Active Topics

Berita 1 Dunia

Forum Berkaitan Pendidikan, Matapelajaran Dan sekolah

Moderators: zylajasmine, napisah

Post Reply
User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 89
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita 1 Dunia

Post by zylajasmine » Wed Sep 04, 2019 4:13 pm

Akibat tidak dibayar gaji, penyelia maut dibunuh

PETALING JAYA - Seorang penyelia di sebuah syarikat ditemui maut dalam keadaan terbaring lengkap berpakaian dan berlumuran darah di tandas kakitangan keselamatan di sini hari ini.

Dalam kejadian tersebut, mangsa, Lee Poh Meng, 54, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari pekerja di premis berkenaan pada pukul 3.18 petang.

"Hasil semakan televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati, kejadian berlaku semalam kira-kira pukul 6.10 petang yang menunjukkan mangsa telah dipukul berkali-kali menggunakan topi keledar oleh seorang lelaki.

"Suspek merupakan lelaki warganegara India yang dikenali 'Don' dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, punca kejadian adalah disebabkan kegagalan mangsa membayar gaji pengawal keselamatan di syarikat terbabit.

"Bagaimanapun, pada pukul 6 petang hari ini, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah membuat tangkapan terhadap tiga individu di pekarangan sebuah kondominium," ujarnya.

Mengulas lanjut, kesemua tiga lelaki terbabit terdiri daripada seorang warga tempatan dan dua warga Nepal berusia dalam lingkungan 26 hingga 42 tahun.

"Ketiga-tiga lelaki terbabit merupakan pengawal keselamatan di syarikat berkenaan dan kita juga telah merampas sebuah dekoder CCTV bagi membantu siasatan.

"Mayat mangsa telah dihantar ke PPUM untuk bedah siasat pada esok hari kira-kira pukul 10 pagi," jelasnya.

Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - K! ONLINE
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 89
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita 1 Dunia

Post by zylajasmine » Wed Sep 04, 2019 4:13 pm

Bertaubatlah pak cik...

LELAKI yang berperwatakan alim dengan memakai kopiah rupa-rupanya ‘tokan’ dadah, malah menjadikan rumahnya di Kampung Rambai, Mukim Bukit Raya, Pendang, sebagai ‘port’ menagih dan membungkus dadah.

Suspek berusia 57 tahun bersama dua rakannya berusia 45 dan 32 tahun itu dicekup polis dalam serbuan di rumahnya pada 12.05 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang hasil maklumat dan risikan polis.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui 13 peket plastik dan keratan straw berisi heroin dengan anggaran berat 15.25 gram di atas meja kayu berhampiran suspek.

“Turut ditemui empat peket plastik dan satu keratan straw berisi syabu dianggarkan seberat 5.35 gram, dan satu peket plastik berisi ganja dengan anggaran berat 1.39 gram.

“Satu alat penimbang, gunting besi, pemetik api dan enam peket plastik kosong dipercayai digunakan untuk membungkus dadah.

“Turut dirampas sejumlah wang tunai sebanyak RM RM3,106,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pemeriksaan pada tubuh badan suspek berusia 57 tahun itu turut menemui sejumlah dadah di seluar suspek.

“Polis menemui tiga keratan straw, satu peket plastik berisi heroin dengan anggaran berat 5.97 gram dan satu peket plastik syabu dengan anggaran berat 0.65 gram.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM1,584. Pemeriksaan air kencing mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah malah mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah,” katanya

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 12(2) akta sama.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Ogos 2019 @ 12:58 PM

MyMetroMutakhir
Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 6
Posts: 4022
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita 1 Dunia

Post by Nursahirah74 » Sat Sep 07, 2019 5:58 pm

zylajasmine wrote:
Wed Sep 04, 2019 4:13 pm
Bertaubatlah pak cik...

LELAKI yang berperwatakan alim dengan memakai kopiah rupa-rupanya ‘tokan’ dadah, malah menjadikan rumahnya di Kampung Rambai, Mukim Bukit Raya, Pendang, sebagai ‘port’ menagih dan membungkus dadah.

Suspek berusia 57 tahun bersama dua rakannya berusia 45 dan 32 tahun itu dicekup polis dalam serbuan di rumahnya pada 12.05 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang hasil maklumat dan risikan polis.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui 13 peket plastik dan keratan straw berisi heroin dengan anggaran berat 15.25 gram di atas meja kayu berhampiran suspek.

“Turut ditemui empat peket plastik dan satu keratan straw berisi syabu dianggarkan seberat 5.35 gram, dan satu peket plastik berisi ganja dengan anggaran berat 1.39 gram.

“Satu alat penimbang, gunting besi, pemetik api dan enam peket plastik kosong dipercayai digunakan untuk membungkus dadah.

“Turut dirampas sejumlah wang tunai sebanyak RM RM3,106,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pemeriksaan pada tubuh badan suspek berusia 57 tahun itu turut menemui sejumlah dadah di seluar suspek.

