Active Topics

Ringkasan Berita

Forum Berkaitan Pendidikan, Matapelajaran Dan sekolah

Moderators: zylajasmine, napisah

Post Reply
User avatar
Ikasnow
Ahli Forum
Leftenan Muda
Leftenan Muda
Malaysia
Posts in topic: 3
Posts: 918
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:14 am
Mood:
Has thanked: 5 times
Gender:

Re: Ringkasan Berita

Post by Ikasnow » Sat May 04, 2019 11:39 am

Nursahirah74 wrote:
Fri May 03, 2019 11:14 pm
Ikasnow wrote:
Wed May 01, 2019 3:33 pm
Matasepet wrote:
Wed May 01, 2019 3:18 pm


Macam ii sukan lah..softball, bola baling,besball, macam ii lah😂

ouh hang masuk ke semua tu ?


Saya fahm smua tu insyaallah dia bakal akn msuk 😌😌

Amin , kalau boleh semoga Adam jadi atlet malaysia 😂
💚iqa💚

Matasepet
Ahli Forum
Mejor
Mejor
Negeri Selangor, Malaysia
Posts in topic: 6
Posts: 1631
Joined: Thu Nov 22, 2018 11:25 am
Mood:
Has thanked: 7 times
Gender:

Re: Ringkasan Berita

Post by Matasepet » Wed Jun 12, 2019 11:44 pm

Nursahirah74 wrote:
Fri May 03, 2019 11:14 pm
Ikasnow wrote:
Wed May 01, 2019 3:33 pm
Matasepet wrote:
Wed May 01, 2019 3:18 pm


Macam ii sukan lah..softball, bola baling,besball, macam ii lah😂

ouh hang masuk ke semua tu ?


Saya fahm smua tu insyaallah dia bakal akn msuk 😌😌
Aku tak masuk sukan tuh..tapi Aku minat ngn sukan tuh🙂
EVOS(Zxuan) 8-) :ugeek:

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 12
Posts: 3984
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by Nursahirah74 » Thu Jun 13, 2019 12:32 am

Matasepet wrote:
Wed Jun 12, 2019 11:44 pm
Nursahirah74 wrote:
Fri May 03, 2019 11:14 pm
Ikasnow wrote:
Wed May 01, 2019 3:33 pm



ouh hang masuk ke semua tu ?


Saya fahm smua tu insyaallah dia bakal akn msuk 😌😌
Aku tak masuk sukan tuh..tapi Aku minat ngn sukan tuh🙂

ouhh ...bgus laa stamina kena ada
❤️ara 🐼

Matasepet
Ahli Forum
Mejor
Mejor
Negeri Selangor, Malaysia
Posts in topic: 6
Posts: 1631
Joined: Thu Nov 22, 2018 11:25 am
Mood:
Has thanked: 7 times
Gender:

Re: Ringkasan Berita

Post by Matasepet » Sat Jun 15, 2019 9:33 am

Nursahirah74 wrote:
Thu Jun 13, 2019 12:32 am
Matasepet wrote:
Wed Jun 12, 2019 11:44 pm
Nursahirah74 wrote:
Fri May 03, 2019 11:14 pm




Saya fahm smua tu insyaallah dia bakal akn msuk 😌😌
Aku tak masuk sukan tuh..tapi Aku minat ngn sukan tuh🙂

ouhh ...bgus laa stamina kena ada
Stamina memang kene ade..kalau tk de tk stamina tk bole lah nak masuk🙂
EVOS(Zxuan) 8-) :ugeek:

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 12
Posts: 3984
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by Nursahirah74 » Sat Jun 15, 2019 11:57 am

Matasepet wrote:
Sat Jun 15, 2019 9:33 am
Nursahirah74 wrote:
Thu Jun 13, 2019 12:32 am
Matasepet wrote:
Wed Jun 12, 2019 11:44 pm


Aku tak masuk sukan tuh..tapi Aku minat ngn sukan tuh🙂

ouhh ...bgus laa stamina kena ada
Stamina memang kene ade..kalau tk de tk stamina tk bole lah nak masuk🙂

Yeah btul tu stamina kena bina :D
❤️ara 🐼

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 66
Posts: 4380
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Fri Jul 19, 2019 12:55 pm

*G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI*

*JUⓂAAT 1⃣9⃣ JUL🅰ℹ 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 1⃣6⃣ ZULK🅰EDA#⃣ 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H*

🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..*

*artikel disiarkan pada tarikh 18julai*

*TANAHAIRKU* 🇲🇾
==============

🌺 1) *PENGGUNAAN anjing pengesan untuk memeriksa bagasi dan penumpang feri berjaya mengekang kemasukan dadah menerusi feri penumpang ke Langkawi hingga ke tahap sifar sejak seminggu lalu. Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, berikutan itu pihaknya bercadang memperluaskan kaedah berkenaan ke kawasan di utara Langkawi yang mana kedudukannya lebih dekat dengan sempadan negara.*

🌺 2) *SERAMAI 24 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Linggi yang mengalami keracunan selepas terhidu racun serangga pagi hari ini dirujuk ke Klinik Kesihatan Linggi dan Hospital Port Dickson (HPD) untuk mendapatkan rawatan lanjut. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, 12 daripada mereka dibawa ke Klinik Kesihatan Linggi dan bakinya dirujuk ke HPD.*

🌺 3) *PEMILIK butik mengaku tidak bersalah atas 17 pertuduhan menipu pakej umrah dan menyalahgunakan wang bayaran pakej itu membabitkan kerugian RM393,000 di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini. Tertuduh, Noraini Abu Bakar, 33, membuat pengakuan itu sebaik semua kertas pertuduhan itu dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Junaidah Mohd Isa.*

🌺 4) *BUKAN saja ditahan kerana menyimpan beberapa tong gas cecair petroleum (LPG) secara haram, seorang lelaki juga bakal berdepan hukuman mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 kerana cuba menyogok pasukan keselamatan. Dalam kejadian di Tebedu, Serian 12.45 tengah hari semalam, lelaki berusia 31 tahun itu cuba memberi suapan RM4,000 kepada sepasukan anggota Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak yang menahannya.*

🌺 5) *FUNGSI tugas dan tanggungjawab Setiausaha Politik kepada menteri akan diperinci secara lebih jelas oleh Kabinet, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurutnya, keputusan itu dibuat hasil persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR), hari ini.*

🌺 6) *SEORANG anggota polis berpangkat Lans Koperal sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan sengaja mencederakan dengan niat mendatangkan kematian ke atas seorang buruh, dua tahun lalu. Baxter Kisar, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.*

🌺 7) *PERAIRAN Selat Melaka kekal selamat untuk aktiviti perkapalan termasuk sebagai laluan perdagangan antarabangsa. Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, pihaknya tidak terkesan dengan isu keselamatan cuba dibangkitkan mengenai Selat Melaka.*

🌺 8) *SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mensasarkan sistem pendaftaran pemilih secara automatik, boleh disediakan dalam tempoh dua tahun lagi, sekali gus mampu diaplikasi buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Timbalan Pengerusinya, Dr Azmi Sharom berkata, pelaksanaan pendaftaran automatik warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun susulan Pindaan Perlembagaan Persekutuan itu, merupakan cabaran utama yang cukup besar, namun beliau komited SPR mampu menggalas tanggungjawab tersebut sebaiknya.*

🌺 9) *PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, melancarkan aplikasi telefon pintar generasi kedua dikenali Respons Rakyat (RR 2.0) untuk orang awam membuat aduan dan maklum balas mengenai sistem penyampaian perkhidmatan awam. Aplikasi itu dibangunkan Biro Pengaduan Awam (BPA), Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional, Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi menggantikan Rakyat Responz (RR 1.0) yang diwujudkan Mei 2016.*

🌺 10) *KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menyediakan perkhidmatan kesihatan mental di 1,001 klinik kesihatan di seluruh negara sebagai langkah rawatan, pengesanan awal dan pencegahan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah aktiviti promosi, pengesanan awal dan pengurusan kes berkaitan cubaan bunuh diri.*

🌺 11) *“SAYA tak perlu fikir semua ini, saya ada banyak benda lain nak (hendak) fikir,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan di Putrajaya, hari ini mengenai isu dalaman membabitkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) buat masa ini. Ditanya samada isu dalaman itu satu liabiliti kepada Pakatan Harapan (PH) secara keseluruhannya, Dr Mahathir berkata, ia terpulang kepada media untuk membuat penilaian sendiri.*

🌺 12) *SINDIKET judi dalam talian antarabangsa dikenali kumpulan Apang didalangi warga China tumpas selepas polis menyerbu sebuah premis di Jalan Metro Perdana Barat, Kepong, Kuala Lumpur, Isnin lalu. Sindiket terbabit dikesan menjadikan Malaysia sebagai hub menjalankan kegiatan perjudian itu bagi mengelak ditahan pihak berkuasa di China.*

🌺 13) *SINDIKET ceti haram atau along yang menggunakan modus operandi secara atas talian didapati semakin berani menyimbah cat, merantai pagar rumah peminjam dan menampal nota pada dinding rumah. Tindakan itu dilakukan sindiket yang beroperasi sekitar Perak, Selangor dan beberapa negeri lain sekiranya peminjam gagal membayar hutang dengan kadar faedah dikenakan sebanyak 10 hingga 15 peratus.*

🌺 14) *KETUA Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador menafikan wujudnya campur tangan mana-mana pihak berhubung siasatan rakaman video seks sejenis membabitkan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz. Malah, beliau berkata, siasatan dijalankan pasukan khas yang ditubuhkan dibawah Jabatan Siastan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP) Polis Diraja Malaysia (PDRM).*

🌺 15) *KERAJAAN mengesahkan 12 dron ScanEagle yang diterima dari Amerika Syarikat (AS) sudah dinilai dan selamat untuk digunakan. Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata, penilaian itu dilakukan Kementerian Pertahanan bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).*

🌺 16) *DUA premis di Jalan Gambut, Kuantan berselindung di sebalik pusat hiburan dan karaoke eksklusif sejak dua tahun lalu, sedangkan aktif menawar khidmat wanita pelayan pelanggan (GRO).
Kegiatan haram itu terbongkar hasil serbuan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada 1 pagi hari ini.*

🌺 17) *SETIAP aduan atau rungutan jemaah haji dalam apa jua pemasalahan akan cuba diselesaikan segera oleh Pusat Perkhidmatan Pelanggan Tabung Haji (TH). Pengarah Operasi Haji Makkah Datuk Ahmad Sohaimi Abdul Rahim berkata, pusat itu adalah barisan hadapan dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada jemaah.*

🌺 18) *SELEPAS direman atas tuduhan membakar kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, suspek ‘Mie Tomoi’ direman lagi tujuh hari bermula hari ini atas tuduhan mencederakan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr Hazman Hassan dengan parang pada September tahun lalu. Perintah penahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah hari ini.*

🌺 19) *JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) menerima 111,142 permohonan kewarganegaraan bermula 2013 hingga 2018. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, daripada jumlah itu, 26,222 permohonan ditolak dan 6,371 lagi dibatalkan. Katanya, baki sebanyak 54,222 permohonan pula masih dalam proses, sementara 24,327 permohonan sudah diluluskan.*

🌺 20) *LIMA lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Seremban, hari ini, atas tuduhan menghalang tugas anggota polis ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, April lalu. Tertuduh S Vigane Swaren, 52; S Mangaswaran, 37; S Sivakumar, 37; M Arun, 25, dan A Yeohvan Louis, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret V Vanita.*

