diadakan sempena Majlis Konvokesyen USIM Ke-16 itu turut dimeriahkan dengan acara Nocturnal Run 3.0 sejauh lima kilometer yang diadakan di sekitar universiti berkenaan.

54. KUALA TERENGGANU 24 Nov.- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu yang baharu dijangka akan dilantik mulai awal tahun depan bagi memberi nafas baharu dan memacu kebangkitan semula parti yang lesu itu di negeri ini. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberi bayangan tersebut selepas beliau mengesahkan akan melepaskan jawatan yang dipertanggungjawab kepadanya dalam waktu terdekat.

55. MELAKA 24 Nov. - Walaupun kerajaan semalam mengumumkan untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), lebih 2,000 orang berhimpun dan berarak di negeri ini malam ini sebagai tanda protes atas cubaan mengganggu-gugat keamanan di negara ini.

56. PORT DICKSON 24 Nov. – KPLB akan mempertimbangkan permintaan kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) berstatus kontrak supaya mereka diserap sebagai kakitangan tetap. Timbalan Menterinya, R. Sivarasa berkata, beliau akan berbincang tentang perkara itu dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd. Harun.

57. PAKISTAN 24 Nov. - Kumpulan pengganas Daesh mengaku bertanggungjawab terhadap serangan bunuh diri di sebuah pasar di wilayah barat laut Pakistan yang meningkat kepada 33 orang. Serangan itu berlaku ketika bazar pada Jumaat di Kalaya, sebuah bandar di kawasan suku kaum Orakzai yang didominasi kaum Syiah.

58. LONDON 24 Nov. - Putera Harry dan isteri, Meghan Markle akan berpindah ke sebuah kediaman bersejarah di Windsor Estate milik keluarga diraja awal tahun depan. Pasangan itu menerima gelaran Duke dan Duchess of Sussex selepas berkahwin di Windsor pada Mei lalu, akan tinggal di Frogmore Cottage, sebuah rumah dua tingkat berhadapan Windsor Home Park dekat dengan istana.

59. MELAKA, 24 Nov - Lebih 3,000 pengunjung tempatan dan antarabangsa hadir memeriahkan perasmian Festival Antarabangsa Sungai Melaka (FASM) 2018 di Dataran Sungai Melaka di sini, hari ini. Perasmian festival kali ke-12 itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dan turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Adly Zahari serta barisan exco kerajaan negeri.

60. SIBU, 24 Nov - Meskipun sudah banyak disiarkan di akhbar dan peringatan berterusan pihak polis, masih ada yang menjadi mangsa penipuan Macau atau “Macau Scam”. Kes terbaharu melibatkan seorang guru wanita berusia 49 tahun yang kerugian RM20,000 selepas ditipu penjenayah tersebut pada Khamis lalu.

BERITA SUKAN:

1. MANCHESTER 24 Nov - Pengurus Manchester United, Jose Mourinho tidak percaya Alexis Sanchez akan meninggalkan pasukan pada Januari ini tetapi tidak akan menahan jika pemain Chile itu mahu keluar daripada Old Trafford. Sanchez bergelut dengan prestasi sejak berpindah daripada Arsenal dan hanya memanaskan bangku simpanan ketika tewas 3-1 kepada Manchester City sebelum rehat antarabangsa.

2. LONDON 24 Nov - Pengendali Arsenal Unai Emery berkata, kapten Laurent Koscielny makin hampir kembali beraksi dan bakal melakukan penampilan pertama musim ini minggu depan bersama skuad bawah-23 kelab itu. Koscielny diketepikan selepas mengalami kecederaan ‘tendon achilles’ sejak Mei lalu tetapi menurut Emery, pemain pertahanan tengah itu kembali berlatih bersama pasukan selepas tamat rehat antarabangsa.

3. MANCHESTER 24 Nov - Jose Mourinho menyambung semula perbalahan dengan bekas penjaga gol antarabangsa Sepanyol, Iker Casillas selepas mendakwa legenda Real Madrid itu adalah dalang di belakang kempen menyingkirkan David De Ge dari skuad kebangsaan.

4. MADRID 24 Nov - Alaves melepaskan peluang menduduki tangga teratas La Liga selepas tewas mengejut di Leganes 1-0, awal pagi tadi. Jaringan tunggal Youssef En-Nesyri itu membolehkan Leganes keluar daripada zon penyingkiran. Penyerang itu menggembirakan penyokong tuan rumah tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama apabila merembat kencang ke gawang lawan selepas mendapat hantaran Jonathan Silva dalam kotak penalti.

5. MANCHESTER 24 Nov - Pep Guardiola berkata, Manchester City tidak akan membeli pemain pada Januari ini, untuk menggantikan Benjamin Mendy dalam tempoh jangka pendek selepas pemain berkenaan mengalami kecederaan.

6. LILLE 24 Nov - Jo Wilfried Tsonga enggan menurut arahan doktor ketika menentang Marin Cilic pada final Piala Davis awal pagi tadi dan akibatnya dia tewas ‘straight-set’. Kekalahan 6-3, 7-5, 6-4 itu menyukarkan impian Perancis mempertahankan kejuaraan selepas Jeremy Chardy tewas kepada Borna Coric.

7. ABU DHABI 24 Nov - Mercedes AMG PETRONAS sudah bersedia untuk menghadapi peraturan baru membabitkan penggunaan bahan api pada saingan Formula Satu musim depan dalam usaha mengekalkan kejuaraan berganda yang sudah dimenangi selama lima musim berturut-turut. Berdasarkan peraturan baru itu, semua jentera F1 perlu mengisi 110kg bahan api berbanding 105kg yang digunakan musim ini dalam usaha memaksimumkan pemanduan ketika perlumbaan.

8. KUALA LUMPUR 24 Nov - Pasukan Terengganu melakar kejutan melangkah ke peringkat akhir, Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan kali ke-40 selepas menewaskan Johor, 25-24, petang tadi. Dalam perlawanan yang cukup mendebarkan di Stadium Juara Bukit Kiara itu, Terengganu yang diketuai Che Huda Shakimah Che Shamsuddin berdepan tentangan sengit pasukan pilihan, Johor sehingga ke wisel penamat.

9. KUALA LUMPUR 24 Nov. – Hasrat untuk menyaksi Malaysia melangkah ke peringkat separuh akhir Piala AFF akhirnya tercapai apabila skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu berjaya menewaskan Myanmar 3-0 dalam aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

10. LONDON 24 Nov. – Maurizio Sarri tidak mahu Chelsea mendapatkan mana-mana pemain baharu Januari ini kerana dia mahu terus memperbaiki skuad sedia ada. Chelsea kini berada di kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris, ketinggalan empat mata di belakang pendahulu Manchester City selepas 12 perlawanan.
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 63
Posts: 4274
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 77 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Mon Nov 26, 2018 10:15 am

BERITA HARI INI - 26/11/2018 (by: MJI)

1. KUALA LUMPUR 25 Nov. - UMNO tetap meragui pengumuman kerajaan PH untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) selagi perkara tersebut tidak dibawa ke Parlimen bagi diputuskan, kata Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

2. PETALING JAYA 26 Nov. - Laporan penuh mengenai "damage control" yang dilaksanakan oleh kerajaan PH selepas mengambil alih pentadbiran negara akan dikeluarkan tahun depan, kata PM Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya laporan itu akan mengandungi butiran mengenai hasil tindakan oleh kerajaan sekarang dalam menangani masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan sebelum ini.

3. KUALA LUMPUR 25 Nov.- Firma guaman, Shafee & Co, yang mewakili bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak, mendakwa pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad berhubung tindakan Najib mengarahkan laporan audit 1MDB dipinda adalah bersifat politik. Firma guaman itu turut mendakwa, kenyataan Dr. Madinah tersebut di buat atas arahan Kabinet.

4. SEREMBAN 25 Nov. - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, 73, akan dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada Selasa ini. Pemasyhuran beliau akan disempurnakan oleh Canselor USIM, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

5. CYBERJAYA 25 Nov. - Kerajaan Negeri Selangor menolak dakwaan bahawa pemberian air percuma hanya kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan bukan lagi seperti sekarang yang dinikmati semua lapisan masyarakat mempunyai kaitan dengan penstrukturan semula industri air di negeri tersebut. MB, Amirudin Shari berkata, ini kerana penstrukturan tersebut tidak menggunakan sebarang dana daripada kerajaan negeri.

6. LANGKAWI 26 Nov. - Syarikat pengurusan hotel profesional yang beroperasi di dalam dan luar negara, Ri-Yaz Hotels and Resorts iaitu anak syarikat Kumpulan Ri-Yaz hari ini melancarkan resort terbaharunya, Dash Resort Langkawi di Pantai Tengah di sini. Perasmian majlis itu disempurnakan oleh PM Tun Dr. Mahathir Mohamad yang diiringi isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali ke majlis itu.

7. KUALA LUMPUR 25 Nov. - Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad mengesahkan laporan akhir pengauditan 1MDB telah dipinda atas arahan bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak. Laporan itu ada menyebut kehadiran Low Taek Jho atau Jho Low dalam salah satu mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, namun Najib menerusi Ketua Setiausaha Sulit beliau, Tan Sri Shukry Salleh mengarahkan perenggan itu digugurkan atas alasan ia sensitif dan bagi mengelak fakta diputarbelitkan pihak pembangkang.

8. KUALA LUMPUR 25 Nov.- Seorang peserta konvoi motosikal maut manakala tujuh lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Km 405, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Kuala Kubu Bahru, Selangor hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakan-rakannya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dekat sini dan Hospital Tanjung Malim, Perak bagi menerima rawatan lanjut.

9. KUALA LUMPUR 25 Nov.- Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut selepas terjerut besi buaian di sebuah taman permainan di Taman Metropolitan Kepong di sini semalam. Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu dipercayai berlaku ketika mangsa bersama saudara maranya bermain buaian di kawasan itu. KPD Sentul, ACP S. Shanmugamoorthy berkata, ketika sedang bermain tiba-tiba kepala si mati telah tersangkut pada besi buaian tersebut.

10. BUKIT MERTAJAM 25 Nov. - Seorang pemandu lori berstatus duda ditahan polis bersama dadah seberat hampir 4kg di kawasan Rawat dan Rehat, Juru Utara, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini malam tadi. KPD Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Hamid berkata, sepasukan anggotanya menahan suspek yang berusia 41 tahun di kawasan letak kereta di situ kira-kira pukul 10.35 malam tadi.

11. REMBAU 25 Nov. - Timbalan Ketua PKR Cabang Rembau, Dr. S. Streram yakin mempunyai kelebihan untuk mengatasi Datuk Seri Mohamad Hasan jika beliau dicalonkan dalam PRK DUN Rantau. Pakar bius itu berkata, walaupun menganggap dirinya calon ‘underdog’, hasil maklum balas menunjukkan beliau mendapat sokongan daripada masyarakat berbilang kaum di kawasan berkenaan.

12. KUALA TERENGGANU 25 Nov. - Isu remeh-temeh seperti terlupa membeli ikan dengan sikap leka suami di samping keberatan membawa isteri berjalan-jalan ekoran faktor kewangan turut menjadi punca konflik sehingga berlakunya penceraian dalam kalangan pasangan Islam di negeri ini, kata Exco negeri, Mohd Nor Hamzah.

13. KOTA BHARU 25 Nov. - Nasib malang menimpa dua remaja apabila maut selepas motosikal jenis Honda TS150 ditunggang mereka melanggar seekor lembu sebelum terjatuh di atas jalan dan digilis sebuah kereta di Kg. Simpang Cabang Tinggi Sabak, Pengkalan Chepa, di sini malam tadi. Penunggang motosikal, Muhammad Aideed Mohd. Roslan, 17, serta sepupunya, Muhammad Emdy Syazwan Md. Norrizan, 17, yang membonceng di belakang mengalami kecederaan parah dan maut serta-merta di lokasi kejadian.

14. KUALA LUMPUR 25 Nov. - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman hari ini berkenan merasmikan Pusat Sehenti Kucing Selangor (SCC) sempena hari keempat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018. Yang turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub dan isteri, Datin Fatimah Taha.

15. KUALA LUMPUR 25 Nov. - Kayu gaharu sememangnya menjadi rebutan ketika ini. Bahan tersebut yang menjadi agen pewangi boleh dijual dengan harga yang tinggi sehingga RM70,000 sekilo di luar negara. Sebuah syarikat, Gaharu Resources Sdn. Bhd. telah bekerjasama dengan peneroka Felda Trolak Utara dalam menghasilkan kayu gaharu.

16. BENTONG 25 Nov. - Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini melancarkan pes asam pedas dan pes rendang betawi yang akan dihasilkan serta dikomersialkan oleh Penjara Bentong. Kedua-dua pes yang diambil daripada buku ‘Air Tangan Tengku Puan Pahang’ itu akan dihasilkan oleh penghuni wanita di penjara tersebut sebelum dikomersialkan ke seluruh negara.

17. KUALA LUMPUR 25 Nov. - UMNO menerima keputusan kerajaan PH untuk tidak meratifikasi ICERD. Bagaimanapun, parti berteraskan orang Melayu itu mempersoalkan adakah triti berkenaan akan diratifikasi pada masa hadapan kerana PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menyatakan komitmen kepada pelaksanaannya di UNGA, September lalu, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

18. KUALA LUMPUR 25 Nov. - Hasrat seorang kanak-kanak penghidap kanser retinablastoma dan ketumbuhan otak menjejakkan kaki ke Menara Kuala Lumpur tercapai apabila berjaya menjejakkan kaki di mercu tanda ibu kota itu hari ini. Saffiyah Nur Zahra, 7, masih mampu untuk tersenyum walaupun kansernya kini berada di tahap akhir.

19. KUALA LUMPUR 25 Nov. - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi amaran kepada peniaga-peniaga yang membuka gerai secara haram di sekitar tapak MAHA 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dekat sini. KSUnya, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan berkata, memasuki hari keempat hari ini, ratusan peniaga haram telah dikesan pihaknya dan lokasi popular mereka menjalankan aktiviti itu adalah di kawasan parkir kenderaan.

20. KUALA LUMPUR 25 Nov. – MAHA 2018 akan melanjutkan waktu operasinya sehingga pukul 10 malam berikutan sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung. KSU Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan berkata, walau bagaimanapun hanya 10 lokasi sahaja yang terlibat dengan pelanjutan itu bermula hari ini.

21. LANGKAWI 25 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa kerajaan tidak mempunyai kepakaran dalam bidang perniagaan terutama membabitkan sektor pelancongan. Sehubungan dengan itu, kata Perdana Menteri itu, pihaknya mengalu-alukan kerjasama syarikat swasta dalam membangunkan sektor pelancongan di negara ini termasuk di Langkawi.

22. KOTA BHARU 25 Nov. - Hampir 40 peratus daripada lebih 60,000 banduan di penjara seluruh negara mengalami masalah mental di mana majoritinya disebabkan kesan pengambilan dadah sintetik. Timbalan KP Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Datuk Alzafry Mohamed Alnassif Mohamed Adahan berkata, jumlah tinggi itu berikutan populasi dalam penjara sendiri yang dihuni 60 peratus banduan akibat kesalahan berkaitan dadah.

23. MARANG 25 Nov. - Selain hujan yang tidak menentu, sudah menjadi rutin, musim cuti sekolah yang agak panjang pada penghujung tahun suasana turut diwarnai program berkhatan beramai-ramai kalangan kanak-kanak sana-sini. Program sebegini yang lazimnya digerakkan oleh pelbagai pihak bukan sahaja membantu mengurangkan perbelanjaan tetapi juga menjadi suatu majlis yang dapat merapatkan lagi perhubungan dalam kalangan masyarakat.

