Active Topics

Kisah berita pembunuhan di era kini dan lepas

Forum Khas Untuk Penghuni Dan Bekas Penghuni Rumah Nurul Iman

Moderators: zylajasmine, napisah

Post Reply
Faizrosdi03
Ahli Forum
Leftenan
Leftenan
Indonesia
Posts in topic: 36
Posts: 1289
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:45 am
Has thanked: 6 times
Been thanked: 13 times
Gender:

Kisah berita pembunuhan di era kini dan lepas

Post by Faizrosdi03 » Thu Dec 20, 2018 4:36 pm

topik ini menampil kisah berita pembunuhan di masa kini dan yg lepas )) harap anda seronok menbaca ye dan harap maaf jika topik ini memilukan bagi segelintir pihak 🤔🤔
Last edited by Faizrosdi03 on Thu Dec 20, 2018 4:40 pm, edited 1 time in total.

Faizrosdi03
Ahli Forum
Leftenan
Leftenan
Indonesia
Posts in topic: 36
Posts: 1289
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:45 am
Has thanked: 6 times
Been thanked: 13 times
Gender:

Re: Kisah berita pembunuhan di era kini dan lepas

Post by Faizrosdi03 » Thu Dec 20, 2018 4:36 pm

1. Satomi Mitarai

Satomi Mitarai berusia 12 tahun merupakan murid di Sekolah Rendah Okubo di Sasebo, yang telah dikelar dan dibunuh oleh rakan sekelasnya yang berusia 11 tahun. Nama pembunuh Satomi tidak didedahkan oleh kepada pihak akhbar dan pihak polis menggelarkannya sebagai "Gadis A".

Menurut laporan, Satori telah memuat naik satu mesej online mengenai berat dan rupa paras Gadis A dan menggelarkannya sebagai hodoh. Satori juga berkata Gadis A sebagai berlagak bagus.

Pada 1 Jun 2004, kedua-dua pelajar ini bertengkar pada waktu rehat di sebuah kelas kosong, yang telah membuatkan Gadis A mengelar leher dan lengan Satomi menggunakan pisau. Satomi dibiarkan dalam bilik tersebut berlumuran darah manakala Gadis A kembali ke kelas dengan darah penuh pada bajunya.

Melihat kejadian itu, gurunya menelefon pihak polis. Gadis A dibawa ke balai polis dan mengulangi ayat, "Saya minta maaf. Saya minta maaf,". Gadis A memberitahu dia tiada motif untuk membunuh dan mengaku bertengkar dengan Satomi kerana difitnah.

Pada 15 September 2004, Mahkamah Keluarga Jepun memutuskan untuk memasukkan Gadis A ke institusi permulihan walaupun di bawah umur kerana jenayah yang dahsyat.

Faizrosdi03
Ahli Forum
Leftenan
Leftenan
Indonesia
Posts in topic: 36
Posts: 1289
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:45 am
Has thanked: 6 times
Been thanked: 13 times
Gender:

Re: Kisah berita pembunuhan di era kini dan lepas

Post by Faizrosdi03 » Thu Dec 20, 2018 4:41 pm

2. Mamoru Takuma

Mamoru Takuma menunjukkan tanda-tanda MacDonald Triad sejak kecil lagi, iaitu pada usia 12 tahun apabila dia membungkus seekor anak kucing dengan surat khabar dan membakarnya.

MacDonald Triad adalah 3 ciri-ciri tingkahlaku yang di mana jika ketiga-tiga atau kombinasi dua ciri-ciri ini berlaku pada yang sama, akan menyebabkan kecenderungan melakukan kekejaman terutamanya berkaitan dengan kesalahan bersiri.

Mamoru menjadi semakin teruk dengan menyembelih dan membakar kucing ketika usia remajanya. Bermula dari situ, dia mula menjalani kehidupan jenayah. Dia sering dibuang kerja dan telah ditahan polis 11 kali sebelum melakukan apa yang dikatakan pembunuhan beramai-ramai paling dahsyat di Jepun.

Pada tahun 2001, Mamoru menggunakan jawatannya sebagai seorang tukang cuci di Sekolah Rendah Ikeda untuk melakukan jenayah terakhirnya. Pada hari kejadian, Mamoru masuk ke sekolah ini dengan membawa pisau dan telah membunuh 8 orang pelajar berusia di antara 7 hingga 8 tahun, dan mencederakan 13 pelajar lain serta 2 orang guru.

Mamoru ditahan dan disabitkan kesalahan membunuh yang membawa hukuman gantung sampai mati 2 tahun kemudiaan pada Ogos 2003.