🌺 21) *LELAKI warga emas yang didakwa melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun terpaksa bermalam di penjara selepas Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini, tidak membenarkan dia dibebas dengan jaminan. Hakim Junaidah Mohd Isa membuat keputusan tidak membenarkan ikat jamin terhadap V Subramaniam, 65, selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan.*

🌺 22) *BAGI mereka yang mengalami kemurungan atau mungkin terfikir untuk membunuh diri, Sneham Malaysia Welfare Association melancarkan satu talian bebas tol 1800 22 5757 untuk memberi kaunseling dan sokongan emosi. Talian bantuan bebas tol itu beroperasi setiap hari bermula 4 petang hingga 8 malam.*

🌺 23) *SERAMAI 27 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Ahli Parlimen membidas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam, supaya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meletakkan jawatan sekiranya kesahihan video seks yang menjadi persoalan dibuktikan. Mereka berpendirian tegas bahawa kenyataan berkenaan tidak berasas kerana hanya berdasarkan spekulasi semata-mata.*

🌺 24) *LANDASAN kereta api tunggal antara Rawang dan Kuang masih dalam proses baik pulih selepas lapan gerabak tren kargo muatan simen tergelincir berhampiran Stesen Rawang, semalam. Ketua Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Ahmad `Asri Khalbi berkata, ketika ini proses membaik pulih landasan masih berjalan.*

🌺 25) *REMAJA lelaki ditahan selepas disyaki cuba menyeludup 1680 kilogram (kg) minyak masak dan gula di Kuala Sungai Logpond, Tawau. Dia yang berusia 18 tahun ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) ketika mengendalikan bot jongkong pada 5.30 petang kelmarin.*

🌺 26) *PEMANSUHAN hukuman mati mandatori tidak bermaksud hukuman mati di bawah undang-undang dimansuhkan sama sekali, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong. Beliau berkata sebaliknya, kerajaan mencadangkan agar hakim diberi budi bicara yang lebih meluas dalam menjatuhkan hukuman selain hukuman mati iaitu penjara seumur hidup atau dipenjarakan bagi tempoh tertentu berdasarkan fakta kes.*

🌺 27) *MANJUNG: Sebuah ladang sawit di Sitiawan, dikesan menjadi lokasi pengedaran dan penagihan dadah sejak dua minggu lalu diserbu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perak, kelmarin. Lokasi berkenaan ibarat pasar yang menjadi tumpuan penagih dengan motosikal berulang-alik termasuk menjadi ‘teksi’ untuk membawa penagih mendapatkan bekalan serta melepaskan gian di kawasan berkenaan.*

🌺 28) *IPOH: Beroperasi di premis terpencil dengan keadaan tempat pembungkusan yang uzur menjadi taktik syarikat membungkus dan mengedar baja secara haram di Kawasan Perindustrian Pengkalan di sini. Bagaimanapun, taktik premis dipercayai beroperasi selama enam bulan itu gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak.*

🌺 29) *‘PERBALAHAN’ antara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disifatkan sebagai lumrah dalam parti politik dan hanya dianggap sebagai satu perbezaan pendapat. Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perbezaan pandangan itu turut dirasakan hanya satu situasi yang berlaku dalam mana-mana parti dan masih boleh diuruskan parti itu sendiri.*

🌺 30) *TIGA beranak tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman disewa mereka terbakar dalam kejadian di Kampung Senor, Meranti, Pasir Mas, hari ini. Kejadian pada 5.45 petang itu tidak membabitkan kecederaan kerana tiga beranak berkenaan tiada di rumah.*

🌺 31) *KETUA Polis Negara (KPN), Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan video seks membabitkan bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan lelaki dikatakan mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah tulen. Bagaimanapun, beliau memaklumkan CyberSecurity tidak dapat memastikan 100 peratus pelaku dalam video berkenaan.*

🌺 32) *KECERDASAN buatan (AI) diyakini boleh memberikan ekosistem yang positif dalam pelbagai bidang sekiranya ia digunakan secara maksimum tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada tenaga manusia. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, AI kini adalah teknologi yang semakin diperlukan dalam pelbagai urusan, selain terbukti memberikan kemudahan yang lebih baik kepada penggunanya.*

🌺 33) *“WALAUPUN mengalami kerugian sebanyak RM300,000 apabila 320 kambing untuk Hari Raya Aidiladha dilarikan, kelmarin, saya bersyukur keselamatan dan nyawa pekerja ladang selamat,” kata pengusaha ladang kambing Osman Goat Farm, Osman Cheya Kutty, 51. Osman berkata, ladang ternakannya di PTD 6785, Seelong, Senai, disamun penjenayah, 10.30 malam kelmarin ketika dua pekerjanya bersiap untuk makan malam selepas sibuk menguruskan ladang berkenaan.*

🌺 34) *JABATAN Alam Sekitar (JAS) sudah mengenal pasti tiga kilang di Pasir Gudang yang disyaki beroperasi secara haram dan tindakan undang-undang akan diambil segera. Pengarah JAS Johor Wan Abdul Latiff Wan Jaafar berkata, tiga kilang berkenaan dikesan hasil operasi bersepadu JAS bersama Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) serta agensi berkaitan.*

🌺 35) *JURURAWAT maut manakala suaminya parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 415.7 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) dekat Ajil-Telemong di Kuala Berang, hari ini. Dalam kejadian pada 7.30 pagi itu, mangsa, Zahratul Ardiah Ismail, 34, yang bertugas di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.*

🌺 36) *KUCING diberi nama Bulat yang berusia kira-kira dua tahun, kelihatan ‘gembira’ apabila diselamatkan selepas kepalanya terperangkap dalam bekas plastik sejak lima hari lalu. Bulat yang juga kucing jantan liar ditemui Rozidah Hussin, 49, dalam longkang di sekitar Bandar Mahkota Cheras, Kuala Lumpur, 9 pagi hari ini.*

🌺 37) *MENTERI Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin supaya membuat laporan polis susulan dakwaan dipukul seorang warden penjara, baru baru ini. Muhyiddin berkata, menerusi laporan itu, pihak polis boleh menjalankan penyiasatan sama ada dakwaan itu berasas atau sebaliknya.*

🌺 38) *TIMBALAN Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim muhasabah diri susulan presiden parti itu memintanya bercuti segera jika terbukti terbabit dalam video intim yang tular, baru-baru ini. “Dengar baik-baik, suruh dia cermin diri. Suruh Anwar Muhasabah, cermin muka dia dulu,” katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.*

🌺 39) *SURUHANJAYA Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan mencadangkan supaya pentadbiran Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) dirombak sekiranya gangguan bekalan air yang dijadualkan di beberapa daerah di negeri itu pada 23 Julai ini tidak dipulih seperti yang dijanjikan. Pengerusi Suruhanjaya itu Charles Anthony Santiago berkata, SPAN memandang serius perkara itu dan berharap bekalan air di kawasan yang terjejas dapat dipulihkan pada 9 malam (26 Julai) seperti yang dijanjikan.*

🌺 40) *KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin memfailkan saman menuntut ganti rugi RM2 juta terhadap Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang didakwa memfitnahnya berhubung jawatan dan kerjayanya. Zamihan memfailkan saman itu melalui Tetuan Azam Aziz Shahrudinali & Co di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini, jam 2.30 petang semalam. Media memperoleh dokumen saman itu melalui peguam Zamihan, Datuk Shahrudin Ali.*


*SEJAGAT* 🌍
==========

🇳🇱 *MH17 menyambut ulang tahun kelima pesawat itu ditembak jatuh di Ukraine semalam, tidak sampai sebulan selepas tiga rakyat Russia dan seorang Ukraine didakwa bertanggungjawab terhadap kematian 298 penumpang serta anak kapal pesawat Malaysia Airlines itu.*
*Keluarga mangsa dan orang ramai berkumpul di monumen tragedi berkenan di Belanda dikelilingi 298 pokok yang ditanam mewakili setiap mangsa serta bunga matahari yang benihnya diambil dari lokias pesawat terhempas di Ukraine.*
*Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, berkata ‘kesedihan dirasai di seluruh dunia hari ini’ ketika berucap kepada keluarga mangsa di monumen di Vijfhuizen, dekat Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam, di mana pesawat 777 malang itu berlepas ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014.*

🇺🇸 *NEW YORK: Aplikasi terkenal FaceApp berpangkalan di Russia yang membenarkan penggunanya mengubah penampilan mereka untuk kelihatan lebih muda atau berusia, dikecam hebat di Amerika Syarikat (AS), dengan seorang senator menggesa ia disiasat Biro Siasatan Persekutuan (FBI).*
*Ketua Minoriti Senat, Chuck Schumer menggesa FBI dan badan perlindungan pengguna AS, FTC menyiasat aplikasi yang dibangunkan syarikat di Saint Petersburg tetapi digunakan jutaan rakyat AS itu dari aspek risiko keselamatan dan privasi.*
*”Lokasi FaceApp di Russia menimbulkan persoalan bagaimana dan bila syarikat itu menyediakan akses data penduduk AS kepada pihak ketiga, termasuk kerajaan asing.*

🇮🇩 *MEDAN: Polis di Medan Timur berjaya menangkap satu kumpulan peragut bermotosikal yang menyasarkan golongan wanita selepas beberapa anggota polis lelaki menyamar sebagai wanita lengkap dengan memakai tudung.*
*Jurucakap polis Medan Timur, M Arifin berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai kes ragut dan curi motosikal yang dilakukan kumpulan itu yang menjadikan wanita sebagai sasaran utama.*
*”Dalam kejadian terbaru pada Selasa lalu, kumpulan itu menendang sebuah motosikal yang ditunggang seorang wanita sebelum melarikan kenderaan berkenaan.*

🇺🇸 *NEW YORK: Raja dadah Mexico, Joaquin ‘El Chapo’ Guzman yang pernah meloloskan diri dari penjara kawalan maksimum dengan mengorek terowong, empat tahun lalu, dijel seumur hidup oleh mahkamah di Amerika selepas didapati bersalah mengedar bertan-tan kokain, heroin dan ganja serta terbabit dalam pelbagai konspirasi pembunuhan.*
*Hakim Daerah Amerika Syarikat Brian Cogan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan ditambahkan 30 tahun yang diwajibkan mengikut undang-undang.*
*Guzman, 62, didapati bersalah oleh juri pada Februari lalu atas semua tuduhan berkenaan yang dilakukan ketika mengetuai Kartel Sinaloa, organisasi pengedaran dadah terbesar dan paling ganas Mexico.*

🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 *SEKUMPULAN kira-kira 50 pelajar sekolah trauma menyaksikan kematian rakan mereka yang membunuh diri dengan baring di atas landasan sebelum digilis kereta api ketika waktu puncak, semalam.*
*Dalam kejadian pada waktu puncak di Stesen Chertsey, Surrey, itu Sam Connor, 14, dikatakan sempat menyerahkan beg dan telefon bimbit kepada rakannya sebelum terus baring atas landasan.*
*Penumpang kereta api, Lewis, 28, berkata, tren tiba-tiba berhenti sebelum sampai sepenuhnya di platform dan dia melihat ramai pelajar menangis selain ada yang menjenguk di bawah sambil memanggil seseorang.*

🇯🇵 *TOKYO: Seramai 13 maut manakala 37 lagi mangsa cedera, termasuk 10 daripadanya mengalami cedera parah, dalam kebakaran membabitkan sebuah syarikat produksi animasi di barat Jepun, hari ini.*
*Kebakaran dilaporkan membabitkan bangunan milik Kyoto Animation iaitu syarikat yang menerbitkan beberapa siri animasi Jepun terkenal di televisyen.*
*”12 ditemui di tingkat pertama bangunan,” kata seorang pegawai yang enggan nama disiarkan kerana angka kematian itu belum disahkan secara rasmi oleh pihak berkuasa Jepun.*