24. PARIT 25 Nov. - Kegiatan sekumpulan lima lelaki yang diketuai remaja berusia 16 tahun memecah masuk dan samun sebuah kedai runcit di Bota tumpas dengan penahanan kesemua mereka baru-baru ini. KPD Perak Tengah, Supt. Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua suspek berusia 16 hingga 28 tahun itu diberkas dalam tangkapan berasingan di sekitar Bota pada Jumaat lalu.

25. KUALA LUMPUR 25 Nov. - Seorang lelaki maut selepas dipercayai dipukul di kawasan rumahnya di Blok G, Taman Putra Damai, Lembah Subang, dekat sini pagi tadi. Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.20 malam ketika mangsa, 42, yang sedang tidur di rumahnya didatangi kira-kira tujuh suspek lelaki dan dibawa keluar ke lokasi kejadian sebelum dipukul.

26. JOHOR BAHRU 25 Nov. - Pasukan Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir berjaya membawa turun seorang lelaki yang cedera dan patah tulang paha ketika beriadah di Gunung Ledang, Tangkak hari ini. Pihak bomba menerima laporan tentang kejadian pukul 1.06 petang sebelum sebuah jentera dengan lapan anggota bergegas ke tempat kejadian.

27. KOTA BHARU 21 Okt. - Cadangan Kerajaan Pusat untuk melantik lima wakilnya bagi menganggotai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kesemua 681 kampung di seluruh negeri ini akhirnya diterima Kerajaan Pas Kelantan. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, mengikut pembaharuan diperkenalkan kerajaan PH, setiap MPKK yang menggantikan peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bakal dianggotai 16 individu.

28. KUALA LUMPUR 25 Nov. - Dua beradik perempuan dipercayai menjadi mangsa dera pengasuhnya di Sungai Buloh sejak Semptember lalu. Ibu kepada dua kanak-kanak perempuan itu menerusi akaun Facebooknya memberitahu, kesan lebam pada anaknya disedari hampir setiap kali menjemput mereka dari rumah pengasuh. Jelasnya, alasan yang diberi pengasuh ketika ditanya mengenai kesan lebam ialah akibat terjatuh ketika berada di bilik air.

29. KUANTAN 25 Nov. - Program Kebajikan dan Khidmat Imigran kelolaan Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) diperluas ke seluruh negara selepas mendapat sambutan menggalakkan dari warga asing. Presidennya, Datuk Zuhairi Ab. Kadir berkata, khidmat Peka menerusi program berkenaan yang sebelum ini hanya dilaksanakan di sekitar Lembah Klang mendapat maklum balas positif dari peserta antaranya dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Nepal.

30. KUALA LUMPUR 25 Nov. - Usahawan tani wanita di negara ini berpeluang untuk mendapat pembiayaan mikro sehingga RM30,000 melalui skim Agro Nisaa'i khusus untuk golongan itu. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, inisiatif kerajaan melalui Agrobank itu digerakkan melalui pembentukan kumpulan dengan lima orang ahli.

31. JOHOR BAHRU 25 Nov. - Dapatan Jawatankuasa Khas tentang kebakaran di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) dua tahun lalu perlu dibentang dalam mesyuarat Kabinet terlebih dahulu sebelum didedah kepada umum. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, laporan siasatan berhubung kejadian yang mengorbankan enam nyawa itu telah lengkap.

32. KUALA LUMPUR 25 Nov. - Sebahagian besar rakyat Selangor kini tidak lagi dapat merasa air percuma seperti dahulu. Ini kerana, seperti yang dibentangkan MB, Amirudin Shari dalam Belanjawan Selangor 2019 baru-baru ini, bantuan air percuma ini hanya akan dinikmati golongan berpendapatan rendah (B40) sahaja sedangkan sebelum ini, ia diberikan kepada semua rakyat Selangor tanpa mengira tingkat pendapatan.

33. KUALA LUMPUR 25 Nov. - Penyanyi rock legenda, Amy Search menjadi antara empat usahawan pertama kopi berperisa nanas di Malaysia. Amy Search menggunakan jenama Kopi Nanas Phewitt sementara tiga jenama lagi adalah Kopi Nanas Maisara, Kopi Nanas Anasia dan Kopi Nanas Ngences. Kopi nanas hasil usahasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dibangunkan menggunakan biji kopi dan buah nanas terpilih di Malaysia.

34. KUALA TERENGGANU 25 Nov. - Kerajaan Pas kembali melaksanakan pengecualian cukai taksiran dan menghapus kira cukai tertunggak untuk semua premis kediaman di negeri ini berkuat kuasa 1 Januari 2019. Langkah yang pernah diambil semasa Pas memerintah pada penggal 1999-2004 lalu, dan sekali lagi dijadikan tawaran kepada rakyat dan manifesto parti itu dalam Pilihan raya Umum Ke-14, secara keseluruhannya dianggarkan bernilai RM14.7 setahun.

35. MELAKA 25 Nov. - Lebih 100 ahli Parti Amanah Negara (Amanah) Cawangan Kampung Paya Rumput Jaya Hilir hari ini mengisytiharkan untuk keluar daripada parti itu akibat krisis dalaman melibatkan jawatan dalam Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

36. KANGAR 25 Nov. - Seorang ibu tidak dapat menahan sebak ketika berada di sisi anak kesayangannya yang sudah tidak bernyawa di bahu jalan, di Kampung Syed Omar, di sini hari ini. Bergenang air mata wanita itu saat mengusap kepala anaknya ketika menanti pasukan perubatan memeriksa keadaan mangsa yang sebelum itu terlibat dalam kemalangan kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

37. KUALA TERENGGANU 25 Nov. - Kerajaan negeri memperuntukkan RM2.015 bilion bagi Bajet 2019 yang mencatatkan peningkatan berbanding RM1.996 bilion tahun ini bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri dalam suasana mencabar. MB, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika membentangkan bajet itu berkata, pada masa sama kerajaan negeri turut menjangkakan memperoleh hasil RM2.015 bilion sekali gus menjadikan Bajet 2019 sebagai bajet berimbang.

38. KUCHING 25 Nov. - Gloria Jeans Coffee (GJC) memberikan 25 peratus potongan pada 'Hari GJ' yang dibuat setiap 25 haribulan di cawangan-cawangan di seluruh negara. Menurut Ketua Transformasi dan Pemasaran Wonderful Lifestyle Sdn. Bhd. , selain potongan tersebut terdapat promosi minuman krismas iaitu 'Star Sparkles dan 'Candy Cane' serta 'Magical Maple Moments'.

39. KUALA TERENGGANU 25 Nov. - Seramai 12,611 penjawat awam di negeri ini akan menerima insentif sebanyak RM500 sebagaimana di peringkat Pusat sebagai penghargaan atas komitmen mereka yang turut meletakkan negeri ini antara yang terbaik dalam pentadbiran. Ketika membentangkan Bajet 2019 dalam sidang DUN hari ini, MB, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, insentif yang keseluruhannya berjumlah kira-kira RM6.3 juta itu akan dibayar Disember depan.

40. KUALA LUMPUR 25 Nov. - Seorang lagi peserta konvoi motosikal yang terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah treler di Kilometer 405, Lebuh raya Utara Selatan arah utara berhampiran Kuala Kubu Bahru, Selangor hari ini meninggal dunia. Mangsa, Muhamad Nur Shafiq Kamil Mukmin,18, meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital Sungai Buloh. Terdahulu, rakannya, Mohamad Faridzuan Shariff, 20, maut di lokasi kejadian.

41. MUAR 25 Nov. - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu masih belum mendapat butiran terperinci mengenai 100 ahli termasuk Pengerusi Cawangan Kampung Paya Rumput Hilir, Tangga Batu di Melaka yang didakwa keluar parti. “Saya belum dengar dan dapat maklumat (lanjut) lagi (berkaitan keluar parti),” katanya.

42. KUALA LUMPUR 25 Nov. – TM merupakan antara GLC yang banyak menerima kesan selepas kerajaan PH mengambil alih pentadbiran negara, 9 Mei lalu. Ini berikutan janji kerajaan untuk menurunkan harga jalur lebar sehingga 25 peratus menjelang hujung tahun ini sebagai sebahagian daripada langkah mengurangkan kos sara hidup yang tinggi.

43. PUTRAJAYA 25 Nov. – SPRM telah memulakan siasatan berkaitan dakwaan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB yang didedahkan baru-baru ini. SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, suruhanjaya itu juga telah meneliti dokumen asal laporan tersebut untuk dibandingkan dengan draf akhir yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara.

44. SUNGAI SIPUT 25 Nov. - Peserta perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang akan diadakan di ibu negara, 8 Disember ini dinasihatkan supaya menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan kekacauan, provokasi dan rusuhan, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

45. PORT DICKSON 25 Nov. - Ribuan penduduk di daerah ini dihimpit kesulitan selepas bekalan air terjejas akibat kejadian tebing runtuh di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi dekat sini sejak Khamis lalu. Seorang penduduk, Jamil Khamis, 54, berkata, gangguan bekalan air yang masuk hari ketiga hari ini menyulitkan urusan seharian penduduk.

46. SUNGAI SIPUT 25 Nov. - UMNO Perak mendakwa wujudnya gerakan yang serius untuk menjatuhkan MB, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu oleh beberapa orang exco kerajaan negeri menerusi usul undi tidak percaya di DUN. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad yang mendedahkan perkara itu mendakwa, rancangan tersebut hendak dilaksanakan oleh beberapa exco berkenaan dengan cuba memujuk sekurang-kurangnya lima ADUN BN supaya menyokong usul undi tidak percaya yang akan dibuat di DUN.

47. KUALA LUMPUR, 25 Nov - Kongres Tolak Ratifikasi ICERD yang berlangsung di sini hari ini menyambut baik keputusan kerajaan tidak akan meratifikasi ICERD. Resolusi yang dicapai oleh kongres itu antara lain menyebut , "Kongres percaya pendirian ini selaras dengan prinsip keluruhan Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya terkandung kontrak sosial antara bangsa Melayu dan kaum-kaum lain."

48. KUALA LUMPUR, 25 Nov - Polis menahan pemandu lori yang melanggar sekumpulan konvoi motosikal di KM 405 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara di Lembah Beringin dekat sini, hari ini. KPD Hulu Selangor Supt Lim Bak Phai berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

49. KUALA LUMPUR, 25 Nov - Agrobank hari ini melancarkan Program Pembiayaan Mikro Agro Nisaa’-i yang dikhusus bagi agropreneur wanita (usahawan tani wanita). Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya Syed Alwi Mohamed Sultan berkata, bank itu berharap pembiayaan tersebut akan dapat membantu meningkatkan taraf hidup usahawan wanita terutamanya golongan B40.

50.. DOHA, 25 Nov - TPM Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melakukan kunjungan hormat kepada Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani di pejabatnya di sini. Dr Wan Azizah yang sedang dalam lawatan rasmi tiga hari ke Qatar tiba di Emiri Diwan Corniche, pejabat Emir itu pada 9.30 pagi waktu tempatan.

51. BATU PAHAT, 25 Nov - Polis menahan sembilan lelaki serta seorang remaja perempuan, dan merampas tujuh motosikal, di samping menjumpai dua rangka motosikal yang disyaki kenderaan curi, dalam beberapa tangkapan kes curi motosikal sekitar daerah ini sepanjang minggu lepas. KPD Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim berkata suspek yang berumur antara 16 dan 37 tahun itu dipercayai baru sebulan bergiat aktif dalam kegiatan itu.

52. MUAR, 25 Nov - Sebanyak 184 veteran tentera dan 28 balu hari ini menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) bagi peringkat negeri Johor dalam satu majlis yang diadakan di Dewan SBJ, Bakri di sini hari ini. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata tujuan penyampaian pingat itu adalah bagi menghargai dan mendekati para veteran tentera serta balu yang telah banyak menyumbang bakti kepada negara.

53. ALOR SETAR, 25 Nov - Seorang wanita yang sedang sarat mengandung dan dalam perjalanan ke hospital Kulim untuk bersalin antara dua yang maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di persimpangan lampu isyarat Kulim Hi-Tech dekat Kulim pagi tadi. Maziah Shaa’ri, 31, dan adik iparnya Muhammad Ghani Abd Razak, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala dan anggota badan.

54. KUALA TERENGGANU, 25 Nov - Kerajaan negeri Terengganu akan menyediakan peruntukan khas RM30 juta bagi mengurus dan membangun Tasik Kenyir, tahun depan. MB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peruntukan itu amat bertepatan kerana Tasik Kenyir adalah salah satu lokasi tumpuan utama pelancong berikutan faktor keindahan semulajadi dan kepelbagaian flora serta fauna yang dimilikinya.

55. PETALING JAYA, 25 Nov - Persembahan "An Evening of Jazz with Razman" di Sunway Resort and Spa di sini hari ini berjaya mengumpul sumbangan RM200,000 bagi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami yang melanda Sulawesi, Indonesia bulan lepas. Konsert amal anjuran Jeffery Cheah Foundation itu, yang dihadiri kira-kira 400 tetamu, menampilkan The Seasons 4, yang mempersembahkan beraneka lagu irama jazz klasik.

56. BUKIT MERTAJAM, 25 Nov - Polis menahan dua lelaki kerana terlibat dalam kegiatan curi motosikal di sekitar daerah Seberang Perai Tengah dan Kulim, Kedah, dalam serbuan di Kubang Semang, di sini, semalam. Lelaki pertama berumur 19 tahun ditahan dalam serbuan pada pukul 5.30 petang oleh sepasukan polis yang menjalankan Ops Lejang di kawasan itu, manakala rakannya yang berumur 20 tahun ditahan di sebuah rumah, juga sekitar kawasan yang sama tidak lama kemudian.

57. SIBU, 25 Nov - Sebanyak 20 lagi pusat pembelajaran Al-Quran Albaghdadi dirancang dibuka di Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang sebagai usaha membantu kanak-kanak Islam menguasai kemahiran membaca Al-Quran. Pembukaan pusat-pusat tersebut adalah berikutan sambutan menggalakkan daripada masyarakat Islam terhadap program dijalankan di tiga pusat sedia ada – di Kota Samarahan, Sibu dan Miri.

58. KUALA TERENGGANU, 25 Nov - Pembentangan Bajet Terengganu 2019 yang bertemakan ‘Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera’ turut memasukkan wang royalti minyak dan gas sebanyak RM1.745 bilion sebagai Terimaan Bukan Hasil. MB, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata keputusan memasukkan royalti ke dalam bajet itu adalah bersandarkan kepada komitmen kerajaan pusat menyalurkan royalti tersebut secara terus kepada akaun negeri pengeluar minyak dan gas.

59. JOHOR BAHRU, 25 Nov - Setiap sekolah baharu yang dibina kerajaan selepas ini akan dilengkapi dengan fasiliti mesra OKU, kata Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching. Kerajaan juga akan memperuntukkan RM200,000 untuk proses menaiktaraf setiap buah sekolah kerajaan, termasuk yang berada di luar bandar, bagi menjadikan sekolah kerajaan lebih kondusif untuk warga OKU.

60. KUCHING, 25 Nov - Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen meminta Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberi penjelasan kepada rakyat negeri ini kenapa kerajaan negeri Sarawak melabur dalam projek pembinaan sebuah hospital pakar kanak-kanak di Cheras, Kuala Lumpur.

