zylajasmine wrote: ↑Sat Aug 24, 2019 10:15 am*G🅰RA🅿ANLINE 🅰L_LI
GI*
*SAYANGI MALAYSIAKU: MALAYSIA BERSIH*
*KH🅰MIS 2⃣2⃣G
S 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 2⃣1⃣ ZUL#⃣IJJ🅰H 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H*
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..*
*WAKTU SLAT SH🅰H ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE
ANNYA*
*IMSAK* : 0⃣5⃣4⃣3⃣
*SUBUH* : 0⃣5⃣5⃣3⃣
*SYURUK* : 0⃣7⃣0⃣9⃣
*ZOHOR* : 1⃣3⃣1⃣9⃣
*ASAR* : 1⃣6⃣3⃣2⃣
*MAGHRIB* : 1⃣9⃣2⃣4⃣
*ISYAK* : 2⃣0⃣3⃣5⃣
*artikel disiarkan pada tarikh 21ogos*
*TANAHAIRKU*
==============
1) *LELAKI disyaki melanggar Syed
Danial Syed Syakir dalam kemalangan di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran persimpangan Southville City, Kajang, 10 Ogos lalu akan dituduh esok. Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek berusia 40 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Kajang mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.*
2) *AKIBAT cemburu, lelaki naik angin dan menikam kekasih bekas teman wanitanya dalam kejadian di sebuah pub di Lorong Abu Siti, Georgetown, hari ini. Dalam kejadian 1.15 pagi itu, mangsa yang berusia 40 tahun terburai isi perut akibat ditikam suspek, manakala pemilik premis yang berusia 46 tahun pula turut cedera selepas ditikam di tangan.*
3) *MUFTI Perak Tan Sri Harussani Zakaria berpendapat semua isu sedang hangat diperkatakan ketika ini hendaklah ditangani mengikut senarai keutamaan dan kepentingan terhadap rakyat. Menurutnya, masyarakat secara umum masih lagi berbicara berkenaan isu tulisan jawi, penghinaan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan penceramah Dr Zakir Naik yang masih tidak menampakkan penyelesaian tuntas dan melegakan pihak yang bertelagah.*
4) *HANYA perlu ikut skrip disediakan sindiket perjudian bagi memancing warga China agar terpengaruh untuk berjudi dalam talian.
Malah skrip dalam bahasa Cina itu disimpan dalam sistem komputer dan akan digunakan ketika memujuk rakyat di negara asal mereka untuk berjudi dalam talian. Itu dilakukan 98 warga China yang masuk ke negara ini menggunakan pas pelancong sebelum bekerja dengan sindiket perjudian dalam talian dengan bayaran RM3,000 hingga 6,000 sebulan.*
5) *AGENSI Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sedia menyalurkan kepakaran untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatasi isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan pasukan keselamatan itu. Ketua Pengarah AADK Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, pihaknya akan menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bagi membincangkan sekiranya PDRM memerlukan kepakaran dimiliki AADK.*
6) *IMPIAN warga emas menduduki kediaman lebih selesa tercapai walaupun dia hanya sempat menikmati pengalaman manis itu 15 hari sebelum kematiannya akibat serangan jantung, 11 Ogos lalu. Balunya, Zaleha Hashim, 67, berkata, dia dan arwah suami Mohamad Salleh Mohamed, 72, menetap di sebuah kediaman uzur di Taman Batu Caves sejak 10 tahun lalu selepas berpindah dari Raub, Pahang.*
7) *POLIS sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes mencuri duit tabung di Masjid Al Ikhsan Tebong, Alor Gajah pada Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, kejadian itu disedari seorang ahli jawatankuasa masjid pada 4.30 petang sebelum membuat laporan polis mengenai kehilangan duit berkenaan.*
8) *TINDAKAN pemilik rumah kedai membenarkan premisnya dijadikan stor penyimpanan rokok seludup membawa padah apabila diserbu sepasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor, semalam. Premis di Kampung Permatang Duku, Benut, Pontian itu diserbu pada 8.15 malam selepas risikan oleh pasukan itu.*