🇹🇷 *ANKARA: Seramai 14 orang maut, manakala 28 lagi cedera selepas bas mini dinaiki terbalik di timur Turki, hari ini.*
*Agensi berita DHA melaporkan, kejadian berlaku di wilayah Van berhampiran sempadan Iran.*
*Menurut DHA, bas itu didapati membawa pendatang asing yang memasuki Turki secara haram.*
*Wanita dan kanak-kanak antara mangsa cedera, namun warga negara mereka belum diketahui lagi.*

🇸🇦 *MAKKAH: Sejuta kad sim dan akses internet percuma diberikan sebagai hadiah kepada jemaah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz untuk mengerjakan Haji tahun ini.*
*Arab News melaporkan, inisiatif itu adalah sebahagian program bertujuan memberi khidmat kepada jemaah yang mahu berkomunikasi dengan orang terdekat dan tersayang di tanah air.*
*Pasukan lapangan akan bekerja 24 jam sehari pada musim Haji untuk menawarkan perkhidmatan itu kepada jemaah yang baru tiba supaya mereka boleh berkongsi pengalaman dengan ahli keluarga.*

🇦🇺 *SYDNEY: Seorang kanak-kanak lelaki berjaya menemui sepucuk surat di dalam botol di sebuah pantai di pedalaman Australia, dipercayai milik seorang lelaki Britain yang mencampaknya ke laut ketika menaiki kapal, kira-kira 50 tahun lalu.*
*Namun, Jyah Elliott, 9, perlu menunggu sebelum dapat berjumpa pemilik botol itu yang kini berusia 63 tahun disebabkan lelaki itu sedang belayar di kawasan Baltik, lapor stesen penyiaran ABC.*
*Elliott menemui botol berkenaan dalam kawasan pantai di selatan Australia pada Selasa lalu dan keesokan harinya, penulis surat berjaya dijejaki.*

🇸🇦 *JEDDAH: Jutaan jemaah Umrah diberikan kebebasan untuk melawat seluruh Arab Saudi sepanjang mereka berada di negara itu, kata Kabinet Saudi semalam.*
*Arab News melaporkan, ia adalah sebahagian pelan untuk meningkatkan industri pelancongan dan ekonomi Arab Saudi.*
*”Kabinet memutuskan untuk memansuhkan larangan ke atas jemaah Umrah melawat tempat lain selain Makkah, Madinah dan Jeddah. Perintah diraja sedang dipersiapkan bagi ia berkuat kuasa,” kata pemangku Menteri Media, Issam bin Saeed dalam satu kenyataan kepada Saudi Press Agency (SPA).*

*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL* 📡
========================

🐅 *PENDUDUK di Kampung Besol, Bukit Besi dekat Dungun, hari ini dikejutkan dengan kehadiran seekor harimau belang di kawasan kediaman mereka.*
*Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Ghazali Sulaiman berkata, pihaknya menerima aduan penduduk yang memaklumkan mereka terserempak haiwan itu di kawasan hutan di kampung berkenaan kira-kira jam 10 pagi.*
*Hari ini, satu video berdurasi satu minit 25 saat tular di media sosial menunjukkan seekor harimau sedang merayau-rayau di kawasan berkenaan.*

👩🏻‍🚒 *“MULUT orang, biasalah! Banyak lagi benda boleh buat dan saya hanya abaikan sebab apabila berdepan dengan haiwan berbisa, kena 100 peratus fokus pada haiwan itu.*
*”Saya kena abaikan suasana sekeliling sebab apabila silap langkah, akan mengundang bahaya dan membawa maut,” jelas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Noor Fazida Tina Mohamad Noor, 38, satu-satunya ‘bunga’ dalam Skuad King Cobra JBPM.*
*Kecekapan Noor Fazida menangkap seekor ular tedung selar menggunakan tangan saja di sebuah kawasan perindustrian di Rawang, menarik perhatian warganet selepas rakaman video berkaitan tular di laman sosial Twitter dan Facebook sejak semalam.*

🐋 *KEMUNCULAN sepasang ikan paus berdekatan pelantar minyak Dulang kira-kira 170 kilometer dari pantai Kerteh semalam, direkodkan sebagai yang pertama berlaku di Terengganu.*
*Kehadiran pasangan paus itu berjaya dirakam petugas pelantar berkenaan kira-kira 12 tengah hari.*
*Ketua Cawangan Mamalia Marin Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang Mohd Tamimi Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan video tular berdurasi 30 saat yang merakamkan pergerakan paus itu adalah benar.*

👦🏻 *HANYA sekadar suka-suka. Namun, siapa menduga suara seorang kanak-kanak lelaki yang direkodkan bapanya dalam aplikasi Waze mencetuskan fenomena luar biasa hingga menarik minat orang ramai untuk mencuba.*
*Suara Muhammad Rayyan Mikael Mohd Rifdi, 4, direkodkan bapanya, Mohd Rifdi Rosli, 30, sebelum dimuat naik dalam Twitter hingga mendapat 35,000 ulang ciapan, 27,000 tanda suka serta 275 kali dibalas netizen.*
*Mohd Rifdi berkata, sebelum itu dia tidak terlintas untuk membuat rakaman sebelum meminta anak sulung daripada dua beradik bercakap mengikut arahan diberikan.*

🗣 *TINDAKAN Exco negeri, Norhizam Hassan Baktee yang menyentuh fizikal Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Zaidi Attan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, semalam, adalah tidak wajar dan sangat mengecewakan.*
*Ketua Pemuda UMNO Jasin, Dr Akmal Saleh berkata, ini kerana tindakan itu bertentangan semangat Malaysia Baharu dibawa Pakatan Harapan (PH) selain tidak memberi gambaran sebenar Melaka Berwibawa seperti dipromosikan kerajaan negeri.*
*“Seluruh negara melihat perlakuannya menerusi video tular di media sosial dan ia sudah pasti memberi impak psikologi kepada rakyat negeri ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.*

👑 *RAKYAT Johor berpeluang menyalurkan maklumat dan keluhan kepada Sultan Johor apabila Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mencemar duli untuk bertemu rakyat pada jelajah Kembara Mahkota Johor 2019 (KMJ 2019) bermula Sabtu ini.*
*Sultan Ibrahim bertitah, jarak perjalanan hampir 700 kilometer pada jelajah KMJ 2019 tidak akan menghalangnya bertemu rakyat di pelbagai kawasan serta mendengar keluhan mereka.*
*Baginda bertitah, walaupun cuaca hujan atau panas, perjalanan akan tetap diteruskan merentasi 10 daerah.*

⚓ *KUANTAN: Bunyi tembakan misil Exocet MM Block II memecah kesunyian Laut China Selatan yang dilepaskan dari Kapal Diraja (KD) Kasturi sebagai simbolik kepada kemuncak Eksesais Kerismas 26/2019 dan Eksesais Taming Sari 19/2019.*
*Tidak cukup dengan itu, tembakan misil Sea Skua turut menggegarkan ruang samudera negara sebaik ia dilancarkan dari helikopter Super Lynx milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TLDM).*
*Pastinya dua tembakan peluru berpandu ini menguja dan mengagumkan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang berpeluang menyaksikan kehebatan persenjataan milik TLDM yang dipamerkan dalam eksesais kali ini.*


*ARENA* ⏱
========

🥊 *FLOYD Mayweather tidak berminat meninggalkan persaraannya semata-mata untuk kembali mencabar Manny Pacquiao selepas pertarungan pada 2015, kata teman rapatnya Leonard Ellerbe awal pagi tadi.*
*Ellerbe, ketua eksekutif Mayweather Promotions, memberitahu laman web boxingscene. com bahawa tawaran selumayan mana pun tidak akan mampu mengumpan Mayweather kembali ke gelanggang tinju.*
*Mayweather dipercayai menerima sejumlah AS$300 juta (RM1.23 bilion) menerusi mata kemenangan ke atas Pacquiao, yang kekal sebagai pertarungan paling mahal dalam sejarah dan menjana pulangan lebih daripada AS$600 juta (RM2.46 juta).*

⭐ *SADIO Mane mungkin tidak cukup cergas untuk permulaan kempen Liverpool musim depan susulan komitmennya di Piala Negara Afrika, kata pengurus Juergen Klopp.*
*Bintang Senegal itu mewakili negaranya untuk kejohanan di Mesir dan membantu pasukannya mara ke final di mana mereka akan menentang Algeria di Kaherah awal pagi esok.*
*Ketika majoriti pemain Liverpool kembali ke latihan pra-musim dan persiapan jelajah pra-musim ke Amerika Syarikat, Mane agak ketinggalan berbanding rakan sepasukan dalam aspek persiapan pra-musim.*

👏🏻 *KIERAN Trippier menyampaikan mesej terima kasih kepada penyokong Tottenham, atas sokongan sepanjang berada di kelab itu sebelum menyertai Atletico Madrid.*
*Pemain England itu melengkapkan perpindahannya ke kelab La Liga awal pagi tadi dengan kontrak selama tiga tahun dengan bayaran awal £20 juta (RM102.3 juta) selain bayaran tambahan lain.*
*Pemain berusia 28 tahun itu dianggap melebihi keperluan Spurs biarpun sering menyertai kesebelasan utama dalam sepanjang tiga musim terakhir dan membuat 38 penampilan musim lalu.*

💸 *ARSENAL dijangka memotong sebahagian gaji Laurent Koscielny kerana keengganannya mengikuti jelajah pra-musim, menurut laporan di Perancis.*
*Kapten kelab itu mengingkari arahan pengurus Unai Emery untuk menyertai rakan sepasukan pada jelajah Amerika Syarikat ketika dia berusaha untuk meninggalkan pasukan Emirates itu.*

🏍 *BUKAN dua tetapi sekurang-kurangnya tiga pasukan berminat untuk mendapatkan khidmat pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah pada saingan Kejohanan Motosikal Dunia tahun depan.*
*Demikian pendedahan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali berhubung pasukan yang berminat untuk mendapatkan Hafizh dalam kelas Moto2.*
*Meskipun tidak terbabit secara langsung dengan masa depan pelumba yang mendapat gelaran Pescao itu, namun Razlan berkata, sebagai rakyat Malaysia beliau juga perlu mengambil inisiatif untuk membantu Hafizh.*

🏹 *CABARAN pemanah negara berakhir pada suku akhir Kejohanan Memanah Ujian Olimpik di Tokyo, hari ini.*
*Harapan disandarkan kepada naib juara recurve dunia, Khairul Anuar Mohamad tidak kesampaian apabila dia terpaksa akur kepada pemanah dari Korea Selatan, Kim Woojin.*
*Khairul bermula dengan baik apabila menang set pertama mengatasi Woojin namun kebangkitan lawan sukar digugat apabila menang 7-3 dalam pertarungan lima set.*

🏊🏻‍♀ *WENDY Ng berjaya menempah tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara 3 meter papan anjal individu wanita hari ini ketika Nur Dhabitah Sabri gagal mengikut jejak langkahnya.*
*”Tiada apa boleh dikatakan lagi, ia sesuatu yang cukup indah bagi saya layak ke Olimpik sekali lagi.*
*”Terima kasih Tuhan dan semua yang terus menyokong saya menghadapi semua cabaran ini,” kata Wendy.*