BERITA SUKAN:

1. KUALA LUMPUR 25 Nov. - Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui tekanan besar yang terpaksa dihadapinya sepanjang minggu ini akhirnya hilang sebaik sahaja melihat pasukannya layak ke separuh akhir Piala AFF setelah menewaskan Myanmar 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

2. BUENOS AIRES 25 Nov. – Perlawanan akhir timbal balik kedua Superclasico Copa Libertadores antara seteru lama River Plate dan Boca Juniors terpaksa ditangguh sehingga, esok ekoran serangan ke atas bas pasukan Boca sehingga menyebabkan ada pemain yang ditimpa kecederaan akibat tingkap yang pecah dan terhidu asap.

3. KUALA LUMPUR 25 Nov. – Calon Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (PBKL), Nik Nazmi Nik Ahmad kesal dengan sikap pihak yang sanggup melibatkan campur tangan Pesuruhjaya Sukan, Datuk Zaiton Othman menangguhkan Kongres pemilihan penggal 2018-2022, 18 November lalu.

4. KUALA LUMPUR 25 Nov. – Kesilapan Myanmar membiarkan gawang mereka terlebih dahulu dibolosi mengundang padah apabila mereka terpaksa akur dengan kekalahan 0-3 kepada Malaysia dalam aksi terakhir Kumpulan A Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

5. LONDON 25 Nov. - Mauricio Pochettino percaya Tottenham mampu melakukan kejutan besar, musim ini, jika mereka terus mengekalkan rentak konsisten seperti yang dipamerkan sewaktu membenam Chelsea 3-1 di Stadium Wembley, hari ini.

6. KUALA LUMPUR 25 Nov. - Skuad Harimau Malaya yang terlebih dahulu menempah tiket ke separuh akhir Piala AFF 2018 sah bakal bertemu Thailand di peringkat tersebut. Anak buah Tan Cheng Hoe akan melayani kunjungan skuad Gajah Perang, Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam aksi separuh akhir pertama sementara perlawanan kedua di Stadium Rajamangala pada 5 Disember.

7. KUALA LUMPUR 25 Nov. - Beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean merangkul kejuaraan terbesar dalam karier mereka apabila menjuarai Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi di Lucknow, India hari ini. Selepas mengejutkan pilihan kedua, Della Destiara Haris-Rizki Amelia Pradipta dari Indonesia semalam, beregu No. 19 dunia itu menundukkan pemain harapan tuan rumah, Ashwini Ponnappa-N. Sikki Reddy 21-15, 21-13 dalam final.

8. LONDON 25 Nov - Arsenal melebarkan rekod tanpa kalah kepada 17 perlawanan dalam semua kejohanan selepas menewaskan Bournemouth 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi. Kemenangan itu menyaksikan skuad bimbingan Unai Emery kini hanya dipisahkan satu mata dengan kelompok empat pasukan teratas liga.

9. ABU DHABI 25 Nov - Juara dunia lima kali yang baharu, Lewis Hamilton meraih kemenangan ke-11 musim ini sebentar tadi selepas dia mengemudi jentera Mercedes miliknya mencipta kejayaan dalam saingan penutup musim dipenuhi kemalangan di Grand Prix Abu Dhabi. Pemandu Britain berusia 33 tahun itu yang bermula di petak pendahulu kali ke-83 buatnya, menang dengan catatan 2.5 saat di depan pencabar utama yang juga juara dunia empat kali dari Jerman, Sebastian Vettel dari Ferrari.

10. MELBOURNE 25 Nov - Kapten pasukan International, Ernie Els sedang mempersiapkan pasukannya untuk pertarungan bersama Tiger Woods di dalam dan juga luar lapangan pada kejohanan Piala President tahun depan, selain menjangkakan juara 14 kali major itu akan beraksi selaku ketua pasukan di Royal Melbourne nanti.
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 63
Posts: 4274
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 77 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Tue Nov 27, 2018 9:47 am

*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI®*
*SINCE 2011 rAp*

*SELASA 27 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 19 RABIULAWAL 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*


😁 *ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA* 🕌
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:32, SUBUH : 05:42, SYURUK : 07:00, ZOHOR : 13:04, ASAR : 16:26, MAGHRIB : 19:01, ISYAK : 20:15.*


*TERKINI SETEMPAT* 🇲🇾
=================


📌 *“SAYA dan Raja Zarith Sofiah tak sabar-sabar nak bertemu rakyat di semua daerah,” titah Sultan Ibrahim Iskandar sebelum memulakan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2018 bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, smlm. Sultan Ibrahim bersama konvoi Diraja Johor berlepas dari Istana Pasir Pelangi pada 8.15 pagi tadi menuju ke Kampung Temenin Baru di Kota Tinggi.*

📌 *TIDAK wujud komplot dalam kalangan EXCO Kerajaan Negeri Perak untuk menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu seperti didakwa UMNO. Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata, dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad itu, adalah tidak berasas dan fitnah serta berniat jahat.*

📌 *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini mendapat perintah tahanan reman lima individu, termasuk seorang pengarah sebuah jabatan kerajaan bergelar Datuk di Johor Bahru. Turut ditahan reman, tiga pegawai daripada jabatan sama dan seorang ahli perniagaan bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.*

📌 *BEBERAPA menteri dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) menggesa tindakan disiplin dikenakan terhadap anggota polis daerah Subang Jaya, susulan isu rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya, awal pagi smlm. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berkata, polis daerah Subang Jaya mengeluarkan kenyataan salah apabila mendakwa rusuhan berpunca daripada perselisihan faham antara dua kumpulan India mengenai perpindahan kuil.*

📌 *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan terus melakukan kawalan dan pemantauan di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, sehingga keadaan disahkan tenang. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kuil itu juga tidak ditutup dan orang ramai masih boleh ke kuil itu untuk melakukan upacara keagamaan.*

📌 *UMNO dan PAS wajar membatalkan perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dijadualkan 8 Disember ini. Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar berkata, himpunan itu tidak akan mempunyai matlamat jika diteruskan, malah dunia akan mentertawakan mereka kerana berdemonstrasi tanpa hala tuju.*

📌 *SYARIKAT pemaju, One City Development Sdn Bhd menafikan tuduhan pihaknya terbabit dalam insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, smlm. Menurut kenyataan dikeluarkan syarikat berkenaan, pihaknya menyifatkan tuduhan dilemparkan terhadap mereka berniat jahat dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan dalam insiden terbabit.*

📌 *LELAKI warga asing dipercayai buruh binaan dibelasah orang ramai selepas didakwa memulakan kebakaran di sebuah rumah kongsi di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, smlm. Pada kejadian 1 tengah hari itu, lelaki berkenaan dilihat keluar dari bahagian belakang rumah kongsi itu dan cuba diselamatkan pihak berkuasa.*

📌 *DALAM tempoh tiga hari pemberian diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman trafik, sebanyak lebih RM1.1 juta saman dijelaskan orang ramai. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, pemberian potongan yang ditawarkan sempena program Plaza Pelangi Biker’s Gathering itu berjaya menarik orang ramai menjelaskan saman mereka.*

📌 *KERAJAAN mempertahankan keputusan mendedahkan beberapa pindaan dalam Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, rakyat berhak mengetahui kebenaran di sebalik pindaan laporan audit yang diarahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.*

📌 *PEMANDU lori yang terbabit dalam kemalangan maut di di Kilometer 405.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, Hulu Selangor, semalam direman selama tiga hari. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bhak Phai berkata pemandu berusia 30 tahun itu ditahan selama tiga hari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.*

📌 *KES pengubahan wang haram dihadapi Datin Seri Rosmah Mansor ditetapkan untuk pengurusan kes Khamis ini, bagi mendengar permohonan ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Peguam Datuk Geethan Ram Vincent yang mewakili Rosmah berkata, pengurusan kes itu akan didengar di hadapan Hakim Nazlan Mohd Ghazali.*

📌 *GANGGUAN bekalan air yang menjejaskan Port Dickson serta sebahagian Seremban dan Rantau akibat tebing runtuh di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi, dijangka pulih sepenuhnya hari ini. Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, sejumlah 34,000 kediaman di Port Dickson dan 8,000 di Seremban serta Rantau menghadapi masalah bekalan air sejak tebing di empangan LRA Sungai Linggi runtuh Khamis lalu.*

📌 *JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang menyelamatkan dan membantu 84 individu yang mengemis sejak Januari sehingga Oktober lalu, agar mereka boleh membina semula kehidupan. Pengarahnya, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, daripada jumlah itu seramai 66 individu terdiri daripada warga tempatan manakala 18 lagi pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNCHR) yang majoritinya etnik Rohingya.*

📌 *PROSIDING kes kematian bayi perempuan berusia 11 bulan akibat didera dan dirogol suami pengasuhnya di Bandar Baru Bangi, baru-baru ini, kekal di mahkamah jenayah. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, berkata, ia idak akan dipindahkan ke Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak kerana membabitkan kes kematian.*

📌 *PERSIDANGAN Dewan Rakyat hari ini gamat apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Datuk Ahmad Maslan (BN UMNO-Pontian) berbalas kilasan dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ia dimulakan oleh Lim yang menyatakan Ahmad amat konsisten mempertahankan 1MDB dan menerima penjelasan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mengenai jumlah hutang ditanggung agensi itu.*

📌 *KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan, smlm, mengumumkan penyingkiran Tan Sri Shukry Mohd Salleh sebagai Pengerusi Lembaga Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) berkuat kuasa serta-merta.*

📌 *LELAKI warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi, smlm, atas pertuduhan membunuh lelaki tempatan berdekatan Jalan Pintu Palang, Blok 5, Petak D12, Ladang Kambau di Kota Tinggi, 4 November lalu.*

📌 *PEMANDU bas yang terbabit dalam kemalangan membawa rombongan staf Politeknik Sandakan ke Kudat hingga mengakibatkan lima maut pada Jumaat lalu, dibebaskan dengan jaminan polis, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, siasatan terhadap pemandu berusia 49 tahun itu sudah selesai.*

📌 *BOT nelayan Vietnam paling banyak dikesan melakukan kesalahan menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata, sebanyak 1,170 bot nelayan asing dikesan menceroboh dari 2006 sehingga tahun ini.*

📌 *TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, smlm, mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan kerana prihatin terhadap isu di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Dalam kenyataan di Twitter rasminya, Tunku Ismail turut berharap projek membaiki kerosakan Unit Rawatan Rapi (ICU) ekoran tragedi kebakaran dua tahun lalu itu dapat dilaksanakan secepat mungkin.*

📌 *LIMA penduduk melecur ketika meredah api untuk menyelamatkan diri dalam kebakaran rumah panjang di Nanga Melayong, Sungai Merurun, di Julau petang semalam. Ketua Balai Bomba Bintangor, Nicholas Belulin berkata, mangsa yang cedera dalam kejadian 4.30 petang itu, termasuk seorang warga emas berusia 80 tahun.*

📌 *TAKTIK sebuah sindiket pemprosesan syabu memilih premis terletak di hujung jalan dan bahagian belakang di Kawasan Perindustrian Hi Tech 5, Semenyih sebagai makmal dadah bagi mengelak dihidu pihak polis terbongkar selepas digempur, Rabu lalu.
Ini berikutan sindiket yang beroperasi hampir setahun lalu itu mahu mengelak bau busuk syabu yang dimasak boleh dihidu pekerja premis lain berhampiran.*

📌 *SUNGAI BULOH: Tertekan dengan masalah dialami serta perasaan ingin tahu antara faktor menyebabkan berlaku kes terpencil membabitkan kes ‘benda’ tersangkut pada kemaluan. Pegawai bomba yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh Rosdi Hainan berkata, beliau pernah membantu dalam kes seumpama sebanyak empat kali sepanjang berkhidmat dalam pasukan bomba sejak 23 tahun lalu.*

📌 *KUALA LUMPUR: Jajah kawasan parkir dan kaki lima premis. Itu yang berlaku ketika pemeriksaan dilakukan petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di deretan kedai makan terletak di Jalan Danau Niaga 1 dan Jalan Usahawan di sini. Pemeriksaan mendapati bahagian dalam premis dipenuhi gerai manakala di luar premis pula diletakkan kerusi meja hingga menghalang lalu lintas di laluan berkenaan.*

📌 *LELAKI maut selepas dibelasah sekumpulan lelaki di tempat letak kereta Blok G, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Putra Damai, Lembah Subang, kelmarin. Dalam kejadian jam 7 pagi, mangsa dikatakan sedang tidur sebelum sekumpulan lelaki masuk ke rumahnya dan menariknya keluar sehingga ke tempat letak kereta berkenaan.*


*SEANTERO BENUA* 🌍
================


🇺🇸 *PORTLAND: Lelaki mendapat padah selepas cuba merasuah pegawai penguatkuasa semata-mata kerana tidak lagi mencintai isterinya.*
*Ini berbeza dengan keadaan sebelum perkahwinan apabila dia sanggup berbelanja besar untuk membawa wanita dicintainya dari El Salvador itu masuk ke Amerika Syarikat dan berkahwin dengannya.*
*Apabila hubungan mereka tidak lagi seperti dulu, lelaki berusia 48 tahun itu merancang untuk mengusir isteri dan anak perempuannya pulang ke El Salvador dengan merasuah seorang pegawai, lapor portal berita di sini.*

🇹🇭 *BANGKOK: Agensi anti rasuah Thailand mengesyaki pembabitan pegawai pendidikan negeri tertentu menggelapkan wang subsidi pendidikan dengan memalsukan nama lebih 200 pelajar.*
*Aktiviti memalsukan nama pelajar bagi tujuan itu menyebabkan kewujudan golongan 'pelajar hantu', lapor portal berita Bangkok Post.*
*Ia juga merujuk kepada pelajar yang mendaftar untuk sekolah tetapi tidak hadir atau tidak menghadiri kelas.*

🇫🇷 *PARIS: Asap akibat perusuh membakar perabot, malah kenderaan di jalan raya menyelubungi Paris ketika ribuan orang menyertai perhimpunan membantah kenaikan harga minyak.*
*Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap penunjuk perasaan ‘Jaket Kuning’ yang memenuhi Paris dengan Champs Elysee menjadi ‘medan perang’.*
*Sebuah treler meletup selepas dibakar di Champs Elysees dan seorang lelaki yang cuba menyerang anggota bomba ditangkap perusuh.*

🇺🇸 *WASHINGTON : Setiausaha Negara Amerika Mike Pompeo semalam menggesa Pakistan mengambil tindakan terhadap individu bertanggungjawab dalam letupan bom di Mumbai pada 2008 susulan ganjaran bernilai AS$5 juta (RM20.9 juta) yang ditawarkan untuk menangkap suspek.*
*Pengumuman berkenaan dibuat pada malam ulang tahun kesepuluh serangan berkenaan yang meragut 166 nyawa dan mencederakan ratusan lain selepas militan Islam dari Pakistan bertindak ganas di pusat kewangan India itu selama tiga hari.*

🇦🇹 *VIENNA: Lebih dari separuh wanita yang maut dibunuh tahun lalu menemui ajal di tangan pasangan atau anggota keluarga sendiri, menjadikan rumah antara tempat paling berbahaya buat golongan itu.*
*Kajian terbaru Pejabat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Mengenai Jenayah dan Dadah (UNODC) yang dibentangkan pada Hari Membanteras Jenayah Terhadap Wanita Antarabangsa semalam menganggarkan bahawa 50,000 atau 58 peratus dari 87,000 kes bunuh membabitkan golongan berkenaan di seluruh dunia tahun lalu dilakukan pasangan atau ahli keluarga.*