9) *WANITA menjadi ‘trend’ terbaharu militan Daish dalam melancarkan serangan di rantau Asia Tenggara. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8), Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pembabitan golongan itu sebagai penyerang bunuh diri semakin meningkat, berdasarkan serangan sebelum ini. Katanya, serangan gereja di Selatan Filipina pada Januari lalu dan di Surabaya masing-masing dilakukan wanita.*
10) *MODUS operandi sindiket pengedaran dadah yang menjadikan pusat hiburan keluarga untuk mengedarkan barang terlarang itu terbongkar dalam tiga serbuan berasingan di tiga daerah di Selangor, baru-baru ini. Serbuan dua hari bermula Sabtu lalu dilakukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor selepas menerima maklumat awam serta risikan pihaknya.*
11) *DUA beranak didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka di Ayer Keroh atas sembilan pertuduhan menipu dan menerima wang berjumlah lebih setengah juta ringgit, tiga tahun lalu. Tertuduh, Koh Pueh Lye, 54, dan anak perempuannya, Koh Sing Yee, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan dan Norma Ismail.*
12) *TIDAK hadir bertugas antara kesalahan yang dikenal pasti sering dilakukan kakitangan penjara. Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Abdul Kadir Rais berkata, pihaknya turut mengesan kesalahan menyeludup artikel (barangan) larangan yang dilakukan kakitangan jabatan terbabit.*
13) *LELAKI dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini, selepas didapati bersalah merompak wang tunai RM250 milik seorang peniaga dengan bersenjatakan pisau, dua tahun lalu. Hakim Wan Azimah Yaacob menjatuhkan hukuman itu terhadap Zamri Awang, 37, dan memerintahkan hukuman berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 9 April 2018.*
14) *KEGIATAN bot nelayan dari Vietnam yang menangkap hasil laut dianggarkan bernilai lebih RM1 juta tumpas apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan negara di Bintulu Ahad lalu. Timbalan Pengarah Zon Maritim (Operasi) Bintulu, Komander Maritim Effendy Mohamed Fadil berkata, tangkapan oleh Kapal Maritim Sri Aman pada 8 pagi itu dilakukan di kawasan 106 batu nautika dari Utara Tanjung Kidurong.*
15) *MAHKAMAH Koroner di Shah Alam , hari ini menetapkan 27 September depan sebagai tarikh keputusan inkues kematian anggota bomba,
Adib Mohd Kassim. Koroner Rofiah Mohamad menetapkan tarikh itu selepas mendapati tiada apa-apa lagi bagi prosiding inkues itu untuk diteruskan. “Mahkamah sebelum ini secara rasminya telah menutup inkues dan selepas meneliti semua perkara, (maka) tiada apa-apa lagi untuk diteruskan.*
16) *LELAKI menemui rangka manusia dalam keadaan berselimut di tingkat atas bangunan kosong di Jalan Bagan Luar, Butterworth semalam. Dalam kejadian 5 petang itu, lelaki berkenaan menjumpai rangka terbabit di tingkat satu premis sebelum menghubungi pihak berkuasa.*
17) *PENGARAH sebuah syarikat landskap ditahan selepas merempuh sebuah restoran makanan segera di Kota Damansara semalam. Dalam kejadian 6 petang itu, lelaki berusia 60 tahun itu didapati memandu dalam keadaan mabuk menyebabkan kereta jenis Mercedes Benz dipandunya melanggar bahagian hadapan restoran makanan segera terbabit.*
18) *SARAWAK Forestry Corporation (SFC) merampas lebih 400 haiwan peliharaan dan hidupan liar dalam serbuan di sebuah ladang haiwan di Sibu minggu lalu. Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Zolkipli Mohamad Aton berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan 38 spesies haiwan terlindung yang dipercayai disimpan secara haram.*
19) *PESARA tukang kebun sekolah maut selepas bertarung nyawa lebih 16 jam akibat kemalangan membabitkan dua motosikal di depan Masjid Simpang Krayong, Jalan Jasin Chinchin, Jasin semalam. Mangsa, Md Tar Dawi, 70, meninggal dunia 8 pagi tadi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka (HM).*