🏸 *BEREGU campuran negara membuktikan mereka berada di kelas tersendiri apabila tiga gandingan layak ke suku akhir Terbuka Indonesia di Jakarta, hari ini.*
*Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mengetuai kemaraan apabila menumpaskan Seo Seung Jae-Chae Yujung dari Korea Selatan pada pusingan kedua di Istora Gelora Bung Karno.*

🐅 *JOHOR Darul Ta’zim (JDT) menyifatkan aksi terakhir liga menentang Terengganu FC (TFC) pada pertembungan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok ibarat aksi akhir liga berkenaan.*
*Ini kerana skuad yang bergelar Harimau Selatan mahu mengelak detik hitam selepas tewas 0-1 kepada Petaling Jaya City FC (PJ City FC) di di stadium sama, Selasa lalu, berulang sebelum pasukan itu secara rasmi akan menjulang kejuaraan Liga Super kali keenam berturut-turut.*

🦅 *MISI memburu kemenangan untuk kekal di tangga ketiga Liga Super musim ini menjadi impian ketua pasukan Kedah Baddrol Bakhtiar apabila skuadnya berkunjung ke Stadium Tun Abdul Razak Jengka dalam pertemuan terakhir Liga Super menentang FELDA United, 21 Julai ini.*
*Menurut pemain berpengalaman ini, peluang skuad Lang Merah menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga musim ini akan menjadi kenyataan jika dapat menumbangkan FELDA United yang kini dilihat bangkit merebut peluang bagi mengelak penyingkiran ke Liga Perdana.*

🐘 *BIARPUN muncul naib juara Liga Super musim ini, pengendali Pahang, Dollah Salleh tetap terkilan kerana misi mempertahankan Piala FA tidak kesampaian.*
*Dollah yang juga bekas pemain kebangsaan berkata, kegagalan itu diharap ditebus sebaik kempen Piala Malaysia bermula, bulan depan.*

🦌 *PERSATUAN Bolasepak Kelantan (KAFA) menerima sumbangan RM200,000 daripada syarikat MQ Technology Berhad selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk menubuhkan syarikat The Red Warriors Sdn Bhd.*
*Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, wang itu akan diagihkan sepenuhnya kepada pemain sebelum turun menentang UKM FC, Sabtu ini.*

*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*#⃣re🅿oterat🅰spok🆗*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 66
Posts: 4380
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Wed Aug 14, 2019 10:20 am

*G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI*


*RA🅱U 1⃣4⃣ 🔘G🌀S 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 1⃣3⃣ ZUL#⃣IJJ🅰H 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H*


*#⃣live fr🅾♏ fN 💯PLUS 🅱EVER🅰GE SHA#⃣ ALAⓂ*


🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU S⏰LAT SH🅰H ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE🆖ANNYA*

*IMSAK* : 0⃣5⃣4⃣3⃣
*SUBUH* : 0⃣5⃣5⃣3⃣
*SYURUK* : 0⃣7⃣1⃣0⃣
*ZOHOR* : 1⃣3⃣2⃣1⃣
*ASAR* : 1⃣6⃣3⃣8⃣
*MAGHRIB* : 1⃣9⃣2⃣7⃣
*ISYAK* : 2⃣0⃣3⃣8⃣


*artikel disiarkan pada tarikh 13ogos*


*TANAHAIRKU* 🇲🇾
==============


🌺 1) *MAYAT Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang sejak 4 Ogos lalu ditemui di cerun curam terletak tidak jauh dari kawasan air terjun dekat Gunung Berembun, Pantai, Seremban. Menurut Daily Mail, Nora Anne memberitahu keluarganya mengenai keterujaannya ke situ setibanya di resort tempat mereka sekeluarga menginap di kawasan berkenaan.*

🌺 2) *PENYAMUN bersenjatakan pisau dipercayai penagih dadah maut selepas bergelut dengan penghuni rumah di Kampung Lata Kekabu, Lenggong, hari ini. Dalam kejadian jam 6.50 pagi itu, suspek berusia 30-an dipercayai memecah masuk rumah yang didiami ibu tunggal berusia 30-an bersama anak lelakinya berusia 16 tahun.*

🌺 3) *SINDIKET Geng Fuad Lombok yang aktif membawa pendatang asing tanpa izin (Pati) memasuki negara ini dikesan wujud sejak hujung tahun lalu selain dianggotai 95 peratus warga Indonesia.
Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, mengikut maklumat risikan, sindiket itu dikendalikan individu dari Lombok, Indonesia dan memiliki taraf penduduk tetap.*

🌺 4) *KOMPRESOR pendingin hawa Masjid Tok Keling di Alor Setar, terbakar dipercayai dilakukan suspek sama yang ditahan berkaitan kes membakar permaidani di dua masjid di Pendang, semalam. Ketua Polis Kedah Datuk Zainuddin Yaacob berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dimaklumkan oleh orang awam pada 9.30 pagi berlaku kebakaran kecil di luar masjid itu pagi semalam.*

🌺 5) *TINDAKAN seorang lelaki leka bermain judi dalam talian menggunakan telefon bimbit di sebuah restoran di Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur, mengundang padah apabila ditahan polis, hari ini. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras yang menerima maklumat berhubung kegiatan suspek berusia 47 tahun bertindak menahannya jam 2 pagi.*

🌺 6) *KAYAK hijau dipercayai digunakan dua pelancong Singapura yang dilaporkan hilang di kira-kira lima batu nautika timur Pulau Aceh, Endau, Mersing ditemui hari ini. Kayak terbabit ditemui nelayan tempatan kira-kira 0.6 batu nautika tenggara Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang, 12.30 tengah hari tadi.*

🌺 7) *PERTUBUHAN Cina Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) menolak seni khat diajar secara wajib dengan motivasi dakwah kerana kaedah itu tidak menepati prinsip al-Quran. Menurut Dong Jiao Zong, pengajaran seni itu turut ditolak berikutan kegagalan pegawai Kementerian Pendidikan mendengar pandangan masyarakat bukan Melayu.*

🌺 8) *TERPULANG kepada polis untuk menentukan sama ada badan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) perlu diharamkan atau tidak. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Dong Zong hanya mempertahankan satu komuniti dan lupa bahawa ini adalah negara pelbagai kaum.*

🌺 9) *SURI rumah terpaksa menanggung kerugian RM35,330 selepas menjadi mangsa penipuan individu menyamar sebagai kakitangan mahkamah dan anggota polis. Kejadian didakwa berlaku selepas wanita berusia 41 tahun dari Bukit Payong, Marang, menerima panggilan daripada seorang lelaki tidak dikenali memperkenalkan diri sebagai Pembantu Am Mahkamah Majistret Labuan pada awal Julai lalu.*

🌺 10) *HASRAT seorang pengait kelapa sawit memperoleh pendapatan sampingan dengan menjual besi buruk ditemuinya dalam ladang kelapa sawit tidak kesampaian apabila mendapati ‘besi’ itu sebenarnya adalah bom peninggalan Perang Dunia Kedua. Bom itu dikenal pasti pemilik premis menjual besi buruk di Kampung Batu 7, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, ketika didatangi lelaki berkenaan di rumahnya kira-kira jam 4.30 petang, semalam.*

🌺 11) *SEKOLAH Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Sabak Bernam menanggung kerugian lebih RM150,000 apabila dilanda ribut, kesan daripada taufan Lekima yang melanda Taiwan, awal pagi, Sabtu lalu. Pengetuanya, Azizah Mohd Adenan berkata, kerugian berkenaan adalah anggaran kasar, bagaimanapun, pihaknya menganggarkan nilai kerosakan berkenaan akan meningkat.*

🌺 12) *POLIS sedang mengesan tiga individu yang disyaki meletupkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan membawa lari wang tunai di sebuah bank di Jalan Haji Mustaffa Raja Kamala di Muallim, semalam. Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, berdasarkan semakan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) terdapat dua suspek lelaki bertopeng memasuki bank berkenaan.*

🌺 13) *TIGA lelaki ditahan selepas cuba menyeludup 12,000 karton rokok bernilai RM300,000 di Kampung Bukit Batu di Kuala Krai, Jumaat lalu. Kesemua mereka itu berusia antara 22 hingga 54 tahun ditahan dalam serbuan 7.45 pagi oleh sepasukan polis yang melakukan rondaan.*

🌺 14) *WARGA emas antara lapan yang ditahan dalam beberapa serbuan polis membabitkan rampasan pelbagai jenis senjata api buatan sendiri di Ranau. Rampasan dan tangkapan dibuat sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau pada 6 dan 7 Ogos lalu.*

🌺 15) *“SAYA amat malu kerana saya sering kali pergi meninjau tandas di Malaysia (untuk) tengok bersih atau tidak... biasanya tak (bersih) dan busuk. Itu mencerminkan sifat yang ada pada kita,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurutnya, keadaan tandas awam di negara ini kelihatan sedemikian disebabkan tiada perasaan tanggungjawab sivik dalam hati kalangan masyarakat negara ini.*

🌺 16) *ORANG ramai diminta menyalurkan maklumat mengenai suspek yang menetak bekas isterinya dengan golok di hadapan sebuah bank di Kuala Krai, 1 Ogos lalu. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak berkata, suspek warga Pakistan berusia 50-an sudah melarikan diri dari rumahnya di Machang.*

🌺 17) *PADAH melakukan sumbang mahram ke atas anak tiri, seorang tukang rumah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, hari ini. Bapa tiri berusia 62 tahun itu terdahulu masih mengekalkan pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan sekali lagi terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Zahilah Mohammad Yusoff.*

🌺 18) *TUJUH penumpang cedera ringan selepas bas ekspres dinaiki terbabas sebelum terbalik di Batu 15 Jalan Apas, Tawau, hari ini.
Difahamkan, dalam kejadian 5.10 pagi itu, bas ekspres yang membawa 40 penumpang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Terminal Bas Bersepadu di Sri Indah.*

🌺 19) *JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang memperkenalkan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) bagi nombor pendaftaran kenderaan. “JPJ Pahang akan mula membuka bidaan bagi nombor pendaftaran baru negeri ini iaitu CEE secara dalam talian bermula 12 tengah malam 30 Ogos ini dan berakhir pada 11.59 malam 3 September,” kata Pengarah JPJ Pahang Mohammad Abdullah*

🌺 20) *PENGANJURAN ibadah korban badan bukan kerajaan (NGO) yang meraikan masyarakat pelarian di ibu kota, mendapat pujian daripada masyarakat terbabit. Apa tidaknya, 200 masyarakat pelarian daripada pelbagai negara, diraikan malah mereka berasa suasana melakukan ibadah itu seperti di negara sendiri.*

🌺 21) *PROGRAM Titipan Kasih Korban Harian Metro 2019 di Masjid Darulaman Kampung Lak -Ol di Narathiwat, Thailand, meriah dengan kehadiran lebih 300 penduduk. Pertama kali diadakan seumpamanya, penduduk bersama sukarelawan akhbar ini dan Dapur Penyet bergotong-royong menjalankan ibadah korban serta kenduri rakyat.*

🌺 22) *STATUS gelombang haba di empat negeri, hari ini dilaporkan berada pada tahap satu iaitu paras berjaga-jaga. Berdasarkan kemas kini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sehingga 4.30 petang tadi, 13 kawasan mencecah suhu antara 35 dan 37 darjah Celcius. Kawasan itu membabitkan negeri Perak iaitu di daerah Selama, Kuala Kangsar dan juga Kinta manakala, di Pahang membabitkan Bentong serta Rompin.*