🇹🇭 *LIMA penghantar dadah terbunuh dalam kejadian berbalas tembak dengan sepasukan tentera Thailand yang meronda di banjaran gunung Nangnon di daerah Mae Sai, Wilayah Chiang Rai, kira-kira 700 meter dari sempadan Thailand-Myanmar.*
*Pertempuran selama 15 minit itu berlaku lewat malam semalam apabila pasukan tentera mengesan tujuh lelaki membawa karung berisi dadah di hutan berkenaan, kata Rejimen Kavalri Kedua, Pasukan Phanmuang.*

🇹🇷 *SEORANG putera kanan Arab Saudi menyatakan keraguan terhadap laporan Agensi Perisikan Pusat (CIA) bahawa Putera Mahkota Mohammed bin Salman (MbS) mengarahkan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi di Istanbul bulan lalu berkata, agensi itu tidak boleh diharap mencapai rumusan kukuh.*
*”CIA tidak semestinya adalah piawaian tertinggi kesahihan atau ketepatan dalam menilai keadaan. Contohnya banyak,” kata anggota kanan keluarga diraja, Putera Turki al-Faisal, kepada wartawan di Abu Dhabi, semalam.*

🇮🇳 *PEGAWAI polis India berhadapan dengan suku kaum yang membunuh mubaligh Kristian Amerika Syarikat, dalam usaha terbaru mengesan mayat lelaki berkenaan di pulau terpencil itu, kata polis smlm.*
*Pasukan polis, yang menaiki bot ke pulau Sentinel Utara yang ditadbir India semalam, ternampak lelaki puak Sentinelese di pantai, lokasi John Allen Chau, dilihat kali terakhir, kata ketua polis daerah, Dependra Pathak.*
*Menggunakan teropong, pegawai yang berada dalam bot polis kira-kira 400 meter dari pantai, melihat kumpulan lelaki bersenjatakan panah, senjata yang dilaporkan digunakan untuk membunuh Chau ketika mangsa menyampaikan dakyah Kristian kepada mereka.*


*TULAR / POPULAR* 📡
================


👮🏻‍♂ *POLIS memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak mengambil kesempatan dengan menularkan insiden di tapak Kuil Sri Maha Mariamman di Selangor, sehingga boleh menimbulkan ketegangan kaum.*
*Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, beliau percaya ada segelintir kumpulan mempunyai agenda dan niat tertentu apabila menyebarkan isu itu kepada orang ramai.*
*Sehubungan itu, katanya polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas mereka kerana menggugat keharmonian dan keselamatan negara.*

🥬 *KEMENTERIAN Kesihatan menasihatkan pengguna supaya tidak memakan sayur Romaine lettuce yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) berikutan laporan sayur berkenaan dicemari bakteria patogenik Escherichia coli (E-Coli) di negara itu.*
*Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia ada mengimport Romaine lettuce dari AS dan kementerian sudah mengenakan tindakan penguatkuasaan “Tahan, Uji dan Lepas” (TUL) terhadap sayur jenis itu yang diimport.*
*”Pengguna dinasihatkan supaya menyemak label produk untuk mengenal pasti negara asal produk dan pengguna yang sudah membeli sayur Romaine lettuce dari AS dinasihatkan supaya tidak memakannya.*

🕌 *MASJID Lapan Kubah di Kampung Lapan Kotak, Jerteh, yang mendapat jolokan sebagai Masjid Russia kerana seni binanya seakan-akan St Basil Cathedral di Moscow, Russia berjaya menarik perhatian orang ramai.*
*Berdiri gah di kawasan sawah padi di tengah-tengah kampung itu, masjid itu yang dicetuskan pembinaannya oleh Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh, kira-kira enam tahun lalu.*
*Ia kini menjadi antara masjid ikonik yang menjadi tumpuan orang ramai sama ada penduduk tempatan mahu pun rakyat dari negeri luar.*

🦍 *NAYOGA: Seekor gorila menjadi popular di sebuah zoo di bandar ini selepas ribuan pengunjung datang semata-mata untuk melihat dan merakam wajahnya yang tampan.*
*Dalam satu undi yang dilakukan Zoo dan Taman Botani Higashiyama di bandar ini meletakkan gorila berkenaan yang dinamakan Shabani sebagai haiwan paling popular.*
*Daripada 19,316 undian yang dibuat pengunjung dari 6 Oktober hingga 4 November lalu, Shabani menduduki tempat pertama diikuti beruang koala dan gajah.*
*Zoo berkenaan memberitahu, gorila berusia 22 tahun itu popular kerana ramai pengunjung tertarik dengan wajahnya yang tampan dan pandai bergaya di depan kamera.*

👩‍❤‍👩 *HONG KONG: Anak perempuan aktor Jackie Chan, Etta Ng Chok Lam, 19 smlm, mengesahkan sudah berkahwin dengan kekasihnya, selebriti internet warga Kanada, Andi Autumn.*
*Ng memuat naik gambar perkahwinannya bersama pasangan yang masing-masing mengenakan gaun pengantin putih di Instagram sambil memegang sijil perkahwinan bertarikh 8 November 2018.*
*Pada gambar itu juga tertera tulisan Ng “disatukan oleh undang-undang dan cinta, di hari perkahwinan kami”.*
*Ramai pengguna internet turut mendoakan kebahagiaan pasangan itu di Instagram termasuk di Weibo.*


*CERITERA ATLET* ⏱
================


⭐ *TURIN: Cristiano Ronaldo berada pada tahap terbaik dan berazam mahu membalas dendam pada saingan Liga Juara-Juara awal pagi Rabu ini menentang Valencia selepas dilayangkan kad merah berdepan kelab Sepanyol itu pada perlawanan pertama.*
*Juventus pula hanya memerlukan seri di Turin untuk mengesahkan tiket ke pusingan kalah mati pertandingan kelab elit Eropah itu.*
*”Gembira dapat membantu pasukan mencipta satu lagi kemenangan penting,” kata pemain berusia 33 tahun itu menerusi media sosial selepas menjaringkan gol ke-10 buat pasukan gergasi Itali itu Sabtu lalu ketika menang 2-0 ke atas SPAL.*

🏁 *ABU DHABI: Juara dunia lima kali, Lewis Hamilton mengakui tidak mempunyai keinginan tinggi untuk cuba menyamai rekod tujuh kejuaraan dunia dilakar pemandu terhebat sepanjang zaman, Michael Schumacher.*
*Malah tegas pemandu Mercedes AMG PETRONAS itu, dia tidak akan pernah berasa menyesal andai tidak mampu menyamai rekod Schumacher.*
*”Tidak, ketika ini ia bukanlah keinginan utama saya dan bukan juga sesuatu yang menjadi sasaran.*

🏑 *KUALA LUMPUR: Skuad hoki wanita Belanda menjuarai Trofi Juara-Juara di Changzhou, China semalam manakala pasukan lelakinya pula adalah pilihan utama pada kempen Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India.*
*Malangnya Belanda, Jerman dan Pakistan diletakkan bersama Malaysia dalam Kumpulan D - oleh kerana kedudukan Malaysian Tigers di ranking ke-12 dunia.*
*Skuad kendalian Roelant Oltmans membuka kempen Piala Dunia menentang pasukan disegani Belanda yang juga juara dunia tiga kali, Sabtu ini.*

🏸 *KUALA LUMPUR: ‘Magis’ Rosman Razak sebagai ketua jurulatih beregu wanita negara mula membuahkan hasil positif.*
*Dalam tempoh tiga minggu, anak buahnya berjaya meraih dua gelaran antarabangsa-Vivian Hoo-Yap Cheng Wen menjuarai Terbuka Macau pada 4 November lalu manakala Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean bergelar juara kejohanan Antarabangsa Syed Modi di Lucknow, India, semalam.*
*Kedua-dua kejohanan itu bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 300.*

🐯 *KUALA LUMPUR: Taktikal dan corak permainan Thailand sepanjang Piala AFF menjadi ‘bahan kajian’ jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menjelang aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.*
*Justeru, skuad Gajah Perang itu juga perlu berhati-hati dengan perangkap Harimau Malaya walaupun mereka dianggap sebagai pasukan pilihan untuk mara ke final edisi kali ini.*
*Mengakui Thailand memiliki skuad serba lengkap, Cheng Hoe bagaimanapun tidak menafikan kemampuan anak buahnya dalam usaha meraih bekalan selesa sebelum bertandang ke Stadium Rajamangala bagi aksi timbal balik pada 5 Disember depan.*

🦅 *ALOR SETAR: Semangat perjuangan kental bersama Kedah antara sebab pemain berpengalaman Baddrol Bakhtiar tetap memilih untuk terus kekal bersama skuad Lang Merah pada aksi Liga Malaysia musim 2019.*
*Menurutnya, walaupun beberapa kelab ternama sebelum ini ada menghubunginya, beliau tetap memilih Kedah kerana tidak dapat menyembunyikan perasaan semangat dan sayangnya kepada pasukan yang diwakili sejak musim 2005.*
*”Saya sangat terharu serta sebak apabila mengetahui penyokong Kedah masih sayangkan saya dan memberi sokongan berterusan di kala jatuh bangun pasukan selama 13 tahun saya beraksi.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 12
Posts: 3867
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 19 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by Nursahirah74 » Tue Nov 27, 2018 10:56 am

zylajasmine wrote:
Tue Nov 27, 2018 9:47 am
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI®*
*SINCE 2011 rAp*

*SELASA 27 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 19 RABIULAWAL 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*


😁 *ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA* 🕌
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:32, SUBUH : 05:42, SYURUK : 07:00, ZOHOR : 13:04, ASAR : 16:26, MAGHRIB : 19:01, ISYAK : 20:15.*


*TERKINI SETEMPAT* 🇲🇾
=================


📌 *“SAYA dan Raja Zarith Sofiah tak sabar-sabar nak bertemu rakyat di semua daerah,” titah Sultan Ibrahim Iskandar sebelum memulakan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2018 bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, smlm. Sultan Ibrahim bersama konvoi Diraja Johor berlepas dari Istana Pasir Pelangi pada 8.15 pagi tadi menuju ke Kampung Temenin Baru di Kota Tinggi.*

📌 *TIDAK wujud komplot dalam kalangan EXCO Kerajaan Negeri Perak untuk menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu seperti didakwa UMNO. Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata, dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad itu, adalah tidak berasas dan fitnah serta berniat jahat.*

📌 *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini mendapat perintah tahanan reman lima individu, termasuk seorang pengarah sebuah jabatan kerajaan bergelar Datuk di Johor Bahru. Turut ditahan reman, tiga pegawai daripada jabatan sama dan seorang ahli perniagaan bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.*

📌 *BEBERAPA menteri dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) menggesa tindakan disiplin dikenakan terhadap anggota polis daerah Subang Jaya, susulan isu rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya, awal pagi smlm. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berkata, polis daerah Subang Jaya mengeluarkan kenyataan salah apabila mendakwa rusuhan berpunca daripada perselisihan faham antara dua kumpulan India mengenai perpindahan kuil.*

📌 *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan terus melakukan kawalan dan pemantauan di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, sehingga keadaan disahkan tenang. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kuil itu juga tidak ditutup dan orang ramai masih boleh ke kuil itu untuk melakukan upacara keagamaan.*

📌 *UMNO dan PAS wajar membatalkan perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dijadualkan 8 Disember ini. Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar berkata, himpunan itu tidak akan mempunyai matlamat jika diteruskan, malah dunia akan mentertawakan mereka kerana berdemonstrasi tanpa hala tuju.*

📌 *SYARIKAT pemaju, One City Development Sdn Bhd menafikan tuduhan pihaknya terbabit dalam insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, smlm. Menurut kenyataan dikeluarkan syarikat berkenaan, pihaknya menyifatkan tuduhan dilemparkan terhadap mereka berniat jahat dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan dalam insiden terbabit.*

📌 *LELAKI warga asing dipercayai buruh binaan dibelasah orang ramai selepas didakwa memulakan kebakaran di sebuah rumah kongsi di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, smlm. Pada kejadian 1 tengah hari itu, lelaki berkenaan dilihat keluar dari bahagian belakang rumah kongsi itu dan cuba diselamatkan pihak berkuasa.*

📌 *DALAM tempoh tiga hari pemberian diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman trafik, sebanyak lebih RM1.1 juta saman dijelaskan orang ramai. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, pemberian potongan yang ditawarkan sempena program Plaza Pelangi Biker’s Gathering itu berjaya menarik orang ramai menjelaskan saman mereka.*

📌 *KERAJAAN mempertahankan keputusan mendedahkan beberapa pindaan dalam Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, rakyat berhak mengetahui kebenaran di sebalik pindaan laporan audit yang diarahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.*

📌 *PEMANDU lori yang terbabit dalam kemalangan maut di di Kilometer 405.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, Hulu Selangor, semalam direman selama tiga hari. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bhak Phai berkata pemandu berusia 30 tahun itu ditahan selama tiga hari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.*

📌 *KES pengubahan wang haram dihadapi Datin Seri Rosmah Mansor ditetapkan untuk pengurusan kes Khamis ini, bagi mendengar permohonan ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Peguam Datuk Geethan Ram Vincent yang mewakili Rosmah berkata, pengurusan kes itu akan didengar di hadapan Hakim Nazlan Mohd Ghazali.*

📌 *GANGGUAN bekalan air yang menjejaskan Port Dickson serta sebahagian Seremban dan Rantau akibat tebing runtuh di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi, dijangka pulih sepenuhnya hari ini. Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, sejumlah 34,000 kediaman di Port Dickson dan 8,000 di Seremban serta Rantau menghadapi masalah bekalan air sejak tebing di empangan LRA Sungai Linggi runtuh Khamis lalu.*

📌 *JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang menyelamatkan dan membantu 84 individu yang mengemis sejak Januari sehingga Oktober lalu, agar mereka boleh membina semula kehidupan. Pengarahnya, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, daripada jumlah itu seramai 66 individu terdiri daripada warga tempatan manakala 18 lagi pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNCHR) yang majoritinya etnik Rohingya.*

📌 *PROSIDING kes kematian bayi perempuan berusia 11 bulan akibat didera dan dirogol suami pengasuhnya di Bandar Baru Bangi, baru-baru ini, kekal di mahkamah jenayah. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, berkata, ia idak akan dipindahkan ke Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak kerana membabitkan kes kematian.*

📌 *PERSIDANGAN Dewan Rakyat hari ini gamat apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Datuk Ahmad Maslan (BN UMNO-Pontian) berbalas kilasan dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ia dimulakan oleh Lim yang menyatakan Ahmad amat konsisten mempertahankan 1MDB dan menerima penjelasan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mengenai jumlah hutang ditanggung agensi itu.*

📌 *KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan, smlm, mengumumkan penyingkiran Tan Sri Shukry Mohd Salleh sebagai Pengerusi Lembaga Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) berkuat kuasa serta-merta.*

📌 *LELAKI warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi, smlm, atas pertuduhan membunuh lelaki tempatan berdekatan Jalan Pintu Palang, Blok 5, Petak D12, Ladang Kambau di Kota Tinggi, 4 November lalu.*

📌 *PEMANDU bas yang terbabit dalam kemalangan membawa rombongan staf Politeknik Sandakan ke Kudat hingga mengakibatkan lima maut pada Jumaat lalu, dibebaskan dengan jaminan polis, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, siasatan terhadap pemandu berusia 49 tahun itu sudah selesai.*

📌 *BOT nelayan Vietnam paling banyak dikesan melakukan kesalahan menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata, sebanyak 1,170 bot nelayan asing dikesan menceroboh dari 2006 sehingga tahun ini.*

📌 *TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, smlm, mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan kerana prihatin terhadap isu di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Dalam kenyataan di Twitter rasminya, Tunku Ismail turut berharap projek membaiki kerosakan Unit Rawatan Rapi (ICU) ekoran tragedi kebakaran dua tahun lalu itu dapat dilaksanakan secepat mungkin.*