20) *PADAH menunjukkan isyarat lucah terhadap polis, pekerja bengkel besi buruk didenda RM300 di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini. Majistret Kamarul Hasyime Rosli menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Thanaseelan Sergaran, 30, mengaku salah terhadap tuduhan. Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara tujuh hari jika gagal menjelaskan denda.*
21) *SEORANG lagi penguat kuasa JPJ Pulau Pinang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Butterworth atas lapan pertuduhan menerima rasuah RM6,300 daripada syarikat pengangkutan bagi melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya. Tertuduh, Hanisham Din, 48, yang turut berdepan lapan pertuduhan pilihan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Nizam Zakaria.*
22) *KEMENTERIAN Kewangan menegaskan tiada keuntungan diperolehi syarikat insurans melalui pengenalan Skim Perlindungan Kesihatan Nasional atau mySaIam. Menterinya Lim Guan Eng berkata, skim perlindungan kesihatan itu adalah satu skim takaful yang bukan bermotif keuntungan yang ditawarkan kerajaan kepada kumpuIan B40 yang layak iaitu 3.8 juta individu.*
23) *JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang menyelamatkan lima gajah terperangkap dalam lubang perangkap selut bekas lombong emas haram di Hutan Simpan Ibam, dekat Pekan, semalam. Pengarahnya Rozidan Md Yasin berkata, kumpulan gajah berkenaan terperangkap dalam lubang selut sedalam 4.5 meter selepas dipercayai ingin berkubang.*
24) *PENIAGA dari Kuantan kerugian RM40,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar pegawai polis bernama ‘Datuk Wong’, Isnin lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, lelaki berusia 48 tahun itu menerima panggilan daripada suspek yang memperkenalkan diri dari Mahkamah Terengganu.*
25) *PASUKAN Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan lima warga Filipina menyusup masuk secara haram ke negara ini selepas mereka di tahan di kawasan perairan Tinagat dekat Tawau, malam tadi. Mereka yang menaiki perahu jenis bot pam itu dikesan dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan oleh sepasukan anggota PPM, jam 9.30 malam.*
26) *PENGENDALI perkhidmatan teksi premium, Big Blue Capital (M) Sdn Bhd mendesak kerajaan tidak meluluskan perkhidmatan teksi motosikal atau dikenali Go-Jek kerana memberi kesan negatif kepada masyarakat. Pengasas dan Penasihatnya, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, kerajaan sepatutnya tidak melayan cadangan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang cuba membawa masuk Go-Jek ke negara ini.*
27) *PENUNTUT sebuah institusi pengajian tinggi di Kuala Terengganu bukan hanya kerugian RM31,500 tetapi turut kehilangan barang kemas yang terpaksa digadai selepas ditipu sindiket penipuan.
Kejadian berlaku selepas wanita berusia 21 tahun itu menerima mesej melalui akaun Instagram dihantar lelaki memperkenalkan diri sebagai ‘James’, 6.45 petang 23 Jun lalu.*
28) *MAJLIS Perbandaran Kuantan (MPK) minta pemilik sebuah premis perniagaan yang dikesan mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik, Sabtu lalu supaya mengemukakan surat tunjuk sebab.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Abdul Rahim Muda berkata, MPK menerima maklumat mengenai pemasangan bendera secara terbalik sebelum siasatan dijalankan pihaknya.*
29) *PEMASANGAN Jalur Gemilang yang dinaikkan secara terbalik di sebuah sekolah di Pahang, adalah perbuatan yang tidak disengajakan, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador. Beliau berkata, pihaknya menjalankan siasatan berhubung isu terbabit dan mendapati pemasangan Jalur Gemilang itu, bukan niat bertujuan untuk mengaibkan atau juga satu manifestasi membantah di luar sekolah berkenaan.*
30) *LEBIH 100 anggota polis dikesan positif dadah menerusi ‘Op Blue Devil’ yang dijalankan di setiap kontinjen sejak minggu lalu, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador.