🌺 23) *LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertegas bahawa Datuk Seri Najib Razak masih perlu membayar cukai pendapatan berjumlah RM1.69 bilion walaupun ada memfailkan rayuan penilaian semula bagi tuntutan itu. LHDN melalui kerajaan mendakwa mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 dengan jelas memperuntukkan bahawa cukai suatu taksiran apabila genap masanya adalah perlu dibayar tidak kira sama ada orang itu merayu terhadap taksiran yang dibangkitkan itu.*

🌺 24) *MASALAH lampu di landasan Lapangan Terbang Sibu menyebabkan 12 penerbangan dibatalkan, hari ini. Ia membabitkan enam penerbangan berlepas dan enam yang dijangka tiba di lapangan terbang berkenaan. Penerbangan terbabit ialah dari Sibu ke Kuching pada 5.25 petang serta tiga penerbangan Sibu ke Kuala Lumpur pada 6.50 petang, 7.30 malam dan 8.15 malam.*

🌺 25) *KEADAAN di kawasan perkhemahan Mina Muaisim terkawal walaupun hujan lebat berlaku pada jam 4 petang, semalam (waktu tempatan). Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, tiada ancaman nyawa dan kecederaan dilaporkan membabitkan jemaah serta petugas haji Malaysia.*

🌺 26) *TIMBALAN Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong, hari ini, meminta semua lapisan masyarakat memahami peranan dan pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Tanpa mengira latar belakang dan ekonomi, semua pihak sama ada tentera mahupun orang awam diminta berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.*

🌺 27) *“DULU Pak Do teringin nak kibar jalur gemilang macam orang lain seperti dalam kaca televisyen, namun, masa tu tiada duit nak beli bendera. "Jadi Pak Do kutip mampu kutip bendera jatuh di atas jalan ketika dalam perjalanan pulang berniaga ikan dari Pasir Mas ke Tanah Merah,” kata Mohd Nasir Mustapha, 60. Sehingga kini, bendera yang dikutip sejak 2000 lalu oleh Mohd Nasir atau lebih mesra dengan panggilan Pak Do sudah mencecah kira-kira 3,000 helai.*

🌺 28) *PEMANDU teksi, e-hailing dan bas yang belum mendaftar bagi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SPS) disarankan supaya segera berbuat demikian kerana Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan mula mengeluarkan kompaun, minggu ini. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz berkata, sehingga hari ini, hanya 53,801 daripada lebih 300,000 pekerja persendirian yang direkodkan, berdaftar dalam skim SPS.*

🌺 29) *ORANG ramai dijemput ke persidangan Mencari Keadilan MH17 di AuditoriumUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak pada Sabtu ini. Program anjuran Gerakan Keadilan Sedunia (JUST), Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) dan Pusat Kajian Globalisasi (CRG) itu turut mendapat kerjasama UIAM.*

🌺 30) *POLIS menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan wanita warga emas di rumahnya di Kampung Tebuk Pulai, Sabak Bernam, semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, kedua-dua individu berusia 37 dan 45 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di daerah ini.*

🌺 31) *ORANG ramai yang sedang membeli barangan keperluan bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila premis kedai runcit di pekan Tamparuli, Tuaran, terbakar, petang tadi. Dalam kejadian jam 4.45 petang, api dipercayai berpunca daripada litar pintas memusnahkan hampir keseluruhan kedai dua tingkat berkenaan.*


*SEJAGAT* 🌍
==========


🇮🇳 *SEORANG pemuda tergamak membuang kereta mewah jenis BMW yang dihadiahkan bapanya ke dalam terusan di Yamunanagar India semata-mata berang kerana dia sebenarnya mahukan kereta Jaguar.*
*Times Of India melaporkan, pemuda itu yang dikenali sebagai Akash, 22, pada mulanya meminta bapanya membeli kereta Jaguar dan apabila dihadiahkan kereta BMW 3 series dia berasa berang dan memandu kenderaan itu ke dalam terusan.*
*”Akash mendesak bapanya untuk membeli kereta Jaguar tetapi apabila bapanya tidak membeli kenderaan itu dia mencampak kereta BMW berkenaan dengan marah.*

🇹🇭 *LIMA pemotong rumput maut, manakala seorang lagi parah apabila dirempuh kereta dipandu rakyat Malaysia di Lebuhraya Asia di Khuhatai, Rattaphum dekat Songkhla, petang hari ini, lapor Bangkok Post.*
*Dalam kejadian 3 petang itu, semua mangsa berehat selepas memotong rumput di kawasan itu sebelum dirempuh Perodua Myvi dipandu wanita itu.*
*Ketua Penyiasat Balai Polis Rattaphum Thewa Daoruang berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Chaikaew, 53; Witchaya Thongma, 51; Somporn Sawatdiraksa, 54; Theerawut Mongkhol, 37; dan Wirat Semkhai, 34, manakala Bamreur Ketmoon, 56, dilaporkan parah.*

🇧🇩 *DHAKA: Sekurang-kurangnya 40 orang maut akibat denggi di Bangladesh yang dilanda wabak denggi terburuk menyebabkan hospital kekurangan katil untuk merawat ribuan pesakit, kata pegawai hari ini.*
*Pegawai kementerian kesihatan, Ayesha Akhter berkata, lebih 44,000 dimasukkan ke hospital akibat penyakit bawaan nyamuk itu sejak Januari termasuk 2,100 orang pada Isnin lalu sahaja.*
*"Kami mengesahkan 40 kematian berkaitan denggi setakat Isnin ini,” katanya.*

🇮🇩 *BALI: Seorang lelaki yang mengaku gigolo bertindak membunuh seorang wanita yang melanggannya kerana terasa dihina selepas mangsa merungut perkhidmatan yang diberinya tidak memuaskan.*
*Tribunnews melaporkan, Bagus Putu Wijaya ditangkap susulan penemuan mayat seorang wanita, Ni Putu Yuniawati di sebuah bilik hotel di Denpasar semalam.*
*Jurucakap polis Denpasar, Ruddi Setiawan berkata, wanita berusia 39 tahun yang bekerja sebagai jurujual kereta bertemu dengan Bagus yang mahu membeli kereta.*

🇭🇰 *HONG KONG: Pihak berkuasa lapangan terbang di Hong Kong semalam membatalkan semua penerbangan keluar selepas penunjuk perasaan prodemokrasi menghalang terminal itu untuk hari kedua.*
*"Operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong terganggu teruk, semua penerbangan keluar dibatalkan.*
*"Semua penumpang dinasihatkan untuk meninggalkan bangunan terminal secepat mungkin,” kata satu kenyataan di laman sesawang lapangan terbang Hong Kong.*

🇦🇺 *SYDNEY: Amukan lelaki yang menikam seorang wanita dan cuba menyerang beberapa orang awam lain berjaya dihalang sebelum dia ditahan polis dalam kejadian di tengah Sydney, Australia hari ini.*
*AFP melaporkan, stesen televisyen tempatan menyiarkan lelaki terbabit melompat ke atas bumbung kenderaan sambil menghayun pisau dan melaungkan ‘tembak saya’.*
*Menurut polis, wanita terbabit dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan tidak ada laporan kes kecederaan lain yang diterima biarpun terdapat beberapa cubaan menikam orang awam.*

🇨🇦 *OTTAWA: Polis Kanada mengesahkan dua mayat yang ditemui di kawasan hutan dipercayai suspek tiga kes pembunuhan yang membunuh diri selepas beberapa minggu menjadi buruan pihak berkuasa.*
*AFP melaporkan, Kam McLeod, 19 dan Bryer Schmegelsky, 18, dikehendaki polis susulan pembunuhan lelaki warga Australia dan teman wanita warga Amerika Syarikat serta seorang profesor universiti.*
*Menurut polis persekutuan, kedua-duanya dipercayai mati akibat menembak diri sendiri.*

🇺🇸 *WASHINGTON: Lelaki berusia 24 tahun yang membeli baju perisai dan beberapa bahagian senjata raifal untuk penembak yang membunuh sembilan orang di Dayton, Ohio ditahan atas dakwaan memiliki senjata, kata pihak berkuasa.*
*AFP melaporkan, lelaki terbabit, Ethan Kollie didakwa kerana menipu mengenai dia mengambil dadah untuk membeli sepucuk pistol namun tidak didakwa atas pembabitan secara langsung dengan tembakan rambang dilakukan oleh rakannya, Conner Betts, 24, pada 4 Ogos lalu.*
*Menurut FBI, Kollie turut membeli baju perisai, satu bahagian untuk raifal AR-15, 100 butir peluru untuk Betts dan menyimpannya dalam unit pangsapuri.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL* 📡
========================


👸🏻 *“AL-FATIHAH. Takziah dari saya dan Tuanku (Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah). Sedih sangat!,” titah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi akaun Twitter rasmi baginda, malam tadi.*
*Dalam status itu, baginda turut ulang ciap laporan Harian Metro mengenai Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, yang meninggal dunia selepas dilanggar kereta dipandu seorang lelaki di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran susur masuk Southville City, Bangi.*
*Syed Muhammad Danial selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Bukit Mahkota, Bangi, 4.45 petang, kelmarin.*

🐕 *PENGGUNA Transit Aliran Ringan (LRT) dikejutkan dengan kehadiran penumpang tidak diundang iaitu seekor anjing liar, pagi ini.*
*Kehadiran haiwan itu berjaya dirakam penumpang yang menaiki pengangkutan awam sebelum tular di media sosial hingga mencetuskan persoalan siapa pemilik sebenarnya anjing berkenaan.*
*Bagaimanapun, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan anjing liar terbabit dipercayai sesat sebelum menceroboh Stesen LRT Miharja dan memasuki gerabak jam 8.24 pagi.*

🕋 *LEMBAGA Tabung Haji (TH) hari ini menafikan mesej yang tular di media sosial kononnya seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia selepas sesak nafas di terowong akibat hujan lebat.*
*Mesej yang tular itu juga mendakwa kononnya TH menahan perjalanan jemaah haji Malaysia untuk berpatah balik pada yang berlepas untuk melontar jamrah sebelum hujan lebat itu di Mina.*
*"Mesej yang tular di laman media sosial ini adalah tidak benar," kata TH menerusi kenyataan di laman sosial Facebook hari ini.*

💊 *“SAYA hargai pertolongannya dan kagum kerana dia tidak berkira dalam melakukan kerja,” kata Wan Amirul Izarin Wan Izwan Shah, 23.*
*Wan Amirul memberi reaksi mengenai ciapan dimuat naiknya di Twitter, malam tadi, berhubung penghargaan diberikan kepada seorang penghantar makanan yang tidak keberatan membelikannya panadol.*
*Menerusi ciapan ringkas berserta gambar itu, Wan Amirul mendoakan semoga penghantar makanan terbabit dimurahkan rezeki.*
*“Niat saya memuat naik gambar di Twitter pula sekadar berkongsi pengalaman dilalui. Tak sangka pula, perkongsian ini menjadi tular hingga banyak maklum balas diterima.*

🏍 *TINDAKAN lelaki yang menunggang motosikal melintasi bawah treler mengundang kemarahan netizen.*
*Lelaki itu yang merekod aksinya dalam video berdurasi 30 saat tular di media sosial dan dianggap mencari nahas selain membahayakan pengguna jalan.*
*Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, pihaknya sedang mengesan lokasi kejadian dan nombor pendaftaran motosikal itu.*