📌 *LIMA penduduk melecur ketika meredah api untuk menyelamatkan diri dalam kebakaran rumah panjang di Nanga Melayong, Sungai Merurun, di Julau petang semalam. Ketua Balai Bomba Bintangor, Nicholas Belulin berkata, mangsa yang cedera dalam kejadian 4.30 petang itu, termasuk seorang warga emas berusia 80 tahun.*

📌 *TAKTIK sebuah sindiket pemprosesan syabu memilih premis terletak di hujung jalan dan bahagian belakang di Kawasan Perindustrian Hi Tech 5, Semenyih sebagai makmal dadah bagi mengelak dihidu pihak polis terbongkar selepas digempur, Rabu lalu.
Ini berikutan sindiket yang beroperasi hampir setahun lalu itu mahu mengelak bau busuk syabu yang dimasak boleh dihidu pekerja premis lain berhampiran.*

📌 *SUNGAI BULOH: Tertekan dengan masalah dialami serta perasaan ingin tahu antara faktor menyebabkan berlaku kes terpencil membabitkan kes ‘benda’ tersangkut pada kemaluan. Pegawai bomba yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh Rosdi Hainan berkata, beliau pernah membantu dalam kes seumpama sebanyak empat kali sepanjang berkhidmat dalam pasukan bomba sejak 23 tahun lalu.*

📌 *KUALA LUMPUR: Jajah kawasan parkir dan kaki lima premis. Itu yang berlaku ketika pemeriksaan dilakukan petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di deretan kedai makan terletak di Jalan Danau Niaga 1 dan Jalan Usahawan di sini. Pemeriksaan mendapati bahagian dalam premis dipenuhi gerai manakala di luar premis pula diletakkan kerusi meja hingga menghalang lalu lintas di laluan berkenaan.*

📌 *LELAKI maut selepas dibelasah sekumpulan lelaki di tempat letak kereta Blok G, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Putra Damai, Lembah Subang, kelmarin. Dalam kejadian jam 7 pagi, mangsa dikatakan sedang tidur sebelum sekumpulan lelaki masuk ke rumahnya dan menariknya keluar sehingga ke tempat letak kereta berkenaan.*


*SEANTERO BENUA* 🌍
================


🇺🇸 *PORTLAND: Lelaki mendapat padah selepas cuba merasuah pegawai penguatkuasa semata-mata kerana tidak lagi mencintai isterinya.*
*Ini berbeza dengan keadaan sebelum perkahwinan apabila dia sanggup berbelanja besar untuk membawa wanita dicintainya dari El Salvador itu masuk ke Amerika Syarikat dan berkahwin dengannya.*
*Apabila hubungan mereka tidak lagi seperti dulu, lelaki berusia 48 tahun itu merancang untuk mengusir isteri dan anak perempuannya pulang ke El Salvador dengan merasuah seorang pegawai, lapor portal berita di sini.*

🇹🇭 *BANGKOK: Agensi anti rasuah Thailand mengesyaki pembabitan pegawai pendidikan negeri tertentu menggelapkan wang subsidi pendidikan dengan memalsukan nama lebih 200 pelajar.*
*Aktiviti memalsukan nama pelajar bagi tujuan itu menyebabkan kewujudan golongan 'pelajar hantu', lapor portal berita Bangkok Post.*
*Ia juga merujuk kepada pelajar yang mendaftar untuk sekolah tetapi tidak hadir atau tidak menghadiri kelas.*

🇫🇷 *PARIS: Asap akibat perusuh membakar perabot, malah kenderaan di jalan raya menyelubungi Paris ketika ribuan orang menyertai perhimpunan membantah kenaikan harga minyak.*
*Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap penunjuk perasaan ‘Jaket Kuning’ yang memenuhi Paris dengan Champs Elysee menjadi ‘medan perang’.*
*Sebuah treler meletup selepas dibakar di Champs Elysees dan seorang lelaki yang cuba menyerang anggota bomba ditangkap perusuh.*

🇺🇸 *WASHINGTON : Setiausaha Negara Amerika Mike Pompeo semalam menggesa Pakistan mengambil tindakan terhadap individu bertanggungjawab dalam letupan bom di Mumbai pada 2008 susulan ganjaran bernilai AS$5 juta (RM20.9 juta) yang ditawarkan untuk menangkap suspek.*
*Pengumuman berkenaan dibuat pada malam ulang tahun kesepuluh serangan berkenaan yang meragut 166 nyawa dan mencederakan ratusan lain selepas militan Islam dari Pakistan bertindak ganas di pusat kewangan India itu selama tiga hari.*

🇦🇹 *VIENNA: Lebih dari separuh wanita yang maut dibunuh tahun lalu menemui ajal di tangan pasangan atau anggota keluarga sendiri, menjadikan rumah antara tempat paling berbahaya buat golongan itu.*
*Kajian terbaru Pejabat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Mengenai Jenayah dan Dadah (UNODC) yang dibentangkan pada Hari Membanteras Jenayah Terhadap Wanita Antarabangsa semalam menganggarkan bahawa 50,000 atau 58 peratus dari 87,000 kes bunuh membabitkan golongan berkenaan di seluruh dunia tahun lalu dilakukan pasangan atau ahli keluarga.*

🇹🇭 *LIMA penghantar dadah terbunuh dalam kejadian berbalas tembak dengan sepasukan tentera Thailand yang meronda di banjaran gunung Nangnon di daerah Mae Sai, Wilayah Chiang Rai, kira-kira 700 meter dari sempadan Thailand-Myanmar.*
*Pertempuran selama 15 minit itu berlaku lewat malam semalam apabila pasukan tentera mengesan tujuh lelaki membawa karung berisi dadah di hutan berkenaan, kata Rejimen Kavalri Kedua, Pasukan Phanmuang.*

🇹🇷 *SEORANG putera kanan Arab Saudi menyatakan keraguan terhadap laporan Agensi Perisikan Pusat (CIA) bahawa Putera Mahkota Mohammed bin Salman (MbS) mengarahkan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi di Istanbul bulan lalu berkata, agensi itu tidak boleh diharap mencapai rumusan kukuh.*
*”CIA tidak semestinya adalah piawaian tertinggi kesahihan atau ketepatan dalam menilai keadaan. Contohnya banyak,” kata anggota kanan keluarga diraja, Putera Turki al-Faisal, kepada wartawan di Abu Dhabi, semalam.*

🇮🇳 *PEGAWAI polis India berhadapan dengan suku kaum yang membunuh mubaligh Kristian Amerika Syarikat, dalam usaha terbaru mengesan mayat lelaki berkenaan di pulau terpencil itu, kata polis smlm.*
*Pasukan polis, yang menaiki bot ke pulau Sentinel Utara yang ditadbir India semalam, ternampak lelaki puak Sentinelese di pantai, lokasi John Allen Chau, dilihat kali terakhir, kata ketua polis daerah, Dependra Pathak.*
*Menggunakan teropong, pegawai yang berada dalam bot polis kira-kira 400 meter dari pantai, melihat kumpulan lelaki bersenjatakan panah, senjata yang dilaporkan digunakan untuk membunuh Chau ketika mangsa menyampaikan dakyah Kristian kepada mereka.*


*TULAR / POPULAR* 📡
================


👮🏻‍♂ *POLIS memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak mengambil kesempatan dengan menularkan insiden di tapak Kuil Sri Maha Mariamman di Selangor, sehingga boleh menimbulkan ketegangan kaum.*
*Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, beliau percaya ada segelintir kumpulan mempunyai agenda dan niat tertentu apabila menyebarkan isu itu kepada orang ramai.*
*Sehubungan itu, katanya polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas mereka kerana menggugat keharmonian dan keselamatan negara.*

🥬 *KEMENTERIAN Kesihatan menasihatkan pengguna supaya tidak memakan sayur Romaine lettuce yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) berikutan laporan sayur berkenaan dicemari bakteria patogenik Escherichia coli (E-Coli) di negara itu.*
*Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia ada mengimport Romaine lettuce dari AS dan kementerian sudah mengenakan tindakan penguatkuasaan “Tahan, Uji dan Lepas” (TUL) terhadap sayur jenis itu yang diimport.*
*”Pengguna dinasihatkan supaya menyemak label produk untuk mengenal pasti negara asal produk dan pengguna yang sudah membeli sayur Romaine lettuce dari AS dinasihatkan supaya tidak memakannya.*

🕌 *MASJID Lapan Kubah di Kampung Lapan Kotak, Jerteh, yang mendapat jolokan sebagai Masjid Russia kerana seni binanya seakan-akan St Basil Cathedral di Moscow, Russia berjaya menarik perhatian orang ramai.*
*Berdiri gah di kawasan sawah padi di tengah-tengah kampung itu, masjid itu yang dicetuskan pembinaannya oleh Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh, kira-kira enam tahun lalu.*
*Ia kini menjadi antara masjid ikonik yang menjadi tumpuan orang ramai sama ada penduduk tempatan mahu pun rakyat dari negeri luar.*

🦍 *NAYOGA: Seekor gorila menjadi popular di sebuah zoo di bandar ini selepas ribuan pengunjung datang semata-mata untuk melihat dan merakam wajahnya yang tampan.*
*Dalam satu undi yang dilakukan Zoo dan Taman Botani Higashiyama di bandar ini meletakkan gorila berkenaan yang dinamakan Shabani sebagai haiwan paling popular.*
*Daripada 19,316 undian yang dibuat pengunjung dari 6 Oktober hingga 4 November lalu, Shabani menduduki tempat pertama diikuti beruang koala dan gajah.*
*Zoo berkenaan memberitahu, gorila berusia 22 tahun itu popular kerana ramai pengunjung tertarik dengan wajahnya yang tampan dan pandai bergaya di depan kamera.*

👩‍❤‍👩 *HONG KONG: Anak perempuan aktor Jackie Chan, Etta Ng Chok Lam, 19 smlm, mengesahkan sudah berkahwin dengan kekasihnya, selebriti internet warga Kanada, Andi Autumn.*
*Ng memuat naik gambar perkahwinannya bersama pasangan yang masing-masing mengenakan gaun pengantin putih di Instagram sambil memegang sijil perkahwinan bertarikh 8 November 2018.*
*Pada gambar itu juga tertera tulisan Ng “disatukan oleh undang-undang dan cinta, di hari perkahwinan kami”.*
*Ramai pengguna internet turut mendoakan kebahagiaan pasangan itu di Instagram termasuk di Weibo.*


*CERITERA ATLET* ⏱
================


⭐ *TURIN: Cristiano Ronaldo berada pada tahap terbaik dan berazam mahu membalas dendam pada saingan Liga Juara-Juara awal pagi Rabu ini menentang Valencia selepas dilayangkan kad merah berdepan kelab Sepanyol itu pada perlawanan pertama.*
*Juventus pula hanya memerlukan seri di Turin untuk mengesahkan tiket ke pusingan kalah mati pertandingan kelab elit Eropah itu.*
*”Gembira dapat membantu pasukan mencipta satu lagi kemenangan penting,” kata pemain berusia 33 tahun itu menerusi media sosial selepas menjaringkan gol ke-10 buat pasukan gergasi Itali itu Sabtu lalu ketika menang 2-0 ke atas SPAL.*

🏁 *ABU DHABI: Juara dunia lima kali, Lewis Hamilton mengakui tidak mempunyai keinginan tinggi untuk cuba menyamai rekod tujuh kejuaraan dunia dilakar pemandu terhebat sepanjang zaman, Michael Schumacher.*
*Malah tegas pemandu Mercedes AMG PETRONAS itu, dia tidak akan pernah berasa menyesal andai tidak mampu menyamai rekod Schumacher.*
*”Tidak, ketika ini ia bukanlah keinginan utama saya dan bukan juga sesuatu yang menjadi sasaran.*

🏑 *KUALA LUMPUR: Skuad hoki wanita Belanda menjuarai Trofi Juara-Juara di Changzhou, China semalam manakala pasukan lelakinya pula adalah pilihan utama pada kempen Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India.*
*Malangnya Belanda, Jerman dan Pakistan diletakkan bersama Malaysia dalam Kumpulan D - oleh kerana kedudukan Malaysian Tigers di ranking ke-12 dunia.*
*Skuad kendalian Roelant Oltmans membuka kempen Piala Dunia menentang pasukan disegani Belanda yang juga juara dunia tiga kali, Sabtu ini.*

🏸 *KUALA LUMPUR: ‘Magis’ Rosman Razak sebagai ketua jurulatih beregu wanita negara mula membuahkan hasil positif.*
*Dalam tempoh tiga minggu, anak buahnya berjaya meraih dua gelaran antarabangsa-Vivian Hoo-Yap Cheng Wen menjuarai Terbuka Macau pada 4 November lalu manakala Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean bergelar juara kejohanan Antarabangsa Syed Modi di Lucknow, India, semalam.*
*Kedua-dua kejohanan itu bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 300.*

🐯 *KUALA LUMPUR: Taktikal dan corak permainan Thailand sepanjang Piala AFF menjadi ‘bahan kajian’ jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menjelang aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.*
*Justeru, skuad Gajah Perang itu juga perlu berhati-hati dengan perangkap Harimau Malaya walaupun mereka dianggap sebagai pasukan pilihan untuk mara ke final edisi kali ini.*
*Mengakui Thailand memiliki skuad serba lengkap, Cheng Hoe bagaimanapun tidak menafikan kemampuan anak buahnya dalam usaha meraih bekalan selesa sebelum bertandang ke Stadium Rajamangala bagi aksi timbal balik pada 5 Disember depan.*

🦅 *ALOR SETAR: Semangat perjuangan kental bersama Kedah antara sebab pemain berpengalaman Baddrol Bakhtiar tetap memilih untuk terus kekal bersama skuad Lang Merah pada aksi Liga Malaysia musim 2019.*
*Menurutnya, walaupun beberapa kelab ternama sebelum ini ada menghubunginya, beliau tetap memilih Kedah kerana tidak dapat menyembunyikan perasaan semangat dan sayangnya kepada pasukan yang diwakili sejak musim 2005.*
*”Saya sangat terharu serta sebak apabila mengetahui penyokong Kedah masih sayangkan saya dan memberi sokongan berterusan di kala jatuh bangun pasukan selama 13 tahun saya beraksi.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*


TERIMA KASIH ATAS INFO TERKINI ☺😊
❤️ara 🐼

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 63
Posts: 4274
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 77 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Wed Nov 28, 2018 1:06 pm

BERITA HARI INI – 28/11/2018 (by: MJI)

1. PETALING JAYA 27 Nov. - Seramai 16 lelaki termasuk tiga wakil syarikat pemaju yang terlibat dalam insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, kelmarin direman antara dua hingga lima hari. Perintah reman bermula hari ini sehingga Sabtu ini dikeluarkan oleh Majistret Nor Ariffin Hisham selepas kesemua suspek berusia antara 18 hingga 49 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini.

2. SUBANG JAYA 27 Nov. - Dua buah kereta dibakar sekali lagi oleh kumpulan perusuh di hadapan Kuil Sri Maha Mariammam, USJ 25, di sini awal pagi ini. Kenderaan pertama dibakar kira-kira pukul 1.20 pagi oleh sekumpulan lelaki manakala kenderaan kedua pula dipercayai telah ditarik keluar dari kawasan dalam kuil dan dibakar di tengah jalan raya. JBPM yang berada di kawasan berhampiran turut dihalang daripada melakukan pemadaman.