Beliau berkata, kesemua anggota dikesan positif dadah menerusi operasi berkenaan yang dijalankan bermula 13 Ogos dan beliau turut terkejut dengan jumlah tersebut yang disifatkan berada pada tahap kritikal dan serius.*
31) *“SELAGI muara tidak diperdalamkan dan dibina benteng pemecah ombak, selagi itu ia menagih korban.” Itu rata-rata jawapan nelayan ketika diminta mengulas kejadian muara Kuala Dungun yang cetek dan meragut banyak nyawa. Berdasarkan rekod dari Jun 2013 hingga kini, enam kes bot karam berlaku di situ dengan tiga kematian, (lima) hilang tanpa ditemui serta (13) berjaya diselamatkan dan semua mereka nelayan tempatan.*
32) *‘JANGAN kacau Jawi, sayang lu punya anak bini’. Itu kandungan surat diterima salah seorang ahli DAP Balakong, Lee Khai Ming, jam 11 pagi tadi. Surat dengan tulisan merah turut memaparkan gambar isteri dan anak ahli DAP disyaki dihantar individu yang marah dengan tentangan dilakukan Lee. Ia dipercayai berhubung isu pelaksanaan tulisan jawi dalam subjek Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), baru-baru ini.*
33) *KEMENTERIAN Luar akan memberi bantuan sewajarnya kepada rakyat Malaysia yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan lima lelaki maut di Lebuhraya Asia di Khuhatai, Rattaphum dekat Songkhla, Thailand, 13 Ogos lalu. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, setakat ini pihaknya menerusi Kedutaan Malaysia di Songkhla sedang mengumpul maklumat lanjut berhubung kejadian menimpa wanita berusia 31 tahun bersama dua lagi rakannya.*
34) *TIGA lelaki sanggup mempertaruhkan nyawa dengan memandu lori dalam keadaan bahaya dalam usaha melarikan diri daripada ditahan polis, tengah malam tadi. Malah, mereka berjaya lolos dengan memasuki hutan berhampiran selepas lori dinaiki itu terbabas dan terhumban ke dalam parit di Taman Paka Putra, dekat Dungun, pada 12 tengah malam tadi.*
35) *SELEPAS dua jam ‘dipujuk’, gajah jantan liar yang ditangkap di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling Khamis lalu dipindahkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, hari ini. Pengarah Perhilitan Kedah, Jamalun Nasir Ibrahim berkata, gajah berusia 15 tahun dengan berat dua tan itu dipindahkan dengan bantuan dua gajah betina denak iaitu Abot dan Rampai pada 11 pagi.*
36) *DUA koperal polis ditahan di hadapan kedai serbaneka 24 jam di Lembah Maju, Ampang selepas memeras ugut seorang pelayan restoran, semalam. Sumber berkata, dua anggota polis berusia 30-an itu dikatakan meminta pasport milik mangsa berusia 18 tahun ketika berada di tempat kerjanya di Pandan Indah pada 6.30 petang.*
37) *BUKAN hanya menjalankan operasi secara haram, dua kilang dekat Jalan Jelebu, Seremban, turut dikesan menyebabkan pencemaran udara, sekali gus menyebabkan penduduk setempat tidak selesa. Malah kedudukannya antara 200 hingga 300 meter dari jalan utama selain tersorok daripada pandangan mata amat mencurigakan sebelum risikan dilakukan Pasukan Aduan dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mendapati kedua-dua kilang berkenaan mengeluarkan bau dan bahan menyumbang kepada pencemaran udara.*
38) *MENARA dan Skybridge jambatan angkat (drawbrigde) di Kuala Terengganu dijangka dapat dibuka kepada orang ramai pada awal September ini. Ketua Pegawai Eksekutif TI Properties Sdn Bhd Khalizan Mahmud berkata, pihaknya dalam proses persiapan untuk menghias galeri yang terdapat di Skybridge dengan beberapa tema ditetapkan bagi memberi tarikan kepada pengunjung.*
39) *DUA lelaki dipercayai terbabit dengan beberapa kejadian samun di sekitar Kubang Pasu sejak Mei lalu sedang diburu polis. Seorang daripada lelaki berkenaan dipercayai menggunakan taktik menyamar sebagai anggota polis untuk ‘menakutkan’ warga asing, manakala seorang lagi menjadikan penunggang motosikal sebagai sasaran untuk mendapatkan wang dengan menggunakan kekerasan.*
40) *POLIS menafikan dakwaan peguam warga Ireland, Anne Brennan yang menuduh keluarga Nora Anne Quoirin ada kaitan dengan kes kematian remaja berusia 15 tahun itu. Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, dakwaan peguam yang juga aktivis kanak-kanak itu berniat jahat. “Siasatan sedang dijalankan. Polis menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuatnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.*