🚌 *MASALAH brek dipercayai menjadi punca bas ekspres merempuh beberapa kenderaan ketika menuruni laluan berbukit di Kilometer 305.4 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, dekat Kampar, Ipoh, semalam.*
*Dalam kejadian 2.20 petang itu, pemandu sebuah kenderaan dirempuh bas itu mengalami kecederaan sebelum dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.*
*Semalam, video serta gambar yang dirakam menggunakan ‘dashcam’ seorang pemilik Facebook (FB) tular menunjukkan situasi bas berkenaan merempuh beberapa kenderaan di hadapannya.*

👊🏻 *LAGI kes dipukul akibat masalah di atas jalan raya tular di media sosial Facebook, sejak malam tadi.*
*Kejadian dipercayai berlaku di Lebuhraya Second Link Iskandar Puteri-Tuas, Singapura di Iskandar Puteri, malam tadi, membabitkan seorang pemandu lelaki warga Singapura yang dipukul dua lelaki dipercayai penumpang dan pemandu bas.*
*Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan dibuat mangsa berusia lingkungan 30-an itu.*


*ARENA* ⏱
========


🏆 *JURGEN Klopp menggesa Liverpool mengekalkan tradisi memenangi trofi apabila mereka menentang Chelsea dalam aksi Piala Super UEFA, awal pagi Khamis ini.*
*Perlawanan di Istanbul itu mengimbau kembali memori kejayaan menewaskan AC Milan menerusi penentuan penalti pada final Liga Juara-Juara 2005 dan kini mereka menentang musuh Liga Perdana, Chelsea di ibu kota Turki.*

🙌🏻 *PENJAGA gol Liverpool, Alisson Becker terpaksa berehat beberapa minggu selepas mengalami kecederaan betis ketika menewaskan Norwich 4-1.*
*Pemain Brazil itu dipapah keluar pada babak pertama dalam aksi pertama Liga Perdana di Anfield, Sabtu lalu.*
*"Tak berapa bagus. Ia kecederaan betis yang memaksanya berehat seketika,” kata jurulatih, Juergen Klopp dalam laman web kelab.*

⭐ *TOTTENHAM sedia menaikkan gaji Christian Eriksen lebih sekali ganda bagi memastikan pemain itu terus kekal bersama mereka untuk tempoh jangka panjang.*
*Tetapi timbul kebimbangan selepas bintang Denmark itu memberi bayangan wang bukan tarikan utama untuknya menandatangani perjanjian baharu.*
*Spurs makin terdesak melanjutkan kontrak Eriksen dan sedia meningkatkan gaji pemain tengah itu sehingga £200,000 (RM1.02 juta) seminggu berbanding gaji sekarang, £80,000 (RM404 ribu).*

👏🏻 *BEKAS pemain tengah Belanda dan Inter Milan, Wesley Sneijder mengumumkan persaraan selepas mengharungi pelbagai kejayaan sepanjang 17 tahun pembabitan dalam bola sepak.*
*Pemain berusia 35 tahun yang beraksi 134 kali untuk negaranya membuat pengumuman ketika bercakap kepada saluran YouTube kelab halamannya, FC Utrecht selepas membeli kotak korporat di stadium itu.*

🎾 *JUARA Grand Slam tiga kali, Andy Murray yang kembali beraksi dalam acara perseorangan tewas 4-6, 4-6 kepada Richard Gasquet di pusingan pertama Masters Cincinnati, awal pagi tadi.*
*Pemain Britain itu tidak beraksi acara perseorangan selama tujuh bulan selepas mengalami kecederaan pangkal paha yang dialami ketika tewas pusingan pertama Terbuka Australia pada Januari lalu.*

🎾 *MARIA Sharapova menewaskan Alison Riske 6-3, 7-6(4) di Cincinnati Masters awal pagi tadi bagi menempah pertembungan pusingan kedua dengan pemain nombor dua dunia, Ashleigh Barty yang mengatasi pemain Rusia itu di Terbuka Australia tahun ini.*
*Maria yang agak bergelut dengan ketepatan pukulan meledak beberapa servis kencang dan bertahan dengan kental selepas pertama kali beraksi di kejohanan itu dalam tempoh lima tahun.*

🏍 *PRESTASI serta keadaan pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah mencetuskan rasa bimbang pengurus pasukan Red Bull KTM Tech 3, Herve Poncharal.*
*Di Grand Prix (GP) Austria kelmarin, Hafizh terpaksa dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana mengalami gegaran di kepala selepas terbabit kemalangan ketika hari perlumbaan.*
*”Ia adalah kali kedua berturut-turut Hafizh gagal menamatkan perlumbaan yang mana ia agak membimbangkan.*

🐯 *DUA jaringan sensasi Luqman Hakim Shamsudin dan satu menerusi Muhammad Azam Azmi Murad mencerahkan laluan skuad bawah 18 (B-18) tahun negara ke separuh akhir Kejuaraan AFF B-18 selepas membenam Australia 3-0 di Stadium Thanh Long, Ho Chi Minh, Vietnam, hari ini.*
*Luqman yang kini menjadi buruan kelab Liga Satu Jepun (J1), Cerezo Osaka nyata menjadi duri dalam daging sekaligus menghadiahkan tiga mata penuh buat mengumpul sembilan mata selepas mengharungi empat aksi dalam Kumpulan B.*

🏑 *SKUAD hoki dalam dewan mengharapkan sentuhan pemain senior hoki padang dalam usaha membantu skuad itu mempertahankan emas di Sukan SEA Filipina hujung tahun ini.*
*Malah ketua jurulatih Malaysian Tigers, Roelant Oltmans turut bersetuju melepaskan pemain yang tidak terpilih ke kelayakan akhir Sukan Olimpik 2020 pada Oktober nanti.*

🏸 *KEJAYAAN Lim Chong King meraih kejuaraan sulung peringkat senior di Terbuka Hellas disambut dengan sedikit kegusaran buat jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan.*
*Jurulatih kelahiran Indonesia itu tidak mahu terlalu gembira dengan kejayaan anak buahnya itu dan menganggap ia baru satu permulaan yang tidak harus diperbesarkan.*

🦅 *KETUA jurulatih, Aidil Sharin Sahak mahu jentera serangan Kedah meningkatkan ketajaman bagi membantu Kedah memburu gol pada aksi kumpulan A Piala Malaysia menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam, Jumaat ini.*
*Kekalahan mengejut 0-2 Kedah kepada Terengganu FC minggu lalu jelas memaksa skuad Lang Merah untuk bangkit lebih fokus memperkemaskan aspek serangan dan pada masa yang sama turut mahu mengukuhkan benteng pertahanan.*

🐢 *PEMAIN pertahanan tengah Terengganu FC, Nasrullah Haniff Johan melupakan seketika ikatan persaudaraan di atas padang apabila dua pasukan itu bertembung pada saingan Piala Malaysia, Sabtu ini.*
*Pemain lebih mesra dipanggil Anas itu berazam mahu meneruskan aksi terbaik mencari kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan Kumpulan A di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.*


*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*piloi_hani al_linggi*
*#⃣re🅿oterat🅰spok🆗*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 66
Posts: 4380
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Thu Aug 15, 2019 10:59 am

*G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI*


*KH🅰MIS 1⃣5⃣ 🔘G🌀S 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 1⃣4⃣ ZUL#⃣IJJ🅰H 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H*


*#⃣live fr🅾♏ fN 💯PLUS 🅱EVER🅰GE SHA#⃣ ALAⓂ*


🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU S⏰LAT SH🅰H ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE🆖ANNYA*

*IMSAK* : 0⃣5⃣4⃣3⃣
*SUBUH* : 0⃣5⃣5⃣3⃣
*SYURUK* : 0⃣7⃣1⃣0⃣
*ZOHOR* : 1⃣3⃣2⃣1⃣
*ASAR* : 1⃣6⃣3⃣7⃣
*MAGHRIB* : 1⃣9⃣2⃣7⃣
*ISYAK* : 2⃣0⃣3⃣8⃣


*artikel disiarkan pada tarikh 14ogos*


*TANAHAIRKU* 🇲🇾
==============


🌺 1) *KUMPULAN pendaki yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Pantai, Seremban ternampak mayat Nora Anne Quoirin, 15, pada jarak kira-kira 20 meter tetapi tidak mendekatinya. Sebaliknya, kumpulan itu terus memaklumkan penemuan mereka kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Wakil kumpulan pendaki dari Seremban, Kenny Chan berkata, dia bersama 24 pendaki lain secara sukarela menyertai SAR kira-kira 12 tengah hari di kawasan sungai itu.*

🌺 2) *PROSES bedah siasat mayat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, dijangka mengambil masa lebih tiga jam. Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata, proses itu mengambil masa yang panjang kerana perlu melengkapkan laporan.*

🌺 3) *SEPASUKAN pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dipanggil untuk melakukan proses bedah siasat mayat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, pagi ini. Mereka dilihat tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) dengan menaiki kenderaan HKL pada 9.06 pagi.*

🌺 4) *SEORANG suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap empat pertuduhan menipu pakej umrah membabitkan kerugian sebanyak RM12,000 pada 2012 dan 2013 lepas. Nurul Yasmin Rosli, 30, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Arif Mohamad Shariff.*

🌺 5) *SUSPEK cubaan samun motosikal Yamaha Y15 milik penghantar makanan Grab Food akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, esok. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, suspek yang berusia 33 tahun akan didakwa mengikut Seksyen 393 kanun Keseksaan (KK) kerana cubaan merompak dan Seksyen 324 KK kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja.*

🌺 6) *UMNO sudah memfailkan saman menuntut ganti rugi terhadap tiga bekas Ahli Parlimen parti itu iaitu Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang didakwa melanggar kontrak, melanggar amanah dan mendapat kekayaan tidak sepatutnya. Ketiga-tiga mereka kini sudah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).*

🌺 7) *IBU kepada empat anak dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,000 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini, kerana mencuri 40 helai kain batik bernilai RM796 milik sebuah pasar raya di Kuala Nerus. Selain itu, tertuduh, Norazlin Jamaludin, 30, dari Melaka turut berdepan hukuman penjara satu bulan lagi sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan.*

🌺 8) *“TUN Dr Mahathir Mohamad tak pernah buat keputusan sendiri sebaliknya semua pendirian dan polisi penting Kabinet dibuat secara konsensus,” tegas Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun. Beliau berkata, Perdana Menteri akan mendengar dan mengambil kira pandangan semua anggota Kabinet sebelum membuat sebarang keputusan termasuk isu khat Jawi dan Dr Zakir Naik.*

🌺 9) *DUA menteri Kabinet hari ini mahu penceramah bebas, Dr Zakir Naik tidak lagi dibenarkan mengadakan ceramah serta mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat hubungan kaum dan ketenteraman awam di negara ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran dalam satu kenyataan bersama berkata, isu menyelubungi penceramah Zakir yang menimbulkan kontroversi termasuk ceramah di Kota Bharu, Kelantan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.*

🌺 10) *JABATAN Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menahan sebuah motosikal membawa seekor anjing dari Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Bukit Kayu Hitam, baru-baru ini. Hasil pemeriksaan mendapati, anjing baka ‘Pomeranian’ bernilai RM500 cuba dibawa masuk tanpa sebarang dokumen Import Permit dan sijil kelahiran veterinar sah pada 2 Ogos lalu.*

🌺 11) *TIGA gajah dipercayai daripada kumpulan Gajah Panti dikatakan tersesat sejauh lebih 10 kilometer sebelum memusnahkan tanaman penduduk Kampung Sungai Redan, Ulu Tiram, Johor Bahru, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor, Salman Saaban berkata, pihaknya menerima aduan penduduk kampung kira-kira jam 7.50 pagi dan sepasukan anggota serta pegawai dikejarkan ke lokasi.*