“Polis menemui tiga keratan straw, satu peket plastik berisi heroin dengan anggaran berat 5.97 gram dan satu peket plastik syabu dengan anggaran berat 0.65 gram.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM1,584. Pemeriksaan air kencing mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah malah mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah,” katanya

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 12(2) akta sama.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Ogos 2019 @ 12:58 PM

MyMetroMutakhir
Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Hm .... macam2 manusia zaman sekarang ni :D
❤️ara 🐼

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 89
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita 1 Dunia

Post by zylajasmine » Thu Sep 19, 2019 9:49 am

Kejam! Kepala Remaja Ditemui Dipotong, Tubuh Dikerat 10 Di Johor
TANGKAK - Mayat seorang remaja lelaki ditemui dikerat 10 bahagian sebelum dibungkus dalam lima beg plastik dan disorok dalam saluran longkang di tepi parkir sebuah rumah di Kampung Kesang Laut, lapor Harian Metro.

18/09/2019

Tubuh seorang remaja lelaki dipercayai berusia 19 tahun, dipotong kepada hampir 10 bahagian, dimasukkan ke dalam beg plastik sebelum disorok dalam pembetung saluran air longkang sebuah rumah di Kampung Kesang Laut, Muar
Image from Harian Metro
Image via Harian Metro
Mangsa yang belum dikenalpasti identitinya itu, dipercayai telah dibunuh tiga hari yang lalu dan mayatnya dikerat-kerat termasuk kepala yang dipisahkan dari badan sebelum dimasukkan ke dalam lima beg plastik.
Motif pembunuhan masih disiasat. Namun, pihak polis mengandaikan ia kemungkinan cemburu berebutkan wanita seperti dalam pembunuhan kejam kes Mona Fandey pada 1993, yang memotong mayat Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris, kepada 18 bahagian.
Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Mohad Idris Samsuri, pemilik rumah itu terhidu bau busuk ketika membersihkan rumahnya sebelum menemui pergelangan kaki lalu menghubungi polis
“Kami percaya mangsa adalah lelaki berusia bawah 20 tahun dan dibunuh di tempat lain. Berdasarkan keadaan anggota badan, kejadian mungkin berlaku lebih tiga hari lalu,” katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Gambar Hiasan
Polis juga sedang menyiasat tempat dan cara mangsa dibunuh serta senjata yang digunakan, termasuk bagi mengerat mayat.
Setakat ini, polis telah menahan seorang individu berusia 20 tahun yang tinggal di sebuah rumah berhampiran tempat kejadian bagi membantu siasatan dan tiada jenayah lampau direkodkan.
Katanya lagi, semua anggota badan itu dihantar ke Hospital Tangkak dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil bagi membantu siasatan.
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 89
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita 1 Dunia

Post by zylajasmine » Thu Sep 19, 2019 9:50 am

Nursahirah74 wrote:
Sat Sep 07, 2019 5:58 pm
zylajasmine wrote:
Wed Sep 04, 2019 4:13 pm
Bertaubatlah pak cik...

LELAKI yang berperwatakan alim dengan memakai kopiah rupa-rupanya ‘tokan’ dadah, malah menjadikan rumahnya di Kampung Rambai, Mukim Bukit Raya, Pendang, sebagai ‘port’ menagih dan membungkus dadah.

Suspek berusia 57 tahun bersama dua rakannya berusia 45 dan 32 tahun itu dicekup polis dalam serbuan di rumahnya pada 12.05 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang hasil maklumat dan risikan polis.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui 13 peket plastik dan keratan straw berisi heroin dengan anggaran berat 15.25 gram di atas meja kayu berhampiran suspek.

“Turut ditemui empat peket plastik dan satu keratan straw berisi syabu dianggarkan seberat 5.35 gram, dan satu peket plastik berisi ganja dengan anggaran berat 1.39 gram.

“Satu alat penimbang, gunting besi, pemetik api dan enam peket plastik kosong dipercayai digunakan untuk membungkus dadah.

“Turut dirampas sejumlah wang tunai sebanyak RM RM3,106,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pemeriksaan pada tubuh badan suspek berusia 57 tahun itu turut menemui sejumlah dadah di seluar suspek.

“Polis menemui tiga keratan straw, satu peket plastik berisi heroin dengan anggaran berat 5.97 gram dan satu peket plastik syabu dengan anggaran berat 0.65 gram.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM1,584. Pemeriksaan air kencing mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah malah mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah,” katanya

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 12(2) akta sama.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Ogos 2019 @ 12:58 PM

MyMetroMutakhir
Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Hm .... macam2 manusia zaman sekarang ni :D
Korang pun macam2 😂😂😂😂
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 89
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita 1 Dunia

Post by zylajasmine » Thu Sep 19, 2019 9:51 am

PERAK 17/09/2019.

Penemuan satu mayat dalam sebuah rumah di Kampung Parit Mat Alam, Titi Serong, Parit Buntar.

Menurut maklumat awal, arwah dipercayai telah meninggal 2 hari yang lalu.

Difahamkan arwah tinggal bersama abangnya yang mengalami penyakit mental.
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

Post Reply

Return to “Pendidikan Dan Sekolah”