41) *KABINET yang bermesyuarat hari ini bersetuju secara prinsipnya dengan cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk melaksanakan perkhidmatan teksi motosikal atau Go-Jek di negara ini. Mengesahkan perkara itu, Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, Kabinet sudah memberi lampu hijau mengenai program itu namun KBS dan Kementerian Pengangkutan (MOT) perlu tampil dengan perincian undang-undang terlebih dulu secepat mungkin.*
*SEJAGAT*
==========
*Gara-gara dipanggil gemuk, seorang wanita menikam mati teman lelakinya menggunakan gunting selepas disindir ketika mahu membeli aiskrim.*
*Saksi mendakwa pasangan itu bertengkar selepas lelaki terbabit menghalang teman wanitanya membeli aiskrim kerana dianggap sudah cukup gemuk dalam kejadian di Zhumadia, tengah China.*
*Shanghaiist memetik saksi memberitahu lelaki itu didengar berkata: “Dah gemuk pun nak makan aiskrim?”*
*MOSCOW: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun mati ditikam sebanyak lapan kali oleh ibunya hanya kerana mangsa merayu ingin pulang ketika dia berparti, dalam kejadian di Kirov, timur laut Russia.*
*Daily Mail melaporkan, Anna Shishkina, 29, yang juga seorang ibu tunggal membuat pengakuan membunuh anaknya itu dalam video yang dirakam Jawatankuasa Siasatan Russia.*
*Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia membawa anak lelakinya itu ke rumah rakan untuk berhibur bersama beberapa lelaki namun anaknya merayu ingin pulang ke rumah.*
*WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menangguhkan pertemuannya dengan Perdana Menteri Denmark kerana pemimpin itu enggan menjual Greenland kepada negara terbabit.*
*AFP melaporkan, keputusan Trump itu menunjukkan dia begitu berminat untuk membeli Greenland yang dianggap sebagai perkara melucukan oleh sesetengah pihak namun Rumah Putih tetap berkeras kerana ia mempunyai lokasi strategik.*
*JAMBI: Pihak berkuasa Jambi mengumumkan sekolah ditutup sehingga seminggu bermula kelmarin disebabkan jerebu yang melanda bandar itu sejak kebelakangan ini.*
*Datuk bandarnya, Syarif Fasha berkata, tempoh penutupan bergantung kepada tahap usia murid, lapor portal berita Republika.*
*”Bagi kanak-kanak prasekolah dan tadika, cuti diberikan selama seminggu. Sementara itu, sekolah rendah sehingga darjah empat pula ditutup tiga hari dan akan dipertimbangkan semula berdasarkan keadaan jerebu selepas itu,” katanya di Jambi, kelmarin.*
*ISLAMABAD: Pakistan berkata ia akan membawa isu pertelingkahan mengenai Kashmir dengan India ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) selepas New Delhi menarik semula status autonomi di bahagian wilayah itu awal bulan ini.*
*Reuters melaporkan, kerajaan itu yang berang dengan tindakan India bertindak memutuskan rangkaian perdagangan serta pengangkutan selain mengusir Duta India dari negara terbabit.*
*ROME: Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte semalam berkata, dia akan meletakkan jawatannya dan menyelar Menteri Luar, Matteo Salvini dari parti berhaluan kanan kerana mementingkan diri dengan keluar dari pakatan kerajaan.*
*”Saya akan menamatkan pengalaman dalam kerajaan di sini. Saya akan bertemu dengan Presiden Sergio Mattarella untuk memaklumkan peletakan jawatan saya,” kata Conte selepas perdebatan di Senat.*
*CIANJUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun mempunyai tabiat pelik menangkap dan menggigit ular, kodok, kucing, anak ayam dan itik sampai mati.*
*Keanehan itu datang ketika Rizki Maulana Yusuf berusia enam tahun selepas diserang demam panas yang tinggi sehingga badannya kejang.*
*Ibu Rizki, Cucu, 30, memberitahu Tribunnews, dia menyedari anaknya minat bermain dengan kodok dan ular sebelum bunuh haiwan berkenaan.*
*NORTH CAROLINA: Seorang bapa mencekik dan mengelar leher anak perempuannya ketika remaja itu datang melawatnya pada hujung minggu lalu sebelum menyerah diri kepada polis.*
*Joshua Burgess, 32, mengaku membunuh anaknya, Zaria, 15, di rumahnya dan siasatan polis di kediaman itu menemui beberapa objek dipercayai digunakan untuk membunuh gadis itu, lapor The Charlotte Observer.*
*Suspek yang dihadapkan ke mahkamah kelmarin, mengaku melakukan pembunuhan itu, namun motif perbuatannya tidak didedahkan.*
JAKARTA: Kerajaan Indonesia didesak menggubal undang-undang untuk menamatkan amalan perkahwinan kanak-kanak yang didakwa menyebabkan ribuan remaja perempuan terperangkap dalam ikatan umpama “neraka”, kata seorang peguam semalam.*