3. KUALA LUMPUR 27 Nov. - Dalang disebalik kejadian rusuhan di sekitar kuil Sri Maha Mariamman, Seafield USJ25 tidak akan terlepas daripada menerima hukuman sewajarnya. Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, kejadian yang berlaku di sekitar kuil tersebut merupakan satu jenayah dan tidak ada kaitan dengan isu kaum mahupun agama.

4. KUALA LUMPUR 27 Nov. - Meratifikasi ICERD didakwa tidak akan mengubah peruntukan yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan itu, Penasihat Undang-undang PKR, Latheefa Koya mendakwa, tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berterusan mengeluarkan kenyataan bahawa ICERD akan menggugat Perkara 153 adalah suatu pembohongan.

5. KUALA LUMPUR 27 Nov. - Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) menyatakan rasa kesal terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy yang didakwa telah menyalahkan pihak polis dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, dekat sini awal pagi semalam, kata Pengerusinya, Halim Ishak.

6. SUBANG JAYA 27 Nov. - Dua buah kereta dibakar sekali lagi oleh kumpulan perusuh di hadapan Kuil Sri Maha Mariammam, USJ 25, di sini awal pagi ini. Kenderaan pertama dibakar kira-kira pukul 1.20 pagi oleh sekumpulan lelaki manakala kenderaan kedua pula dipercayai telah ditarik keluar dari kawasan dalam kuil dan dibakar di tengah jalan raya.

7. SUBANG JAYA 27 Nov. - Tindakan kumpulan perusuh merosakkan bangunan yang dipercayai milik pemaju, One City Development Sdn. Bhd. ( One City) disifatkan sesuatu yang melampau. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman berkata, beliau kecewa dengan apa yang dilakukan kumpulan perusuh tersebut.

8. SUBANG JAYA 27 Nov. - Kawasan berhadapan Kuil Sri Maha Mariammam, USJ 25, di sini lengang selepas kumpulan perusuh bersurai kira-kira pukul 3.45 pagi tadi. Kawasan tersebut yang menjadi tumpuan perusuh kini dikawal pihak polis manakala laluan Lebuh Raya Damansara- Puchong (LDP) ke Shah Alam berhampiran kuil tersebut juga masih ditutup.

9. JAKARTA 27 Nov. - Ahli muzik, Ahmad Dhani bakal dipenjara dua tahun jika didapati bersalah menyebarkan kata-kata kebencian di media sosial. Dalan pertuduhan terhadap beliau di Mahkamah Jakarta Selatan semalam, pihak pendakwa meminta hakim menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana perbuatannya itu.

10. BRUSSELS 27 Nov. – MAIPs berharap bangunan wakafnya di perkarangan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Perlis dapat disiapkan menjelang 2020. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, bangunan yang dianggarkan berharga RM6 juta itu kini giat dilaksanakan dengan kerjasama HTF dan Persatuan Institusi Perbankan Islam (AIBIM) khususnya Bank Islam Malaysia Berhad.

11. KUALA LUMPUR 27 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan dirinya berhubung rampasan wang tunai RM116 juta oleh pihak polis. Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau ada membaca komen-komen di hantaran beliau sebelum ini mengenai dana RM116 juta yang telah dirampas oleh pihak polis.

12. KUALA LUMPUR 27 Nov.- Seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya cedera manakala jentera dinaiki turut mengalami kerosakan akibat diserang kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar Kuil Maha Mariammam, USJ 25 dekat sini awal pagi tadi.

13. KUALA LUMPUR 27 Nov. - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mempersoalkan nilai hormat perusuh di Kuil Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dekat sini yang memukul seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sehingga menyebabkan kecederaan parah.

14. KLUANG 27 Nov. - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meluangkan masa bersarapan dengan warga KTMB di Stesen Keretapi Kluang sebelum meneruskan perjalanan dengan menaiki kereta api menuju daerah Segamat pada hari kedua Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2018, pagi ini. Baginda memandu kereta api tersebut sejauh 98 kilometer sambil diringi Menteri Besar Datuk Osman Sapian.

15. SHAH ALAM 27 Nov. - Empat lagi lelaki ditahan berhubung insiden rusuhan di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, menjadikan jumlah keseluruhan yang telah ditahan polis setakat ini ialah 21 orang. Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, dua daripada lelaki itu ditahan lewat petang semalam manakala dua lagi ditahan awal pagi tadi ketika berada di sekitar kawasan kuil berkenaan.

16. IPOH 27 Nov. - Bekas Naib Canselor UPSI dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan salah guna kuasa meluluskan lantikan jawatan kontrak anak lelaki dan menantunya di universiti berkenaan empat tahun lalu. Tertuduh, Prof. Datuk Dr. Zakaria Kasa, yang memakai baju lokap SPRM mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

17. KUALA LUMPUR 27 Nov. - Sebanyak 48 kes kematian direkodkan akibat keracunan metanol atau samsu haram sepanjang tahun ini. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, kes kematian itu adalah daripada 97 kes keracunan metanol atau samsu haram direkodkan dalam tempoh sama.

18. KEPALA BATAS 27 Nov. - Pejabat Imigresen Pulau Pinang yang terletak di bangunan warisan di George Town akan diubah suai sebagai Muzium Imigresen tahun hadapan. KP Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata, penubuhan muzium yang pertama seumpamanya di Malaysia itu telah mendapat maklum balas positif daripada YDP Negeri Tun Abdul Rahman Abbas serta kerajaan negeri.

19. KUALA LUMPUR 27 Nov. - Bekas PM, Najib Tun Razak melahirkan rasa kecewa terhadap rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights sehingga menyebabkan seorang anggota bomba parah dipukul. Najib menggesa rakyat bertenang dan jangan meragut keharmonian yang wujud selama ini.

20. KUALA LUMPUR 27 Nov. - Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran akan melawat Kuil Maha Mariammam, USJ 25 Subang Jaya dekat sini selewat-lewatnya petang ini susulan insiden rusuhan yang berlaku malam tadi di kawasan kuil tersebut. Ketika ini, beliau mahu orang ramai yang berada di kawasan berhampiran kuil tersebut bertenang dan tidak melakukan sebarang tindakan mengikut emosi.

21. KUALA LUMPUR 27 Nov. - Pemandu teksi seluruh negara diminta untuk memberikan ruang serta peluang kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyelesaikan polemik berkenaan industri teksi dengan syarikat e-hailing. Pengarah Big Blue Taxi Facilities Sdn. Bhd., Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan ahli Parlimen Seremban itu semalam, beliau yakin Anthony ikhlas dan mempunyai pelan untuk menyelesaikan isu itu.

22. KUALA LUMPUR 27 Nov.- Semua pihak dinasihatkan agar bertenang dan tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak tepat berhubung insiden yang berlaku di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya yang berlaku awal pagi semalam. MP Kota Raja, Mohamad Sabu menegaskan, penyebaran maklumat yang tidak tepat berkaitan kejadian tersebut boleh mewujudkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

23. DUNGUN 27 Nov. - Tangisan anak kecil dalam dukungan bapanya, sambil memangil ibunya yang kaku berlumuran darah dalam ambulan menyelubungi suasana nahas di km336, LPT 2, berhampiran R&R, Paka , di sini, petang semalam. Dalam kemalangan kira-kira pukul 6.50 petang itu, Siti Husna Che Mat , 38 , meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di kepala manakala suaminya , Mohd Kaswady Yusuf, 36, dan bayi perempuan mereka , Khaliqah Qasdina Mohd Kaswady,3, terselamat.

24. KUALA LUMPUR 27 Nov. - Tunang Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang cedera parah diserang perusuh di sekitar Kuil Maha Mariamman, USJ 25 awal pagi tadi memohon rakyat Malaysia mendoakan agar Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 selamat dan segera sembuh. Nurul Najihan dalam hantaran di Facebook berkata, beliau tidak cukup kuat untuk melihat keadaan Muhammad Adib ketika ini.

25. KUALA LUMPUR 27 Nov. – PDRM tidak seharusnya menjadi mangsa tuding jari berkenaan ketegangan yang tercetus di Kuil Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dekat sini. Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua pihak perlu mematuhi perundangan sedia ada dan tidak meletakkan tanggungjawab untuk memikul kesalahan hanya kepada pihak polis.

26. KUALA LUMPUR 27 Nov.- PDRM dijangka menerima 75 ekor anjing Unit Pengesan (K9) baharu selewat-lewatnya tahun depan. Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, haiwan tersebut diambil dari beberapa negara seperti China dan Jerman bagi menggantikan anjing K9 yang telah mati, sakit dan rehat di kandang.

27. KANGAR 27 Nov. – JPJ Perlis mengesan trend kegilaan sekumpulan belia di negeri itu sejak kebelakangan ini untuk mengubah suai ekzos motosikal mereka sehingga boleh mengeluarkan api dan berbunyi bising. Sehubungan itu, Pengarahnya, Shahrul Azhar Md. Dali mengingatkan golongan tersebut supaya berhenti melakukan perbuatan itu kerana merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

28. KUALA LUMPUR 27 Nov. - Doa rakyat Malaysia bercurahan kepada anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 yang cedera parah diserang perusuh di sekitar Kuil Maha Mariamman, USJ 25 awal pagi tadi. Doa yang dititipkan di Facebook tunang anggota bomba itu, Nurul Najihah antara lain memohon agar anggota bomba yang kini tidak sedarkan diri dan berada di ICU Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) agar sembuh seperti sedia kala.

29. KUALA LUMPUR 27 Nov.- Masalah pengawalan harga ikan membabitkan orang tengah dijangka dapat diselesaikan selepas ini menerusi pengenalan aplikasi mudah alih yang diperkenalkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub.

30. SUBANG JAYA 26 Nov. - Keadaan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 di sini tenang dan kelibat kumpulan perusuh tidak kelihatan lagi. Setakat pukul 1 petang ini, kawasan tersebut kini dipenuhi para wartawan dan dikawal pihak polis. Selain itu, laluan LDP ke Shah Alam berhampiran kuil tersebut telah dibuka dan berjalan lancar.

31. SUBANG JAYA 27 Nov. - Keadaan anggota bomba yang cedera parah akibat diserang kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar Kuil Maha Mariammam, USJ 25 dekat sini awal pagi tadi masih kritikal. Lebih menyedihkan, mangsa, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, yang berasal dari Kedah bakal melangsungkan perkahwinan pada akhir Disember ini.

32. KUALA LUMPUR 27 Nov.- Kira-kira 10 anggota bomba mengadakan bacaan yasin di lobi Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) bagi mendoakan rakan mereka yang cedera parah akibat diserang kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar Kuil Maha Mariammam, USJ 25 dekat sini awal pagi tadi. Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, masih dalam keadaan kritikal dan kini dirawat dalam ICU SJMC.

33. SEREMBAN 27 Nov. - Tiga bekas finalis program realiti TV3, Da’i Pendakwah Nusantara adalah antara 246 graduan yang menerima ijazah sarjana muda dalam Majlis Konvokesyen Ke-16 USIM di Nilai di sini hari ini. Mereka ialah juara dan naib tahun 2015 iaitu Hamidah Ab. Razak dan Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar serta naib juara bagi tahun 2017, Nur Afiqah Mahmud.

34. KUALA LUMPUR 27 Nov. – JBPM menafikan dakwaan yang tular di media sosial mengenai kematian anggotanya, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24. JBPM menerusi satu kenyataan berkata, Muhammad Adib kini sedang bertarung nyawa dan hanya bergantung kepada sistem sokongan hayat di ICU Pusat Perubatan Subang Jaya.

35. IPOH 27 Nov. - Semua pihak termasuk ahli politik diminta supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tidak tepat berhubung insiden kekecohan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan. KPN, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kenyataan tidak tepat bukan sahaja tidak akan membantu meredakan keadaan, malah akan merumitkan proses siasatan.

36. KUALA LUMPUR 27 Nov. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu kerajaan mewujudkan jawatankuasa khas dan mengeluarkan kertas putih dalam tempoh tiga bulan berhubung kes rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Maha Mariammam, USJ 25, dekat sini, kata Presidennya, Datuk Dr. Ibrahim Ali.

37. KUALA LUMPUR 27 Nov.- Presiden Malaysia Hindu Sangam, Datuk R.S. Mohan Shan melahirkan rasa kesal dengan tindakan kumpulan perusuh yang menyerang seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya di tapak Kuil Maha Mariammam, dekat sini, awal pagi tadi. Mohan Shan menyifatkan tindakan tersebut sebagai melampau dan berlebih-lebihan sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa orang lain.

38. SUBANG JAYA 27 Nov. - Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang dikejarkan ke Kuil Maha Mariammam, USJ 25 selepas menerima panggilan kecemasan pagi tadi terpaksa berundur selepas diserang oleh sekumpulan perusuh, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid.

39. PUTRAJAYA 27 Nov.- Orang ramai termasuk penjawat awam menyerbu Jualan Ekonomi Pengguna yang berlangsung di pekarangan Dewan Serbaguna KPDNHEP di sini hari ini untuk membeli barangan keperluan harian. Barangan dapur seperti beras, minyak masak, sos dan kicap merupakan antara dibeli orang ramai yang tidak melepaskan peluang mendapatkannya pada harga berpatutan.

40. IPOH 27 Nov. - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad memberi amaran kepada pemimpin Pakatan Harapan negeri supaya tidak mencabar beliau dalam isu pendedahannya mengenai wujudnya gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

41. Ta'if, ARAB SAUDI 27 Nov. - Perbuatan menyerang anggota unit EMRS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dalam rusuhan di Kuil Maha Mariamman, USJ 25, Selangor, awal pagi ini adalah melampau dan melebihi batasan. Sehubungan itu, Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menuntut seluruh umat Islam di negara ini melupakan perbezaan latar belakang dan fahaman politik, seterusnya bersatu dalam isu berkenaan.

42. KUALA LUMPUR 27 Nov. - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas) membuat laporan polis berhubung penjualan dua lot tanah kerajaan di Mukim Petaling dijual di bawah harga pasaran oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sehingga menjejas seramai 41 peniaga yang menyewa serta berniaga di situ.

43. BUTTERWORTH 27 Nov. - Sebuah restoran menjual dim sum di Jalan Raja Uda di sini diarah menghentikan operasi mereka selama dua minggu kerana gagal menepati syarat kebersihan premis yang ditetapkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan negeri, hari ini.

44. KUALA LUMPUR 27 Nov. - Serangan ke atas bangunan milik pemaju, One City Development Sdn. Bhd. (One City) dan kecederaan dialami seorang anggota Bomba semalam, dipercayai tercetus selepas ucapan oleh beberapa individu di dalam kuil. Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran berkata, pihaknya meminta PDRM melakukan siasatan lanjut berkenaan individu-individu yang dipercayai mengarahkan perusuh untuk keluar melakukan serangan.

45. KUALA LUMPUR 27 Nov. - Semua pihak diminta berhenti mengeluarkan kenyataan yang memburukkan keadaan dan bekerjasama bagi mengembalikan ketenteraman awam selepas kejadian rusuhan di sekitar Kuil Maha Mariamman, USJ 25 dekat sini awal pagi tadi. MB Selangor, Amirudin Shari berkata, Majlis Keselamatan Negeri akan bermesyuarat petang ini untuk membincangkan langkah seterusnya bagi memastikan keadaan kembali tenteram.

46. PULAU PINANG 27 Nov. - Seorang guru disiplin didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh isterinya yang juga seorang guru tuisyen menggunakan rak penyidai baju Ahad minggu lalu. Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Lim Fong Aun selepas dia yang berasal dari Kulim, Kedah mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret L. Umma Devi.