Faizrosdi03
Ahli Forum
Leftenan
Leftenan
Indonesia
Posts in topic: 36
Posts: 1289
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:45 am
Has thanked: 6 times
Been thanked: 13 times
Gender:

Re: Kisah berita pembunuhan di era kini dan lepas

Post by Faizrosdi03 » Thu Dec 20, 2018 4:48 pm

3. Pedro Rodrigues Filho

Pembunuh dari Brazil ini telah ditangkap pada tahun 1973 dan disabitkan kesalahan pada tahun 2003 atas kesalahan membunuh sekurang-kurangnya 71 orang. Pedro Rodrigues Filho telah dijatuhkan hukuman penjara selama 128 tahun walaupun sistem undang-undang Brazil tidak membenarkan sesiapa ditahan melebihi 30 tahun.

Pedro mula membunuh seawal usia 14 tahun di mana dia telah membuar beberapa kes pecah masuk rumah dan membunuh pengedar dadah tempatan. Pada usia 18 tahun, Pedro telah membunuh 10 orang mangsa. Semasa dipenjarakan, Pedro telah mengambil nyawa ayahnya sendiri yang juga merupakan salah seorang banduan di situ. Kemudian, dia telah membunuh 47 orang lagi banduan secara beterusan. Kes-kes pembunuhan berganda ini menyebabkan hukuman penjara Pedro ditambah sehingga menjadi 400 tahun.

Faizrosdi03
Ahli Forum
Leftenan
Leftenan
Indonesia
Posts in topic: 36
Posts: 1289
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:45 am
Has thanked: 6 times
Been thanked: 13 times
Gender:

Re: Kisah berita pembunuhan di era kini dan lepas

Post by Faizrosdi03 » Thu Dec 20, 2018 4:51 pm

.4Tommy Lynn Sells

Tommy Lynn Sells telah mengaku membunuh sekurang-kurangnya 70 orang mangsa antara tahun 1985 hingga 1999, menjadikan dia salah seorang pembunuh paling berbahaya di Texas. Pembunuhan yang dilakukan amat sadis, antaranya menikam seorang remaja perempuan berusia 13 tahun sebanyak 16 kali.

Tommy diberkas pihak berkuasa selepas menceroboh masuk ke dalam bilik seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dan menikamnya dan ditinggalkan. Namun, kanak-kanak itu tidak mati dan berjaya menghubungi jiran mereka. Kanak-kanak itu telah memberikan gambaran secara jelas mengenai Tommy yang membawa kepada penahanannya. Tommy kini masih dipenjarakan di sebuah penjara berkeselamatan tinggi di Livingston, Texas dan akhirnya akan menjalani hukuman mati.

SyedReza89
Ahli Forum
Sarjan
Sarjan
Malaysia
Posts in topic: 20
Posts: 451
Joined: Wed Nov 28, 2018 11:03 am
Mood:
Has thanked: 1 time
Been thanked: 5 times
Gender:

Re: Kisah berita pembunuhan di era kini dan lepas

Post by SyedReza89 » Thu Dec 20, 2018 5:13 pm

Kalau di Malaysia, adakah anda masih ingat lagi kes tergempar pembunuhan ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada tahun 1993 yang telah ditetak anggota badannya sehingga menjadi 18 kerat? Nama Mona Fendi tidak henti-henti menjadi buah mulut masyarakat ketika itu. Dia, suaminya dan pembantu mereka telah disabitkan kesalahan atas pembunuhan kejam yang dilakukan dan Mona telahpun menjalani hukuman gantung sampai mati pada tahun 2001.

Sehingga kini kita masih tertanya-tanya, apakah motif sebenar pembunuhan. Adakah pembunuh seperti Mona ini memang dilahirkan tidak mempunyai sifat perikemanusiaan ataupun mereka mengalami masalah gangguan mental yang kronik? Apa yang ada dalam kepala otak mereka? Kadang-kadang tu nampak muka macam baik-baik aje tapi rupa-rupanya pembunuh

Kita sering berasa jijik apabila mengetahui perlakuan pembunuh sadis seperti Mona tetapi pada masa yang sama, kita masih tertarik untuk mengetahui apa niat sebenar mereka mahu menjadi "Tuhan" untuk mencabut nyawa orang lain.

Mona menjadi popular selepas membunuh hanya seorang ahli politik yang berpengaruh. Namun, 10 pembunuh bersiri ini telah membunuh puluhan dan ratusan orang, menjadikan mereka pembunuh bersiri paling jahat sepanjang abad ke-20
:lol: Syed :lol:

SyedReza89
Ahli Forum
Sarjan
Sarjan
Malaysia
Posts in topic: 20
Posts: 451
Joined: Wed Nov 28, 2018 11:03 am
Mood:
Has thanked: 1 time
Been thanked: 5 times
Gender:

Re: Kisah berita pembunuhan di era kini dan lepas

Post by SyedReza89 » Thu Dec 20, 2018 5:14 pm

Ted Bundy
Pada tahun 70-an, Ted Bundy terkenal sebagai salah seorang pembunuh paling kejam di dunia selepas menculik dan membunuh ramai wanita muda dan gadis remaja. Dia dengan berani bertegur sapa dengan wanita-wanita ini di tempat awam yang terbuka, namun akan membawa mereka ke tempat yang sunyi sebelum membuat serangan seksual dan membunuh mereka dengan kejam.