🌺 12) *KEMENTERIAN Kesihatan melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak merampas beberapa jenis produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi bernilai hampir RM200,000 dalam satu operasi yang dijalankan serentak di tiga premis di Ipoh, Seri Manjung dan Lumut pada 1 Ogos lalu.*

🌺 13) *TIGA lelaki dipercayai menyewa sebuah kereta semata-mata untuk menyamun dengan mensasarkan warga asing sebagai mangsa mereka. Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar dan kesemua mereka yang berusia 20 hingga 23 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah dalam tiga serbuan berasingan, semalam.*

🌺 14) *“DALAM penjara nanti belajar bertukang, buat roti atau potong rambut, jangan buat jenayah,” kata Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap seorang tukang paip yang mengaku bersalah merompak sehingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang pemandu Grab. Hakim Mahyon Talib dalam keputusannya menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan terhadap Mar Kong Ming, 33, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.*

🌺 15) *SEMUA jemaah haji Malaysia selamat tiba di maktab penginapan masing-masing selepas selesai menunaikan ibadah melontar di ketiga-tiga jamrah sepanjang hari Tasyriq yang juga salah satu wajib haji. Sebaik tiba di maktab, mereka perlu menyempurnakan tawaf dan saei haji iaitu rukun haji bagi yang melakukan Tahallul Thani bagi melepaskan mereka dari tiga daripada 13 larangan dalam berihram.*

🌺 16) *JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Hulu Langat sedang mengesan waris kepada bayi lelaki yang ditemui dalam tong sampah tanpa sebarang dokumen di Masjid Al Azim, Pandan Indah di Ampang pada 25 Mei lalu. Pelindung JKM Daerah Hulu Langat Lockman Hakim Tomirin berkata, bayi berusia dua bulan itu ditemui orang awam dalam tong sampah berkenaan.*

🌺 17) *JURUJUAL kereta didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini, atas dakwaan menipu seorang pemaju perumahan membabitkan wang berjumlah hampir setengah juta ringgit, awal tahun lalu. Chong U Gene, 46, dituduh memperdaya Datuk Lee Seng Hee, 64, untuk menyerahkan wang berjumlah RM440,000 sebagai bayaran deposit bagi pembelian kereta jenis Range Rover 5.0 V8 Autobiography yang disyaki sebenarnya tidak wujud.*

🌺 18) *“NORA sentiasa di hati kami,” kata ahli keluarga remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang ditemui mati di kawasan hutan di Pantai, Seremban, semalam. Ahli keluarga merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) atas usaha gigih mencari Nora yang hilang sejak 4 Ogos lalu. Mereka turut berterima kasih kepada penduduk setempat kerana turut sama membantu mencari Nora selain doa dan sokongan daripada orang ramai.*

🌺 19) *BIMBANG dicekup, seorang lelaki bertindak gila apabila memecut kereta hingga nyaris merempuh pegawai dan anggota polis yang menahannya untuk pemeriksaan di Jalan Pasar, Bukit Mertajam, semalam. Dalam kejadian 4.30 petang itu, pemandu kereta berusia 31 tahun bersama seorang rakan berusia 49 tahun ditahan polis selepas mereka dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan terbabit.*

🌺 20) *MAYAT wanita ditemui terapung kira-kira 5.4 batu nautika dari Kuala Kemaman, hari ini. Mayat mangsa yang lengkap dengan jaket keselamatan itu ditemui oleh nelayan, Ahmad Fasri Ariffin, 44, kira-kira 11 pagi tadi. Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, polis menerima panggilan berhubung penemuan itu kira-kira 12 tengah hari sebelum pihaknya dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kemaman bergegas ke lokasi kejadian pada 2 petang.*

🌺 21) *“CHARLES Santiago (Ahli Parlimen Klang) tak faham pentadbiran kerajaan dan kaedah Kabinet buat keputusan,” tegas Ketua Armada BERSATU Lumut Akmal Maradzi. Bukan saja biadab, katanya, pemimpin DAP itu juga diingatkan jangan menuduh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya membuat keputusan sendiri dalam mentadbir negara termasuklah dalam isu seni khat Jawi di sekolah jenis kebangsaan (SJK).*

🌺 22) *TIGA daerah di Sarawak terus mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bahaya dan sangat tidak sihat sejak jam 3 pagi hingga jam 11 pagi hari ini. Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) melaporkan IPU di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri mencatatkan paras bahaya dengan bacaan antara 357 hingga 361.*

🌺 23) *PEGAWAI Kedutaan Malaysia sudah ke lokasi kemalangan maut membabitkan kereta dipandu rakyat Malaysia hingga menyebabkan lima kematian di Lebuhraya Asia di Khuhatai, Rattaphum dekat Songkhla petang semalam. Jurucakap Kedutaan Malaysia di Songkhla ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah ke lokasi tetapi tiada butiran lanjut diperolehi.*

🌺 24) *KERANI wanita di Cameron Highlands mengalami kerugian RM25,498 selepas diperdaya sindiket Macau Scam dengan mendakwa kad pengenalannya digunakan individu lain untuk membuat kad kredit, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula apabila mangsa berusia 39 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek yang mendakwa mangsa membuat transaksi kad kredit berjumlah RM6,000.*

🌺 25) *PROSIDING bicara kes kes pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, 66, ditangguhkan sehingga Jumaat ini berikutan beliau mengalami infeksi pada kedua belah matanya (conjunctivitis). Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam keputusannya hari ini berkata, tiada pilihan lain selain menangguhkan kes itu.*

🌺 26) *JABATAN Perikanan Pahang memberi amaran tindakan tegas akan dikenakan terhadap nelayan yang melakukan aktiviti menangkap sotong tanpa lesen di perairan negeri itu. Pengarah Jabatan Perikanan Pahang Datuk Azahari Othman ,berkata nelayan tempatan yang melakukan aktiviti menangkap atau mencandat sotong perlu memiliki lesen dikeluarkan pihaknya.*

🌺 27) *JAMBATAN Victoria yang juga antara jambatan tertua di negara ini dibimbangi mendatangkan bahaya kepada pengguna kerana beberapa ciri keselamatannya terabai. Tinjauan mendapati beberapa batang besi penghadang di laluan pejalan kaki di sisi jambatan itu hilang, selain ketiadaan pagar dawai yang sepatutnya menjadi penghalang bagi menghindari pengunjung terjatuh ke Sungai Perak.*

🌺 28) *SERAMAI 30 penghuni lima kediaman di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Masjid Tanah di sini, hidup dalam keresahan sejak seminggu lalu kerana khuatir ditimpa kejadian tidak diingini berikutan hakisan pantai di kawasan itu yang semakin serius. Ombak besar dan air pasang kesan tiupan angin selatan sejak awal Julai lalu menyebabkan pantai berkenaan terhakis sedikit demi sedikit dan semakin menghampiri kediaman penduduk.*

🌺 29) *RIBUT tempias taufan Lekima yang melanda Pulau Pinang dan beberapa negeri utara semenanjung Jumaat lalu, membuatkan seorang tukang rumah di Kampung Sekolah Juru di sini, tidak menang tangan menerima tempahan membaiki rumah yang rosak.
Isa Ali, 52, berkata dia menerima banyak tempahan membaiki rumah daripada penduduk kampung itu sejak Sabtu lalu sehingga terpaksa menolaknya kerana kekangan masa dan tenaga kerja.*

🌺 30) *ORANG Melayu berada dalam krisis. Demikian disuarakan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang tiada lain melainkan menjentik kesedaran umat Melayu. Menurutnya, apa saja yang mereka hendak lakukan, mereka berasa tersekat sedangkan tidak perlu berasa takut atau tidak boleh.*

🌺 31) *YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, berkenan mengimbas kenangan peribadi baginda dengan bangunan empat tingkat yang terletak di hujung persimpangan Jalan Gambut, Kuantan. Bangunan yang kini dikenali sebagai Pahang Medical Centre (PMC), hospital dengan kemudahan 64 katil milik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu (MUIP) itu, menurut Sultan Abdullah, begitu dekat di hati baginda sehingga memiliki ‘aura tersendiri’ sebaik sahaja menjejak kaki di pintu utama.*

🌺 32) *TINDAKAN pantas anggota polis kereta peronda (MPV) berjaya menahan penjenayah yang meragut beg milik suri rumah di hadapan pasar raya di Taman Connaught, Kuala Lumpur, semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, ketika kejadian 11.20 malam itu, mangsa, 21, berada di dalam keretanya sebelum dihampiri dua lelaki menaiki motosikal.*

🌺 33) *TIGA kereta terperangkap dalam terowong di Bulatan Cheras, Kuala Lumpur, akibat banjir kilat, hari ini. Hujan lebat sejak kira-kira 3 petang tadi mengakibatkan terowong berkenaan dinaiki air pada paras hampir satu meter. Menurut jurucakap Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), orang awam memaklumkan tiga kereta terperangkap di terowong berkenaan kira-kira 5 petang tadi.*

🌺 34) *PERSATUAN Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) mahu ahli perniagaan, Koon Yew Yin disiasat mengikut Akta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung kenyataannya semalam dalam sebuah blog. Presiden PVATTBM, Ismail Abidin berkata, kenyataan Koon yang melabel anggota tentera sebagai pemalas dan ‘kerja makan tidur’ secara tidak langsung menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Ketua Pemerintah ATM*

🌺 35) *KEBAKARAN di kawasan belukar tanah gambut di Miri, Sarawak yang berlarutan sejak 3 Ogos lalu menyebabkan keadaan jerebu di kawasan itu dengan kualiti udara pada tahap bahaya. Justeru, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mendapat kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk menggunakan pesawat Bombardier bagi memadam kebakaran tanah gambut di Kuala Baram itu.*

🌺 36) *SEORANG murid sekolah rendah di Ayer Hitam, Jerlun didakwa mengalami masalah tulang belakang kerana sering dibuli tiga murid lain sejak tahun lalu. Mangsa yang dikenali sebagai Angah, 9, mendakwa dia sering ditendang di bahagian belakang dan paha, selain diperas ugut meminta wang saku.*

🌺 37) *JEMAAH Menteri hari ini memutuskan pengenalan tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) diteruskan mulai tahun depan. Pelaksanaannya bagaimanapun hanya dilakukan jika dipersetujui oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa dan murid SJK manakala di Sekolah Kebangsaan akan diteruskan seperti biasa, menurut kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini.*


*SEJAGAT* 🌍
==========


🇮🇳 *NEW DELHI: India mengeluarkan amaran baru banjir di beberapa bahagian di selatan Kerala ketika bencana itu meragut sekurang-kurangnya 209 nyawa di seluruh negara.*
*Pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk tempatan mengenai kemungkinan dilanda hujan lebat dalam tempoh sehingga 48 jam di kawasan paling terjejas, lapor AFP.*
*Hujan lebat di beberapa bahagian Kerala, Karnataka, Maharashtra dan Gujarat memaksa lebih 1.2 juta penduduk meninggalkan rumah dan terpaksa berteduh di khemah disediakan kerajaan.*

🇦🇺 *SYDNEY: Pihak berkuasa Australia berjaya mematahkan sindiket dadah antarabangsa susulan penahanan empat warga Britain di negara itu dan New Zealand.*
*AFP melaporkan, mereka turut merampas 766 kilogram methylenedioxymethaphetamin (MDMA) di Queensland dengan harga pasaran dianggarkan AS$61 juta (RM255 juta).*
*Operasi itu dilakukan dengan koordinasi antara pihak berkuasa Australia, New Zealand dan Britain yang bekerjasama mematahkan sindiket antarabangsa terbabit.*