47. PUTRAJAYA 27 Nov.- MP Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tiba di ibu pejabat SPRM di sini bagi melengkapkan siasatan kes rasuah syarikat kontraktor. Abdul Azeez yang juga merupakan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO tiba pada pukul 3.08 petang dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima berwarna putih.

48. SHAH ALAM 27 Nov. - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam dan beberapa NGO menggesa supaya ADUN Kota Kemuning, V. Ganabatirau dilucut jawatan sebagai Exco kerajaan negeri ekoran kenyataan pemimpin itu berhubung rusuhan di Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, dekat sini semalam.

49. PUTRAJAYA 27 Nov. – JKDM menasihatkan peniaga yang berdaftar di bawah cukai jualan dan perkhidmatan (SST) segera mengemukakan penyata SST-02 dan membuat bayaran sebelum 30 November ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, mereka yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan penalti.

50. KUALA LUMPUR 27 nov. - Para pengikut Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya tetap mempertahankan pendirian untuk melihat isu rumah ibadat mereka diselesaikan secepat mungkin oleh PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pengerusi Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman, S.Ramaji berkata, anggota jawatankuasa khas yang ditubuhkan pengikut kuil itu mahu hak mereka dan rumah ibadat tersebut dikembalikan semula.

51. JOHOR BAHRU 27 Nov. - Tindakan Bersatu negeri ini menerima keahlian tiga ADUN Bebas bukan satu isu besar walaupun rakan komponen, PKR Johor melahirkan kekesalan tentang perkara itu. Bendaharinya, Mazlan Bujang berkata, PH sama sahaja seperti BN mempunyai parti dalam gabungan, sekali gus perbezaan pendapat antara satu sama lain adalah perkara biasa kerana bukan parti tunggal.

52. JOHOR BAHRU 27 Nov. - Kerajaan negeri tidak akan melindungi pemimpin termasuk MB dan barisan Exco sekiranya ada dalam kalangan mereka didapati menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi. Justeru, Exco negeri, Mazlan Bujang mengalu-alukan pihak SPRM dan PDRM untuk menyiasat mereka jika ada bukti.

53. KUALA LUMPUR 27 Nov. - Insiden melibatkan isu pengambilalihan hartanah dan pemindahan sebuah kuil di Subang Jaya sudah berlarutan selama dua malam. Merusuh, bakar kenderaan, merosakkan bangunan dan setakat ini telah melibatkan kecederaan serius seorang penjawat awam yang dipukul oleh kumpulan perusuh. Petang ini, Majlis Keselamatan negara (MKN) Selangor bermesyuarat dan bagi Tan Sri Musa Hassan, untuk mengelakkan insiden yang sudah berlarutan dua malam itu menjadi tidak terkawal, perintah berkurung harus diisytiharkan Ketua Polis Negeri.

54. MELAKA 27 Nov. - Selepas 24 jam mengisytiharkan keluar daripada Parti Amanah Negara (Amanah), lebih 100 ahli parti itu cawangan Kg. Paya Rumput Jaya Hilir membuat pusingan U apabila menyertai semula parti berkenaan. Kesemua mereka termasuk pengerusi Amanah cawangan itu, Jalalludin Mulot memberitahu, keputusan menyertai semula parti itu dibuat tanpa desakan mana-mana pihak dan menyifatkan masalah yang berlaku dalam parti itu telah selesai.

55. KUALA LUMPUR 27 Nov. - Gara-gara mengugut seorang peniaga warga Pakistan supaya menyerahkan wang tunai sebanyak RM2,000 pada September lalu, seorang penganggur warga Bangladesh didenda RM4,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Md. Sakib, 21, mengaku bersalah melakukan pemerasan terhadap Waqar Hameed, 28, hingga menyebabkan lelaki itu ketakutan dengan mengancam untuk membawa gengster dan mengganggu keluarga mangsa.

56. BEIJING 27 Nov. - Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala empat lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh orang ramai di bandar Leshan, wilayah Sichuan hari ini. Pemandu kereta berkenaan telah ditahan dan punca kejadian itu masih disiasat. Menurut polis dalam satu kenyataan, kesemua yang cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

57. KOTA BHARU 27 Nov. - Pergerakan Pemuda UMNO dan NGO Melayu membentuk pasukan khas terdiri daripada 30 peguam bagi menghadapi sebarang isu perundangan ketika perhimpunan aman berlangsung pada 8 Disember depan. Pengerusi Kluster Peguam Muda Pemuda UMNO, Nik Saiful Adli Burhan berkata, pasukan itu memainkan peranan memberi khidmat nasihat berkaitan perundangan kepada penganjur dan orang ramai yang menyertai perhimpunan tersebut.

58. IPOH 27 Nov. - Kerajaan negeri akan melaksanakan pemberian bantuan khas kepada pejawat awam sebanyak sebulan gaji atau minimum RM2,000 seorang yang akan dibayar pada akhir bulan ini dan bulan Mei depan. MB, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pemberian tersebut sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen serta dedikasi hampir 9,000 penjawat awam yang berkhidmat dengan kerajaan negeri.

59. KUALA LUMPUR 27 Nov. - Polis menahan 17 individu yang disyaki terlibat dengan perjudian dalam talian di sebuah rumah di Jalan Bukit Jalil, di sini pada 22 November lalu. Dalam serbuan kira-kira pukul 2.30 petang itu, kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 19 hingga 43 tahun melibatkan 11 lelaki dan enam wanita warga China.

60. JOHOR BAHRU 27 Nov. - Seorang bekas anggota tentera berpangkat sarjan menerima 'balasan' apabila dihukum 18 tahun penjara dan 15 sebatan oleh Mahkmah Sesyen, di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 17 tahun, dua tahun lalu. Tertuduh yang berusia 44 tahun itu didakwa melakukan jenayah itu menggunakan kekerasan dengan meletakkan pedang samurai di leher mangsa.

BERITA SUKAN:

1. LONDON 27 Nov - Newcastle United terus menjauhkan diri dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan ketiga berturut-turut, dan kemenangan pertama di Turf Moor dalam tempoh 42 tahun selepas menewaskan Burnley 2-1 pagi tadi. Rembatan minit keempat Federico Fernandez yang terkena Ben Mee meletakkan Newcastle kendalian Rafael Benitez di depan, sebelum menggandakan jaringan menerusi Ciaran Clark pada minit ke-23.

2. LONDON 27 Nov - Unai Emery bersedia untuk mengambil risiko tidak menyenaraikan Mesut Ozil bagi perlawanan di luar laman Arsenal - satu percaturan yang mengurangkan peranan pemain Jerman itu di dalam kelab. Ozil diketepikan ketika menewaskan Bournemouth 2-1 Ahad lalu, dengan Emery menggambarkan kebimbangan pemain tengah berusia 30 tahun itu mungkin bergelut menyesuaikan diri dengan pertarungan fizikal dalam aksi sengit.

3. LONDON 27 Nov - Eden Hazard menegaskan, Chelsea hanya berminat untuk memastikan pasukan itu kekal di kelompok empat terbaik liga musim ini, dan tidak bersungguh-sungguh mengejar gelaran kejuaraan. Skuad berpangkalan di Stamford Bridge itu kini masih meratapi kekalahan pertama mereka di Liga Perdana Inggeris apabila tunduk kepada Tottenham, Sabtu lalu.

4. MUNICH 27 Nov - Niko Kovac menegaskan beliau adalah pejuang, dan terus yakin mampu mengemudi kebangkitan Bayern Munich, meskipun posisinya selaku ketua jurulatih kelab dikritik serta ditekan hebat. Laporan media Jerman mengaitkan bekas pengendali Arsenal, Arsene Wenger bakal mengisi slot itu jika pengurusan tertinggi Bayern memutuskan untuk mengambil keputusan tegas memecat Kavic.

5. KUALA LUMPUR 27 Nov - Beregu campuran badminton negara, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei memulakan kempen Korea Masters dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua kejohanan yang berlangsung di Gwangju, hari ini. Tampil sebagai pilihan ketiga, Tang Jie-Yen Wei tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan pasangan tuan rumah, Bae Kwon Young-Go Ah Ra 21-16, 21-18 dalam aksi pusingan pertama yang berlangsung selama 28 minit.

6. KUALA LUMPUR 27 Nov - Kejohanan skuasy remaja terbesar di Asia, Kejohanan Terbuka Remaja Kuala Lumpur bakal menarik penyertaan 738 pemain dari 17 negara yang akan berlangsung dari 4 hingga 9 Disember ini. Kejohanan itu yang juga pertandingan kedua terbesar di dunia, banyak melahirkan pemain berbakat tempatan seperti pemenang dua pingat emas Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, Ng Eain Yow.

7. LONDON 27 Nov - Alexander Albon bakal menjadi rakyat Thailand pertama beraksi dalam era moden Formula Satu (F1), selepas pasukan milik Red Bull, Toro Rosso mengumumkan mereka menandatangani pemandu muda kelahiran British itu bagi saingan musim depan. Pemandu berusia 22 tahun yang bakal bergandingan bersama Daniil Kvyat (Russia) dalam barisan baharu pasukan musim depan, menamatkan saingan Kejuaraan Formula Dua (F2) di tangga ketiga keseluruhan.

8. KUALA LUMPUR 27 Nov - Enam atlet olahraga Sarawak meluahkan rasa kecewa apabila Majlis Negeri Sukan Sarawak (MSNS) gagal mengotakan janji untuk memberi insentif kemenangan kepada atlet yang meraih pingat emas di SUKMA Perak, September lalu.

9. MOSCOW 27 Nov - Juara bertahan lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov membayangkan pertarungannya dengan Floyd Mayweather Jr. akan menjadi lebih menarik berbanding ketika lawannya dari Amerika Syarikat itu berdepan Conor McGregor.

10. TOKYO 27 Nov - Bintang tengah Jepun, Shinji Kagawa menyuarakan hasrat untuk berpindah ke Sepanyol selepas mengharungi tempoh sukar bersama kelab Jerman, Borussia Dortmund. Dilabel sebagai pemain eksport Jepun paling berjaya, Kagawa menjadi antara tonggak Dortmund yang menjulang dua gelaran berturut-turut Bundesliga pada musim 2010-11 dan 2011-12.
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 63
Posts: 4274
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 77 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Thu Nov 29, 2018 9:37 am

*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI®*
*SINCE 2011 rAp*

*KHAMIS 29 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 21 RABIULAWAL 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*

*#keputusanupsrhariini*


😁 *ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA* 🕌
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:33, SUBUH : 05:43, SYURUK : 07:01, ZOHOR : 13:04, ASAR : 16:27, MAGHRIB : 19:02, ISYAK : 20:15.*


*TERKINI SETEMPAT* 🇲🇾
=================


📌 *TUKANG gunting yang juga suami pengasuh bayi berusia 11 bulan, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal yang mati akibat didera, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kajang, hari ini, atas dua tuduhan memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa.*

📌 *KAWASAN tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights di Subang Jaya adalah termasuk dalam rancangan pengembangan operasi pembangunan hartanah konglomerat terkemuka Filipina, Ayala Corporation di negara ini.*

📌 *KERAJAAN akan mengkaji cadangan mengehadkan pegangan saham parti politik dalam syarikat media. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, kajian itu perlu dilaksanakan bagi mengelak laporan berat sebelah disiarkan, terutama oleh syarikat media yang mempunyai pegang saham oleh parti politik.*

📌 *KERAJAAN Selangor akan memutuskan langkah penyelesaian berkaitan isu pemindahan Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, hari ini. Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, perkara yang dipersetujui menerusi perbincangan dengan kerajaan negeri smlm itu akan dimaklumkan dalam sidang media khas di Dewan Negeri Selangor (DUN) di Shah Alam, 1 tengah hari.*

📌 *PENDUDUK di sebuah kampung di Kota Samarahan gempar dengan penemuan tiga objek misteri dibungkus kain kafan di sebuah tanah perkuburan Islam, malam semalam. Difahamkan, objek itu ditemui penduduk kampung yang kebetulan melalui tanah perkuburan berkenaan. Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata penemuan objek berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan ilmu hitam atau unsur kurafat.*

📌 *POLIS kini berusaha menjejaki individu yang sengaja mencetuskan panik dengan membuat panggilan ancaman bom di Hospital Pakar KPJ Seremban, petang semalam. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, polis yang menerima laporan kejadian pada 4.50 petang bergegas ke lokasi sebelum mengarahkan semua kakitangan dan pesakit mengosongkan bangunan.*

📌 *SERAMAI 42 penduduk terjejas susulan banjir kilat di rumah panjang Jalan Kanowit Julau Durin, Bintangor, petang semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, Rumah Panjang Ali dinaiki air sedalam 0.3 meter dalam kejadian 3.30 petang semalam.*

📌 *PERMOHONAN kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi tahun 2019 dilanjutkan sehingga 4 Disember ini. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi masa dan peluang kepada pelajar berkelayakan membuat permohonan ke MRSM sejurus mendapat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hari ini.*

📌 *KEMENTERIAN Kewangan tidak boleh mendedahkan siapa dan jumlah pembida yang setakat ini sudah membuat bidaan untuk membeli kapal layar mewah Equanimity. Menterinya, Lim Guan Eng berkata, segala pengumuman mengenai maklumat pembina bukan tertakluk bawah kuasa kementeriannya.*

📌 *SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenal pasti dan mengumpul maklumat palsu berhubung rusuhan di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, yang disebar menerusi media sosial. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, SKMM memantau setiap perbualan serta perbincangan yang dimuat naik sebelum tindakan tegas diambil jika perlu.*

📌 *TEMPOH reman dua wakil syarikat, termasuk penasihat undang-undang syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd (One City), yang dipercayai menjadi dalang insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, dilanjutkan selama tiga hari lagi.*

📌 *TINDAKAN pantas bapa melindungi anak-anaknya apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas di Jalan Sultan Iskandar, Bintulu, malam smlm, menyelamatkan dua anaknya. Bagaimanapun, Hwang Huat Kwong, 41, dilaporkan parah di kepala, manakala Rachel Hwang Siaw Ching, 13, dan Alvin Hwang 10, hanya cedera.*

📌 *BAYI perempuan ditemui dalam keadaan berselimut dengan tuala dan kain pelikat di tangga Surau Parit Botak, Parit Raja, dekat Batu Pahat, 5.30 pagi smlm oleh jemaah surau yang mahu menunaikan Solat Subuh di surau berkenaan.*

📌 *BURUH dipenjara 16 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, smlm terhadap tuduhan merogol cucu saudara berusia 15 tahun, minggu lalu. Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 45 tahun mengaku salah terhadap tuduhan.*

📌 *PEKERJA cuci kereta dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru, hari ini selepas didapati bersalah mengedar 99.16 gram methamphetamine, dua tahun lalu. Hakim Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, S Satha Sivam, 44, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan dihadapi lelaki itu di akhir kes pembelaan.*

📌 *BUKAN saja ditipu sindiket pinjaman wang yang tidak wujud, malah lelaki turut dihalau keluar rumah oleh isterinya selepas mereka bergaduh dalam kejadian di Permatang Tok Labu, Penaga di Kepala Batas, kelmarin. Lelaki berusia 50 tahun itu mengalami kerugian RM2,680 selepas terpedaya dengan sindiket yang kononnya menawarkan pinjaman wang kepadanya.*

📌 *EMPAT dari sembilan individu termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah memberi keterangan kepada polis berhubung isu menyentuh sensitiviti yang mencetuskan ketegangan di negara ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, setakat ini pihaknya mengesahkan empat individu berkenaan sudah tampil memberi keterangan.*