*Kemiskinan dan tradisi menyebabkan keluarga di Indonesia mengahwinkan anak mereka dan menurut UNICEF, seorang daripada empat remaja perempuan berkahwin sebelum berusia 16 tahun.*
*Secara purata, lebih 3,500 remaja perempuan Indonesia berkahwin setiap hari dan dalam beberapa kes mahkamah agama membenarkan kanak-kanak perempuan berusia bawah 16 tahun berkahwin.*
*NEW DELHI: Seorang lelaki menuntut cerai daripada isterinya kerana tidak tahan hanya dibenarkan makan ladu, kononnya atas arahan dukun, lapor media tempatan.*
*Menurut NDTV, lelaki itu membuat permohonan di mahkamah keluarga kerana hanya dibenarkan makan empat manisan berkenaan, masing-masing pada waktu pagi dan malam, selain tidak boleh langsung menjamah makanan lain antara tempoh itu.*
*Pasangan itu mempunyai tiga anak hasil perkahwinan 10 tahun.*
*YANGON: Seramai 19 orang terbunuh manakala lebih 2,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka sejak berlakunya pertempuran antara tentera kerajaan dan pemberontak etnik minoriti di utara Myanmar minggu lalu, kata pegawai kerajaan, hari ini.*
*Mereka yang cedera dalam pertempuran terbaru itu mendapat perlindungan di sebuah biara di sekitar bandar Lashio di utara Shan dan bergantung kepada kumpulan sukarelawan serta kerajaan untuk bekalan.*
*FLORIDA: Seorang lelaki Florida yang mengalami tekanan kerana hilang pekerjaan dan teman wanitanya, ditahan polis selepas dia membuat ancaman mahu melakukan serangan tembakan besar-besaran pada hujung minggu ‘untuk memecahkan rekod pembunuhan dunia.’*
*New York Post melaporkan, melalui kiriman mesej kepada bekas kekasihnya, Tristan Scott Wix, 25, mengaku mahu membunuh 100 orang yang boleh membuat dia berasa lega untuk melepaskan kemarahannya.*
*”Saya mahu menembak secara rambang ke arah orang ramai dari jarak 4.8 meter selain memecahkan rekod pembunuhan paling ramai dilakukan di dunia,” kata lelaki itu, menurut polis.*
*TIMIKA, Papua: Seramai 20 orang ditahan kerana disyaki terbabit dalam rusuhan di Parlimen Mimika di sini, hari ini.*
*Dalam kejadian itu, penunjuk perasaan merosakkan kenderaan, hotel dan turut menyekat lalu lintas dengan membakar kayu dan meletakkan batu.*
*Rusuhan tercetus apabila penunjuk perasaan mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman di perkarangan parlimen pagi ini.*
*RIO DE JANEIRO: Polis Brazil menembak mati seorang lelaki bersenjata sekali gus menamatkan drama tebusan selama beberapa jam di dalam sebuah bas di sini hari ini, lapor media tempatan.*
*Seramai 16 penumpang bas berkenaan dijadikan tebusan selepas lelaki bersenjata itu menawan kenderaan berkenaan di atas jambatan yang menghubungkan bandar ini dan Niteroi.*
*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================
*DEK kerana tidak mahu ke hospital, lelaki warga emas mencipta drama komedi termasuk berbahasa Tamil dengan seorang doktor hingga menimbulkan gelak tawa di klinik di Tangkak, Johor, baru-baru ini.*
*Surip Taruak, 81, dibawa ke klinik terbabit oleh anak dan cucunya akibat pendarahan hidung selepas menjalani ibadah korban pada hari pertama Aidiladha.*
*“Dari situlah bermula drama datuk. Mula-mula doktor klinik terbabit berkomunikasi dengan kami dalam bahasa Inggeris tapi dia (datuk) tidak faham. Tiba-tiba datuk bertutur dalam bahasa Tamil dan kebetulan doktor merawatnya berbangsa India.*
*Gelagat lelaki mempunyai lapan anak serta 21 cucu itu dirakam Nur Adibah sebelum dimuat naik dalam Twitter dan ditonton lebih 379,000 pelayar laman sosial berkenaan.*
*POLIS mengesan seorang lelaki warga asing bekerja di sebuah kilang di Bandar Teknologi Kajang, di Kajang, yang didakwa dipukul oleh majikannya.*
*Terdahulu, status tular di media sosial yang mendakwa seorang pekerja lelaki warga Bangladesh sering dibelasah dan diperlakukan seperti hamba abdi oleh majikannya.*
*Dalam status yang tular itu turut terdapat dua rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai berlaku di kilang berkenaan memaparkan seorang lelaki disyaki majikan memarahi dua pekerjanya.*
*“KUCING itu dihantar
nak tengok hang bantu dia ke tak.” Itu reaksi seorang rakan terhadap
Aidil Zharif Zaikimi, 19, selepas seseorang membayar makanannya sebaik memberi kucing makan, baru-baru ini.*
*Peristiwa itu berlaku di sebuah restoran di Alor Setar, Kedah ketika penuntut Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu bersarapan sebaik selesai solat Subuh.*
*Susulan itu,Aidil Zharif memuat naik status di Twitter.