Ted telah memancung leher sekurang-kurangnya 12 mangsa dan menyimpan kepala mangsa di dalam rumah apartmentnya sebagai trofi. Dia telah berjaya diberkas namun berjaya melarikan diri dari pihak polis dan mahkamah sebanyak dua kali. Semasa melarikan diri, dia sempat melakukan tiga lagi pembunuhan!

Walau bagaimanapun, Ted akhirnya ditangkap dan disabitkan kesalahan pembunuhan berganda yang membawa hukuman mati. Dia telah dihukum mati menggunakan kerusi elektrik pada tahun 1989.
:lol: Syed :lol:

SyedReza89
Ahli Forum
Sarjan
Sarjan
Malaysia
Posts in topic: 20
Posts: 451
Joined: Wed Nov 28, 2018 11:03 am
Mood:
Has thanked: 1 time
Been thanked: 5 times
Gender:

Re: Kisah berita pembunuhan di era kini dan lepas

Post by SyedReza89 » Thu Dec 20, 2018 5:16 pm

Charles Ng dan Leonard Lake
Charles Ng dan rakan subahatnya, Leonard Lake telah merogol, menyeksa dan membunuh antara 11 hingga 25 orang mangsa di sebuah ladang kepunyaan Leonard di California, Amerika Syarikat. Jenayah mereka diketahui umum pada tahun 1985 apabila Leonard membunuh diri selepas ditangkap dan Ng ditangkap ketika mencuri di kedai perkakasan. Polis kemudiannya telah memeriksa ladang Leonard dan menemui tinggalan anggota badan manusia.

Ng membuat percubaan melarikan diri ke Kanada namun dia telah diserah balik kepada Amerika Syarikat dan menjalani perbicaraan pada tahun 1998. Ng dijatuhkan hukuman penjara sampai mati atas 12 kes pembunuhan di Penjara San Quentin.
:lol: Syed :lol:

SyedReza89
Ahli Forum
Sarjan
Sarjan
Malaysia
Posts in topic: 20
Posts: 451
Joined: Wed Nov 28, 2018 11:03 am
Mood:
Has thanked: 1 time
Been thanked: 5 times
Gender:

Re: Kisah berita pembunuhan di era kini dan lepas

Post by SyedReza89 » Thu Dec 20, 2018 5:17 pm

John Wayne Gacy
ohn Wayne Gacy telah membuat serangan seksual dan membunuh 33 orang lelaki muda dan remaja lelaki dalam satu siri pembunuhan kejam antara tahun 1972 hingga 1978 di Chicago. Dia akan memancing mangsa datang ke rumah dengan menjanjikan wang atau pekerjaan sebelum membunuh mereka dengan mencekik menggunakan torniquet.

26 mangsa telah ditanam di dalam ruang di bawah rumahnya dan mayat selebihnya dibuang ke dalam Sungai Des Plaines. John telah menjalani hukuman penjara selama 14 tahun sebelum dihukum mati menggunakan suntikan maut pada tahun 1994.
:lol: Syed :lol:

SyedReza89
Ahli Forum
Sarjan
Sarjan
Malaysia
Posts in topic: 20
Posts: 451
Joined: Wed Nov 28, 2018 11:03 am
Mood:
Has thanked: 1 time
Been thanked: 5 times
Gender:

Re: Kisah berita pembunuhan di era kini dan lepas

Post by SyedReza89 » Thu Dec 20, 2018 5:18 pm

Andrei Chikatilo
Andrei Chikatilo merupakan seorang pembunuh bersiri dari Soviet yang mempunyai gelaran The Butcher of Rostov. Dia telah membuat serangan seksual, membunuh dan mencacatkan sekurang-kurangnya 52 wanita dan kanak-kanak di Rusia antara 1978 sehingga 1990. Setelah ditangkap, Andrei mengaku melakukan sejumlah 56 pembunuhan dan 53 daripadanya dibicarakan di mahkamah.

Ramai ahli keluarga mangsa membuat permohonan kepada pihak berkuasa supaya membebaskan Andrei agar mereka dapat membunuh Andrei dengan tangan sendiri. Namun, Andrei tetap dipenjarakan sebelum dihukum bunuh oleh pasukan penembak pada tahun 1994.
:lol: Syed :lol:

Post Reply

Return to “Penghuni Rumah Nurul Iman”