📌 *Kuala Lumpur: Cadangan untuk menetapkan satu garis panduan berkaitan perbezaan hukum antara individu menganut Syiah dan mereka mempromosikan fahaman itu tidak praktikal. Malah, cadangan itu bertentangan dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) berkaitan ajaran terbabit.*

📌 *Kota Bharu: Kanak-kanak yang mata kanannya tertusuk pembaris plastik pada Jun lalu menjalani pembedahan kali kelima jam 8.30 pagi semalam untuk membuang cecair minyak dan silikon akibat komplikasi daripada beberapa siri pembedahan lalu.*

📌 *PENIAGA sayur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, smlm, kerana memberi rasuah kepada pegawai kerajaan supaya tidak mengambil tindakan terhadap kebunnya selepas menceroboh hutan simpan di Cameron Highlands pada tahun 2015.*

📌 *Kuala Lumpur: Sewa banglo mewah di Jalan Bukit Jalil di sini, sebagai pusat panggilan judi dalam talian dengan mengumpul pertaruhan hampir RM6 juta sejak dua minggu lalu. Itu antara kegiatan sindiket judi dalam talian didalangi warga China yang menarik 200,000 kaki judi di China.*

📌 *SATU kes rabies atau penyakit anjing gila dalam kalangan manusia disahkan melalui ujian sampel klinikal semalam, membabitkan seorang lelaki berusia 21 tahun tinggal di Batu 7, Kuching, Sarawak.*

📌 *Ipoh: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak menyita 331 tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi bernilai RM34,565 selepas menyerbu dua lokasi di sekitar Tanjung Malim dan bandar raya ini, Sabtu lalu dan kelmarin.*

📌 *Kuantan: Impian melihat Orang Kurang Upaya (OKU) berdikari seperti individu normal lain membuatkan Persatuan Pemulihan Orang Kurang Upaya (PPOKU) Pahang mengambil inisiatif mewujudkan bengkel sampul surat khusus untuk mereka.*

📌 *Kuala Lumpur: Sudah cukup peluang ekonomi dan penciptaan kekayaan dikaut golongan elit, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Anwar, golongan itu hanya mempersia-siakan peluang yang diberi apabila mereka terbabit dengan kesalahan tadbir urus, mencuri dan terpalit dengan amalan rasuah yang memalukan.*

📌 *EMPAT lelaki yang berkumpul di Jalan USJ 16, seberang jalan menghadap Kuil Maha Mariamman, dekat Subang Jaya, ditahan polis kira-kira 1 pagi tadi, selepas arahan bersurai oleh polis tidak diendahkan. Terdahulu, kumpulan berkenaan dilihat mula berlegar-legar di kawasan itu pada 10.45 malam sebelum pihak polis mengarahkan mereka beredar, bagaimanapun, satu lagi kumpulan muncul menyebabkan bilangan mereka semakin ramai.*

📌 *TINDAKAN lelaki yang memukul wanita dengan topi keledar kelmarin kerana menuduh mangsa sombong, mengundang padah apabila dia ditahan polis di Padang Serai, Kulim, awal pagi smlm. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, ketika kejadian 10.15 malam itu, mangsa berusia 55 tahun sedang meracun rumput di tepi jalan Kampung Ujung, Padang Serai selepas diupah oleh adik suspek.*

📌 *BADAN bertindak Kuil Sri Maha Mariamman mendakwa anggota Bomba yang parah dalam insiden rusuhan berhadapan kuil berkenaan awal pagi semalam adalah disebabkan kemalangan jalan raya. Setiausaha Badan Bertindak Kuil, V K Regu mendakwa, kejadian dipercayai berlaku apabila jentera Bomba mengundurkan kenderaannya dengan laju sebelum sekumpulan individu menjerit memberitahu ada seseorang di belakang.*

📌 *SIASATAN polis mendapati peguam kepada pemaju One City Development Sdn Bhd memberi upah RM150,000 kepada 50 lelaki untuk menceroboh, mengambil alih dan mengawal Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, Isnin lalu. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dua peguam terbabit antara 21 orang yang sudah ditahan polis bagi membantu siasatan insiden rusuhan berkenaan.*

📌 *ANGGOTA Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, semalam menunjukkan perkembangan positif selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).*


*SEANTERO BENUA* 🌍
================


🇺🇸 *NEW YORK: Seorang maut dan sekurang-kurangnya enam yang lain cedera selepas seorang warga emas hilang kawalan ketika memparkir van menyebabkan kenderaannya terbabas atas laluan pejalan kaki.*
*Kejadian berlaku di persimpangan sibuk di kawasan Chinatown, Manhattan, pada jam 7 malam lewat Isnin (waktu tempatan) apabila pemandu berkenaan melanggar pejalan kaki berhampiran gerai buah, lapor Daily Mail.*
*Media melaporkan, dua mangsa yang cedera kini dalam keadaan kritikal manakala yang lain masih dirawat di hospital.*
*Polis berkata, pemandu berusia 70-an itu mungkin terkeliru antara pedal pemecut dan brek.*

🇮🇳 *SYARIKAT teknologi maklumat kini mencari peluang perniagaan baru dengan menyasarkan keperluan untuk majlis pengebumian tradisi India termasuk membekalkan air kencing lembu, kemenyan dan pengusung buluh yang menjadi sebahagian ‘kit pengebumian ’.*
*Ini dialami sendiri seorang ahli perniagaan Mumbai, Parag Mehta yang mengatur dua majlis pengebumian dalam tempoh dua minggu memaksanya menempah kit itu secara dalam talian.*
*Dia kemudian menerima satu kotak mengandungi 38 bahan diperlukan untuk majlis pengebumian termasuk lidi kemenyan, air kencing dan najis lembu, beras, biji bijan dan air mawar.*
*"Tempahan di talian memudahkan keadaan ketika suasana penuh emosi dan tertekan,” kata Mehta, 52.*

🇳🇵 *PELANCONG asing terus ditipu dengan dikenakan caj untuk menaiki helikopter yang dikatakan bertujuan membantu membawa mereka ke tempat selamat dari pergunungan Himalaya, sedangkan mereka tidak perlu membuat bayaran.*
*Pihak berkuasa Nepal sebelum ini berikrar membanteras penawaran palsu khidmat helikopter itu yang hanya menguntungkan orang tengah.*
*Satu siasatan awal tahun ini membongkar ‘scam’ itu membabitkan kumpulan pendaki tidak bertauliah memujuk pelancong menggunakan perkhidmatan dengan mengenakan caj yang mahal.*
*Kerajaan Nepal melancarkan siasatan pada Jun lalu selepas penyedia insurans membayar lebih AS$6.5 juta (RM27.26 juta) membabitkan operasi menyelamat sebanyak 1,300 kali dalam tempoh Januari hingga Mei 2018.*

🇲🇨 *JAKARTA: Juruterbang Lion Air memberitahu kawalan trafik udara bahawa ia mengalami ‘masalah kawalan penerbangan’ sejurus sebelum terhempas ke dalam Laut Jawa bulan lalu, kata penyiasat Indonesia smlm.*
*Menjelang siaran laporan pertamanya, jawatankuasa keselamatan pengangkutan (KNTK), memberikan butiran terperinci mengenai masalah dihadapi juruterbang dalam mengawal penerbangan Boeing Co 737 MAX sebelum ia terhempas pada 29 Oktober lalu, mengorbankan semua 189 penumpang dan anak kapal.*
*Dalam penerbangan awal pagi itu, seorang daripada juruterbang meminta pengawal trafik mengesahkan ketinggian dan kelajuan pesawat berkenaan.*
*Juruterbang, kemudian melaporkan mereka berhadapan ‘masalah kawalan penerbangan’, menurut kenyataan.*

🇮🇷 *TEHRAN: Imam berfahaman Sunnah yang selalu mengimamkan solat Jumaat ditembak mati semalam di sebuah kampung di utara Iran, lapor agensi berita IRNA.*
*Molavi Abdolghafur Jamalzahi ialah imam di masjid Reza Abad, berhampiran Ramiyan yang terletak 120 kilometer ke timur laut Tehran di wilayah Golestan.*
*Beliau ditembak empat kali dalam perjalanan pulang ke rumah dari masjid.*
*Reza Abad mempunyai 4,000 penduduk dan sebahagian besar ialah warga asing dan pelarian, menurut IRNA.*

🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 *LONDON : Lebih daripada 130,000 penduduk disahkan dijangkiti virus HIV tahun lalu di Eropah Timur, jumlah tertinggi untuk rantau itu manakala Eropah Barat mencatatkan penurunan kes.*
*Kesatuan Eropah dan Kawasan Ekonomi Eropah menyaksikan penurunan dalam kadar 2017, kebanyakannya berpunca daripada pengurangan 20 peratus sejak 2015 di kalangan golongan homoseksual.*
*Menurut data dari pejabat serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah (ECDC), hampir 160,000 penduduk Eropah disahkan dijangkiti virus HIV yang boleh menyebabkan penyakit AIDS.*

🇦🇺 *CANBERRA: Sebuah pesawat kecil terlajak sejauh 50 kilometer dari destinasi selepas juruterbangnya tertidur ketika penerbangan.*
*Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) memberitahu, insiden luar biasa itu disiasat sebagai satu kes kecuaian juruterbang.*
*Mail Online melaporkan, pesawat jenis Piper PA-31 yang disewa berkenaan berlepas dari Devonport di Tasmania menuju ke King Island.*
*Bagaimanapun, data penjejak pesawat menunjukkan pesawat itu terlepas destinasi pendaratan sejauh 46 kilometer.*


*TULAR / POPULAR* 📡
================


👨🏻‍🚒 *“ADAKAH pihak yang membuat dakwaan itu mempunyai bukti mengatakan Muhammad Adib dilanggar ? Lapan anggota kita ada di situ, mereka tahu apa yang terjadi,” tegas Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid.*
*Beliau menyifatkan dakwaan mengatakan anggotanya, Muhammad Adib Mohd Kassim cedera akibat dilanggar jentera bomba adalah tidak berasas sama sekali.*
*“Ingin saya tegaskan di sini, perkara ini masih dalam siasatan polis dan saya tidak mahu mengganggu siasatan, pihak bomba beri kerjasama yang baik tetapi kita jangan buat kenyataan yang tidak berasas ibarat menegakkan benang yang basah.*
*"Anggota bomba yang didakwa dilanggar dalam video yang tular itu bukan Muhammad Adib, malah anggota itu, Mohd Hazim Mohd Rahimi ada bersama kita sekarang dan beliau langsung tidak dilanggar jentera kita,” katanya dalam sidang media di Institut Jantung Negara (IJN), di Kuala Lumpur, smlm.*

👮🏻‍♂ *POLIS menafikan pembabitan seorang anggotanya dalam kejadian insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Isnin lalu.*
*Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, video yang tular sejak Isnin lalu yang mendakwa individu yang menyertai rusuhan berkenaan adalah anggota polis, tidak benar.*
*"Selepas diperiksa lelaki berkenaan adalah bekas sukarelawan polis, namun sudah lama diberhentikan atas sebab-sebab tertentu.*

🚧 *POLIS menafikan laporan tular dalam media sosial yang mendakwa masyarakat kaum India membuat sekatan jalan di sekitar kawasan perumahan Ihsan Ibu, Koskan, Rawang, malam tadi.*
*Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, dakwaan kononnya pasukan tentera berkawal di semua kawasan kuil di Sungai Buaya, Hulu Selangor juga adalah palsu.*
*Beliau berkata, sebaliknya kehadiran pasukan itu bagi menjalani latihan tahunan mereka yang dijangka tamat lusa.*

🤖 *PENCIPTA watak kartun popular SpongeBob SquarePants, Stephen Hillenburg meninggal dunia pada usia 57 tahun selepas setahun menderita sejenis penyakit saraf, kata stesen televisyen Nickelodeon semalam.*
*Hillenburg pada tahun lalu mengumumkan dia disahkan menghidap penyakit saraf sklerosis lateral amiotrofik atau dikenali sebagai ALS.*
*ALS adalah penyakit neuron motor yang secara beransur-ansur memusnahkan saraf yang mengawal otot dan menyebabkan kelemahan, lumpuh, dan akhirnya kematian. Dia meninggal dunia pada Isnin lalu.*


*CERITERA ATLET* ⏱
================


⚽ *TURIN: Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri memuji impak dibawa Cristiano Ronaldo terhadap juara Itali itu yang mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara susulan kemenangan 1-0 ke atas Valencia, awal pagi smlm.*
*Kemenangan turut menyaksikan penyerang bintang Portugal itu menjadi pemain pertama meraih kemenangan ke-100 dalam kancah elit Eropah itu.*
*"Ronaldo memberikan kami rasa selamat dan keyakinan,” kata Allegri mengenai skuad kendaliannya yang tewas dua kali di pentas final daripada empat edisi terakhir Liga Juara-Juara sebelum ini.*

⭐ *ROME: Gareth Bale menanggung cemuhan atas prestasi longlai Real Madrid baru-baru ini tetapi penyerang Wales itu berharap kemenangan 2-0 ke atas AS Roma dalam kempen Liga Juara-Juara, awal pagi tadi boleh mengubah nasib kelab gergasi berkenaan.*
*Kemenangan di gelanggang lawan dalam aksi Kumpulan G itu mengesahkan tempat buat penyandang juara itu ke peringkat kalah mati.*
*Bale, 29, sebelum ini gagal menjaringkan gol dalam sembilan perlawanan liga dan dikritik hebat susulan kekalahan mengejut 0-3 kepada Eibar, Sabtu lalu iaitu kekalahan kelima juara Eropah tiga kali berturut-turut itu pada musim ini.*

🏟 *KUALA LUMPUR: Selepas 40,000 tiket separuh akhir pertama Piala AFF habis dijual dalam tempoh 48 jam secara dalam talian pada Isnin lalu, baki 40,000 keping lagi akan dijual di kaunter tiket Stadium Nasional Bukit Jalil dan premis terpilih Al-Ikhsan Sports, bermula hari ini.*
*Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menjual terus semua 80,000 tiket menerusi sistem dalam talian bagi memberi peluang kepada penyokong yang tidak mempunyai akses untuk membeli tiket berkenaan.*
*"Kaunter tiket di Stadium Nasional akan menjual 30,000 tiket dan premis terpilih Al-Ikhsan Sports sebanyak 10,000 keping sehingga ia habis terjual,” kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.*

🏆 *KUALA LUMPUR: Jika Thailand memiliki Adisak Kraisorn sebagai mesin gol mereka, Malaysia pula ada peledak berbisa Norsharul Idlan Talaha.*
*Kedua-duanya memainkan peranan sama apabila menjadi penyumbang gol utama buat pasukan masing-masing sepanjang Piala AFF kali ini.*
*Apa yang menarik, kedua-duanya mengungguli dua kelompok teratas dalam senarai penjaring terbanyak selepas berakhir empat aksi peringkat kumpulan.*
*Situasi itu sekali gus bakal menyaksikan pertarungan hebat dua pemain yang menyarung jersi ‘nombor 9’ menjelang aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.*

💰 *KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta tiga kelab melunaskan tunggakan gaji dan pampasan kontrak dengan jumlah keseluruhan RM161,600.*
*Keputusan mengenai tuntutan tunggakan gaji membabitkan pasukan Marcerra United, Terengganu City dan Hanelang FC itu dibuat Jawatankuasa Status FAM pada mesyuarat, Khamis lalu.*
*Tuntutan terhadap Marcerra United dibuat salah seorang pegawai kejurulatihan mereka, Khairul Nizam Mohd Taib berjumlah RM30,600 yang membabitkan tunggakan gaji dan elaun perumahan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

Post Reply

Return to “Pendidikan Dan Sekolah”