Status berkenaan mendapat lebih 20,000 tanda suka serta 15,800 ulang ciapan dari kalangan warga maya.*
*Rata-rata memuji perbuatanAidil Zharif selain netizen berkongsi kisah masing-masing mendapat rezeki tidak terduga.*
🌪 *PENDUDUK di kawasan Telaga Harbour Park di Langkawi, gempar menyaksikan kejadian belalai air atau sengkayan bersaiz besar melanda kawasan itu, hari ini.*
*Kejadian berlaku ketika keadaan cuaca hujan berserta angin kencang, 11.30 pagi.*
*Fenomena terbabit dikatakan berlaku dalam tempoh kira-kira 10 minit, dilihat dari arah laut menuju ke kawasan darat.*
*Video fenomena itu kini tular di Facebook dan WhatsApp.*
*Saksi kejadian juga Pengurus Acara Kumpulan Naam, Mark Hisham berkata, kejadian itu pertama kali dilihatnya sejak enam tahun bertugas di Langkawi.*
*GAMBAR yang tular di laman sosial menunjukkan Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban sebenarnya berlaku pada 2016.*
*Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, berlaku kesilapan teknikal ketika bendera itu dipasang namun perkara itu sudah dibetulkan.*
*”Saya terima banyak pertanyaan berhubung isu bendera terbalik di IPD Seremban yang ditularkan.*
*SEBANYAK 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berikutan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang memasak Jalur Gemilang terbalik di seluruh negara.*
*Malah, perbuatan itu tular di media sosial sekali gus menimbulkan rasa kurang senang rakyat.*
*NGO terbabit termasuk Jemaah Manjoi dan Pertubuhan Warisan Persahabatan Gugusan Manjoi, membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh hari ini.*
*GURU dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Inderapura di Jerantut berjaya mengutip sebanyak RM2,000 bagi membantu meringankan beban Ibrahim Hassan, 42, yang terpaksa berulang-alik kira-kira 150 kilometer sehari bagi menjaga isterinya di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh.*
*Pengetua SMK Inderapura Suriaton Fakih berkata, sumbangan yang dikumpul sejak beberapa hari lalu itu akan diserahkan kepada Ibrahim hari ini bagi membolehkannya menampung perbelanjaan harian dirinya dan keluarga.*
*Portal Harian Metro pada 10 Ogos lalu melaporkan kegigihan bapa beranak tujuh itu yang berulang-alik dari rumahnya Taman Sri Jaya setiap malam selepas selesai bekerja menggunakan motosikal buruk bagi menjaga isterinya di HOSHAS.*
*“SEJAK bulan lalu setiap hari saja jual 50,000 papan. Pernah sehari saya jual hingga 100,000 papan petai kerana permintaan amat menggalakkan,” kata penjual petai Najman Abu Bakar, 30.*
*Dia bersama saudaranya Rahimi Mat Ramli, 38, membuka gerai menjual petai di bahu jalan di Taman Kota Jaya, Pulai, Baling, di sini, sejak sebulan lalu.*
*Najman berkata, 500 ikat petai bersamaan 50,000 tangkai dijual pada harga RM25 sehingga RM40 seikat.*
*ARENA* ⏱
========
*PEMAIN bintang Juventus, Cristiano Ronaldo memberi gambaran akan bersara lebih awal berkemungkinan penghujung musim ini.*
*Pemain berusia 34 tahun itu yang menandatangani kontrak mewah selama empat tahun bersama Juventus selepas membantu kelab itu meraih gelaran Serie A pada musim pertama bersama kelab itu.*
*Ronaldo bagaimanapun enggan menolak kemungkinan menggantung butnya tahun depan biarpun mengakui berada dalam keadaan terbaik untuk beraksi pada tahap tertinggi untuk beberapa tahun lagi.*