🇬🇷 *ATHENS: Beratus penduduk terpaksa dipindahkan susulan kebakaran yang memusnahkan sebahagian besar kawasan hutan di pulau Evia di utara Athens, Greece awal pagi semalam.*
*Daily Mail melaporkan, lebih 220 anggota bomba terpaksa dikerahkan ke tempat kejadian yang dibantu dengan pesawat dan enam helikopter dalam usaha memadam api.*
*Anggota bomba terbabit berdepan kesukaran untuk menyelamatkan beberapa kampung daripada dijilat api apabila angin kuat menyebabkan ia merebak dengan cepat.*

🇲🇽 *MEXICO CITY: Enam anggota polis digantung tugas susulan siasatan kes rogol membabitkan dua remaja yang mencetuskan bantahan besar daripada beratus wanita di Mexico City.*
*AFP melaporkan, bantahan itu disertai kira-kira 250 orang sebagai reaksi terhadap dua kes membabitkan remaja berusia 17 dan 16 tahun.*
*Mangsa berusia 17 tahun mendakwa dia dirogol oleh empat anggota polis dalam kereta peronda ketika meninggalkan parti di utara ibu kota negara itu manakala seorang lagi mangsa mendakwa dirogol polis di muzium fotografi di pusat bandar.*

🇸🇩 *KHARTOUM: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala dua cedera selepas Sudan dilanda hujan lebat yang menyebabkan banjir besar di selatan negara itu semalam, lapor agensi berita tempatan.*
*AFP yang memetik agensi berita itu, SUNA melaporkan sebanyak sepuluh kampung terjejas akibat hujan dan banjir di negeri Jazira.*
*Hujan lebat yang melanda sejak beberapa hari lalu turut memusnahkan beratus kediaman di Khartoum.*

🇨🇳 *BEIJING: China memaksa tahanan wanita Uighur di kem ‘pendidikan semula’ supaya dimandulkan, dakwa mereka yang pernah ditahan di lokasi seumpama itu.*
*Seorang wanita, Gulbahar Jalilova, 54, yang mendakwa ditahan lebih setahun memberitahu stesen televisyen Perancis, dia berulang kali disuntik sejenis bahan oleh doktor ketika ditahan di penjara di Xinjiang.*
*”Kami terpaksa menghulurkan lengan menerusi bukaan kecil di pintu bilik tahanan. Akhirnya kami menyedari susulan suntikan berkenaan, tidak seorangpun daripada kami datang haid lagi,” katanya kepada France24.*

🇮🇳 *NEW DELHI: Seorang lelaki ditahan kerana meracun dan membunuh tiga harimau bintang di Taman Negara Rajaji di Haridwar sebagai membalas dendam selepas haiwan itu memakan anjing peliharaannya.*
*Times Of India melaporkan, Sukhpal mengaku salah melakukan perbuatan itu dan memberitahu dia marah selepas harimau bintang berkenaan membawa lari seekor anak anjingnya dan membunuh seekor lagi.*
*Sukhpal berkata, dia meletakkan racun serangga pada bangkai anjing berkenaan sebelum membuangnya ke dalam hutan.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL* 📡
========================


🥺 *TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa sedih beliau dengan kematian remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15.*
*”Saya berasa sangat sedih dengan kematian Nora Anne dan saya menyampaikan takziah kepada keluarganya. Saya mendoakan mereka diberikan kekuatan untuk melalui tempoh sukar ini.*
*”Kita percaya polis akan melakukan yang terbaik bagi membongkar kematian tragis ini,” ciap beliau melalui akaun Twitter, hari ini.*

🕌 *POLIS menafikan berlaku serangan di Masjid Al-Mutaqqin Taman Selasih, Kulim, seperti yang tular di media sosial.*
*Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusuf Shaari berkata, laporan polis yang dilakukan oleh jemaah masjid adalah berkaitan bunyi bising oleh kumpulan tertentu sehingga mengganggu jemaah sedang solat.*
*”Semalam, kita ada menerima laporan dibuat oleh jemaah masjid, bagaimanapun ia hanya laporan biasa berkenaan bunyi bising dan kes pun sudah diselesaikan.*

👊🏻 *LELAKI tidak siuman bertindak menumbuk muka seorang wanita berkali-kali di sebuah kedai dobi di Bintangor, semalam.*
*Dalam kejadian 3 petang itu, lelaki berseluar pendek itu masuk ke premis lalu menumbuk muka mangsa berulang kali sebelum melarikan diri.*
*Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan tular di laman sosial.*
*Dalam rakaman itu, lelaki yang hanya berseluar pendek itu memasuki premis dalam keadaan marah dan menumbuk wanita yang sedang menunggu pakaian dicuci.*

💥 *LAGAK samseng lelaki yang memecahkan cermin sisi kereta dipandu seorang wanita di Jalan Yaacob Latiff berhampiran bulatan Cheras, Sabtu lalu, mengundang padah apabila dia akhirnya ditahan polis, semalam.*
*Suspek yang berusia 27 tahun ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras jam 3.30 petang.*
*Mangsa sempat merakam dan menularkan tindakan ganas suspek menggunakan telefon bimbit sebelum meneruskan perjalanan kerana bimbangkan keselamatannya.*

🙏🏻 *BUNTU isterinya hilang di India dan masih belum ditemui, tukang paip bersama dua anaknya mengambil inisiatif memuat naik klip video di media sosial memohon bantuan orang ramai mencari insan tersayang itu.*
*Klip video berdurasi seminit itu dihasilkan khusus bagi memohon bantuan pelbagai pihak bagi mengesan Habibuneesa Mohamed Ismail, 36, yang dilaporkan hilang di India sejak 29 Jun lalu.*
*Mahmud Rahman Shariff, 47, berkata, dia bersama dua anaknya, Mohd Aiman Syukur, 9, dan Mahnas Hibatullah Syazana, 4, membuat rakaman video itu kerana Habibuneesa masih belum ditemui.*

👊🏻 *MOSCOW: Kementerian Dalam Negeri Russia mengarahkan siasatan terhadap video yang tular di media sosial menunjukkan polis pencegah rusuhan menumbuk perut seorang wanita ketika perhimpunan menuntut pilihan raya telus di Moscow.*
*Video itu yang ditonton lebih 360,000 kali menunjukkan seorang wanita diseret empat anggota polis bertopeng dalam seragam antirusuhan dan seorang daripada mereka menumbuk perut mangsa tanpa sebab.*
*Rakaman itu mencetuskan kemarahan orang ramai di media dan media sosial.*


*ARENA* ⏱
========


⭐ *PERTAHANAN Brazil, Danilo berkata, peluang beraksi bersama bekas rakan sepasukan di Real Madrid, Cristino Ronaldo menjadi salah satu faktor utama dia berpindah ke Juventus.*
*Pemain berusia 28 tahun itu ditandatangani juara Itali itu dari Manchester City dengan pertahanan kanan Portugal, Joao Cancelo menjadi milik Citizens.*
*”Saya bercakap dengan Ronaldo sebelum datang ke sini,” kata Danilo dalam sidang akhbar di Turin awal pagi tadi.*

💸 *MANCHESTER City didapati bersalah oleh FIFA selepas melanggar peraturan perpindahan dan pendaftaran membabitkan pemain di bawah umur 18 tahun, menurut pengumuman badan bola sepak antarabangsa itu.*
*Juara Liga Perdana itu berdepan hukuman larangan perpindahan tetapi Jawatankuasa Disiplin FIFA hanya mendenda City 339,000 euro (RM1.58 juta).*

📝 *BAYERN Munich menandatangani pemain sayap Croatia, Ivan Perisic secara pinjaman selama setahun bernilai £4.6 juta (RM23 juta) dari Inter Milan.*
*Juara Bundesliga itu berkata, mereka mempunyai pilihan menandatangani pemain berusia 30 tahun itu secara tetap selepas tempoh pinjaman tamat pada 30 Jun 2020.*

🎾 *BEKAS pemain nombor satu dunia Venus Williams berkata, dia mempamerkan permainan bijak ketika menewaskan juara bertahan, Kiki Bertens dari Belanda dengan tiga set pada pusingan kedua Masters Cincinnati, awal pagi tadi.*
*”Saya cuba tidak terlalu mengerah diri ini kerana saya memang boleh melakukannya. Tetapi tak juga selalu dapat mengawalnya,” kata Venus selepas menang 6-3, 3-6, 7-6(4). "Jadi saya berusaha beraksi dengan bijak daripada mengerah seluruh tenaga.”*

🎾 *NOVAK Djokovic bangkit daripada permulaan hambar sebelum menewaskan Sam Querrey 7-5, 6-1 di Masters Cincinnati, awal pagi tadi.*
*Juara bertahan dan pemain nombor satu dunia itu beraksi kali pertama sejak menjuarai Wimbledon bulan lalu meledak ace ke-15 pada mata akhir dalam cuaca panas.*

🏍 *PELUMBA Australia, Jack Miller akan kekal bersama Pramac Ducati musim depan selepas bersetuju dengan kontrak lanjutan, menurut pasukan MotoGP itu, hari ini.
*Miller, 24, meluahkan kebimbangan masa depannya berikutan ura-ura juara tiga kali MotoGP, Jorge Lorenzo kembali untuk menyertai pengeluar Itali itu biarpun mempunyai kontrak bersama Honda.*
*”Saya gembira dapat mencapai persetujuan ini,” kata Miller menerusi kenyataan pasukan itu.*

🏁 *PELUMBA MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah dijangka tidak berdepan masalah untuk kembali beraksi pada Grand Prix Silverstone, 25 Ogos ini.*
*Pelumba yang turut dikenali sebagai Pescao itu dibenarkan keluar dari hospital apabila pemeriksaan ke atas gegaran di kepala yang dialami selepas terbabit kemalangan di Grand Prix (GP) Austria, Ahad lalu, tidak serius.*

🔩 *PELUMBA Moto2 negara, Khairul Idham Pawi selamat menjalani pembedahan kali kedua di tangan kanannya susulan daripada kecederaan yang dialami ketika Grand Prix Sepanyol, Mei lalu.*
*Khairul menjalani pembedahan berkenaan di Hospital Universiti Dexeus di Barcelona dengan proses pembedahan selama dua jam itu diketuai oleh Dr Xavier Mir.*
*Ia adalah proses pembedahan bagi memasukkan skru di jari kanan pelumba yang mendapat gelaran Super KIP itu.*

🐘 *SKUAD Pahang yang merekodkan dua kemenangan berturut-turut mahu meneruskan momentum itu apabila bertemu Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabtu ini.*
*Pemain pertahanan skuad Tok Gajah, Zubir Azmi berkata, enam mata yang diraih itu belum lagi menjamin tempat ke suku akhir Piala Malaysia.*

🙌🏻 *PENJAGA gol Terengganu FC (TFC), Wan Muhamad Azraie Wan Teh mahu mengulangi aksi cemerlang bertemu Negeri Sembilan dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Sabtu ini.*
*Bekas penjaga gawang Pahang dan T-Team itu berazam mengekalkan rekod peribadi tanpa bolos dalam saingan piala berprestij Malaysia itu biarpun belum mengetahui kemampuan sebenar skuad Liga Perdana itu.*


*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*piloi_hani al_linggi*
*#⃣re🅿oterat🅰spok🆗*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

Post Reply

Return to “Pendidikan Dan Sekolah”