*JUVENTUS bersedia untuk melakukan perpindahan mengejutkan untuk mendapatkan Luis Suarez, menurut laporan media Itali.*
*Barcelona masih berharap dapat bersama semula bersama bekas bintang mereka, Neymar dan jika perpindahan itu berlaku, kelab Itali akan cuba mendapatkan Suarez, menurut dakwaan media terbabit.*
*Skuad Catalan itu begitu terdesak untuk mendapatkan Neymar dan bekerja keras untuk mendapatkan persetujuan pelepasan daripada Paris-Saint Germain (PSG).*
*OLE Gunnar Solskjaer kini boleh menggunakan £75 juta (RM380j) hasil penjualan Romelu Lukaku untuk digunakan pada Januari sekiranya perlu untuk mengukuhkan pasukan mencabar empat teratas.*
*Bos Manchester United itu dibenarkan untuk membelanjakan sebanyak £150j (RM760j) pada musim panas dengan mendapatkan Aaron Wan-Bissaka, Daniel James dan Harry Maguire.*
*Bagaimanapun, masih terdapat dua persoalan membabitkan dua pemain berpendapatan tinggi iaitu Paul Pogba dan Alexis Sanchez sebelum jendela perpindahan benua ditutup pada 2 September.*
*BEKAS pemain sayap Perancis dan Bayern Munich, Franck Ribery akan menyertai Fiorentina, umum kelab Serie A Itali itu hari ini.*
*Laman web kelab itu memaparkan video pemain berusia 36 tahun itu turun dari jet peribadi di lapangan terbang Peretola di Florence sebelum bertemu pegawai kelab.*
*Media Itali menyatakan kira-kira 300 penyokong Fiorentina turut menunggu untuk menyambut kedatangannya.*
*Ribery berkata, bekas rakan sepasukan Bayern, Luca Toni, bekas pemain kebangsaan Itali yang pernah beraksi di Fiorentina, membantu untuk meyakinkannya berpindah.*
♂ *SELEPAS menanti dua peringkat, Team Sapura Cycling (TSC) akhirnya memenangi peringkat ketiga perlumbaan berbasikal Tour of Indonesia menerusi pelumba dari Australia, Marcus Culey hari ini.*
*Culey menamatkan perlumbaan sejauh 195.9km dari Kota Batu ke Jember dengan masa empat jam 15 minit 35 saat dengan menafikan cabaran pelumba Pro Touch, Rohan Du Plooy di kedudukan kedua manakala Yudai Arashiro dari Kinan Cycling Team ketiga.*
*TIADA sebarang masalah buat beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia di Basel, Switzerland selepas menyingkirkan Ben Lane-Jessica Pugh dari England, hari ini.*
*Kian Meng-Pei Jing yang tampil selaku pilihan ke-14 mengambil masa 44 minit sebelum menang 21-19, 21-19.*
*Pada pusingan ketiga esok, Kian Meng-Pei Jing berdepan tugas sukar bertemu pilihan keempat dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.*
*FAKTOR kepenatan antara punca skuad bawah 18 (B-18) tahun negara tewas 0-1 di tangan Australia pada final kejuaraan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) B-18 di Stadium Thong Nhat, Vietnam kelmarin.*
*Pengendali pasukan, Brad Maloney berkata, meskipun anak buahnya cuba bangkit pada babak kedua dengan memberi tentangan, kelekaan di hujung permainan ekoran keletihan menyaksikan kubu negara dihukum.*
*PENGENDALI PKNS FC, Datuk K Rajagobal menganggap hilang tiga mata kecundang 2-3 kepada Kedah pada saingan Kumpulan A Piala Malaysia di Alor Setar, malam tadi sukar diterima.*
*Ia kerana skuadnya dua kali mendahului skuad Lang Merah.*
*Pengendali berpengalaman itu kecewa benteng pertahanannya alpa disaat akhir perlawanan dan gagal mempertahankan kelebihan gol seawal babak pertama dan turut mendahului dengan gol kedua pada babak seterusnya.*
*berita penuh sila ikuti harian metro online*
*#⃣re🅿oterat🅰spok*
berita untuk hari ini takde ke ? hehhe